Karakter Mak Cun Alih Ke Bidang Usahawan



Sebelum ini umum mengenali figura bernama Erma Fatima sebagai dramatis terkenal tanah air melalui drama-drama dan filem lakonannya, hingga melayakkan beliau bergelar artis paling popular sekitar tahun 90-an.

Melangkah ke alaf 2000 Erma mula berkecimpung dalam bidang pengarahan drama-drama Melayu yang mengisi slot di kaca televisyen, dan antara yang paling meninggalkan kesan adalah drama Mak Cun, kisah seorang wanita kampung yang gigih berusaha mencapai cita-cita sebagai seorang usahawan yang berjaya.

Bertitik-tolak dari karakter Mak Cun yang dihasilkan itu, Erma kini mengorak langkah ke bidang keusahawanan dengan membuka cabang perniagaan, memasarkan produk-produk keluaran Perusahaan Kecil dan Sederhan (PKS) seperti makanan dan barangan kraftangan, dan yang terbaharu Rumah Budaya ‘Culture House’ di Menara Kuala Lumpur.

"Kini saya dah jauh sikit dari dunia seni...sebelum ini pun saya dah pernah umum saya dah tak mahu bertanding dalam Anugerah Skrin atau terlibat dalam bidang pengarahan. Sekarang jiwa saya lebih kepada nak bantu usahawan-usahawan kita. Semangat ini lahir dari drama Mak Cun, dari situ saya kenal peritnya nak jadi usahawan, nak cari duit. Kini saya lebih seronok masuk ke kampung-kampung, beli produk mereka dan tolong jualkan, ia satu nikmat yang luar biasa," katanya ketika ditemui pemberita selepas perasmian Rumah Budaya oleh isteri Perdana Menteri, Tun Dr Siti Hasmah baru-baru ini.

Pembukaan Rumah Budaya di Menara Kuala Lumpur itu merupakan satu lagi platform untuk beliau memasarkan produk-produk PKS, selain kedai yang telah dibuka di Menara Alor Star, Kedah. Katanya, Rumah Budaya itu juga menyediakan pakej menyediakan perkhidmatan menyewa lebih 100 helai kostum tradisional, melakukan aktiviti kebudayaan dan bermacam lagi khusus untuk para pelancong luar yang datang ke Menara itu.

"Ia akan menjadi satu pusat sehenti di mana para pelancong boleh mendapatkan khidmat sewaan pakaian tradisional, di samping mendapatkan barangan keluaran usahawan kita yang ditempatkan di rumah itu. Saya pasti ia akan menjadi tumpuan, kerana difahamkan kita menerima kedatangan kira-kira 3,000 orang pelancong ke Menara ini setiap hari…Insyaallah, kita akan buka beberapa lagi kedai seumpama ini di kawasan tumpuan pelancong lain, seperti di Matic (Pusat Pelancongan Malaysia), Central Market dan Taman Warisan di Putrajaya," katanya.

Sebelum ini Erma turut melancarkan Mak Cun Mart di Ukay Perdana, yang mempunyai lebih 20 produk termasuk makanan, kecantikan dan fesyen hasil kolaborasinya bersama usahawan IKS. Mak Cun Mart turut dibuka secara online menerusi www.makcunmart.com.my untuk pembelian atas talian.

Sempena bulan Ramadan ini dan kedatangan Aidilfitri tidak lama lagi, Mak Cun Mart turut memasarkan pelbagai jenis busana tradisional seperti baju kurung, baju kurung kedah, kebaya, kebarung dan jubah pada harga yang berpatutan.

Dalam pada itu, katanya, Rumah Budaya itu diwujudkan atas dasar tanggungjawabnya sebagai anak seni, untuk terus memelihara seni budaya Melayu dan adat resam, daripada terus ditelan zaman kerana melihat kepada generasi muda kini yang kurang mendapat pendedahan mengenainya.

"Kalau kita ke Korea atau Jepun kita nak cuba pakaian tradisional mereka,kita rasa seronok. Saya lihat trend anak-anak muda sekarang, nak masuk kelas ballet, kelas Taekwondo, tapi budaya kita di mana? Jadi kalau bukan kita yang jaga budaya kita sendiri, ia akan jauh dari kita, saya khuatir. Saya rasa sebagai orang yang berada dalam industri seni ini, tanggungjawab saya untuk memartabatkan budaya saya di mata orang-orang luar khususnya," katanya.


Sumber: Oh! Media

Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://www.terengganu11.com/2019/05/karakter-mak-cun-alih-ke-bidang-usahawan.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Amd Dan Samsung Bekerjasama Membawa Teknologi Grafik Radeon Ke Peranti Mudah Alih

Amd Dan Samsung Bekerjasama Membawa Teknologi Grafik Radeon Ke Peranti Mudah Alih

papar berkaitan - pada 4/6/2019 - jumlah : 295 hits
Samsung sedia menggunakan teknologi ARM pada cip pemprosesan Exynos keluaran mereka termasuk untuk penawaran grafik berasaskan Mali Namun bergerak kehadapan Samsung mungkin hadir dengan alternatif lain pada penawaran mereka Hari ini Samsung...
Judika Alih Profesi Jadi Penjual Lemper Begitu Penampilannya

Judika Alih Profesi Jadi Penjual Lemper Begitu Penampilannya

papar berkaitan - pada 31/5/2019 - jumlah : 233 hits
Penyanyi ternama Judika nampaknya beralih profesi menjadi seorang penjual lemper Ia menjual lemper dengan harga murah meriah yakni Rp 5ribu saja
Asus Rog Strix Xg17 Paparan Skrin Mudah Alih Dengan Kadar Segar Semula 240hz

Asus Rog Strix Xg17 Paparan Skrin Mudah Alih Dengan Kadar Segar Semula 240hz

papar berkaitan - pada 28/5/2019 - jumlah : 314 hits
Paparan mudah alih boleh dikatakan sesuatu yang cukup popular kebelakangan ini kerana ia boleh digunakan bersama sama dengan konsol permainan kegemaran anda ataupun dijadikan sebagai paparan tambahan untuk komputer riba anda tanpa memakan r...
Kaios Kini Digunakan Pada 100 Juta Telefon Mudah Alih

Kaios Kini Digunakan Pada 100 Juta Telefon Mudah Alih

papar berkaitan - pada 24/5/2019 - jumlah : 321 hits
Sistem operasi Android dan iOS mendominasi lebih 90 telefon pintar di pasaran Tetapi dalam senyap sistem operasi alternatif juga dibangunkan dan digunakan pada telefon mudah alih biasa misalnya Antara sistem operasi yang dibangunkan ialah K...
8 Gambar Cun Amira Othman Penyanyi Pelakon Dan Pengacara

8 Gambar Cun Amira Othman Penyanyi Pelakon Dan Pengacara

papar berkaitan - pada 29/5/2019 - jumlah : 3546 hits
Amira Othman Rasanya ramai yang dah kenal dengan selebriti cantik bernama Amira Othman ni Gadis manis yang mula dikenali menerusi lagu Hati Hati Mimpi Indah dan lagu Sambil berduet dengan Irfan Harris Sejak dua menjak ni semakin ramai artis...
20 Design Sampul Raya Bank Di Malaysia 2019 Mana Satu Paling Cun

20 Design Sampul Raya Bank Di Malaysia 2019 Mana Satu Paling Cun

papar berkaitan - pada 2/6/2019 - jumlah : 1251 hits
Pejam celik pejam celik Hari Raya dah pun semakin dekat Setiap kali tiba raya Dalam buat persiapan tu mesti korang tak ketinggalan jugak nak bagi duit raya untuk ahli keluarga saudara mara dan sesiapalah yang berkunjung ke rumah korang raya...
Apa Nak Cakap Puk Mak Ni Bang Penarik Kereta Dedah Video Penuh Wanita Ridsect

Apa Nak Cakap Puk Mak Ni Bang Penarik Kereta Dedah Video Penuh Wanita Ridsect

papar berkaitan - pada 22/5/2019 - jumlah : 921 hits
Sebelum ini pemandu kereta Honda City S mendedahkan dia dikasari oleh ejen penarik kereta dan mendakwa penarik kereta tersebut lagak tidak ubah seperti penyamun sehingga menyebabkan dia terpaksa menyembur racun seranggan ke arah mereka BACA...
Ini Antara 5 Cabaran Utama Geng Mak Mak Menjelang Bulan Ramadan

Ini Antara 5 Cabaran Utama Geng Mak Mak Menjelang Bulan Ramadan

papar berkaitan - pada 22/5/2019 - jumlah : 337 hits
Menjelang bulan Ramadan golongan yang paling sibuk dan stress adalah geng mak mak Tidak kisah sama ada bekerja mahupun suri rumah sepenuh masa The post appeared first on
Patutla Anak Dia Cantik Tak Sangka Umur Sebenar Bila Tengok Foto Mak Zahirah Macwilson

Patutla Anak Dia Cantik Tak Sangka Umur Sebenar Bila Tengok Foto Mak Zahirah Macwilson

papar berkaitan - pada 21/5/2019 - jumlah : 599 hits
Siapa sangka gara gara pelakon terkenal Zahirah MacWilson memuat naik foto maknya di Instagram membuatkan ia menjadi tumpuan ramai peminat di ruangan komen malah menerima lebih 5000 likes dalam beberapa minit sahaja Patutla Anak Dia Cantik ...
Ringgit Rebounds As Us Dollar Weakens Despite Progress In Trade Talks

Ha Ha Ha Tiba Tiba Ada Line Jalan Di Lokasi Pelajar Upsi Maut

Adik Dah Pergi Tapi Nama Tetap Disebut Luahan Abang Meruntun Jiwa

Realme P3 Ultra Akan Tiba Di Malaysia 16 Jun Ini

Tng E Wallet The Quiet Enabler Behind Malaysia S Favorite Slot Routines

Waspada Taktik Penipuan Jualan Anak Pokok Buah Ceri Dan Tembikai Yang Menyalahgunakan Nama Serta Logo Mardi

Kurung 3 Lelaki Dalam Pangsapuri Empat Penjaga Ditahan

Rahma Rahmi Rindu Tanpa Jeda Chord


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


Vince Group Raih Dana Rm 150 Juta Dari Crewstone International Buka Era Baru Pelaburan Hartanah Di Malaysia

Petua Kurus Dalam Masa Singkat Mudah Rahsia Turun Berat Badan Tanpa Stress

No You Re Not Crazy Setting Boundaries With Your Spouse S Family

Hari Lautan Sedunia Bahtera Bidong Dalam Sorotan Kajian Saintifik Dan Sejarah Maritim Nusantara

15 Resipi Jus Beetroot Dan Manfaat Kesihatan Untuk Diamalkan

Drama Pasca Kau Pergi