Kari Kepala Ikan Terbaik Penah Saya Makan Adalah Di Philea Mines Resort
Siapa sangka di tengah-tengah bandar boleh ada resort bertemakan "beach" kan? Tapi ianya benar-benar wujud ya, dan ianya adalah Philea Mines Beach Resort, Seri Kembangan yang berada di belakang pusat membeli belah The Mines. Resort ini bukanlah berada benar-benar di tepi pantai sebenar, namun pantai yang ada merupakan pantai buatan yang seolah-olah seperti yang betul nak-nak apabila waktu senja
Tujuan artikel kali ni bukan saya nak cerita mengenai pantai buatan tersebut, tapi ianya adalah untuk berkongsi dengan korang tentang promosi makan tengahari yang sedang mereka tawarkan di Philea Mines Beach Resort ni
SET MAKAN TENGAHARI
Untuk pengetahuan korang, Philea Mines Beach Resort ada menawarkan harga promosi bagi menu set Kari Kepala Ikan Merah yang disediakan oleh Chef Roslan. Pengunjung yang datang ke sini, boleh mendapatkan harga promosi ini pada hari Isnin hingga Jumaat bermula jam 12PM-3PM. Saya juga difahamkan bahawa promosi ini akan berlansung sehingga hujung tahun ini (2019)
Terdapat 3 jenis set kombo yang boleh dipilih dengan harga istimewa iaitu Kari Kepala Ikan Kombo A, Kari Kepala Ikan Kombo B dan Set Ayam Tempayan. Dalam set kombo ini terdapat 7 lagi menu hidangan lain. Jom tengok apa yang ada dalam set makan tengahari di sini
1. Kari Kepala Ikan Kombo AHarga: RM 79.00 (2-3 pax)
Menu:1. Steamed White Rice2. Fish Head Curry3. Stir Fried Cabbage 4. Fried Lady Finger 5. Stir Fried Long Bean 6. Papadom7. Sirap Selasih**air sirap selasih unlimited refill**tambah RM1 untuk teh tarik
2. Kari Kepala Ikan Kombo BHarga: RM 248 (6 pax) + 1 Bilik Deluxe untuk 2 orang
Menu:1. Steamed White Rice2. Fish Head Curry3. Stir Fried Cabbage 4. Fried Lady Finger 5. Stir Fried Long Bean 6. Papadom7. Ayam Tempayan8. Sirap Selasih**air sirap selasih unlimited refill**tambah RM1 untuk teh tarik
CARA REDEEM BILIK | Bagi yang beli set Kombo B, korang akan menerima 1 bilik deluxe untuk 2 orang stay. Redemption bilik kena buat reservation sebelum 7 hari. Kalau korang nak redeem bilik semasa hari yang sama, korang perlu membuat tempahan awal dengan bayaran penuh seawal 7 hari. Voucher bilik yang korang dapat adalah vaild untuk 1 bulan dari tarikh pembelian
3. Set Ayam Tempayan Harga: RM20 (1 pax)
Menu:1. Ayam Tempayan2. Steamed White Rice3. Crackers + Pickles4. Sirap Selasih
REVIEW
Semasa kunjungan tempohari, saya dan rakan-rakan (5orang) telah menikmati hidangan Kari Kepala Ikan Kombo B di Laman Tun Teja yang mana ianya betul-betul berdekatan dengan pantai buatan ni
Jujur saya katakan, ni merupakan kali pertama saya makan Kari Kepala Ikan boleh menambah nasik. Awalnya saya mengambil Set Ayam Tempayan untuk diri saya, tapi disebabkan termakan kata-kata Sis Lin untuk mencuba Kari Kepala Ikan dia saya terus menambah nasi. Kalau food review sebelum ni yang melibatkan Kari Kepala Ikan, saya hanya ambil gambar dan mampu rasa secubit je. Tapi kali ni memang cukup berbeza. Bagi saya, Kari Kepala Ikan mereka boleh pergi jauh. Kami pun dah mula bincang bila lagi nak repeat ni. Kalau datang beramai-ramai pun berapa sangat sorang kena keluarkan duit untuk Set B tu
Memang sangat berbaloi kalau ambil Set B tu. Harga dah murah, siap boleh dapat percuma bilik lagi untuk 2 orang stay. Bilik dia pun luas dan selesa, bertemakan english style. Setiap bilik di sini dilengkapi dengan penyaman udara, TV satelit skrin-rata, peti sejuk kecil dan kemudahan membuat kopi/teh. Bilik mandi yang disediakan memang selesa, besar dan dilengkapi dengan pancuran mandian, bath tub dan peralatan mandian yang lengkap. Paling best kalau dapat bilik yang menghadap pantai buatan tu, bila senja tiba je memang cantik sangat-sangat pemandangan dia. Memang terasa seolah-olah berada di pulau betul pulak
Philea Mines Beach Resort, Seri Kembangan sangat sesuai nak dijadikan tempat honeymoon bagi mereka yang tak mempunyai banyak masa untuk bercuti jauh-jauh. Nak shopping, jalan tak sampai 5 minit dah sampai
Nak datang kesini, korang boleh waze Philea Mines Beach Resort. Sebagai landmarknya, ia terletak bersebelahan The Mines Shopping Mall dan bersebelahan MIEC (Mines International Exibition Center)
Philea Mines Beach ResortJalan Dulang, Mines Resort City43300 Seri KembanganSelangorhttps://www.phileahotel.com.my/selangor/
Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :
http://www.mawardiyunus.com/2019/07/kari-kepala-ikan-terbaik-penah-saya.html