Kari Tulang Lembu Ayam Goreng


 Assalamualaikum wbt
LENGANG sungguh jalanraya pagi ini walaupun Sk keluar agak lewat. Boleh dikatakan tidak berhenti sepanjang pemanduan sehinggalah di persimpangan lampu isyarat Perodua Tampoi, barulah betul-betul berhenti. Sudahnya, Sk bersarapan bekalan roti dan kopi yang dibawa di hadapan pc selepas sampai ke pejabat. 
Semalam juga, satu hari Sk tak keluar rumah. Jangan kata naik kereta, jejak luar pintu pun tidak. Pak Inche pulak akan bertugas di Stadium Pasir Gudang di sebelah petang, jadi, memang tak sempatlah nak jalan-jalan. Paginya, Sk sediakan sarapan roti telur dan masak awal juga, sebelum pukul 2 dah mengadap nasi dengan lauk Kari Tulang Lembu dan Ayam Goreng.

Masak kari ni, memang pejam mata sajalah. Dah lebih doploh tahun, kan asyiklah mengari. Stok kentang pun ada, jadi, adalah kentangnya dalam kari. Tapi, tomato pulak tak ada, hehehe. Nak dijadikan rajin, bawangnya Sk tumbuk sampai lumat guna lesung batu tau.
Kari Tulang Lembu
Bahan-bahan :
Tulang Lembu 10 ketul
Minyak masak secukupnya untuk menumis
6 ulas bawang merah tumbuk lumat
3 ulas bawang putih tumbuk lumat
1" halia tumbuk/pecahkan
2 kulit kayu manis
2 kuntum bunga lawang
6 kuntum bunga cengkih
3 biji buah pelaga
2 tangkai daun kari
4 sudu rempah kari daging
1 sudu serbuk cili
1 sudu kecil serbuk kunyit
Air secukupnya
2 biji ubi kentang potong empat
5 - 6 biji cili padi
Air secukupnya
1 senduk santan kotak 

Cara-cara :

1.  Panaskan minyak masak secukupnya untuk menumis.
2. Tumiskan kulit kayu manis dan bunga lawang sebentar, kemudian barulah tumiskan bawang merah, bawang putih dan halia, bunga cengkih dan biji pelaga. Kemudian masukkan daun kari, kacau sebentar.
3. Campurkan rempah kari daging, serbuk cili dan serbuk kunyit dengan sedikit air, jadikan pes. Kemudian masukkan dalam tumisan, tambah air jika perlu dan masak hingga terbit minyak.
4. Tambahkan air lagi, masak lagi hingga terbit minyak, tambah air sedikit-sedikit sambil biar minyak terbit sehingga rempah masak secukupnya.
5. Masukkan bahan rempah yang ditumis bersama tulang dalam periuk tekanan. Setkan HP 50. Tutup periuk dan biar ia set.
6. Selesai HP, masukkan ubi kentang dan set HP 5.
7. Selesai, set Stir Fry, kemudian masukkan santan, kiub pati lembu, asam keping dan garam seckup rasa. Akhir sekali masukkan cili padi (jika suka)
Nota : Jika tak guna periuk tekanan, lebihkan air dan biarkan kuah mendidih sehingga daging empuk.

Goreng ayam jugak walaupun masak kari tulang. Sesuailah ayam goreng digandingkan dengan kari tulang ni kan. Goreng guna minyak bukan air fryer.

Masak kari wajib ada papadom, hehehe.

Sambil masak nasi, tenggek pengukus dan kukus Ketupat Palas dan Rendang Tok yang dibeli di Empayar Makanan Ekspo MAHA 2022. Yang ni buat makan petang. Eh, kalau tahu elok aje lagi ketupat dan rendang ni beli je lebih. Nantilah, tunggu MAHA tahun 2024 pulak, minta pada Allah swt agar panjang umur, jumpa tahun 2024, Amiiinnnn YRA.


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://sariyusa.blogspot.com/2022/08/kari-tulang-lembu-ayam-goreng.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Makan Secara Sihat Masak Kari Ayam Tanpa Santan

Makan Secara Sihat Masak Kari Ayam Tanpa Santan

papar berkaitan - pada 15/8/2022 - jumlah : 216 hits
Selalunya bila masak kari mesti masukkan santan untuk menjadikan rasa berlemak dan sedap Rupanya boleh juga masak kari tanpa menggunakan santan dan rasanya tetap sedap dan berlemak Malah boleh tahan lama lagi tau Resipi kari ayam tanpa sant...
Sesekali Makan Ayam Goreng Syok Juga

Sesekali Makan Ayam Goreng Syok Juga

papar berkaitan - pada 2/8/2022 - jumlah : 424 hits
SESEKALI MAKAN AYAM GORENG SYOK JUGA Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Pengasih Assalammualaikum wbt ENCIK SUAMI pantang nampak Mungkin orang lain dah lama tahu dan makan Tapi kami baharu nampak dan belum mencuba Bila encik suam...
Kailan Goreng Belacan Sup Kaki Ayam

Kailan Goreng Belacan Sup Kaki Ayam

papar berkaitan - pada 14/8/2022 - jumlah : 265 hits
Assalamualaikum dan salam sejahteraSelamat berhujung minggu semua Cuti hujung minggu ni plan masak masak ke atau gantung kuali makan kat luar CCL macam biasa hujung minggu ni masuk dapur masak apa yang patut Memandangkan tahap kesihatan yan...
Kasihan Kylie Jenner Jadian Tak Boleh Makan Ayam Goreng Seringgit S4kit Rasa Macam Nak Cabvt Bibir Letak Tepi

Kasihan Kylie Jenner Jadian Tak Boleh Makan Ayam Goreng Seringgit S4kit Rasa Macam Nak Cabvt Bibir Letak Tepi

papar berkaitan - pada 3/8/2022 - jumlah : 348 hits
INDIVIDU yang mempunyai alahan terhadap sesuatu keadaan makanan ataupun ub4t ub4tan sering ditemui dalam kalangan kita Namun kesan terhadap alahan bergantung kepada setiap individu kerana ada juga yang terpaksa dimasukkan ke hospital beriku...
Kari Ayam Sandwich Telur Cocktail Susu

Kari Ayam Sandwich Telur Cocktail Susu

papar berkaitan - pada 8/8/2022 - jumlah : 298 hits
Assalamualaikum wbtLALU di timeline pagi ini Terus terfikir logiknya jodoh zaman ni akan dipertemukan di dalam kelompok yang sama Biasanya nampak golongan profesional ni akan bertemu pasangan dalam golongan profesional juga Artis bertemu jo...
Kari Ayam By Pak Zain

Kari Ayam By Pak Zain

papar berkaitan - pada 5/8/2022 - jumlah : 175 hits
Assalamualaikum Hi korang Yeay today is Friyaayy Isnin ngan Selasa next week SA ada 2 hari online course kat office jer ye la dah nak hujung hujung tahun ni kena pi training untuk submit KPI nanti kan kang tak complete plak Well balik kerja...
Ayam Masak Lengkuas Resepi Masakan Bugis

Ayam Masak Lengkuas Resepi Masakan Bugis

papar berkaitan - pada 1/8/2022 - jumlah : 788 hits
AYAM MASAK LENGKUAS RESEPI MASAKAN BUGIS AYAM MASAK LENGKUAS Masakan bugis Simpan lah lepas ni kalau mengidam boleh buat
Mee Goreng Basah Azie Kitchen Yang Serious Sedap

Mee Goreng Basah Azie Kitchen Yang Serious Sedap

papar berkaitan - pada 19/8/2022 - jumlah : 315 hits
Hari ini saya ingin kongsikan resipi mee goreng basah cara saya Saya memang penggemar mee goreng Kalau mee saya kurang gemar mee lain hanya mee goreng juga yang kena dengan selera Setiap orang menpunyai cara menyediakan mee yang mungkinn be...
Video Bawa Bersabar Dik Ayam Tuh Tak Lari Pun Aks1 Budak Kecik Gel0joh Buat Ramai Risau

Video Bawa Bersabar Dik Ayam Tuh Tak Lari Pun Aks1 Budak Kecik Gel0joh Buat Ramai Risau

papar berkaitan - pada 1/8/2022 - jumlah : 382 hits
Pepatah ada mengatakan bahawa orang perempuan dengan makanan memang tak dapat dipisahkan tidak kiralah usia masih kanak2 ataupun sudah bayi tetapi bila melihat makanan mesti sampai ke telinga senyumnya Ternyata bila melihat makanan orang pe...
Sah Kes Najib Razak Cacat

Slot Qris Explained The Key To Faster And Safer Gaming Transactions

Rahsia Kawal Gula Dalam Darah Supaya Tak Melompat Lompat Lagi

Tremendous Nadi Collaboration

Kebaikan Rawatan Rendaman Kaki Bersama Garam Bukit Dan Ais Batu

Salam Dalam Salat Jenazah Sekali Atau Dua Kali

10 Praktik Keberlanjutan Yang Wajib Diterapkan Di Tahun 2025

Takwim Cuti Persekolahan Tahun 2025 2026


echo '';
5 Insiden Jalan Sesak Yang Berlaku Lebih 24 Jam Durasinya

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 6 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 5 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

10 Filem Drama Seram Melayu Berhantu Terbaru 2024 2025 Mesti Tonton

One In A Million 2024 Senarai Peserta Juri Format Pemarkahan Hadiah Dan Segala Info Saksikan Live Di TV3 Malaysia Dan Tonton Calpis Soda OIAM


Redha Di Dalam Rumah Tangga

Ioi City Mall Gears Up For A Meletop 2025 With A Star Studded New Year S Eve Celebration

Farhan Mustapha Mutiara Hati Chord

The West Isn T Dying But It S Working On It

Malaysian Muslims Baffled How Having A Pic With Christmas Tree Santa Claus Can Shake Their Faith

Have A Relaxing Day With Friends Over Lunch Or Dinner