Kamu Ni Bangla Jangan Kurang Ajar Tak Nak Bayar Servis Car Wash Lelaki Maki Kaw Pekerja Asing




Umum tahu rata-rata pekerja tempat mencuci kereta adalah warga asing yang datang ke negara ini untuk mencari rezeki. Mereka sanggup melakukan kerja-kerja yang tidak popular dan pendapatan itu digunakan untuk menyara keluarga yang masih berada di kampung. 


Tetapi ada sesetengah masyarakat kita yang memandang rendah dan memperlekehkan mereka seolah-olah warga asing ini tersangatlah hina dan selayaknya diperlakukan sebegitu. 


Seperti yang dikongsikan oleh Abdullah Bukhari Abdul Rahim, beliau sendiri menyaksikan bagaimana seorang bapa kepada tiga anak dengan angkuhnya memarahi pekerja car wash yang didakwa tidak menurut arahannya serta enggan membayar perkhidmatan yang telah diberi. 


AHAD lepas, 3 Januari 2021, saya bersama dua anak pergi basuh kereta di car wash bekas murid dewasa saya di Selayang Segar.


Ketika kereta hampir siap, ada seorang pelanggan muda bising-bising tak mahu bayar harga kereta yang dibasuh. Umurnya dalam lingkungan awal 30-an bersama tiga anaknya yang masih kecil. 


Orangnya nampak kurang adab kerana semasa menunggu, dia berterusan menghisap vape tanpa mempedulikan anak-anaknya yang kecil dan pelanggan lain. Antara dialognya yang saya masih ingat: 


"Kamu ni Bangla! Jangan kurang ajar! Lain aku suruh, lain kau buat! Aku suruh basuh luar sahaja, kenapa kamu cuci dalam sekali? Aku hantar kau balik Bangla baru tahu!" 


Pekerja Bangla cuba membela diri dan bercakap elok-elok dengan menyatakan mereka sudah menjelaskan kepada pelanggan tentang basuhan luar dan dalam. Apa jawapannya sambil menunjukkan tapak kakinya kepada pekerja Bangla?: 


"Kau nampak kaki aku ni? Nak makan kaki? Aku tak peduli! Aku tak mahu bayar! Kau kurang ajar! Panggil siapa boss kau? Oh, kau besar kepala ye mentang-mentang ada orang jaga kau! Aku tak mahu bayar! Panggil boss kau sekarang!" 


Saya tak tunggu lama, selepas selesai kereta saya dicuci, saya terus balik. Di rumah saya terfikir cara nak membantu pekerja Bangla itu daripada terus dianiaya. 


Boss mereka (bekas murid saya) pernah menceritakan bagaimana mereka selalu dibuli pelanggan yang nakal dan jahat. Ada yang mendakwa duit ratusan ringgit yang disimpan dalam kereta habis dikebas pekerja Bangla, lalu mereka diugut dengan senjata agar membayar. Akibatnya, pekerja Bangla ini terpaksa membayar kerana bimbang diugut samseng dan sebagainya. 


Semalam, 6 Januari 2021, saya singgah lagi di kedai ini untuk membasuh kereta dan mencadangkan agar boss mereka menyediakan borang khas (lampiran gambar) untuk semua pelanggan agar para pekerja Banglanya tidak lagi dianiaya. 




Pagi ini, boss mereka menghubungi saya dan menceritakan kesudahan kisah si pelanggan tempoh hari. Bila boss mereka datang berunding, si pelanggan tetap enggan membayar (RM7 sahaja) dan enggan beredar. Apa tuntutannya? 


"Dia mahu pekerja Bangla yang didakwa biadab itu sujud dan minta maaf!" 


Inna Lillah! Betapa angkuhnya pelanggan ini. Akhirnya boss mereka terpaksa memanggil polis untuk menghalau si pelanggan. Dia beredar tanpa membayar satu sen pun. 


Semoga Allah memberi hidayah kepada si pelanggan yang angkuh dan bantu para pekerja Bangla yang datang bekerja mencari rezeki halal di negara kita. 




Sumber: Abdullah Bukhari bin Abdul Rahim


Sumber : thereporter.my

Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://www.terengganu11.com/2021/01/kamu-ni-bangla-jangan-kurang-ajar-tak.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Kamu Ni Bangla Gara Gara Salah Faham Pelanggan Ugut Tak Mahu Bayar Servis Cuci Kereta Warga Bangladesh

Kamu Ni Bangla Gara Gara Salah Faham Pelanggan Ugut Tak Mahu Bayar Servis Cuci Kereta Warga Bangladesh

papar berkaitan - pada 8/1/2021 - jumlah : 374 hits
123 total views 123 views today Seorang pengguna Facebook dikenali sebagai Abdullah Bukhari berkongsi pengalamannya menjadi saksi apabila seorang pekerja warga Bangladesh dilayan dengan kurang ajar oleh pelanggannya Sekadar gambar hiasan Ah...
Asal Lapar Anak Minta Susu Dah Kenyang Tak Nak Makan Mak Ayah Jangan Biar Nanti Kurang Zat

Asal Lapar Anak Minta Susu Dah Kenyang Tak Nak Makan Mak Ayah Jangan Biar Nanti Kurang Zat

papar berkaitan - pada 29/12/2020 - jumlah : 408 hits
Situasi yang sering berlaku Apabila anak lapar minta dibancuhkan susu Namun apabila diberikan susu kenyang susu makanan tidak dijamah tidak berminat pula Ibu ayah jangan biarkan situasi ini berlarutan tidak elok untuk perkembangannya berkon...
Nak Anak Dapat Khasiat Sepatutnya Cara Sukat Bancuhan Susu Main Peranan Kalau Salah Boleh Kurang Zat Untuk Anak

Nak Anak Dapat Khasiat Sepatutnya Cara Sukat Bancuhan Susu Main Peranan Kalau Salah Boleh Kurang Zat Untuk Anak

papar berkaitan - pada 27/12/2020 - jumlah : 357 hits
Membancuh susu anak ada aturannya Begitu juga pengendalian botol susu Cara yang tepat boleh membantu si kecil mendapatkan khasiatnya Adakalanya ibu bapa jadi kurang endah bab mencuci botol Mungkin kerana nak cepat ada yang mencuci dengan pe...
Jangan Mimpilah Mahathir Nak Jadi Penentu Undi Orang Melayu Hassan Karim

Jangan Mimpilah Mahathir Nak Jadi Penentu Undi Orang Melayu Hassan Karim

papar berkaitan - pada 1/1/2021 - jumlah : 246 hits
Kemarahan rakyat terhadap Najib Razak dan populariti Anwar Ibrahim adalah faktor utama undi Melayu bertambah untuk Pakatan Harapan pada pilihan raya umum lalu dan bukan pengaruh Dr Mahathir Mohamad kata Ahli Parlimen Pasir Gudang Hassan Abd...
Jangan Bayar Mahal Sony Membuka Pra Tempahan Kelompok Kedua Playstation 5 Pada 8 Januari Harga Bermula Rm1869

Jangan Bayar Mahal Sony Membuka Pra Tempahan Kelompok Kedua Playstation 5 Pada 8 Januari Harga Bermula Rm1869

papar berkaitan - pada 7/1/2021 - jumlah : 275 hits
Sony Malaysia hari ini telah mengumumkan mereka akan membuka pra tempahan kelompok kedua untuk PlayStation 5 secara rasminya bermula 8 Januari 2021 kelak Untuk pra tempahan kelompok kedua ini Sony akan membuka pra tempahan melalui kedai fiz...
5257 Member Tak Nak Bayar Hutang Guna Je Cara Ni Tv Ppim 31 12 2020

5257 Member Tak Nak Bayar Hutang Guna Je Cara Ni Tv Ppim 31 12 2020

papar berkaitan - pada 6/1/2021 - jumlah : 476 hits
Kalau ada kawan tak reti bayar hutang boleh guna cara ni Kawan selalu minta hutang tu perkara yang biasa Yang tak biasa bila kawan yang berhutang tu tak reti nak bayar balik hutang korang Tapi kalau dah lama sangat tak bayar siapa je boleh ...
Tindakan Keras Terhadap Majikan Jika Pekerja Asing Tak Jalani Ujian Covid 19

Tindakan Keras Terhadap Majikan Jika Pekerja Asing Tak Jalani Ujian Covid 19

papar berkaitan - pada 25/12/2020 - jumlah : 289 hits
PETALING JAYA Tindakan keras akan diambil terhadap majikan jika pekerja asing mereka tidak menjalani saringan COVID 19 bermula 1 Januari kerana terdapat majikan gagal patuhi arahan kerajaan itu Menteri Kanan Ismail Sabri Yaakob berkata tind...
Alhamdulillah Baby Girl Mommy Sihat Kurang Dari Sebulan Nak Bersalin Mawar Rashid Mohon Doa Dipermudahkan

Alhamdulillah Baby Girl Mommy Sihat Kurang Dari Sebulan Nak Bersalin Mawar Rashid Mohon Doa Dipermudahkan

papar berkaitan - pada 1/1/2021 - jumlah : 514 hits
Tidak sampai sebulan lagi pelakon Mawar Rashid bakal melahirkan bayi keduanya Menerusi instagram miliknya Mawar berkongsi rasa terujanya mengenai kelahiran bayinya yang bakal diberikan nama Raden Seri Malah kata Mawar lagi melalui pemeriksa...
Cerita Sebalik Berita Keadaan Penginapan Pekerja Asing

Cerita Sebalik Berita Keadaan Penginapan Pekerja Asing

papar berkaitan - pada 26/12/2020 - jumlah : 248 hits
Wartawan Astro AWANI menceritakan kisah di sebalik sesuatu berita yang dilaporkan SUBSCRIBE now Astro Awani https www youtube com c astroawani sub confirmation 1 Astro AWANI LIVE https www astroawani com video terkini Social Media FACEBOOK ...
Addressing Flaws In Mrt3 S Strategy

Lirik Lagu Rasa Lia Aziz Ft Treehill

Yoursay Will Anything Come Out Of Ayer Keroh Accident Probe

Makan Tengah Hari Di Jeti Nelayan Kesang

Comment On Nasihat Untuk Mereka Yang Ingin Berkunjung Ke Sungai Kedondong Batang Kali Selangor By Zul

Merry Christmas And Happy New Year

Rakyat Digital Cara Daftar Senarai Kursus Percuma

Hiking Gunung Bubu Gerik


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Wanita Milik Kaiden Slot Akasia TV3

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Curang Tanpa Niat Slot Megadrama Astro Ria

5 Insiden Jalan Sesak Yang Berlaku Lebih 24 Jam Durasinya

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 6 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 5 Gegar Vaganza 2024 Musim 11


Burung Bukan Punca Pesawat Terhempas Rupanya Ditembak Anti Dron Alasan Tak Masuk Akal Russia Buat Ramai Marah

Restoran Teppan Maru Take Menyediakan Hidangan Autentik Osaka Jepun Chef Takeshi Wada

Lirik Lagu Suara Hati Repvblik

Lirik Lagu Aiman Tino Wani Kayrie

We Didn T Force Staff To Attend Xmas Do Says Ministry

Criminal Lawyer Defends Public Whipping Of Man Convicted Of Khalwat