Kanak Kanak Sekolah Rendah Di Malaysia Alami Anemia Dan Kurang Zat Besi


Kanak-kanak Sekolah Rendah di Malaysia Alami Anemia dan Kurang Zat Besi | Ini adalah realiti kehidupan masyarakat hari ini. ‘Kekurangan nutrisi walaupun banyak makan’.

Kita sering mendengar anemia dan kekurangan zat besi berlaku kepada golongan wanita dan ibu hamil. Namun, sebenarnya masalah ini turut melanda kanak-kanak.
Lebih mengejutkan lagi, kelaziman anemia dan kekurangan zat besi berlaku dalam kalangan kanak-kanak sekolah rendah di Malaysia.
Terbaharu, Kaji Selidik Nutrisi Asia Tenggara (SEANUTS) menunjukkan kanak-kanak sekolah rendah di Malaysia mengalami kelaziman anemia dan kekurangan zat besi.
Dapatan kajian pada tahun 2018 yang dilakukan ke atas 544 orang kanak-kanak di negara ini, mendapati bahawa sebanyak 4% mengalami kelaziman anemia manakala 5% pula mengalami kekurangan zat besi.
Walau bagaimanapun, secara keseluruhannya, penemuan ini adalah rendah.
Dalam kajian tersebut, kanak-kanak yang berusia antara 7 dan 12 tahun ini diambil sampel darah mereka untuk dilakukan analisis hemoglobin dan serum ferritin, serta ujian C-reactive protein (CRP) dan α-1-acid glycoprotein (AGP)  untuk mengesan keradangan.
 
Dapatan Kajian Kajian yang dijalankan adalah berkaitan dengan kelaziman anemia dan kekurangan zat besi, dan hubungannya dengan ciri-ciri sosio-demografi, status pemakanan dan status keradangan dalam kalangan kanak-kanak sekolah rendah di negara ini.
Kelaziman anemia adalah dikaitkan dengan etnik.
Kajian menunjukkan lebih ramai kanak-kanak bumiputera (hampir 10%) mengalami anemia berbanding kanak-kanak Cina (0.6%).
Majoriti kanak-kanak yang mengalami anemia juga berasal daripada kawasan Pantai Timur Semenanjung Malaysia dan Sabah.
Selain itu, kajian juga mendapati kanak-kanak yang terlebih berat badan atau obes adalah lebih cenderung untuk mendapat keradangan berbanding dengan kanak-kanak yang kurus/ normal.
Kanak-kanak yang terlebih berat badan atau obes didapati mengalami protein fasa akut (APP) yang tinggi berbanding dengan kanak-kanak yang kurus/ normal.
Kanak-kanak dengan penanda radang tinggi mempunyai tahap ferritin jauh lebih tinggi daripada kanak-kanak yang tidak mengalami keradangan.
Kajian terbaharu ini mendapati bahawa kelaziman anemia adalah lebih rendah berbanding yang dilaporkan sebelum ini pada analisis awal SEANUTS (yang mengatakan kelaziman anemia adalah 6.6%) dalam kalangan kanak-kanak berusia 4 hingga 12 tahun di negara ini.
Malahan, keseluruhan kelaziman anemia dan kekurangan zat besi dalam kajian terbaharu ini juga menunjukkan peratusan lebih rendah berbanding dengan kajian yang dilakukan dalam kalangan kanak-kanak sekolah rendah di negara-negara lain Asia Tenggara.
Kelaziman anemia adalah tinggi iaitu hampir 10% dalam kalangan kanak-kanak bumiputera dari Sabah dan Sarawak, begitu juga dengan kanak-kanak Orang Asli di Semenanjung Malaysia.
Dalam kajian ini juga, kelaziman anemia dan kekurangan zat besi adalah tinggi dalam kalangan kanak-kanak dari keluarga yang berpendapatan rendah dan mereka yang kurus/ berat badan normal, walaupun keputusannya tidak signifikan secara statistik.
Kekurangan zat besi juga dikaitkan dengan kawasan luar bandar dan pendapatan isi rumah yang rendah.

Anemia di Seluruh Dunia Menurut Pertubuhan Kesihatan Dunia (WHO), kira-kira 600 juta kanak-kanak prasekolah dan di usia persekolahan di seluruh dunia mengalami anemia, dan hampir 65% daripadanya adalah kanak-kanak prasekolah di Asia Tenggara.
Pelbagai kajian yang dilakukan berkaitan anemia dalam kalangan kanak-kanak mendapati bahawa masalah ini boleh menyebabkan kerosakan prestasi kognitif, masalah tingkah laku, dan juga mengganggu sistem reproduktif dalam kalangan remaja perempuan.
Kekurangan zat besi pula dikenal pasti menjadi faktor penyumbang kepada anemia.
Menurut WHO, anemia turut dimasukkan sebagai masalah kesihatan awam yang perlu ditangani dengan segera memandangkan 43%, iaitu hampir separuh kanak-kanak berusia bawah 5 tahun di seluruh dunia menghidapi masalah ini.
Kajian terdahulu yang dilakukan pada tahun 2015 untuk kanak-kanak berusia 15 tahun dan ke atas mendapati bahawa keseluruhan kelaziman anemia adalah kira-kira 24%.
Sementara, kajian SEANUTS melaporkan bahawa kekerapan anemia adalah 6.6% dan kekurangan zat besi, 4.4%. Walau bagaimanapun, sesetengah kajian pada beberapa lokasi di Malaysia mendapati bahawa kelaziman anemia dalam kalangan kanak-kanak di Malaysia adalah antara 26% dan 48%, sementara separuh daripadanya, iaitu sekitar 55% hingga 70% dilaporkan mengalami kekurangan zat besi.
Walaupun hasil keseluruhan kelaziman anemia yang dilaporkan dalam kajian ini tidak tinggi, namun WHO mengenal pasti anemia sebagai masalah kesihatan awam sederhana di Malaysia.
Pun begitu, ibu bapa disarankan untuk mengambil berat akan pengambilan pemakanan anak-anak seperti menyediakan makanan yang kaya-zat besi, jangan berikan anak minum susu berlebihan (tidak boleh lebih daripada 710 ml susu sehari), dan menggalakkan penyerapan zat besi dengan pengambilan makanan yang mempunyai vitamin C.
The post Kanak-kanak Sekolah Rendah di Malaysia Alami Anemia dan Kurang Zat Besi appeared first on masterlatif.com.


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://masterlatif.com/kanak-kanak-sekolah-rendah-di-malaysia-alami-anemia-dan-kurang-zat-besi/

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
4836 Ada Sekolah Tidak Mahu Terima Kanak Kanak Tidak Bervaksin Malaysia Gazette 7 3 19

4836 Ada Sekolah Tidak Mahu Terima Kanak Kanak Tidak Bervaksin Malaysia Gazette 7 3 19

papar berkaitan - pada 8/3/2019 - jumlah : 300 hits
KUALA LUMPUR Persatuan Pengguna Islam Malaysia mendedahkan masih terdapat sekolah sekolah yang enggan menerima pendaftaran kanak kanak yang tidak divaksinkan atas alasan mempunyai rekod vaksinasi tidak lengkap Justeru itu Ketua Aktivis PPIM...
Panas Hati Tengok Video Murid Sekolah Rendah Di Jerteh Kena Buli

Panas Hati Tengok Video Murid Sekolah Rendah Di Jerteh Kena Buli

papar berkaitan - pada 23/2/2019 - jumlah : 550 hits
Panas Hati Tengok Video Murid Sekolah Rendah Di Jerteh Kena BuliApsal yang lain tak tolong budak ni kena buli Yang tukang rakam pun satu hal pulak BESUT Satu video membabitkan kes buli murid didakwa berlaku di sebuah sekolah di Jerteh di si...
Kanak Kanak Dipukul Dan Ditikam Bapanya Kerana Gagal Siapkan Kerja Sekolah

Kanak Kanak Dipukul Dan Ditikam Bapanya Kerana Gagal Siapkan Kerja Sekolah

papar berkaitan - pada 25/2/2019 - jumlah : 305 hits
The ReporterKanak kanak lelaki berusia 8 tahun dibelasah dan ditikam bapanya sehingga mengalami kecederaan dan lebam hanya kerana gagal menyiapkan kerja sekolah yang diberi mengikut tempoh masa yang ditetapkan lapor South China Morning Post...
Dato Seri Mukhriz Bertemu Rakan Rakan Sekolah Rendah Di Alor Setar

Dato Seri Mukhriz Bertemu Rakan Rakan Sekolah Rendah Di Alor Setar

papar berkaitan - pada 12/3/2019 - jumlah : 523 hits
YAB MB Dato Seri Hj Mukhriz Tun Mahathir memberi ucapan perasmian Mesyuarat Agung Pertama Persatuan Bekas Pelajar Sekolah Kebangsaan Iskandar di SK Iskandar pada pagi ini
Perjuangan Guru Guru Sekolah Yang Melancarkan Mogok Dan Piket Di Seluruh Malaysia Pada Tahun 1967

Perjuangan Guru Guru Sekolah Yang Melancarkan Mogok Dan Piket Di Seluruh Malaysia Pada Tahun 1967

papar berkaitan - pada 11/3/2019 - jumlah : 639 hits
Guru Mahukan Keadilan merupakan sepanduk dan slogan utama yang digunakan dalam perjuangan guru guru sekolah yang melancarkan mogok dan piket di seluruh Malaysia pada tahun 1967 Tahukah kamu pada zaman itu guru guru perempuan hanya diberi ga...
Islamictunesnews Friendtastic Single Pertama Marilah Ke Sekolah Dapat Pujian Dari Timbalan Menteri Malaysia

Islamictunesnews Friendtastic Single Pertama Marilah Ke Sekolah Dapat Pujian Dari Timbalan Menteri Malaysia

papar berkaitan - pada 25/2/2019 - jumlah : 338 hits
Single pertama dari FRIENDTASTIC kumpulan band muzik cilik berusia dari 11 ke 12 tahun yang merupakan pelajar pelajar dari beberapa sekolah rendah negeri utara Kedah Malaysia mendapat sambutan hangat baik dari guru guru dan murid murid seko...
Murid Sekolah Rendah Positif Syabu

Murid Sekolah Rendah Positif Syabu

papar berkaitan - pada 26/2/2019 - jumlah : 678 hits
MURID tahun lima sebuah sekolah rendah didapati positif syabu selepas Agensi Anti Dadah Kebangsaan Kota Setar melakukan ujian saringan awal terhadapnya di Kampung Kuala Sala Alor Setar hari ini Kanak kanak lelaki itu dipercayai terikut ibu ...
Redmi Note 7 Akan Berharga Kurang Rm1k Di Malaysia Menggunakan Cip Snapdragon 660

Redmi Note 7 Akan Berharga Kurang Rm1k Di Malaysia Menggunakan Cip Snapdragon 660

papar berkaitan - pada 8/3/2019 - jumlah : 189 hits
Redmi Note 7 telah pun sedia diumumkan akan dilancarkan di Malaysia secara rasminya pada 19 Mac 2019 kelak Kini lanjutan daripadanya pihak Xiaomi hari ini turut berkongsi mengatakan telefon pintar berkenaan akan berharga kurang daripada RM1...
Ph Must Safeguard Its Voter Base To Land Second Term For Anwar Says Analyst

Tetaplah Beriadah Di Bulan Ramadan

Honor Pad 9 Tablet Terbaik Untuk Berhibur Dan Kerja Mula Dijual Seluruh Negara Pada 28 Mac

Perumahan Izara Bayu Sutera Kediaman Idaman Tepi Tasik Dengan Ciri Smart Home

8 Resepi Air Balang Viral Di Bazar Ramadhan

Lirik Lagu Raya Mana Nabila Razali

Diet If Yang Berkesan Menurut Pakar

Sesi Tukar Duit Raya Di Maybank



6 Pantang Larang Penting Kalau Nak Selamat di Sekolah Asrama

Info Dan Sinopsis Filem 19 Puasa Playboys Of Plastik Hitam Astro First

Casimir Zeglen Paderi Yang Mencipta Jaket Kalis Peluru

Biodata Mohammad Rifdean Masdor Atlet Muay Thai Malaysia Yang Gegarkan One Championship Seangkatan Johan Ghazali Jojo

Biodata Abdul Qawiy Aro Qawiyaro Personaliti TikTok Islamik


Restoran Rebung 2 Di Putrajaya

Effective Email Marketing Strategies

Konsert Melly Friends Kuala Lumpur 2024

Terbukti Pasukan Terengganu Berkualiti

Asan Lembu The Movie

Flavour Mushroom Dadah Baru Kegilaan Remaja Ini Kesan Buruknya