Kamu Kafir Kamu Non Muslim


Ramai ustaz dalam PAS 'see nothing wrong with it' apabila merujuk orang bukan Islam. Bagi mereka sememangnya orang bukan Islam adalah kafir.Setiap kali istilah ‘kafir’ dijadikan isu, saya teringat dakwaan Dr Mahathir Mohamad bahawa PAS tuduh Umno parti kafir sambil menuding jari ke arah apa yang dipanggil ‘Amanat Haji Hadi’ untuk membuktikan dakwaan.
Ini berlaku pada 1980-an. Mahathir ketika itu presiden Umno (dan perdana menteri ke-4). ‘Amanat’ yang beliau katakan merujuk sedutan ceramah disampaikan Hadi Awang di Kuala Terengganu pada 7 April 1981. Ketika itu Hadi bintang PAS yang mula menyinar.
Itu cerita lama. Mahathir dan Hadi pun sudah berbaik-baik. Malah Mahathir sekarang adalah penasihat kerajaan di empat negeri PAS perintah. ‘How things have changed’. Dulu lain sekarang lain.
Ini pula cerita yang tak berapa lama. Berlaku tahun lalu. Tular video ucapan Menteri Pendidikan Fadhlina Sidek yang dikatakan ‘mengharamkan’ penggunaan istilah ‘kafir’ di rumahnya dan dalam kalangan anak-anaknya.
Fadhlina dikecam pihak terpaling Islamis. Beliau berkata video tular di media sosial itu diambil di luar konteks dengan ‘cubaan jahat’ mahu mencalar imej serta kredibilitinya.
Beliau menjelaskan: “Saya sebutkan bahawa saya tidak membenarkan anak-anak menyebut kafir yang mempunyai konotasi kebencian terhadap warga bukan Islam yang hidup bersama-sama dalam negara.”
Penjelasan itu tidak menghalang pengkritik untuk terus kritik. Orang kuat Bersatu Razali Idris umpamanya dipetik media menyeru umat Islam memboikot segala majlis dihadiri Fadhlina.
Ada golongan yang mengaku ‘ustaz’ yang saya tidak pasti sama ada anggota atau penyokong mana-mana parti politik tertentu melempar pelbagai tuduhan. Dan ada yang mengeluarkan pendapat (fatwa?) bahawa “kita tidak boleh tukar kalimah (kafir) dalam Quran kepada kalimah non-Muslim, tu haram dan boleh jadi kafir.”
Ini pula cerita baru. Berlaku pada Muktamar PAS ke-71 tempoh hari. Ketua Dewan Himpunan Pendukung PAS (DHPP) Selangor, K Deepakaran, memberitahu perwakilan masih ada segelintir ahli PAS yang guna istilah ‘kafir’ dan ‘pendatang’ yang menyinggung perasaan orang bukan Islam.
Lalu beliau mengingatkan PAS supaya tidak menggunakan istilah itu kerana ia membawa kesan negatif terhadap usaha merapatkan hubungan dengan masyarakat bukan Islam.
DHPP kita tahu dianggotai orang bukan Islam. PAS kita tahu mahu memikat masyarakat bukan Islam mengundi mereka. Parti itu sedar tanpa sokongan masyarakat bukan Islam ia tidak akan dapat memerintah Malaysia.
Menurut penganalisis, kurangnya sokongan orang bukan Islam bukan Melayu adalah penghalang terbesar PAS terhadap cita-citanya menawan Putrajaya. PAS bergantung harap DHPP dapat memujuk masyarakat bukan Islam menyokong parti itu.
Seperti yang saya tulis dalam artikel di FMT 17 Sept lalu, mungkin PAS boleh elak menggunakan istilah ‘pendatang’ tetapi saya tidak pasti parti itu boleh mengambil langkah sama untuk istilah ‘kafir’.
Ini kerana pada hemat saya ramai ustaz dalam PAS ‘see nothing wrong with it’ apabila merujuk orang bukan Islam. Bagi mereka sememangnya orang bukan Islam adalah kafir.
Bagaimanapun, semalam FMT melaporkan Ahli Jawatankuasa Kerja Pusat, Dr Halimah Ali, berkata sebagai parti berprinsip dan berhasrat memayungi semua kaum ahli PAS perlu memahami sensitiviti golongan yang mahu disantuni dan dilindungi.
Maka, pemimpin PAS bersetuju supaya perkataan atau istilah ‘kafir’ tidak digunakan dengan niat untuk menghina individu termasuk bukan Islam.
Tampil pula seorang lagi AJK PAS Pusat, Awang Hashim. Beliau dipetik berkata istilah ‘kafir’ tidak membawa maksud negatif jika difahami dan digunakan dengan tepat.
Malah, kata beliau dalam konteks tertentu perkataan itu wajar ‘diraikan’ termasuk hal berkaitan soal agama membabitkan kefahaman orang Islam. Sebenarnya, panjang lebar penjelasan Awang dan Halimah yang saya tidak perlu ulangi di sini. Jika anda mahu tahu dengan terperinci sila baca laporan FMT semalam 20 Sept 2025 yang bertajuk PAS setuju jangan guna istilah ‘kafir‘ untuk menghina.
Apa pun saya petik seperenggan kata-kata Awang untuk menutup penulisan kali ini. Kata beliau: “Bagaimanapun, kita setuju istilah yang menyinggung perasaan satu sama lain dielakkan penggunaannya. Boleh sahaja ditukar kepada golongan bukan Islam.”
Maksudnya? Bila tidak menghina guna (golongan) ‘bukan Islam’ tetapi bila nak menghina guna ‘kafir’?. Saya rasa ini bukan dalam konteks kekecewaan orang bukan Islam apabila mereka dipanggil ‘kafir’.
Dan bagi saya ‘why the need to hina in the first place?’ - FMT
Artikel ini adalah pandangan penulis dan tidak semestinya mewakili MMKtT.


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://malaysiansmustknowthetruth.blogspot.com/2025/09/a_650.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Baptism Of Fire For Pas Non Muslim Wing Chief After Freely Citing Quranic Verse

Baptism Of Fire For Pas Non Muslim Wing Chief After Freely Citing Quranic Verse

papar berkaitan - pada 19/9/2025 - jumlah : 1728 hits
PAS has been accused of practising double standards by condoning its Dewan Himpunan Pendukung PAS a k a PAS Non Muslim Supporters Wing chief Balasubramaniam Nachiappan to cite and interpreting a Quranic verse during the party s recent 71st ...
Pas Non Muslim Supporters Now Official Party Members

Pas Non Muslim Supporters Now Official Party Members

papar berkaitan - pada 16/9/2025 - jumlah : 186 hits
PAS MUKTAMAR PAS Non Muslim Supporters Wing members have officially become party members said PAS secretary general Takiyuddin Hassan In his opening speech at the party s 71st muktamar in Kedah this morning the Kota Bharu MP said this came ...
Lelaki Non Muslim Tinggal Pesan Lepas Lihat Ayat Al Quran Pada Van Jenazah

Lelaki Non Muslim Tinggal Pesan Lepas Lihat Ayat Al Quran Pada Van Jenazah

papar berkaitan - pada 22/9/2025 - jumlah : 523 hits
Lelaki Non Muslim Tinggal Pesan Lepas Lihat Ayat Al Quran Pada Van Jenazah Di Malaysia kita mungkin sudah biasa melihat kelibat van jenazah dengan tulisan ayat al Quran terpampang jelas di bahagian sisi atau belakang kenderaan Lazimnya ia d...
2 Pas Leaders Agree Use Of Kafir May Irk Non Muslims

2 Pas Leaders Agree Use Of Kafir May Irk Non Muslims

papar berkaitan - pada 20/9/2025 - jumlah : 1549 hits
Dr Halimah Ali says PAS members must understand the sensitivities of the electorate while Awang Hashim suggests using the term non Muslims instead PAS central committee members Dr Halimah Ali and Awang Hashim responded to a call by a leader...
Hadi Reminds Non Muslims Why Kafir Badge Of Honour

Hadi Reminds Non Muslims Why Kafir Badge Of Honour

papar berkaitan - pada 22/9/2025 - jumlah : 627 hits
When we see there is a halal certificate at the store it s quite rare for us to double check on website God willing we keep each other in check Investment Trade and Industry Minister Tengku Zafrul Abdul Aziz I have no idea why PAS Non Musli...
Ideas Simple Beef Biryani Recipe Muslim Style

Ideas Simple Beef Biryani Recipe Muslim Style

papar berkaitan - pada 26/9/2025 - jumlah : 1089 hits
Discover the surprising simplicity behind this truly unforgettable dish Our family s best kept secret for decades this simple beef biryani recipe muslim style This isn t just another simple beef biryani recipe muslim style it s a culinary j...
Federal Court Maintains Oct 29 Hearing Date For Appeal Against Isa Samad S Acquittal

Federal Court Maintains Oct 29 Hearing Date For Appeal Against Isa Samad S Acquittal

papar berkaitan - pada 9/9/2025 - jumlah : 3930 hits
Former Felda chairman Tan Sri Mohd Isa Abdul Samad was acquitted of nine corruption charges Picture by Yusof Mat IsaPUTRAJAYA Sept 8 The Federal Court has maintained Oct 29 as the date to hear the prosecution s appeal against the Court of A...
Reshaping The Future Of Malaysia S Muslim Friendly Tourism Sector

Reshaping The Future Of Malaysia S Muslim Friendly Tourism Sector

papar berkaitan - pada 9/9/2025 - jumlah : 1942 hits
MALAYSIA S top position in the Muslim friendly travel category of the Global Islamic Economy Indicator 2024 are attributed to two main factors namely a strong rebound in international arrivals and consistent industry commitment According to...
Stories By Muslim Pro Seni Penceritaan Digital Tanpa Sempadan

Stories By Muslim Pro Seni Penceritaan Digital Tanpa Sempadan

papar berkaitan - pada 10/9/2025 - jumlah : 1689 hits
Stories by Muslim Pro Seni Penceritaan Digital Tanpa Sempadan Muslim Pro aplikasi gaya hidup Muslim paling popular di dunia melancarkan inisiatif kandungan terbaharu yang berani dan segar Stories by Muslim Pro pada hari ini Inisiatif ini me...
Ryt Bank Malaysia Bank Digital Dengan Dividen Harian Permohonan Mudah

Jom Tempah Baju Korporat Cantik Berkualiti Terus Dari Kilang

Probe Into Bloomberg Report On Pm S Alleged Interference In Macc Classified As Nfa

Showcase Jiwa Malaysia 2025 Irama Bersatu Di Bawah Satu Semangat Jiwa Malaysia

Pengalaman Menaiki Classic Train Day 6 1

Ppim Gesa Siasat Mfw Isu Istilah Muslim Choice Harian Metro 03 11 2025

Investasi Pertama Gen Z Mulai Kecil Hasil Besar

Tempah Baju Korporat Kualiti Terbaik Harga Direct Kilang


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


Senarai Universiti Terbaik Malaysia 2026

Beli Hadiah Persaraan Rakan Sekerja

Banduan Adaptasi Kaithi Dengan Aksi Mantap Nilai Kasih Seorang Ayah

Top 87 By Eileen Punpro777 Ceo 28 November 2025

Hengjing168 Plus Top 76 By Moses 28 168 2568

From Sweden To The Uk Snusboys Brings Authentic Snus To British Consumers