Kanak Kanak Autisme 4 Tahun Terjatuh Dari Tingkat 16 Alami Calar Kecil Tanpa Sebarang Patah Tulang


Kanak-kanak autisme 4 tahun terjatuh dari tingkat 16, alami calar kecil tanpa sebarang patah tulang. Berpantang maut sebelum ajal. Seorang kanak-kanak lelaki berusia 4 tahun dari Aubervilliers, Perancis, terselamat selepas dipercayai terjatuh dari tingkat 16 sebuah pangsapuri yang berketinggian 43 meter.

Kanak-Kanak Autisme 4 Tahun Terjatuh Dari Tingkat 16, Alami Calar Kecil Tanpa Sebarang Patah Tulang Kanak-kanak itu hanya mengalami calar kecil tanpa sebarang patah tulang, lapor Oddity Central. Kanak-kanak yang didiagnosis dengan autisme itu berada di dalam biliknya ketika bapanya mendengar dia menangis.
Bapanya kemudiannya segera pergi untuk memeriksa dan menenangkan anaknya, tetapi mendapati pintu bilik anaknya itu terkunci.
Kredit foto: Oddity Central Difahamkan, ini tidak pernah berlaku sebelumnya, dan ibu bapa kanak-kanak itu percaya bahawa anak mereka secara tidak sengaja mengunci diri di dalam bilik yang menyebabkan dia panik.
Sebaik sahaja bapanya berjaya memecahkan pintu, tangisan kanak-kanak itu telah berhenti dan bilik tersebut kelihatan kosong. Melihat tingkap terbuka, bapanya menyedari bahawa dia ‘sudah terlambat’.
Bapanya kemudian segera bergegas ke balkoni dan melihat anaknya terbaring tidak bergerak di atas bumbung sebuah farmasi di aras bawah yang dipenuhi tanah.
Dia segera keluar dari bangunan pangsapuri dan memanjat bangunan farmasi untuk mencapai bumbung tersebut.
Tambah Oddity Central, bapanya terkejut melihat anaknya dapat bergerak sendiri, dengan hanya calar kecil pada kakinya.
“Dia mampu bergerak. Dia sedar dan saya tidak melihat sebarang pendarahan luaran. Dia hanya mengalami calar kecil pada kakinya,” jelas bapanya kepada akhbar Perancis, Le Parisien.
Bagaimanapun, ibu bapa kanak-kanak itu yang masih bimbang akan anaknya yang mungkin mengalami kecederaan dalaman segera menghubungi perkhidmatan kecemasan.
Kanak-kanak itu kemudiannya dimasukkan ke Hospital Necker di mana dia ditempatkan di bawah pemerhatian selama tujuh hari.
Sepanjang tempoh tersebut, doktor menjalankan beberapa ujian untuk memastikan dia benar-benar sihat seperti yang dilihat.
Kredit foto: Oddity Central Selain daripada sedikit pendarahan di buah pinggang dan paru-paru yang dapat dirawat oleh pakar bedah, kanak-kanak itu tidak mengalami sebarang masalah kesihatan lain.
Selepas tujuh hari, kanak-kanak itu dibenarkan keluar dari hospital dan menjalani kehidupan normal seolah-olah tiada apa-apa yang berlaku.
Dia malah dapat kembali ke tadika pada minggu terakhir bulan Jun dan kelihatan sihat seperti biasa. Ibu bapanya terkejut, begitu juga dengan doktor yang merawatnya.
“Dia telah kembali kepada kehidupan normal, semuanya baik. Saya tidak pernah percaya pada keajaiban, tetapi sekarang saya percaya,” kata ibunya.
Ada yang mengatakan bahawa bumbung farmasi yang dipenuhi tanah mungkin menyerap hentakan jatuhnya, tetapi doktor yakin bahawa ianya lebih berkaitan dengan badan kanak-kanak yang ringan dan fleksibel.
“Mereka (kanak-kanak) mempunyai koefisien keanjalan tulang dan sendi yang lebih baik,” kata Dr. Véronique Bourg kepada Le Parisien.
Sumber: Oddity Central
Baca artikel lain juga: Kelebihan Kad OKU Untuk Anak Autisme, Rugi Kalau Ibu Bapa Tak Daftar
Anak Lelaki Cenderung Ada Autisme 4 Kali Ganda Dari Perempuan, Dr Say Kongsi Faktanya!
 
 
Untuk lebih banyak info terkini jom sertai Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents) sekarang!
Dapatkan lebih ilmu keibubapaan di Tik Tok Pa&Ma @pama.my
 
The post Kanak-Kanak Autisme 4 Tahun Terjatuh Dari Tingkat 16, Alami Calar Kecil Tanpa Sebarang Patah Tulang appeared first on Pa&Ma.


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://www.majalahpama.my/kanak-kanak-autisme-4-tahun-terjatuh-dari-tingkat-16-alami-calar-kecil-tanpa-sebarang-patah-tulang/

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Tingkat Pengangguran Negara Di Asia Tahun 2024 Indonesia Urutan Berapa

Tingkat Pengangguran Negara Di Asia Tahun 2024 Indonesia Urutan Berapa

papar berkaitan - pada 5/8/2024 - jumlah : 261 hits
BloggerBorneo com Tahun 2024 menyajikan gambaran yang kompleks mengenai tingkat pengangguran di berbagai negara Asia dengan setiap negara menghadapi tantangan dan peluangnya sendiri Dari negara negara dengan ekonomi berkembang yang pesat hi...
Ibu Tabah Besarkan Anak Alami Sindrom Apert Anak Pernah Tanya Mengapa Dia Berbeza Dengan Kanak Kanak Lain

Ibu Tabah Besarkan Anak Alami Sindrom Apert Anak Pernah Tanya Mengapa Dia Berbeza Dengan Kanak Kanak Lain

papar berkaitan - pada 11/8/2024 - jumlah : 172 hits
Ibu tabah besarkan anak alami Sindrom Apert Anak pernah tanya mengapa dia berbeza dengan kanak kanak lain Sindrom Apert adalah satu gangguan genetik yang jarang berlaku yang dicirikan oleh kecacatan tengkorak dan wajah serta jari tangan dan...
Kanak Kanak 10 Tahun Meninggal Dunia Kerana Keracunan Makanan Ada Sejarah Disyaki Makan Tart Keju

Kanak Kanak 10 Tahun Meninggal Dunia Kerana Keracunan Makanan Ada Sejarah Disyaki Makan Tart Keju

papar berkaitan - pada 29/7/2024 - jumlah : 113 hits
Kanak kanak 10 tahun Mohd Mifzal Anaqi Muhammad Rizal yang meninggal dunia Khamis lalu kerana mengalami keracunan makanan disyaki makan tart keju yang dibeli bapanya Menurut Pengarah Kesihatan Negeri Sabah Datuk Dr Asits Sana berkata jabata...
Perhatian Kepada Mereka Yang Berusia 60 Tahun Ke Atas

Perhatian Kepada Mereka Yang Berusia 60 Tahun Ke Atas

papar berkaitan - pada 26/7/2024 - jumlah : 217 hits
UNTUK YANG BERUMUR 60 TAHUN KE ATAS SILA BACA INI Ini adalah untuk anda Saya sangat suka apa yang diperkatakan di sini dan saya akan cuba yang terbaik untuk mengikutinya Terima kasih kepada orang yang menulis ini Semoga Allah merahmati kita...
Razer Bermitra Dengan Sanrio Sekali Lagi Untuk Ulang Tahun Ke 50 Hello Kitty

Razer Bermitra Dengan Sanrio Sekali Lagi Untuk Ulang Tahun Ke 50 Hello Kitty

papar berkaitan - pada 26/7/2024 - jumlah : 112 hits
Dua tahun yang lalu Razer bekerjasama dengan Sanrio untuk keluaran istimewa Hello Kitty bagi produk dan aksesori Razer Kini kolaborasi itu kembali sempena ulang tahun ke 50 Sanrio Seperti sebelum ini produk dalam rangkaian tersebut mengguna...
Ppatk Sekitar 190 Ribu Anak Usia 17 19 Tahun Terlibat Judi Online Total Transaksi Rp282 Miliar

Ppatk Sekitar 190 Ribu Anak Usia 17 19 Tahun Terlibat Judi Online Total Transaksi Rp282 Miliar

papar berkaitan - pada 26/7/2024 - jumlah : 69 hits
Sebanyak 1 160 anak berumur kurang dari 11 tahun melakukan 22 ribu transaksi judi online dengan nilai sedikitnya Rp3 miliar
Divonis 20 Tahun Penjara Dalam Perkara Pembunuhan Ibu Dan Anak Di Subang Yosep Hidayah Ajukan Banding

Divonis 20 Tahun Penjara Dalam Perkara Pembunuhan Ibu Dan Anak Di Subang Yosep Hidayah Ajukan Banding

papar berkaitan - pada 26/7/2024 - jumlah : 116 hits
Vonis bersalah terhadap Yosep dijatuhkan majelis hakim yang diketuai Ardhi Wijayanto di Pengadilan Negeri Subang Kamis
Istri Potong Kelamin Suami Dituntut 3 5 Tahun Meski Batal Cerai Dan Dimaafkan Ini Alasan Jpu

Istri Potong Kelamin Suami Dituntut 3 5 Tahun Meski Batal Cerai Dan Dimaafkan Ini Alasan Jpu

papar berkaitan - pada 25/7/2024 - jumlah : 106 hits
Terdakwa nekat melakukan itu karena diberitahu suaminya bahwa ia sudah menikah lagi dengan perempuan lain yang tinggal di kampung sebelah
Misteri 14 000 Tahun Gua Pelangi Terungkai

Misteri 14 000 Tahun Gua Pelangi Terungkai

papar berkaitan - pada 26/7/2024 - jumlah : 155 hits
Abnor Hamizam Abd Manapam hmetro com myNICOLE Tan Lee Koon ketika mengadakan lawatan ke Gua Pelangi FOTO Abnor Hamizam Abd ManapJelebu Artifak batu dan sisa makanan pra sejarah berusia 14 000 tahun antara tarikan utama Tapak Arkeologi Gua P...
Flexibility In Business Operations

Umno Youth To Protest Extra Hours For Civil Servants Working Shifts

The Difference In The Concept Of Illicit Relationship Between Muslims And Non Muslims

Biodata Hael Husaini 2 Kali Juara Ajl Dan Perjalanan Dalam Industri Seni

Pensyarah Didakwa Hina Nabi Jawi Turut Buka Siasatan

Pas Langkaui Retorik Dap Isytihar Pas Muuh Utama

Murid Buktikan Pada Guru Lembu Makan Martabak

Abang Adik Wins Best Film Award In Los Angeles


echo '';
Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 1 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dhia Kasyrani Slot Akasia TV3

Biodata Terkini Reshmonu Peserta Gegar Vaganza 2024 Musim 11 GV11 Penyanyi Lagu Hey Waley

Gegar Vaganza 2024 GV 11 Hadiah Tiket Peserta Juri Format Pemarkahan Dan Segala Info Tonton Live Di Astro Ria Dan Sooka

6 Janji Donald Trump Kalau Dia Naik Jadi Presiden Semula


Football Online Sports Gambling 1xbet 1xbet Globa

Mesyuarat Mpsm Kulai Bil 3 2024

7 Keistimewaan Hari Arafah Hari Yang Dinantikan Jutaan Umat Islam

Generasi Milenial Dan Gen Z Dukung Nkri Nomor Urut 2 Simbol Harapan Baru Kalimantan Barat

Kempen Hartanah Bumiputera Matrix Miliki Rumah Selesa Cipta Kenangan Indah Bersama Keluarga

Bukan Semua Cendawan Boleh Makan Ada Yang Beracun