10 Superhero Terburuk Di Hasilkan Oleh Dc Dan Marvel



Anda Seorang Kaki "Movie"? Tahukah Anda Ada 10 Filem Adi Wira Terburuk Yang Pernah Di Hasilkan Oleh DC dan Marvel?



Filem adiwira yang diadaptasi daripada komik selalunya mencatat kutipan pecah panggung apabila ditayangkan. Tidak dinafikan penggemar adiwira memang ramai di seluruh dunia. Buktinya, filem adiwira terutama terbitan Marvel Studios seperti Avengers : Endgame, Avengers : Infinity Wars dan Black Panther mencatat kutipan tinggi.
Bagaimanapun, tidak semua filem berkenaan mendapat sambutan hebat dan menerima pujian, ada juga sebaliknya. Berikut disenaraikan 10 filem adiwira yang dianggap buruk dan gagal menarik penonton di pawagam. Walaupun membariskan pelakon terkenal, beberapa kelemahan yang ada terutama skrip yang longgar dan lakonan lemah mungkin menjadi faktor filem terbabit gagal.



Catwoman adalah watak fiksyen dalam komik Amerika Syarikat terbitan DC Comics yang biasanya berkaitan dengan Batman. Filem ini diarahkan Pitof yang tidak pernah mengarah filem cereka sekali gus membuatkan filem ini sangat teruk.
Catwoman menampilkan Halle Berry sebagai pelakon utama sebelum dia berjaya dengan watak Storm dalam siri filem X-Men. Kostum Catwoman yang dianggap terlalu seksi, plot membingungkan serta pembentukan imej janaan komputer (CGI) yang kasar membuatkan filem ini nampak tidak sempurna. Watak Catwoman turut diketengahkan dalam filem The Dark Knight Rises lakonan Anne Hathaway.
2. Fantastic Four (2005)


Sebelum Chris Evans mencipta populariti sebagai Captain Amerika, dia terlebih dulu dikenali sebagai Human Torch menerusi filem ini yang dilihat terlalu berunsurkan komik. Filem arahan Tim Story yang turut menampilkan Loan Gruffudd, Jessica Alba, Michael Chiklis, Julian McMahon and Kerry Washington dilihat cuba mempelbagaikan kisah dramatik adiwira bagi menarik penonton. Watak yang ditampilkan bagaimanapun gagal menarik penonton untuk memberikan sokongan.
3. Batman V Superman : Dawn of Justice (2016)

Ramai yang ternanti-nantikan filem ini kerana ia pertama kali menggabungkan dua watak adiwira paling ikonik, Batman dan Superman dalam satu filem. Filem terbitan DC Entertainment ini adalah dalam usaha menyaingi kejayaan Marvel Studios yang sering berjaya dengan filem adiwira mereka.
Filem ini menampilkan barisan pelakon ternama iaitu Ben Affleck, Henry Cavill, Amy Adams, Jesse Eisenberg, Diane Lane, Laurence Fishburne, Jeremy Irons, Holly Hunter dan Gal Gadot. Melihatkan pada senarai nama, diakui penerbit dan pengarahnya cuba menghasilkan sebuah filem yang baik.
Bagaimanapun, hasilnya agak mengecewakan kerana skrip tulisan Chris Terrio dan David S. Goyer ini agak kelam-kabut dan kurang kemas. Paling melucukan apabila pertarungan hebat di antara Batman dan Superman boleh terhenti kerana nama kedua-dua ibu mereka sama.


Green Lantern adalah antara adiwira DC Comics yang paling terkenal. Filem arahan Martin Campbell ini adalah filem superhero Amerika Syarikat berdasarkan watak buku komik dengan nama sama muncul pada komik terbitan DC. Filem tulisan Greg Berlanti ini menampilkan Ryan Reynolds sebagai pelakon utama bernama Hal Jordan.
Pelakon lain ialah Mark Strong, Blake Lively dan Peter Sarsgaard. Sayangnya, ketika diadaptasi menjadi sebuah filem, Green Lantern dianggap gagal. Ia tidak mampu memenuhi piawaian peminat yang mahu melihatnya menjadi sebagai sebuah filem adiwira terbaik.
Bagaimanapun, karier Reynolds sebagai watak adiwira terselamat apabila dia mengambil keputusan membintangi filem terbitan Marvel Studios iaitu Deadpool.
5. Justice League (2017)

Filem arahan Zack Snyder ini menampilkan Ben Affleck, Henry Cavill, Gal Gadot, Jason Momoa, Ezra Miller, Ray Fisher, Amy Adams, Willem Dafoe, Jesse Eisenberg, Jeremy Irons, Diane Lane, Connie Nielsen, Ciaran Hinds dan J K Simmons. Hampir semuanya adalah nama besar dalam industri filem Hollywood.
Dalam Justice League, Batman dan Wonder Woman bergabung dalam satu kumpulan bersama Flash, Aquaman dan Cyborg untuk menghadapi Steppenwolf dan pasukan Parademons. Lakon layar beberapa pelakon dan konsep lakonan satu dimensi tidak memberikan impak yang sewajarnya terhadap filem ini sehingga kurang diminati peminat.
6. Daredevil (2003)

Filem arahan Mark Steven Johnson ini turut menampilkan Ben Afflek sebagai adiwira. Ben sememangnya mempunyai kerjaya hebat sebagai adiwira dan sekarang menyerlah menerusi Batman terbitan DC.
Kemunculannya menerusi filem ini pada 2003 agak kurang meyakinkan dan sekali gus menampakkan filem ini tidak mempunyai reputasi yang hebat. Colin Farrell yang melakonkan watak penjahat dikatakan lebih menyerlah berbanding Ben.
7. Ghost Rider: Spirit of Vengeance (2011)

Filem arahan Mark Neveldine dan Brian Taylor ini diharapkan mendapat sambutan menggalakkan bagi mengubati kekecewaan akibat kegagalan filem pertamanya pada 2017. Bagaimanapun filem yang menampilkan Nicolas Cage, Ciarán Hinds, Violante Placido, Johnny Whitworth, Christopher Lambert dan Idris Elba ini sekali lagi mengalami kegagalan. Malah, ia lebih teruk daripada filem pertama dan mendapat kutipan yang terlalu rendah.
8. Batman & Robin (1997)

Filem arahan Joel Schumacher ini menampilkan Arnold Schwarzenegger, George Clooney dan Chris O’Donnell. Dikeluarkan pada 1997, Batman & Robin diharapkan mampu meneruskan kejayaan dua filem Batman sebelumnya yang dibintangi Michael Keaton.
Namun, malangnya filem ini menjadi filem Batman terburuk sepanjang masa kerana beberapa babak yang kurang logik. Mujurlah filem Batman yang diarahkan Christopher Nolan selepas itu mampu memulihkan nama baik Batman.
9. Elektra (2005)


Elektra adalah filem ‘spin-off’ daripada Daredevil yang dibintangi Ben Affleck pada 2003. Ia menjadi filem adiwira wanita pertama daripada Marvel Studios. Populariti Jennifer Garner ketika itu membuatkan dia menjadi pilihan pengarah Rob Bowman bagi membawakan watak utama.
Pelakon lain ialah Goran Visnjic dan Will Yun Lee. Malangnya, Elektra dikritik habis-habisan oleh pengkritik filem dan peminat kerana skripnya yang longgar serta kegagalan Jennifer melakonkan wataknya dengan baik.
10. Supergirl (1984)

Selepas Superman, filem arahan Jeannot Szwarc ini dihasilkan bagi menonjolkan kewibawaan wanita. Barisan pelakonnya ialah Faye Dunaway, Helen Slater, Hart Bochner, Peter Cook, Mia Farrow, Marc McClure, Brenda Vaccaro dan Peter O’Toole.


Active Search Results Search Engine

Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://www.adajew.net/2019/08/10-superhero-terburuk-di-hasilkan-oleh.html?utm_source=feedburner&utm_medium=feed&utm_campaign=Feed%3A+adajewnet+%28ADAJEW+DOT+NET%29

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Marvel Abc Merancang Untuk Hasilkan Siri Superhero Yang Dianggotai Para Wanita

Marvel Abc Merancang Untuk Hasilkan Siri Superhero Yang Dianggotai Para Wanita

papar berkaitan - pada 7/8/2019 - jumlah : 349 hits
Walaupun siri televisyen Agents of S H I E L D semakin menuju ke penghujung kerjasama diantara Marvel dan American Broadcasting Company tetap diteruskan lagi dengan sebuah lagi projek terbaru Menurut laporan dari laman Deadline Marvel dan A...
Prabowo Dan Ahok Disambut Meriah Oleh Kader Pdip Di Kongres V

Prabowo Dan Ahok Disambut Meriah Oleh Kader Pdip Di Kongres V

papar berkaitan - pada 8/8/2019 - jumlah : 157 hits
Dalam acara ini turut hadir pula Ketua Umum NasDem Surya Paloh Ketua Umum Golkar Airlangga Hartarto Ketua Umum PKPI Diaz Hendropriyono Ketua DPR Bambang Soesatyo Selain itu sejumlah menteri juga hadir
Kisah Kanak Kanak Yang Dibesarkan Oleh Binatang

Kisah Kanak Kanak Yang Dibesarkan Oleh Binatang

papar berkaitan - pada 8/8/2019 - jumlah : 423 hits
Oxana Malaya Membesar Bersama AnjingIni adalah sebuah kisah yang Berlaku pada tahun 1991 Sebuah kisah yang tragis bila Oxana Malaya yang berasal dari ukraine ditemui di dalam rumah anjing keluarga yang terletak di luar rumah Pihak polis tel...
Lagi Pemimpin Dikerjakan Oleh Rakyat Akibat Gagal Tunai Janji

Lagi Pemimpin Dikerjakan Oleh Rakyat Akibat Gagal Tunai Janji

papar berkaitan - pada 8/8/2019 - jumlah : 243 hits
Sumber GoogleMasih ingat Javier Jiminez datuk bandar yang dipaksa berpakaian wanita dan diarak keliling kota Kali ini nasib yang sama menimpa rakan sejawatnya datuk bandar bagi negeri Chiapas Mexico apabila dia juga gagal menunaikan janji A...
Akumulasi Logam Berat Oleh Pokok Keladi

Akumulasi Logam Berat Oleh Pokok Keladi

papar berkaitan - pada 8/8/2019 - jumlah : 349 hits
Oleh Dr Rozidaini Mohd Ghazi Chan Kar Men Fakulti Sains Bumi Universiti Malaysia Kelantan Artikel ini merupakan ringkasan daripada jurnal berikut Chan Kar Men Rozidaini Mohd Ghazi Phytoremediation of Chromium using Colocasia esculenta in La...
Agensi Agensi Kerajaan Amerika Syarikat Dilarang Daripada Membeli Kelengkapan Rangkaian Oleh Huawei Dan Zte

Agensi Agensi Kerajaan Amerika Syarikat Dilarang Daripada Membeli Kelengkapan Rangkaian Oleh Huawei Dan Zte

papar berkaitan - pada 9/8/2019 - jumlah : 198 hits
Isu diantara kerajaan Amerika Syarikat dan syarikat syarikat telekomunikasi China nampaknya masih belum berakhir lagi Pucuk pentadbiran Amerika Syarikat dilaporkan telah mengeluarkan arahan bahawa agensi agensi kerajaan tersebut tidak diben...
Senoi Praaq Beraksi Sekali Lagi Ini Unit Polis Elit Digelar The Silent Killer Oleh Cia Yang Ramai Tak Tahu

Senoi Praaq Beraksi Sekali Lagi Ini Unit Polis Elit Digelar The Silent Killer Oleh Cia Yang Ramai Tak Tahu

papar berkaitan - pada 8/8/2019 - jumlah : 285 hits
Kehilangan seorang remaja warga Ireland di Resort The Dusun di Negeri Sembilan telah menarik perhatian pelbagai pihak yang prihatin akan nasib remaja tersebut Walaupun pelbagai spekulasi timbul mengenai kehilangan remaja tersebut pihak berk...
Sukses Amankan Pemilu Polri Diberi Piagam Penghargaan Oleh Kpu

Sukses Amankan Pemilu Polri Diberi Piagam Penghargaan Oleh Kpu

papar berkaitan - pada 8/8/2019 - jumlah : 252 hits
Sukses Amankan Pemilu Polri Diberi Piagam Penghargaan oleh KPU Polri pun merasa sangat berterimakasih kepada KPU Polri ingin agar anggotanya tetap semangat dalam menjalankan tugas terlebih untuk menciptakan suasana yang aman dan tentram
Fakta Fakta Soal Pemindahan Galih Ginanjar Ke Sel Tikus Oleh Polisi

Fakta Fakta Soal Pemindahan Galih Ginanjar Ke Sel Tikus Oleh Polisi

papar berkaitan - pada 7/8/2019 - jumlah : 133 hits
Beberapa pekan berada di balik jeruji besi membuat Galih harus dipindahkan ke sel tikus Pemindahan ini merupakan sanksi kepada Galih Ginanjar pasca beredarnya video berisi permintaan maafnya yang dibuat dari balik Rutan Polda Metro Jaya
Why Pm Anwar Rafizi Steven Sim Should Be Worried About World Bank S Report On M Sian Education

Drama Framed Lakonan Mimi Lana Meerqeen

Ceramah Pn Tidak Dapat Sambutan Di Kuala Kubu Baharu Pas Boikot Calon Bersatu Prk Kkb

Absolute Power Corrupts Absolutely

Mesyuarat Negara Negara Asean Dalam Bidang Sains Dan Teknologi Kuantum

Potensi Pemulihan Ringgit Terancam Jika Data Pekerjaan As Mengejutkan Negatif

Igp Chief Editor Of English Portal To Be Questioned Over Forest City Casino Claim

Pas Quashing Of Zafrul S Affidavit Raises Concerns About Govt S Integrity



Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Aku Bukan Ustazah Slot Akasia TV3

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Bercakap Dengan Jun Slot DramaVaganza Astro Ria

5 Amalan Muslim Yang Sering Dijadikan Bahan Lawak di Malaysia

6 Fungsi Kereta Yang Sepatutnya Ada Tapi Tak Dijadikan Standard

5 Perkhidmatan Yang Kini Entah Kenapa Kita Langgan Bulanan


Gaji Mei 2024 Tarikh Pembayaran Gaji Penjawat Awam

Bella Astillah Feat Didi Astillah Bermanja Manja Chord

Perjalanan Mendapat Haji Yang Mabrur

Moto Distracto Steady Garage Customizes The New Honda Motocompacto

Udon Noodle Soup

Beli Hadiah Untuk Ibu Tanpa Rasa Terbeban Siap Dapat Diskaun Boleh Bayar Kemudian Guna Je Aplikasi Best Ni