Kanak Kanak Maut Jatuh Bangunan Hotel Luah Petanda Mahu Masuk Syurga
Dia Anak Syurga" Percutian Bertukar Tragedi, Kanak-Kanak 6 Tahun Maut Terjatuh Dari Hotel
klik 👉 Follow Telegram BeritaUp2date (large-bt) Nur Airis Hafeeya Faizal, 6, menyatakan perkara tersebut 2 hari sebelum kejadian. SUNGAI PETANI – Kanak-kanak perempuan yang meninggal dunia setelah terjatuh dari bangunan hotel di Tanjung Bungah, Pulau Pinang pada semalam pernah meluahkan keinginan mahu ke syurga.
Faizal menyiram air mawar di kubur anaknya di Tanah Perkuburan Islam Raudhatul Solihin di Taman Kelisa Ria.
Menurut Siti Norra Salleh, 44, anak bongsunya, Nur Airis Hafeeya Faizal, 6, menyatakan perkara tersebut 2 hari sebelum kejadian.
“Dia ada menyebut tidak sabar nak pergi ke syurga dan saya tidak sangka ia adalah petanda kami akan kehilangannya buat selama-lamanya,” katanya ketika ditemui di rumahnya di Bandar Perdana di sini hari ini.
'Arwah ada cakap tak sabar nak mati sebab mahu ke syurga'
Katanya, arwah juga ada menunjukkan satu lukisan seseorang menangis, baru- baru ini.
Salah satu lukisan Nur Airis Hafeeya.
“Lukisan itu mungkin anak saya sedih selepas neneknya, Fatimah Man, 81, yang pernah tinggal bersama di rumah ini meninggal dunia akibat strok di Kampung Padang Pulut, Jeneri dekat sini pada Jumaat lalu,” ujarnya.
Sementara itu, bapa mangsa, Faizal Husain, 44, ketika menceritakan semula kejadian berkata, insiden tersebut berlaku sangat pantas tanpa dia sempat berbuat apa-apa. Dia Anak Syurga" Percutian Bertukar Tragedi, Kanak-Kanak 6 Tahun Maut Terjatuh Dari Hotel Siapa sangka percutian sebuah keluarga berakhir dengan tragedi apabila anak bongsu mereka maut dipercayai terjatuh dari hotel mereka menginap di Tanjung Bungah, di sini, hari ini.
Menurut laporan dari MalaysiaGazette kejadian berlaku kira-kira jam 11.30 pagi ketika mangsa, Nur Airis Hafeeya Faizal, 6, baru selesai mandi di kolam renang hotel berkenaan bersama lima ahli keluarganya.
Menurut ibu mangsa, Siti Norra Salleh, 44, mereka sekeluarga menginap di hotel berkenaan semalam bersama suami serta empat anaknya.
Jelas Siti Norra, mereka sekeluarga dari Sungai Petani, Kedah sepatutnya menghantar anak sulungnya yang berusia 22 tahun ke Kolej Kemahiran Tinggi Mara di Balik Pulau di sini, hari ini.
"Ketika kejadian kami semua mahu naik semula ke bilik untuk mengemas barang selepas mandi tingkat bawah hotel tersebut, namun tiba-tiba anak saya melulu masuk lif sebaik melihat orang awam keluar dari lif tersebut.
"Tiada seorang daripada kami yang sempat naik bersamanya ekoran pintu lif tutup dengan cepat. Susulan itu, kami mencari Nur Airis Hafeeya hampir 10 minit sebelum dikejutkan dengan berita penemuan mayat kanak-kanak di tingkat dua hotel tersebut.
"Saya tergamam dan tidak sangka mayat yang ditemui itu adalah mayat anak bongsu saya,"
Tambah Siti Norra, mereka sekeluarga reda dengan kehilangan anak bongsunya itu walaupun ia merupakan dugaan berat buat mereka.
Saya tak sangka jadi macam ini, baru seminggu saya kehilangan mak dan kini anak bongsu pula. Malah, pada hari kejadian saya meminta dia (Siti Airis Hafeeya) mencium jenazah mak buat kali terakhir, namun dia mengatakan tidak mengapa Hafeeya boleh jumpa tok di syurga dan baru saya faham maksudnya itu.
Saya reda, Allah lebih sayang dia. Dia anak syurga," katanya.
SOURCE: Kosmo!
Kongsikan artikel ini:
Ikuti kami di Facebook, Twitter, dan Telegram untuk berita terkini setiap hari.
klik 👉 https://t.me/BeritaUp2Date
Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :
http://beritaup2date.blogspot.com/2021/10/kanak-kanak-maut-jatuh-bangunan-hotel.html