Kapal Pedoman Tidak Menceroboh Perairan Singapura Jabatan Laut



Jabatan Laut Malaysia (JLM) menolak laporan sebuah portal berita bahawa kapal Pedoman miliknya kini berada dalam perairan Singapura.

Ketua Unit Korporat JLM Yusnan Abdul Rani berkata kapal penyelenggaraan pelampung pandu dengan 22 krew itu berada dalam kawasan had pelabuhan Johor Bahru yang telah diwartakan bagi menggantikan kapal Polaris yang telah keluar dari kawasan tersebut pada 5 Jan.


Loading... “Kapal Pedoman kini berada di posisi yang sama seperti kedudukan kapal Polaris yang lepas iaitu dalam kawasan had pelabuhan Johor Bahru yang telah diwartakan.

“Kapal Pedoman dan Polaris sentiasa berada dalam perairan Malaysia sepanjang pengoperasian mereka,” katanya kepada Bernama menerusi emel.

Sebuah portal berita pada Rabu melaporkan bahawa kapal Polaris telah keluar dari perairan Singapura. Portal itu juga mendakwa kapal Pedoman kini berada dalam perairan negara republik itu.

“Kapal Pedoman telah menggantikan kapal Polaris kerana kapal itu perlu mengambil bekalan minyak dan air,” kata Yusnan dan menjelaskan bahawa kapal Polaris kini berada di Jeti Jabatan Laut, Tanjung Pelepas, Johor.

Beliau berkata antara tujuan kapal tersebut ditempatkan dilokasi adalah bagi melaksanakan fungsi JLM iaitu menjaga keselamatan pelayaran dalam kawasan had pelabuhan Johor Bahru yang baharu selain memantau pergerakan trafik dan laluan kapal di kawasan tersebut.

Selain itu, kapal tersebut juga bertujuan memantau keselamatan kapal-kapal yang berlabuh dan beroperasi dalam kawasan had pelabuhan yang baharu.​​​​​

Pada 6 Dis 2018, Singapura mendakwa kapal-kapal kerajaan Malaysia telah secara berterusan menceroboh perairannya.

Malaysia bagaimanapun menafikan dakwaan itu, dan Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad berkata kapal Malaysia akan terus kekal di kawasan pertikaian sempadan sehingga proses perundingan selesai.

Pada Selasa, Malaysia dan Singapura bersetuju menubuhkan sebuah kumpulan kerja berkaitan isu martim membabitkan had pelabuhan Johor Bahru dan Singapura diketuai Setiausaha Tetap Kementerian Luar Singapura, Chee Wee Kiong dan Ketua Setiausaha Kementerian Luar Malaysia, Datuk Seri Muhammad Shahrul Ikram Yaakob.

Kumpulan kerja itu akan mengkaji dan membincangkan isu perundangan dan operasi untuk meredakan keadaan di lapangan dan menyediakan asas untuk perbincangan dan rundingan lanjut, selain akan melaporkan kepada Menteri Luar kedua-dua negara dalam tempoh dua bulan. - Bernama

Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://www.malaysianupdate.com/2019/01/kapal-pedoman-tidak-menceroboh-perairan.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Pintu Kapal Patah Truk Di Pelabuhan Bakauheni Tercebur Ke Laut

Pintu Kapal Patah Truk Di Pelabuhan Bakauheni Tercebur Ke Laut

papar berkaitan - pada 28/12/2018 - jumlah : 203 hits
Peristiwa itu terjadi di Dermaga III Kamis sekitar pukul 18 00 WIB Penyebab jatuhnya truk itu akibat engsel ram door atau pintu kapal KMP Nusa Putera patah
Mb Johor Sangkal Dakwaan Beliau Masuk Ke Perairan Singapura

Mb Johor Sangkal Dakwaan Beliau Masuk Ke Perairan Singapura

papar berkaitan - pada 12/1/2019 - jumlah : 335 hits
Datuk Osman Sapian Foto oleh The StarMenteri Besar Johor Datuk Osman Sapian hari ini menyangkal laporan beberapa portal berita dari Singapura yang mendakwa beliau memasuki perairan negara itu semasa lawatannya ke kawasan sempadan perairan M...
Kapal Bermuatan 65 Ton Besi Tua Karam Di Perairan Nunukan Kaltara

Kapal Bermuatan 65 Ton Besi Tua Karam Di Perairan Nunukan Kaltara

papar berkaitan - pada 29/12/2018 - jumlah : 252 hits
Teguh menjelaskan pemilik KM Dua Putra yang karam menuntut ganti rugi Rp 500 juta Namun demikian meski disanggupi kapal penabrak KM Cahaya Baru dengan mencicil Rp 25 juta pemilik KM Dua Putra belum bisa menerima Pertemuan keduanya masih ber...
Kapal Berisi 108 Ton Solar Ilegal Ditangkap Di Perairan Tanjung Perak

Kapal Berisi 108 Ton Solar Ilegal Ditangkap Di Perairan Tanjung Perak

papar berkaitan - pada 30/12/2018 - jumlah : 280 hits
Penangkapan kapal bermuatan BBM ini diungkapkan oleh Kasubdit Patroli Air Ditpolair Korpolair Baharkam Mabes Polri Kombes Pol Makhruzi Rahman melalui Komandan Kapal Polisi Enggang 4016 Korpolairud Bahakam Polri AKP Arya Fitri Kurniawan Sabt...
Kapal Tanker Minyak Terbakar Dan Meledak Di Perairan Hong Kong

Kapal Tanker Minyak Terbakar Dan Meledak Di Perairan Hong Kong

papar berkaitan - pada 8/1/2019 - jumlah : 244 hits
Sebuah kapal tanker minyak terbakar di selatan salah satu pulau utama Hong Kong Setidaknya satu orang tewas dalam insiden tersebut
7 Komisioner Lpsk Ucapkan Sumpah Jabatan Depan Presiden Jokowi Di Istana

7 Komisioner Lpsk Ucapkan Sumpah Jabatan Depan Presiden Jokowi Di Istana

papar berkaitan - pada 7/1/2019 - jumlah : 307 hits
Adapun tujuh komisoner LPSK itu antara lain Hasto Atmojo Suroyo Brigjen Pol Achmadi Antonius Prijadi Soesilo Wibowo dan Edwin Partogi Pasaribu Selain itu Livia Istania DF Iskandar Maneger Nasution serta Susilaningtias
Tarikh Pembayaran Gaji Penjawat Awam Tahun 2019 Sumber Jabatan Akauntan Negara Malaysia

Tarikh Pembayaran Gaji Penjawat Awam Tahun 2019 Sumber Jabatan Akauntan Negara Malaysia

papar berkaitan - pada 6/1/2019 - jumlah : 1630 hits
Assalamualaikum Salam Sejahtera buat semua Tarikh Pembayaran Gaji Penjawat Awam Tahun 2019 Sumber Jabatan Akauntan Negara MalaysiaYuhuu bestnya bila buat entri pasal gaji Haha Tarikh gaji ni aku screenshot sendiri di website Jabatan Akaunta...
Mayat Terapung Di Laut Selat Malaka Diduga Warga Vietnam

Mayat Terapung Di Laut Selat Malaka Diduga Warga Vietnam

papar berkaitan - pada 16/1/2019 - jumlah : 206 hits
Mayat tersebut telah dibawa ke RSUD Selatpanjang guna menyelidiki apakah ada tanda tanda kekerasan pada tubuhnya
Malaysia Airlines A330 300 Takes To The Skies In Manchester United Livery

Cara Buat Bayaran Semula Yayasan Bank Rakyat Secara Online Menggunakan Jompay

Senarai Universiti Luar Negara Kampus Malaysia Bidang Perubatan

Timbul Dakwaan Zahnita Bagi Lelaki Masuk Rumah Suami Akui Terkejut Bila Ada Orang Lain Anak Anak Pun Mengeluh

Terrazza Aperol In Milan Reopens With A Bold New Identity By Vudafieri Saverino Partners

Pelancaran Galeri Keratan Akhbar Muka Hadapan Di Pejabat Ppim Kaca Tv 17 04 2025

Selangor To Study Banning Vape Sales Says Mb

Pa Yang Multitasking


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


Trading For Living Jalan Hidup Setelah Satu Dekade Blogging

10 Arahan Penting Sebelum Kamu Memutuskan Buy Atau Sell

Ist Page Of Google

Rutin Pagi

How To Buy Terpenes Without Getting Burned Insider Tips

Gaya Bunyi Yang Tidak Dapat Ditandingi Emberton Iii Dan Minor Iv Hadir Dengan Warna Baharu