Kapal Korek Hanyut Rempuh Tiang Elektrik 11 Kampung Bergelap
Kapal Korek ‘Hanyut’ Rempuh Tiang Elektrik, 11 Kampung Bergelap
TUMPAT – Kira-kira 3,000 penduduk di 11 kampung di Kepulauan Tumpat berhampiran Sungai Kelantan dekat sini terputus bekalan elektrik sejak malam tadi selepas sebuah kapal pengorek pasir yang hanyut sebelum merempuh tiang elektrik di Kampung Pulau Beluru, dekat sini.
Kejadian itu disedari penduduk di kepulauan tersebut kira-kira pukul 12 tengah malam tadi apabila rumah mereka tiba-tiba terputus elektrik.
Penghulu Mukim Pulau Seratus, Che Dir Che Hamid berkata, kapal pengorek pasir itu hanyut kira-kira dua kilometer dari lokasi asal iaitu di Kampung Pasir Pekan sebelum dibawa arus sungai deras dan melanggar tiang elektrik di tebing sungai.
“Kebiasaannya, sesuatu benda berat yang hanyut akan terus menuju ke laut, namun disebabkan berlaku pertembungan fenomena air pasang dan arus deras, kapal itu tersangkut di sini
“Apabila tiba di Pulau Beluru, ia terus merempuh tiang elektrik sehingga tumbang menyebabkan kami semua terputus bekalan elektrik,” katanya ketika ditemui pemberita hari ini.
Menurut Che Dir, selepas mengetahui punca bekalan elektrik terputus, kebanyakan penduduk kampung terus ke Kampung Kok Majid untuk membeli bekalan lilin.
Katanya, difahamkan keadaan tanpa elektrik itu akan berlaku dalam tempoh lama dan pihak berwajib diharap dapat membuat inisiatif lain sementara menunggu penyelesaian sepenuhnya dibuat kerana penduduk memerlukan bekalan elektrik
Sementara itu, Ketua Jajahan Tumpat, Rusydee Abdullah berkata, pihaknya sudah berhubung dengan wakil Tenaga Nasional Berhad mengenai masalah itu. -KOSMO! ONLINE
Kapal Korek ‘Hanyut’ Rempuh Tiang Elektrik, 11 Kampung Bergelap
Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:
MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392
Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);
KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929
CPRC Kebangsaan KKM
Telefon : 03 8881 0200 / 03 8881 0600 / 03 8881 0700
Whatsapp : +60178429454
Email :
[email protected]
Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda
Baca Artikel Menarik:
PRN Johor: BN dilihat lebih terkehadapan – Penganalisis
Hampir 400 Pelancong Terkandas Di Pulau Perhentian Ekoran Cuaca Buruk [VIDEO]
BN Tidak Amal Politik Balas Dendam, ‘Kita Bukan Jenis Balas Dendam’
Calon MUDA adalah calon kitar semula Pakatan Harapan
Anwar kecewa dan kesal kerana mempercayai MUDA
Tiada seorang anak saya ditawar kerja dengan Goldman Sachs – Najib
Leissner sogok suami Zeti
Pengerusi EAIC tak tahu bagaimana sistem polis berfungsi – Hamid
Saya tak ada kroni – Mahathir
Mahkamah tolak rayuan Anwar kembalikan semula saman kes liwat
Isu aqidah anak-anak Islam, bukan Islam sepatutnya jangan bermain api
Shashic minta Shuk turunkan ilmu curang
M’sian Penthouse Adult Model Releases A Song & Netizens Are Amazed By The MV And Her Voice
Gempar! Babi Hutan Pecah Masuk Rumah, Selamba Lepak Atas Sofa
Sumpah laknat: Zahid beritahu Muhyiddin ‘berani kerana benar, tidak perlu takut’
Layari Laman Facebook MYKMU.NET
Empat Sekeluarga Maut, Nahas 2 Kenderaan Kemalangan Di Lebuhraya Sultan Iskandar [VIDEO]
Fitnah keji, Zahid telah hantar surat saman pada Mahathir dan Muhyiddin
The post Kapal Korek ‘Hanyut’ Rempuh Tiang Elektrik, 11 Kampung Bergelap appeared first on MYKMU.NET.
Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :
https://mykmu.net/2022/02/27/kapal-korek-hanyut-rempuh-tiang-elektrik-11-kampung-bergelap/