Kanak Kanak 3 Tahun Cedera Digigit Anjing Selepas Pulang Bermain
Allah… luluh hati bila dengar berita macam ni. Seorang anak kecil, baru usia 3 tahun, cedera di betis lepas digigit anjing! Lagi menyayat hati, kejadian berlaku depan mata nenek sendiri waktu mereka tengah jalan balik dari taman permainan.
Kejadian ini berlaku pagi Selasa di kawasan perumahan Lake Edge Puchong. Difahamkan, masa kejadian jam 8.10 pagi tu, si kecil ni baru selesai bermain di taman permainan. Tengah berjalan balik rumah dengan nenek, tiba-tiba seekor anjing jenis kacukan German Shepherd datang menyerang tanpa amaran!
Anjing jenis kacukan German Shepard
Anjing Terlepas Dari Rumah, Pemilik Disiasat
Ketua Polis Daerah Serdang, Asisten Komisioner Muhamad Farid Ahmad kata, anjing tu dipercayai terlepas dari rumah pemiliknya. Si kecil tu digigit di bahagian betis kiri, terus luka berdarah.
Kesian… Umur baru 3 tahun, dah kena pengalaman menakutkan macam ni. Mujur nenek ada bersama, cepat dapat bantuan. Tapi tetap trauma, betul tak ibu ayah? Bayangkan anak kecil, baru nak kenal dunia, dah kena serang haiwan besar.
Polis pun dah tahan pemilik anjing, seorang wanita berusia 60 tahun. Lebih mengejutkan, anjing tu tak ada lesen sah daripada pihak berkuasa tempatan. Kes ni disiasat bawah Seksyen 289 Kanun Keseksaan, bab kecuaian haiwan peliharaan.
Kalau sabit kesalahan, boleh dikenakan penjara sampai 6 bulan atau denda maksimum RM2,000, atau dua-dua sekali.
Ibu Ayah, Ini Pesanan Penting Untuk Kita Semua!
Kita faham, ramai suka bela haiwan peliharaan. Tapi tolong jaga keselamatan orang sekeliling, terutamanya anak-anak kecil yang tak tahu apa-apa. Ni beberapa tip yang ibu ayah & pemilik haiwan kena ambil serius:
✅ Pastikan anjing atau haiwan peliharaan dikurung atau diikat rapi, jangan sesuka hati dilepaskan.
✅ Daftar dan dapatkan lesen sah untuk haiwan peliharaan.
✅ Ajar anak-anak supaya jangan dekati haiwan liar atau yang tidak dikenali, walaupun nampak jinak.
✅ Kalau ada haiwan berkeliaran tanpa tuan, segera laporkan kepada pihak berkuasa.
✅ Kalau anak digigit haiwan, terus dapatkan rawatan — jangan tunggu!
Taman Permainan, Biar Jadi Tempat Selamat Untuk Anak
Ibu ayah semua, taman permainan ni tempat anak kita nak bebas, nak gembira. Tapi keselamatan tetap nombor satu! Jangan lepaskan anak kecil main seorang diri. Kalau nampak anjing atau haiwan pelik sekitar taman, bawa anak jauh dan lapor segera.
Sumber
The post Kanak-kanak 3 Tahun Cedera Digigit Anjing Selepas Pulang Bermain! appeared first on Pa&Ma.
Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :
https://www.majalahpama.my/kanak-kanak-3-tahun-cedera-digigit-anjing-selepas-pulang-bermain/