Karekter Symbiote Dalam Marvel Studios



Kenali Karakter-Karakter Symbiotes Yang Ada Dalam Dunia Komik Marvel
Symbiotes di Marvel Universe Comic telah mengumpulkan reputasi buruk untuk diri mereka sendiri, tapi sebenarnya bukan itu niat mereka. Dikenali sebagai Klyntar, symbiotes sebenarnya merupakan “makhluk asing baik” yang bertujuan untuk membentuk ikatan dengan spesimen (manusia) yang ideal untuk menciptakan pahlawan dan pejuang, semua atas nama membantu orang lain.Symbiotes sangat dipengaruhi oleh kondisi mental tuan badan tumpangan mereka. Ketika menjalinkan ikatan dengan seseorang yang tidak stabil, Klyntar menjadi korup oleh negatif dari “tuan rumah” mereka, dan akhirnya mereka menciptakan rasaksa yang berpotensi menakutkan.Bermula dari komik Secret Wars, 1984 apabila Spidey dan pelbagai wira lain telah dihantar ke planet lain untuk melawan penjahat dalam satu pertarungan di antara “baik vs jahat”.Ketika di sana, Spidey memperolehi apa yang beliau fikir hanya sejenis pakaian, tetapi ia sebenarnya adalah satu bentuk kehidupan makhluk asing dikenali sebagai symbiote.Symbiote tersebut cuba untuk “menjalinkan hubungan” dengan Peter Parker seketika tetapi selepas ditolak ia sebaliknya menemui jalan ke badan Eddie Brock, dan terlahirlah Venom.VenomPenampilan pertama : The Amazing Spider-Man #252 (May 1984, “The Alien Costume”)
The Amazing Spider-Man #300 (May 1988, Venom)Symbiot Venom pada awalnya terikat dengan Spider-Man, yang menikmati kekuasaannya meningkat pada awalnya, tapi dengan cepat menyedari kelemahannya. Symbiot itu melemahkan tenaganya, dan setelah menolak symbiot itu dalam sebuah adegan terkenal iaitu di dalam menara loceng di atas gereja, symbiot tersebut bertemu dengan host baru: Eddie Brock.Eddie Brock menjadi Venom rasmi pertama, salah satu dari musuh paling popular dan utama Spider-Man. Eddie Brock memiliki kebencian mendalam ke Spidey, beliau menganggap Spidey menghancurkan kerjaya kewartawanannya.Kebencian beliau ini menjana symbiot dan membuatkan beliau menjadi salah satu kuasa yang digeruni dalam Marvel Universe.Symbiot Venom memiliki banyak host lain, termasuk Angelo Fortunato dan Mac Gargan, tetapi host zaman moden yang paling terkenal adalah Flash Thomson.Bekas pembuli Peter Parker, Flash Thomson menjadi tentera Amerika yang kehilangan kakinya dalam perperangan. Setelah Eddie Brock meninggalkan identiti Venomnya, Klyntar menjadi aset kerajaan US dan diberikan ke Flash Thomson, yang mampu mengawal symbiot dan menjadi Agent Venom.Perbuatan baik yang beliau lakukan tidak lama selepas menjadi Agent Venom membuatkan beliau seorang wira dan merupakan impian sebenar Klyntar untuk menjalinkan ikatan dengan host yang bersifat pahlawan.Beliau juga merupakan host yang paling berani daripada mana-mana symbiot setakat ini, tidak bertindak hanya sebagai Space Knight, tetapi juga merupakan ahli Guardian of The Galaxy.CarnagePenampilan pertama : The Amazing Spider-Man #344 (Cletus Kasady, March 1991)
The Amazing Spider-Man #360 (Carnage, 1992)Carnage adalah satu contoh buruk apa yang berlaku apabila ikatan yang terjalin di antara Klyntar dengan yang manusia yang teruk. Cletus Kasady adalah seorang penjenayah dan pembunuh kejam. Beliau terikat dengan symbiot apabila beliau berkongsi sel penjara dengan Eddie Brock. Venom yang baru pulih ketika, mahu kembali kepada hosnya itu, iaitu Eddie Brock. Bagaimanapun, Venom telah ‘melahirkan anak’ yang mana anaknya itu mula mencari hos, iaitu Cletus Kasady, penjenayah yang berkongsi sel dengan Eddie.Symbiot tersebut terus terikat dengan Kasady serta-merta, dan menjadi Carnage yang mengancam bumi.Amukan Carnage mengakibatkan Spidey turut berasa takut, dan Carnage telah pernah bekerjasama dengan Venom yang merupakan musuhnya semata-mata untuk menumpaskan symbiot yang lebih berkuasa.Carnage juga telah bekerjasama dengan penjahat yang lain seperti Shriek, Spider-Man Doppelganger dan Demogoblin, serta Venom, yang tidaklah begitu baik hubungannya.ToxinPenampilan pertama : Patrick Mulligan Venom/Carnage #1 (September 2004)Toxin adalah salah satu symbiot yang paling kuat, dan tentunya salah satu symbiot yang paling ‘badass’ terutamanya dari segi penampilan. Ia adalah kepada “anak” kepada Carnage – yang ingin menghapuskan anak yang tidak diingini itu.Setelah Toxin lahir, Carnage terlalu lemah untuk melakukannya, dan bangsa Klyntar itu menjalinkan ikatan dengan polis New York, Patrick Mulligan. Ketika Carnage kembali untuk menghapuskan anaknya, Toxin diselamatkan oleh Venom, dan melatih Toxin sebagai sekutu.Venom dan Carnage menyedari bahawa Toxin merupakan ancaman, mereka bergabung dengan Spider-Man, untuk menghapuskan Toxin. Tugas ini bukannya mudah, kerana Toxin lebih kuat dari Venom dan Carnage. Dengan sedikit bantuan dari Spidey, ia mampu menangkis mereka.Mulligan kemudian mengundurkan dirinya sebagai polis untuk hidup dengan symbiot, berjanji untuk mengawalnya, tetapi akan melepaskannya selama beberapa jam setiap malam.Anti-venomPenampilan pertama : The Amazing Spider-Man #569 (October 2008)Anti-Venom merupakan symbiot mutasi yang muncul didalam badan Eddie Brock ketika beliau berada di keadaan tidak terurus, menjauhkan diri kerana kanser dan bekerja di dapur bahagian sup.Nasib Brock berubah ketika beliau menerima tepukan di bahu dari Mr. Negative. Ini membangunkan sisa-sisa symbiot Venom dalam aliran darah, yang melekat pada sel-sel darah putih, dan menyembuhkannya dari kanser yang dideritanya.Signifikasi yang lebih besar dari ini menjadi lebih jelas ketika Mac Gargan, pemegang terbaru Venom, menyerang dapur untuk mencari Spider-Man. Symbiot Venom di Gargan berusaha untuk menjalinkan kembali ikatan dengan Brock, tetapi symbiot baru dalam darahnya menolak dan menghasilkannya dalam persona baru: Anti-Venom.Anti-Venom memiliki kemampuan untuk membersihkan tubuh dari symbiotes dan radiasi, dan hampir mengalahkan Spider-Man di pertemuan pertama mereka. Walaupun penampilannya mengerikan, Anti-Venom melakukan beberapa perbuatan heroik antaranya, termasuk menumpaskan organisasi jenayah Mr Negative dan memulihkan New York dari Spider-Virus.ManiaPenampilan pertama : Venom Vol 2 #38 (September, 2013)Sering dirujuk sebagai The Daughter Of Venom, Mania sebenarnya klon asal Symbiot Venom. Mania terjadi apabila Flash Thompson, semasa bekerja sebagai seorang guru di Philadelphia, melemparkan sebahagian daripada symbiote Venom ke seorang pelajar, yang telah diserang oleh Jack O’Lantern. Bertentangan dengan sangkaan beliau, symbiot itu terikat dengan pelajar tersebut dan sepenuhnya terbentuk, dan mencipta ikatan baru di antara manusia dan Klyntar: Mania.Symbiot Mania adalah klon Venom yang telah terikat kepada sumber asalnya beberapa tahun yang lalu. Klon ini berperwatakkan ganas, dan telah direka oleh Ararat Corporation untuk memusnahkan semua kehidupan di bumi.Klon itu masih aktif dalam Flash apabila beliau mewarisi Venom, dan mendapati satu cara untuk wujud dengan sendiri apabila ia telah diusir untuk menjadi Mania. Lebih merumitkan lagi keadaan, symbiote Mania juga memiliki Hell-Mark yang pernah ditanam di dalam jasad Venom oleh Mephisto. The Hell-Mark memunculkan dirinya kepada Mania apabila ia dibersihkan dari Venom, dan memberikan Mania berupaya untuk mengawal kekuatannya bersama-sama dengan kebolehan simbiotiknya yang sedia ada.HybridPenampilan pertama : (Guardsman Number Six) New Warriors #21 (1992)Hybrid adalah elemen terakhir symbiot saga Foundation Life. Host Hybrid adalah Scott Washington, yang merupakan seorang pengawal di The Vault dimana terdapat bangsa Klyntar iaitu Lasher, Riot, Phage dan Agony, yang telah ditahan selepas host asal mereka terbunuh.Setelah melarikan diri, mereka bergabung bersama-sama dan terikat secara ringkas. Scott yang menemui mereka yang berada dalam keadaan ketakutan dan kesakitan, serta tidak layak untuk dibuat eksperimen. Lalu Scott memutuskan untuk melepaskan mereka keluar dari penjara, dan akibatnya Scott kehilangan kerja.Scott kembali ke rumahnya, dan selepas pergelutan dengan penjenayah di gelanggang bola keranjang, beliau mendapati dirinya lumpuh dari pinggang ke bawah. Symbiot Hybrid, rasa simpati kepada Scott, lalu menjalinkan ikatan dengan beliau sekali lagi, dan membolehkan kakinya berfungsi kembali. Scott kemudian berusaha membalas dendam terhadap orang yang menganiaya beliau dan banyak yang mengecewakan Hybrid, yang tidak mahu membunuh.Scott yakin dengan tujuan mereka, dan menggunakan kuasa simbiotik beliau untuk kebaikan, melaksanakan banyak perbuatan berani. Beliau akhirnya dihancurkan oleh Eddie Brock, dan komponen Hybrid kemudian pergi ke Team Mercury kemudian ke Deadpool, sebelum akhirnya menetap pada anjing baka pooch yang mesra.ScreamPenampilan pertama : Venom: Lethal Protector #4 (1993)Scream adalah ahli kelima pasukan symbiot Foundation Life, dan tidak berapa stabil tahap mentalnya. Beliau pada asalnya Donna Diego, dan telah dipilih daripada pasukan keselamatan Foundation Life memakai moniker daripada Scream. Beliau memutuskan untuk menguji kuasanyai di sebuah pusat membeli-belah, yang secara tak langsung menarik perhatian Spiderman. Spidey mengekori beliau ke makmal Life Foundation, dan Spidey berakhir dengan bekerjasama dengan Venom untuk menundukkan Scream.Akhirnya, Scream dan Life Foundation kecundang. Mereka cuba untuk merekrut Venom untuk membantu mereka mengawal symbiotes mereka, tetapi Venom menolak. Mungkin kerana symbiote beliau, Donna Diego mempunyai krisis skizofrenia, dan membunuh semua adik-beradiknya, yakin bahawa sesiapa sahaja yang berkerjasama dengan symbiote adalah jahat.



Scream kemudian cuba untuk menebus dirinya, dan berjuang bersama Venom untuk mengalahkan beberapa penjahat, seperti Xenophage, Dirtnap dan Chimera. Beliau akhirnya mati yang di tangan Eddie Brock, yang memutuskan untuk membunuh symbiotes tinggal selepas beliau tidak lagi boleh menjadi salah satu dari symbiot.The Life Foundation Symbiotes: Lasher, Phage, Riot, AgonyPenampilan pertama : Venom: Separation Anxiety (1995)The Life Foundation menghasilkan lima klon dari symbiot Venom untuk bertindak sebagai pasukan polis. Ini dikenali sebagai Agony, Lasher, Riot, Phage dan Scream.Selepas beberapa pertempuran dengan Spider-Man dan Eddie Brock, host untuk Lasher, Riot, Phage dan Agony dibunuh oleh Scream.Lasher, Riot, Phage dan Agony telah dipenjarakan didalam The Vault, penjara bagi penjenayah luarbiasa. Selepas melarikan diri dari penjara, 4 symbiotes ini bersama-sama membentuk Hybrid, dan berusaha untuk melakukan kebaikan



Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://feedproxy.google.com/~r/adajewnet/~3/IBxeIZDmVEo/karekter-symbiote-dalam-marvel-studios.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Dc Cuba Atasi Kegemilangan Marvel Studios

Dc Cuba Atasi Kegemilangan Marvel Studios

papar berkaitan - pada 20/8/2019 - jumlah : 244 hits
Pengarah Joker Cadang Lawan MCU Dengan Divisyen DC Black Pengarah filem terbaru Joker Todd Phillips sememangnya individu yang mempunyai idea unik untuk mengembalikan kegemilangan filem DC Comics Ketika Todd mengemukan cadangan untuk filem s...
Marvel Studios Sedang Merancang Sesuatu Yang Besar Untuk Disney

Marvel Studios Sedang Merancang Sesuatu Yang Besar Untuk Disney

papar berkaitan - pada 17/8/2019 - jumlah : 198 hits
Semasa di San Diego Comic Con yang lalu Marvel Studios bukan sahaja mendedahkan filem filem fasa 5 Marvel Cinematic Universe mereka turut mengumumkan beberapa siri televisyen yang akan dibangunkan untuk platform penstriman video Disney Anta...
Phil Lord Chris Miller Sedang Bangunkan Rancangan Televisyen Berdasarkan Karakter Marvel Spider Man

Phil Lord Chris Miller Sedang Bangunkan Rancangan Televisyen Berdasarkan Karakter Marvel Spider Man

papar berkaitan - pada 9/8/2019 - jumlah : 226 hits
Spider Man kini merupakan sebahagian dari Marvel Cinematic Universe tetapi Sony Pictures masih memiliki sejumlah besar karakter karakter Marvel dan beberapa karakter tersebut telahpun dimasukkan dalam dunia Marvel mereka sendiri tanpa terik...
Ini 8 Aktris Seksi Yang Bakal Tampil Di Marvel Cienematic Universe Phase 4

Ini 8 Aktris Seksi Yang Bakal Tampil Di Marvel Cienematic Universe Phase 4

papar berkaitan - pada 16/8/2019 - jumlah : 180 hits
Ini 8 aktris seksi yang bakal tampil di Marvel Cinematic Universe Phase 4 Mereka adalah Scarlett Johansson Angelina Jolie Salma Hayek Natalie Portman dan Florence Pugh
Bumilangit Studios Dari Indonesia Perkenal Karakter Adiwira Terbaru Inspirasi Daripada Mcu

Bumilangit Studios Dari Indonesia Perkenal Karakter Adiwira Terbaru Inspirasi Daripada Mcu

papar berkaitan - pada 20/8/2019 - jumlah : 187 hits
Filem menampilkan adiwira sememangnya mendapat tempat di hati masyarakat Malah filem dengan kutipan tertinggi di dunia juga berjaya dipegang oleh filem Avengers Endgame yang menampilkan sejumlah besar adiwira Keghairahan para penonton untuk...
Walt Disney Studios Cipta Rekod Catat Kutipan Box Office Sebanyak 8 Billion Dolar Tahun Ini

Walt Disney Studios Cipta Rekod Catat Kutipan Box Office Sebanyak 8 Billion Dolar Tahun Ini

papar berkaitan - pada 8/8/2019 - jumlah : 417 hits
Ketua Pegawai Eksekutif Disney Bob Iger telah mengumumkan bahawa Walt Disney Studios telah mencapai kutipan sebanyak 8 bilion di pentas box office global tahun ini Kutipan tersebut sekaligus mengatasi rekod kutipan pada tahun 2016 dimana Di...
Paramount Studios Rancang Spin Off Baru Filem G I Joe

Paramount Studios Rancang Spin Off Baru Filem G I Joe

papar berkaitan - pada 12/8/2019 - jumlah : 405 hits
Paramount Studios mengumumkan bahawa filem spin off watak G I Joe kini sedang dalam perancangan Sebelum ini dua filem G I Joe The Rise of The Cobra dan Retaliation gagal untuk memberikan pulangan yang memberansangkan Nampaknya Paramount Stu...
10 Superhero Terburuk Di Hasilkan Oleh Dc Dan Marvel

10 Superhero Terburuk Di Hasilkan Oleh Dc Dan Marvel

papar berkaitan - pada 16/8/2019 - jumlah : 509 hits
Anda Seorang Kaki Movie Tahukah Anda Ada 10 Filem Adi Wira Terburuk Yang Pernah Di Hasilkan Oleh DC dan Marvel Filem adiwira yang diadaptasi daripada komik selalunya mencatat kutipan pecah panggung apabila ditayangkan Tidak dinafikan pengge...
Samsung Galanya Note 10 Akan Menerima Kerangka Dengan Rekaan Adiwira Marvel

Samsung Galanya Note 10 Akan Menerima Kerangka Dengan Rekaan Adiwira Marvel

papar berkaitan - pada 20/8/2019 - jumlah : 231 hits
Siri filem yang paling hangat pada waktu ini pastinya adalah yang diterbitkan oleh Marvel Studios Kesemua filem yang dikeluarkan pecah panggung dengan Avengers End Game kini adalah filem dengan kutipan tiket tertinggi dalam sejarah melangka...
Rahsia Kawal Gula Dalam Darah Supaya Tak Melompat Lompat Lagi

Tremendous Nadi Collaboration

Kebaikan Rawatan Rendaman Kaki Bersama Garam Bukit Dan Ais Batu

Salam Dalam Salat Jenazah Sekali Atau Dua Kali

10 Praktik Keberlanjutan Yang Wajib Diterapkan Di Tahun 2025

Takwim Cuti Persekolahan Tahun 2025 2026

Whatsapp Tak Lagi Sokong Peranti Android Lama Mulai 1 Januari 2025

Melawat Ke Sand Dunes Di Tottori Jepun


echo '';
5 Insiden Jalan Sesak Yang Berlaku Lebih 24 Jam Durasinya

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 6 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 5 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

10 Filem Drama Seram Melayu Berhantu Terbaru 2024 2025 Mesti Tonton

One In A Million 2024 Senarai Peserta Juri Format Pemarkahan Hadiah Dan Segala Info Saksikan Live Di TV3 Malaysia Dan Tonton Calpis Soda OIAM


The Skill Hexagon The Power Of Multifaceted Abilities

Skill Up Steam Curator

Dua Sahabat Makan Ikan Mentah Minum Air Laut Sepanjang Hanyut

Godox Perkenalkan Lampu Led Knowled Ms60r Bi Yang Sangat Fleksibel

Adi Putra Alami Jangkitan Kuman Di Paru Paru Kini Dalam Keadaan Baik

Jangan Risau Gadis M Sia Bimbang Bf Terlalu Akrab Dengan Sepupu Perempuannya