Karnival Maiwp 2023 Anjur Walimatul Urus Perdana 100 Pasangan Pengantin


KARNIVAL MAIWP 2023 ANJUR WALIMATUL URUS PERDANA 100 PASANGAN PENGANTIN | Assalammualaikum semua! Pembuka tirai acara bagi tahun 2023 bakal berlangsung dengan jayanya anjuran Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (MAIWP) dengan kerjasama Naurah Care Malaysia iaitu Karnival MAIWP 2023. 
Acara yang bakal berlangsung pada 28 dan 29 Januari 2023 bertempat di Dataran Merdeka, Kuala Lumpur menampilkan empat tiang utama program menarik iaitu Walimatul Urus Perdana, Karnival Usahawan MAIWP,  Pendidikan MAIWP dan MAIWP RUN

KARNIVAL MAIWP 2023 ANJUR WALIMATUL URUS PERDANA 100 PASANGAN PENGANTIN

Penglibatan masyarakat di Wilayah Persekutuan terutamanya golongan asnaf dan B40 adalah amat penting daripada pelbagai aspek kehidupan seperti ekonomi, sosio budaya dan sebagainya bagi memastikan mereka mampu berdaya saing pasca pendemik Covid-19

Pelbagai program telah disusun rapi oleh Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (MAIWP) untuk memastikan segala usaha dan bantuan yang disasarkan kepada golongan asnaf dan B40 mampu mengeluarkan golongan ini daripada kategori kemiskinan tegar bagi membolehkan mereka lebih berdaya saing di masa akan datang

Pembentukan institusi keluarga Islam bertitik tolak daripada perkahwinan dan dalam Islam sendiri, perkahwinan itu adalah sangat-sangat dianjurkan. 
Namun begitu, perkahwinan dalam Islam dilandasi dengan panduan serta hukum yang jelas agar perkahwinan itu menjadi suatu ikatan yang memberi kebahagiaan, bukannya kemudaratan

Sudah semestinya setiap pasangan pengantin mengimpikan majlis perkahwinan yang diraikan dengan gilang gemilang kerana ia hari bersejarah dalam seumur hidup. Namun, bukan semua pasangan pengantin berkemampuan untuk mengadakan majlis sebagaimana yang diidamkan. 
Malah, kurang berkemampuan untuk mengadakan majlis persandingan secara besar-besaran, tidak dapat mengundang semua kaum keluarga dan sanak saudara. 
Oleh itu, Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (MAIWP) & Naurah Care Malaysia (Naurah Care) mengambil inisiatif menganjurkan Karnival MAIWP 2023 dengan menganjurkan Majlis Walimatul Urus Perdana di Dataran Merdeka, Kuala Lumpur, pada 28 dan 29 Januari 2023

Seramai 100 pasangan pengantin daripada golongan asnaf, fakir miskin, mualaf dan berpendapatan rendah (B40) bakal diraikan pada Majlis Walimatul Urus Perdana anjuran Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (MAIWP)


Pengerusi MAIWP, Tan Sri Dr Mohd Daud Bakar berkata, “Peruntukan sebanyak RM1.5 juta untuk penganjuran Karnival MAIWP 2023 yang menghimpunkan pelbagai pihak dan rakan kongsi

Bertemakan “Memperkasa dan Berdaya Usaha -Menuju 50 Tahun Kecemerlangan MAIWP”, karnival dua hari yang bermula pada 28 Jan hingga 29 Jan 2023 akan diadakan di Dataran Merdeka dan terbuka untuk dihadiri oleh semua lapisan masyarakat tanpa mengira bangsa dan agama

Kos Majlis Walimatul Urus Perdana adalah berdasarkan peruntukan yang telah diluluskan dan istimewanya apabila setiap pasangan diberi sepersalinan pakaian pengantin, selain sumbangan wang tunai RM2,000 seorang yang bermakna RM4,000 bagi setiap pasangan. Sumbangan ini adalah untuk membantu mereka memulakan kehidupan bersama sebagai suami isteri

Penyampaian anugerah Ikon Usahawan Asnaf dan Ikon Pendidikan Asnaf MAIWP, MAIWP Run iaitu acara larian 3 km dan 5 km juga akan diadakan,”  katanya

Dari kiri Puan Norazlina Ramli; Setiausaha Naurah Care Malaysia, Ybhg Tan Sri Dr Mohd Daud Bakar; Pengerusi MAIWP, Ybhg En Mohd Nizam bin Yahya; Pemangku Ketua Pegawai Eksekutif MAIWP, En Muhammad Hafidz bin Ismail Pengurus Pemasaran & Jualan Naurah Care

Pengerusi Naurah Care, Sheikh Ahmad Fakhruddin Sh Abd Rahim berkata, "Majlis Walimatul Urus Perdana itu akan meraikan seramai 100 pasangan pengantin asnaf dan juga mualaf. Perlaksanaan Walimatul Urus Perdana secara beramai-ramai itu akan tertumpu pada pasangan yang telah diijabkabul dan juga bakal diijabkabulkan pada hari majlis itu nanti

Seramai 97 pasangan sudah pun melangsungkan pernikahan dan tiga lagi pasangan akan dinikahkan pada majlis itu. Ssyarat pasangan yang terpilih untuk diraikan pada program Walimatul Urus Perdana ini, mereka mestilah pasangan pengantin kategori asnaf atau pun mualaf

Syarat lain, salah seorang pasangan pengantin mestIlah pemastautin tetap di Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur dan mereka telah bernikah pada tahun 2022. Senarai para pengantin yang layak untuk menyertai program ini diberikan oleh pihak MAIWP


Perbelanjaan Walimatul Urus Perdana ini ditanggung oleh MAIWP berdasarkan peruntukan yang telah diluluskan. Pada Karnival MAIWP 2023 nanti, setiap pasangan dibenarkan membawa 20 ahli keluarga iaitu 10 ahli keluarga di pihak pengantin lelaki dan 10 lagi oleh pihak pengantin perempuan

Tema Walimatul Urus Perdana adalah Nostalgia Adat Istiadat Sejarah Kegemilangan Melayu Islam bertujuan mengembalikan nostalgia zaman kegemilangan dan lambang kemelayuan Islam

Konsep yang dirancangkan untuk menonjolkan, mempromosikan kesenian dan kebudayaan Melayu kepada segenap lapisan masyarakat yang berbilang agama, kaum dan budaya sekali gus menjelaskan agama Islam tidak melarang masyarakat untuk berbudaya selagi ia selari dengan syariat Islam yang syumul

Objektif lainnya, untuk menunjukkan nilai Islam itu sendiri yang amat menggalakkan penganutnya membina Baitul Muslim yang menitik beratkan pernikahan yang halal dan diredhai ALLAH s.w.t ke arah pembinaan ummah sejahtera

Majlis ini juga adalah untuk memperkenalkan budaya serta adat istiadat orang Melayu dalam menguruskan majlis perkahwinan kepada pasangan pengantin serta memperkenalkan seni kebudayaan kepada pelancong di dalam dan luar negara.

Selain itu, pelaksanaan majlis ini juga adalah untuk menyemarakkan lagi semangat persaudaraan sesama Islam di samping menjadi teladan buat segenap lapisan masyarakat

Memeriahkan suasana dan agar majlis itu menjadi kenangan manis kepada pasangan raja sehari yang diraikan, pelbagai persembahan kebudayaan seperti kompang, silat dan tarian tradisional akan dipersembahkan

Memilih tema perkahwinan tradisional Melayu dengan menampilkan beberapa persembahan dan aktiviti yang mengimbau nostalgia adat lama yang semakin dilupakan

Paling menarik, pasangan pengantin akan diarak dengan menaiki kereta kuda menuju ke Dataran Merdeka yang melambangkan kepimpinan, kemewahan, keunggulan dan kekayaan agar pihak pengantin boleh menjadikan ia semangat untuk terus maju di masa hadapan serta mampu keluar daripada kategori asnaf,” katanya

AGONG KITA DAN PERDANA MENTERI MALAYSIA BAKAL MERASMIKAN WALIMATUL URUS PERDANA
Selain itu, Karnival MAIWP 2023 dengan kerjasama Naurah Care Malaysia, sebuah pertubuhan bukan kerajaan (NGO) akan dirasmikan oleh Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah dan Raja Permaisuri Agong Tunku Hajah Azizah Aminah Maimunah Iskandariah yang berkenan mencemar duli menyempurnakan Karnival MAIWP 2023 nanti


Berkongsi mengenai pengisian Karnival MAIWP 2023, Majlis Walimatul Urus Perdana menghimpunkan 100 pasangan pengantin daripada golongan asnaf, mualaf juga akan dirasmikan oleh Perdana Menteri Malaysia, Datuk Seri Anwar Ibrahim.
Menyasarkan 500,000 kehadiran pengunjung sepanjang karnival dua hari itu ia adalah satu program dan naratif baharu, moden, bergaya seterusnya memberikan impak serta pandangan baharu masyarakat moden kepada sebuah agensi agama

CERAMAH KEKELUARGAAN DAN KEWANGAN DI KARNIVAL MAIWP 2023Melangkah ke alam baru berkongsi hidup berdua, pasti ada suka dan duka yang perlu dilalui. Maka penganjur juga akan menampilkan dua orang penceramah untuk memberikan motivasi berkaitan hak-hak suami atau isteri di dalam melayari bahtera rumahtangga dan Pengurusan Kewangan Bijak

USAHAWAN & PENDIDIKAN MAIWP
Sebanyak 100 tapak jualan disediakan untuk penyertaan para usahawan asnaf, influencer, selebriti, anak-anak syarikat MAIWP dan agensi Karnival Usahawan & Pendidikan. Penyampaian Anugerah kepada Ikon Usahawan Asnaf dan Ikon Pendidikan Asnaf MAIWP turut diadakan di Karnival MAIWP 2023 nanti. Semoga berjaya

PERSEMBAHAN KUMPULAN NASYID
Karnival MAIWP juga akan diserikan dengan persembahan hiburan oleh para penyanyi nasyid popular diantaranya Raihan, Rabbani, In Team, Aydan dan Nada Murni II dimana para selebriti ini dibawakan khas dengan inisiatif dan tajaan Pengurus Acara Karnival MAIWP 2023 iaitu Naurah Care Malaysia

MAIWP RUN
Karnival MAIWP 2023 tidak melupakan aktiviti sukan rakyat Malaysia minati iaitu larian. MAIWP RUN terbuka kepada seramai 10,000 orang penyertaan dan diuruskan oleh Pusat Pungutan Zakat (PPZ), MAIWP. 
MAIWP RUN flag off pada 29 Januari 2023 jam 7 pagi yang membabitkan laluan sejauh 3 - 5  kilometer melalui Jalan Raja Laut, Jalan Sultan Ismail, Jalan Dang Wangi dan Jalan Tuanku Abdul Rahman

Cara pendaftaran nanti Ruby kemaskini okay

MAIWP | FACEBOOKNAURAH CARE MALAYSIA | FACEBOOK | INSTAGRAM

Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://www.ruby.my/2022/12/karnival-maiwp-2023-anjur-walimatul.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Analisis Elliott Wave Pasangan Mata Wang Usd Jpy Untuk 4 Januari 2023

Analisis Elliott Wave Pasangan Mata Wang Usd Jpy Untuk 4 Januari 2023

papar berkaitan - pada 4/1/2023 - jumlah : 153 hits
Pasangan mata wang USD JPY telah melengkapkan gelombang A dengan menguji tahap 129 50 Gelombang B telah mengambil alih untuk rali ke arah 141 25 pada hari minggu akan datang Dalam gelombang pembetulan gelombang B sentiasa paling sukar untuk...
Jawatan Kosong Di Jabatan Perdana Menteri Tahun 2023

Jawatan Kosong Di Jabatan Perdana Menteri Tahun 2023

papar berkaitan - pada 1/1/2023 - jumlah : 177 hits
Jawatan kosong di jabatan Perdana menteri Jawatan Kosong Di Jabatan Perdana Menteri Tahun 2023 Info terkini Peluang kerjaya telah dibuka kepada rakyat Malaysia tahun 2023 bulan Januari Jawatan kosong telah ditawarkan kepada anda rakyat Mala...
Dpr Target Ruu Ebt Rampung Juni 2023

Dpr Target Ruu Ebt Rampung Juni 2023

papar berkaitan - pada 23/12/2022 - jumlah : 140 hits
Ketua Komisi VII DPR RI Sugeng Suparwoto menjamin Rancangan Undang Undang Energi Baru dan Energi Terbarukan rampung tahun depan Sebab RUU EBT ini jadi satu landasan aturan penting dalam proses transisi energi di Indonesia
Will The Anwar Zahid Cooperation Continue Into 2023

Will The Anwar Zahid Cooperation Continue Into 2023

papar berkaitan - pada 23/12/2022 - jumlah : 260 hits
In Penang the Chinese decide the winner In the other states it is the Malays who do even for Selangor to a certain extent So what the Chinese think do not matter It is what the Malays think that do And on this score Perikatan Nasional has t...
Ekonomi Ri Bisa Tetap Positif Di 2023 Ini Syaratnya

Ekonomi Ri Bisa Tetap Positif Di 2023 Ini Syaratnya

papar berkaitan - pada 23/12/2022 - jumlah : 302 hits
Menteri Investasi Bahlil Lahadalia menilai ekonomi Indonesia di 2023 bisa terus positif jika stabilitas di Indonesia terjaga Sebab saat ini tidak ada yang bisa memprediksi soal ekonomi global Mengingat pandemi Covid 19 dan perang Rusia Ukra...
9 Situs Freelancer Terbaik Solusi Mendapatkan Cuan Tahun 2023

9 Situs Freelancer Terbaik Solusi Mendapatkan Cuan Tahun 2023

papar berkaitan - pada 22/12/2022 - jumlah : 155 hits
Freelancer adalah sumber kehidupan dari bisnis apa pun dan menemukan talenta terbaik dari situs freelancer terbaik dapat menghemat waktu dan
Terkini Peluang Kerjaya Bersama Airasia 2023 Kini Dibuka Minima Spm Layak Memohon

Terkini Peluang Kerjaya Bersama Airasia 2023 Kini Dibuka Minima Spm Layak Memohon

papar berkaitan - pada 22/12/2022 - jumlah : 174 hits
Terkini Peluang Kerjaya Bersama AirAsia 2023 Kini Dibuka Minima SPM Layak Memohon Makluman gembira buat seluruh warganegara Malaysia kini syarikat penerbangan yang terkenal di Malaysia dengan sebuah syarikat penerbangan tiket yang murah iai...
Pengambilan Jawatan Kosong Polis Besar Besaran 2023

Pengambilan Jawatan Kosong Polis Besar Besaran 2023

papar berkaitan - pada 23/12/2022 - jumlah : 240 hits
PENGAMBILAN JAWATAN KOSONG POLIS BESAR BESARAN 2023 Info terbaru Makluman terkini daripada Polis Diraja Malaysia telah dibuka peluang mengisi kokongan anggota polis dikalangan rakyat Malaysia Permohonan boleh dimohon di laman rasmi jawatan ...
How To Plan A Stress Free Family Vacation

Bendung Elemen Politik Perkauman Elak Permusuhan Keganasan

Rajab Keutamaan Amalan Tanggal Berapa 2025

Masya Allah Ribuan Tentera As Masuk Islam Ini Kunci Hamas

Tutup Pintu Belakang Buang Pintu Depan

Resepi Ayam Cili Padi Bersantan Pedas Lemak Padu Gila

Djakarta Warehouse Project Festival Musik Elektronik Terbesar Di Asia Tenggara

Silent Night All Is Calm But A Genocide Is Taking Place Now


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Wanita Milik Kaiden Slot Akasia TV3

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Curang Tanpa Niat Slot Megadrama Astro Ria

5 Insiden Jalan Sesak Yang Berlaku Lebih 24 Jam Durasinya

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 6 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 5 Gegar Vaganza 2024 Musim 11


Retreat Hujung Tahun Di Kampung Cheq Homestay

Cara Tukar Ringtone Iphone Menggunakan Itunes

Makan Tengah Hari Di Jeti Nelayan Kesang

Addressing Flaws In Mrt3 S Strategy

Yoursay Will Anything Come Out Of Ayer Keroh Accident Probe

Hiking Gunung Bubu Gerik