Kanser Usus Kanser Kedua Tertinggi Di Malaysia Ini Faktanya


Kanser usus adalah kanser kedua yang kerap berlaku pada rakyat Malaysia. Bahkan data menunjukkan bahawa 1 dari 55 lelaki dan 1 dari 76 perempuan berisiko untuk mendapatkan kanser ini.
Namun, kanser boleh dicegah dan dirawat dengan berkesan jika ia dikesan di peringkat awal lagi.
Artikel pada kali ini kami akan berkongsi kepada anda berkenaan dengan kanser usus dari segi jenis kanser, simptom, dan rawatannya yang perlu anda tahu.
Baca juga:
Kanser Payudara Simptom HIV Kanser Perut Apa itu kanser usus? Kanser usus juga dikenali sebagai kanser kolon yang bermula di usus besar (kolon) atau rektum (hujung kolon).
Kanser ini kedua yang paling biasa berlaku di Malaysia dan menjadi punca utama ketiga kematian dalam kalangan rakyat Malaysia.
Peringkat kanser usus Kanser usus mempunyai beberapa peringkat. Berikut adalah penjelasan lengkap kanser usus:
Peringkat 0: Kanser hanya pada lapisan paling dalam lapisan usus Peringkat I: Kanser berada di lapisan dalam kolon Peringkat II: Kanser telah merebak melalui dinding otot kolon Peringkat III: Kanser telah merebak ke nodus limfa Peringkat IV: Kanser merebak ke organ lain, seperti hati atau paru-paru Cara diagnos kanser Diagnosis awal boleh dilakukan dengan melakukan ujian saringan sebelum gejala kanser ini berkembang.
Ujian yang dimaksudkan ini adalah ujian saringan najis yang tidak normal dan kolonoskopi bagi melihat keseluruhan kesihatan usus.
Selain itu, ujian darah juga perku dilakukan untuk mereka yang mengalami kanser usus ini termasuklah kiraan darah lengkap (CBC) untuk memeriksa anemia, dan ujian fungsi hati.
Jika anda disahkan menghidap kanser kolorektal, lebih banyak ujian akan dilakukan untuk melihat sama ada kanser telah merebak ataupun tidak.
Antaranya seperti imbasan CT atau MRI perut, kawasan pelvis atau dada. Kadangkala, imbasan PET juga ada digunakan.
Faktor penyebab kanser Setakat hari ini, penyebab risiko kanser usus masih dikaji. Kanser mungkin disebabkan oleh mutasi genetik sama ada diwarisi atau diperolehi.
Walaupun mutasi ini tidak menjamin anda untuk mendapat kanser kolon, ia boleh meningkatkan peluang anda.
Sesetengah mutasi boleh menyebabkan sel abnormal terkumpul dalam lapisan kolon, membentuk polip.
Simptom kanser usus Jika anda mendapat kanser 0 hingga II, biasanya simptom yang boleh didapatkan termasuklah seperti:
Sembelit Cirit-birit Perubahan warna najis Perubahan dalam bentuk najis Darah dalam najis Pendarahan dari rektum Gas berlebihan Kekejangan perut Sakit perut Gejala yang anda dapat juga boleh berlaku kurang serius. Sekiranya anda merasakan gejala berlaku lebih lama daripada satu atau dua minggu, anda perlulah segera berbincang dengan doktor anda.
Siapa yang beriko tinggi dapat kanser? Anda mempunyai risiko yang lebih tinggi untuk mendapatkan kanser usus jika anda:
Berumur 45 tahun ke atas Minum alkohol Hisap tembakau Berat badan berlebihan atau mempunyai masalah obesiti Keturunan Amerika Afrika atau Eropah Timur Makan banyak daging merah atau daging yang diproses Makan banyak daging merah atau daging yang diproses Makan diet rendah serat dan tinggi lemak Amalkan diet rendah buah-buahan dan sayur-sayuran Mempunyai polip kolorektal Mempunyai penyakit radang usus (penyakit Chohn atau kolitis ulseratif) Mempunyai sejarah keluarga yang menghidap kanser kolorektal Rawatan yang boleh diambil Antara rawatan yang boleh anda ambil bagi mengatasi malah kanser usus ini adalah seperti:
1. Kemoterapi
Kemoterapi melibat pengambilan ubat yang membunuh sel kanser. Anda mungkin menerima hanya satu jenis ubat atau gabungan ubat.
Kebanyakan penghidap kanser kolon peringkat III, menerima kemoterapi selepas pembedahan selama 3 hingga 6 bulan. Ini dipanggil kemoterapi adjuvant.
Walaupun tumor telah dikeluarkan, kemoterapi diberikan untuk merawat sebarang sel kanser yang mungkin kekal.
Kemoterapi boleh juga digunakan untuk memperbaiki gejala dan memanjangkan kelangsungan hidup pada orang dengan kanser kolon peringkat IV.
2. Pembedahan
Kanser usus peringkat 0 boleh dirawat dengan membuang tumor menggunakan pembedahan endoskopik (kolonoskopi).
Untuk kanser peringkat I, II, dan III, pembedahan yang lebih meluas diperlukan untuk membuang semua atau sebahagian daripada kolon dan rektum yang merupakan kanser. Pembedahan ini dipanggil sebagai reseksi kolon (kolektomi).
3. Sinaran radiasi
Terapi sinaran melibatkan penggunaan sinaran untuk membunuh sel-sel kanser. Manakala terapi radiasi juga sering digunakan dalam merawat kanser rektum.
4. Imunoterapi
Imunoterapi melibatkan pengambilan ubat-ubatan yang meningkatkan keupayaan sistem imun anda sendiri untuk memusnahkan sel-sel kanser.
Walaupun begitu, imunoterapi mempunyai kesan sampingan yang berbeza daripada kemoterapi.
Dengan rawatan peringkat 0, I, II dan III kanser selalunya sembuh, walaupun peringkat kanser yang lebih tinggi berkemungkinna kecil untuk sembuh.
Dalam kebanyakkan kes kanser peringkat IV tidak boleh diubati, terdapat pengecualian, termasuk kadangkala tetapi apabila penyebaran kanser terhad kepada hati.
Dalam kata lain, untuk membolekan seseorang sembuh dari kanser, rawatan mesti menyingkirkan semua kanser. Tetapi ada kemungkinann kanser itu akan datang semula. Namun jika ini berlaku, kanser adalah lebih kecil daripada sebelumnya.
Kesimpulannya, jagalah kesihatan diri dan lakukan saringan berkala di hospital dan klinik kesihatan kerajaan secara percuma jika anda antara golongan berisiko yang terdedah kepada kanser ini.
Diharapkan semoga perkongsian kami ini berkenaan dengan kanser usus dapat memberikan anda semua informasi dan ilmu pengetahuan yang bermanfaat untuk dijadikan rujukan bersama.
Sumber:
Colon Cancer. Medscape

Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://ecentral.my/kanser-usus/?utm_source=rss&utm_medium=rss&utm_campaign=kanser-usus

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Kanser Di Malaysia Mungkin Naik 2 Kali Ganda Jelang 2040 Menteri Kesihatan

Kanser Di Malaysia Mungkin Naik 2 Kali Ganda Jelang 2040 Menteri Kesihatan

papar berkaitan - pada 5/2/2024 - jumlah : 169 hits
Menteri Kesihatan YB Datuk Seri Dr Dzulkefly Ahmad memaklumkan yang kejadian kanser di Malaysia mungkin naik 2 kali ganda menjelang 2040 dan kanser hati antara 5 kanser paling lazim di negara ini Kanser hati kanser 5 paling lazim di Malaysi...
Malaysia Wajar Tiru Ini

Malaysia Wajar Tiru Ini

papar berkaitan - pada 29/1/2024 - jumlah : 149 hits
Pengguna bawah 16 tahun dilarang miliki akaun media sosialKOSMO TALLAHASSEE FLORIDA Florida bakal menjadi negeri pertama di Amerika Syarikat yang melarang kanak kanak bawah umur 16 tahun daripada menggunakan laman media sosial Portal berita...
Hisense Malaysia Pegang Solusi Smart Education Di Dimix Karnival Digital

Hisense Malaysia Pegang Solusi Smart Education Di Dimix Karnival Digital

papar berkaitan - pada 28/1/2024 - jumlah : 251 hits
Hisense peneraju global dalam teknologi visi dan inovasi melangkah ke hadapan bersama sama dengan Jabatan Pendidikan Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur di DiMix Karnival Digital untuk meningkatkan dan menyediakan penyelesaian pendidikan pinta...
Infinix Smart 8 Pro Akan Menjejak Malaysia Pada 31 Januari

Infinix Smart 8 Pro Akan Menjejak Malaysia Pada 31 Januari

papar berkaitan - pada 28/1/2024 - jumlah : 212 hits
Infinix jenama telefon pintar antarabangsa yang andal dan bergaya menyambut tahun baharu dengan keluaran akan datang tambahan terbarunya kepada Siri SMART mereka di Malaysia SMART 8 Pro Peranti ini ditetapkan untuk dikeluarkan di Malaysia p...
Memalukan Malaysia Anggota Polis Trafik Minta Rm100 Dalam Klip Video Tular Disiasat

Memalukan Malaysia Anggota Polis Trafik Minta Rm100 Dalam Klip Video Tular Disiasat

papar berkaitan - pada 29/1/2024 - jumlah : 213 hits
Tular sejak semalam mengenai sebuah video memaparkan seorang anggota polis trafik bertindak meminta 8216 duit kopi 8217 daripada sepasang warga asing yang melancong di negara ini Warga asing itu yang juga pempengaruh media sosial terkenal d...
Teknologi Daging Kultur Bersediakah Malaysia

Teknologi Daging Kultur Bersediakah Malaysia

papar berkaitan - pada 29/1/2024 - jumlah : 307 hits
Oleh Dr Amin Rukaini Mustafa Pensyarah Kanan Fakulti Kejuruteraan Teknologi Kimia Universiti Malaysia Perlis Felo Penyelidik Centre of Excellence for Biomass Utilisation Universiti Malaysia Perlis Pengenalan Kemajuan sains dalam bioteknolog...
Pakatan Needs Unconventional Approach To Put Malaysia Back On Right Track Says Sec Gen At Retreat

Pakatan Needs Unconventional Approach To Put Malaysia Back On Right Track Says Sec Gen At Retreat

papar berkaitan - pada 29/1/2024 - jumlah : 239 hits
PH secretary general Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail speaks at the 2024 Pakatan Harapan Retreat January 29 2024 Picture from Facebook Saifuddin Nasution IsmailKUALA LUMPUR Jan 29 Pakatan Harapan needs to take an unconventional approach...
Cute Sangat Meski Seri 3 3 Awek Korea Banjiri Pujian Buat Penjaga Gol Malaysia

Cute Sangat Meski Seri 3 3 Awek Korea Banjiri Pujian Buat Penjaga Gol Malaysia

papar berkaitan - pada 29/1/2024 - jumlah : 164 hits
Betul lah orang kata lelaki Melayu punya ketampanan ini diperakui oleh wanita seantero dunia termasuk di Korea ARTIKEL BERKAITAN Baru baru ini Malaysia dan Korea Selatan telah bertempur untuk pusingan kelayakan Piala Asia 2024 Sungguh tidak...
Malaysia To Present Oral Submission To Icj On Feb 22 Says Minister

Malaysia To Present Oral Submission To Icj On Feb 22 Says Minister

papar berkaitan - pada 28/1/2024 - jumlah : 221 hits
Malaysia will present its oral submission at the International Court of Justice in The Hague Netherlands regarding Israel s atrocities against Palestine on Feb 22 says Foreign Minister Mohamad Hasan He said Malaysia supported the case broug...
Lirik Lagu Curang Abg Pau

Tanah Melayu Sg Baru Diambil W Azizah Jual B Putih

The Future Of Nutrient Analysis In Cannabis Cultivation

Verizon Accessories Must Have Gadgets To Boost Your Device Performance

10 Myanmar Nationals Found In Car After Crash

Siti Kasim Pas Loyalists Are Fools If They Fall For The Jihad Fundraising Drive To Save Siti Mastura S Skin

Watercolor Apartment For A Young Family With A Maine Coon

Pas Launches Donation Drive To Help Mp Settle Rm825 000 Defamation Bill


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Curang Tanpa Niat Slot Megadrama Astro Ria

5 Insiden Jalan Sesak Yang Berlaku Lebih 24 Jam Durasinya

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 6 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 5 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

10 Filem Drama Seram Melayu Berhantu Terbaru 2024 2025 Mesti Tonton


Nooohhhhh Punya Kawaq

Maksud Dia Boleh Fitnah Ok Ja Pas Halalkan Gitu La Gamoknye

Isteri Czer Tiga Kali Komen Suami Ni Buat Ramai Respect Malu Berdebat Dengan Orang Yang Lahirkan Anak Saya

Nabila Razali Selamat Bersalin Anak Pertama Timang Cahaya Mata Lelaki

Makan Laksa Sarawak Di King Laksa

Pantun Hujung Tahun Dan Selamat Bercuti