Kampung Kuala Mengkuang Pahat Sejarah Tersendiri Jadi Port Kaki Pancing


 

Keindahan Kuala Mengkuang kini menggamit para pelancong dalam dan luar negara ditambah lagi dengan inisiatif ICU JPM melaksanakan pelbagai projek mengindahkan kawasan berkenaan termasuk mural di jejambat landasan kereta api KTMB.
PENDAPAT, 3 Mar – Satu lagi lokasi yang mencuri tumpuan dan terdapat di kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) Penanti, Daerah Seberang Perai Tengah selain Mengkuang Dam dan Bukit Sulling Hill adalah Kampung Kuala Mengkuang.
Kampung Kuala Mengkuang yang berjiran dengan Taman Guar Perahu Penanti di mana populasi penduduknya dianggarkan hampir 1300 orang merangkumi 95 peratus kaum Melayu. Pun begitu juga keadaan hampir serupa di Taman Guar Perahu yang telah dilengkapi pelbagai kemudahan seperti dewan pintar dan fasiliti penduduk.
Menurut sumber, penduduk di Kampung Kuala Mengkuang kebanyakannya bekerja di sektor perkilangan dan sebahagiannya lagi bekerja sendiri seperti berniaga, berkebun atau melakukan kerja-kerja kampung.
Berdiri (dari tengah) ialah Pengarah Strategik Pejabat Pembangunan Negeri Pulau Pinang diapit Nur Aishah dan Salehan Jahaya.Tinjaun penulis sendiri sebelum berlangsungnya majlis upacara penyerahan Kampung Kuala Mengkuang difahamkan terdapatnya satu sungai yang dipanggil Sungai Kulim malah pernah suatu ketika dahulu pada tahun 2017 pihaknya melalui wakil penduduk MPKK mempunyai rancangan untuk memajukan Sungai Kuala Mengkuang agar dijadikan salah satu daya tarikan pengunjung.
Mengulas lanjut, penulis mendapatkan respon daripada Ahli Majlis Bandaraya Seberang Perai (MBSP) Nur Aishah Zainol sendiri tentang potensi dan apakah keunikan yang terdapat di Sungai Kuala Mengkuang sehingga terpilih salah satu daripada 42 kampung seluruh negara untuk dimajukan sebagai eko pelancungan baharu di Penanti.
Berkebetulan beliau juga merupakan anak jati Penanti, turut merasa bangga dengan perkembangan ini lagipun manfaatnya akan turut dapat dinikmati oleh penduduk berhampiran. Bukannya jauh mana kedudukan Kampung Kuala Mengkuang dari Pekan Penanti hanya mengambil masa tidak kurang 19 minit boleh sampai ke sini.
Nur Aishah juga turut terlibat dalam Program Khidmat Komuniti yang diadakan pada 18 Mei 2024 lepas anjuran bersama oleh pihak Pejabat Pembangunan negeri Pulau Pinang (ICU JPM) dan kerjasama MPKK Kuala Mengkuang. Pelaksanaan program tersebut adalah bersempena pengisytiharan Kampung Kuala Mengkuang sebagai Kampung Angkat Desa MADANI.
Acara kenduri rakyat sempena meraikan tetamu jauh sudah pasti menambah kemeriahan program bersama penduduk Sungai Mengkuang yang kini menjadi tarikan utama di Penanti.Penganjuran program khidmat komuniti tersebut dihadiri oleh beberapa orang pegawai kanan kerajaan serta pembabitan wakil seramai 500 orang sukarelawan yang terdiri daripada pelbagai agensi kerajaan termasuk institusi pengajian awam seperti IKTBN, IPG, dan lain-lainnya bagi membantu mempercepatkan kerja-kerja pembersihan dan keceriaan kampung.
Mencuri tumpuan adalah implementasi daripada lukisan mural yang dianggap sangat kreatif telah berjaya dihasilkan dengan usaha gigih mereka mengabadikan kreativiti mereka pada jejambat lintasan keretapi yang menghubungkan laluan ke utara dan selatan. Penat lelah mereka akhirnya berbaloi kerana telah disenaraikan dalam The Malaysia Book Of Records (MBR).
Tidak mengelak ketika ditanya hobinya yang pernah turun memancing di Sungai Kuala Mengkuang, sebenarnya tanpa sedar telah menginspirasikan potensi Sungai Kuala Mengkuang apabila siap dimajukan kelak berperanan salah satu daya tarikan baharu buat pengunjung yang datang ke kampung ini. Antara salah satunya adalah ‘port’ bagi kaki pancing. Bukan itu sahaja pemandangan di sini juga indah kerana dikelilingi alam flora dan fauna yang merangkumi daun mengkuang, hidupan air dan sebagainya.
Projek Kebun MADANI yang diusahakan penduduk Kampung Kuala Mengkuang merupakan inisiatif meningkatkan sosioekonomi penduduk setempat.Ini ditambah lagi apabila di sini juga terdapat pusat ternakan dan pertanian. Contohnya projek mengusahakan tanaman buah amra atau kedondong yang boleh menyumbang kepada penghasilan sumber pendapatan tambahan yang bakal membuka peluang pekerjaan kepada anak-anak muda khususnya terhadap golongan beliaa menganggur sekali gus bakal memberikan limpahan rezeki buat anak tempatan di sini.
Selain projek penanaman pokok amra dan terbaharu adalah Projek Keraf Kreatif yang merupakan sebahagian daripada Projek Sejati MADANI secara tidak langsung memberikan harapan dan sinar baharu terutamanya pihak MPKK Kampung Kuala Mengkuang itu sendiri agar dapat terus mengorak langkah lebih ke hadapan dalam meneroka sesuatu yang baharu kelak.
Projek Kampung Angkat Desa Kuala Mengkuang turut menerima peruntukan sejumlah RM2.5 juta di mana wang peruntukkan tersebut telah dibelanjakan bagi kerja-kerja melaksanakan tiga projek secara berperingkat iaitu membabitkan projek fizikal dan projek bukan fizikal. Salah satunya menaiktaraf pelebaran jalan, membina dewan terbuka, dan sebagainya.
Melanjutkan perbualan; sebanyak 34 inisiatif pembangunan telahpun dilaksanakan dengan kerjasama 16 rakan strategik (RSU) ICU JPM melibatkan agensi-agensi kerajaan, syarikat berkaitan kerajaan (GLC) dan badan swasta. Antara 16 rakan stragek utama yang terlibat secara langsung dalam menjayakan projek kampung angkat Desa Madani ialah Jabatan Pengairan dan Saliran.
Penulis bersama salah seorang mahasiswa UiTM Melaka berdiri di belakang lukisan mural jejambat laluan landasan kereta api utara selatan KTMB.Jabatan ini telah dipertanggungjawabkan melaksanakan empat skop kerja utama di jajaran Sungai Kulim antaranya projek menaiktaraf koridor jalan, membina mercu tanda pada arca “MENGKUANG” serta mendalamkan sungai dan membina tebing bagi mengelakkan banjir.
Kampung Angkat Desa MADANI merupakan projek di bawah Dana Komuniti MADANI (DKM) bertujuan untuk membantu komuniti desa memulakan projek ekonomi sendiri.
Terdahulu majlis penyerahan Kampung Kuala Mengkuang telahpun disempurnakan dengan jayanya oleh Ybhg. Datuk Indera Nik Nasarudin Mohd Zawawi selaku Ketua Pengarah Unit Penyelarasan Pelaksanaan Jabatan Perdana Menteri (ICU JPM).
Sebelum dilangsungkan upacara penyerahan tersebut Ybhg Datuk Ketua Pengarah serta rombongan lawatan telah dibawa ke beberapa lokasi tertentu sambil menyampaikan bakul makanan kepada individu terlibat.
Kemuncak majlis upacara tersebut telah diserikan dengan mengadakan kenduri rakyat yang berlangsung dengan meriah sekali. Kehadiran ramai tetamu yang datang dari pelbagai negeri dengan rombongan puluh biji bas serta tidak ketinggalan beberapa orang penduduk berdekatan tidak melepaskan peluang ikut serta program tersebut sehingga majlis upacara penyerahan selesai.

Projek Kampung Angkat Desa MADANI ini merupakan kaedah bagi memudahcara serta mempercepatkan pelaksanaan projek kecil kampung angkat desa madani. Inisiatif untuk membangunkan semula Sungai Kuala Mengkuang telah pun lama dirancang sebelum ini namun atas sebab-sebab tertentu yang memaksa kerajaan pada ketika itu terpaksa membatalkannya memandangkan kos menelan lebih sejuta ringgit.
Kesempatan terbaik ini tidak dipersia-siakan ditambah pula Perdana Menterinya adalah YAB Dato’ Seri Anwar Ibrahim makanya satu usaha untuk menjadikan Kampung Sungai Kuala Mengkuang sebuah kampung terindah di samping memiliki pelbagai keunikan tersendiri hendaklah dimanfaatkan penduduk.
Istimewanya projek ini, ia akan memberikan peluang kepada penduduk untuk meningkatkan taraf sosioekonomi mereka. Selain itu, ia secara tidak langsung akan memberikan impak serta bakal menerima manfaat yang sangat besar kepada masyarakat sekitar antaranya boleh menjana sumber pendapatan sekali gus berupaya meningkatkan kualiti hidup penduduk setempat.
– Oleh Pemerhati Bebas Politik








Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://wrlr.blogspot.com/2025/03/kampung-kuala-mengkuang-pahat-sejarah.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Rindu Rasa Kampung Hidang Kuala Lumpur Bukan Sekadar Menyajikan Makanan

Rindu Rasa Kampung Hidang Kuala Lumpur Bukan Sekadar Menyajikan Makanan

papar berkaitan - pada 5/3/2025 - jumlah : 182 hits
Rindukan citarasa kampung Hidang Kuala Lumpur menawarkan lebih dari sekadar makanan ia adalah pengalaman yang menyegarkan selera dan jiwa anda Ketika azan berkumandang untuk Iftar nikmati hidangan asli gaya Kampung yang digemari oleh penggi...
Blackpink Ubah Budaya Tinggalkan Jejak Dalam Sejarah Jennie

Blackpink Ubah Budaya Tinggalkan Jejak Dalam Sejarah Jennie

papar berkaitan - pada 5/3/2025 - jumlah : 138 hits
Tak dinafikan bahawa BLACKPINK adalah merupakan antara entiti penting yang menggerakkan gelombang Korea kini Artikel Berkaitan Dalam sebuah temubual The Ruby Interview With Zane Lowe yang disertai oleh Jennie dia sempat berbincang mengenai ...
Politik Jahiliah Pembangkang Terlepas Catat Sejarah

Politik Jahiliah Pembangkang Terlepas Catat Sejarah

papar berkaitan - pada 6/3/2025 - jumlah : 172 hits
ULASAN MALAMKESEDIAAN kerajaan Madani untuk melakukan reform terhadap Parlimen dengan mengembalikan kuasa autonomi Parlimen sepatutnya diambil kesempatan sebaik mungkin oleh pembangkang Pembentangan Rang Undang Undang PSA itu adalah untuk k...
Pelajar Usim Cipta Sejarah Terpilih Jadi Imam Solat Tarawih Di New Zealand

Pelajar Usim Cipta Sejarah Terpilih Jadi Imam Solat Tarawih Di New Zealand

papar berkaitan - pada 7/3/2025 - jumlah : 177 hits
Seorang pelajar Fakulti Quran dan Sunnah Universiti Sains Islam Malaysia menjadi kebanggaan kita apabila diberi kepercayaan menjadi imam solat tarawih di Masjid Manukau Islamic Youth Centre Auckland New Zealand Anak muda Muhammad Hanif Zaka...
Malaysia Bakal Lakar Sejarah Meterai Kerjasama Dengan Syarikat Pereka Cip Terbesar Dunia

Malaysia Bakal Lakar Sejarah Meterai Kerjasama Dengan Syarikat Pereka Cip Terbesar Dunia

papar berkaitan - pada 5/3/2025 - jumlah : 130 hits
SITI NUR ZAWANIMarch 5 2025Malaysia bakal melakar sejarah dalam industri teknologi global di mana Kerajaan Malaysia akan memeterai kerjasama strategik dengan syarikat pereka cip terbesar di dunia yang berpengkalan di United Kingdom petang i...
Sukma Logo Sejarah Senarai Sukan Wajib Tuan Rumah Juara

Sukma Logo Sejarah Senarai Sukan Wajib Tuan Rumah Juara

papar berkaitan - pada 8/3/2025 - jumlah : 116 hits
Sukan Malaysia merupakan temasya sukan terbesar peringkat kebangsaan yang menghimpunkan atlet muda berbakat dari seluruh Malaysia Diperkenalkan sebagai platform mencungkil bakat baharu temasya sukan in menjadi pentas persediaan bagi atlet m...
Kwsp Umum Dividen Tertinggi Dalam Sejarah Cerminan Keyakinan Pelabur

Kwsp Umum Dividen Tertinggi Dalam Sejarah Cerminan Keyakinan Pelabur

papar berkaitan - pada 2/3/2025 - jumlah : 144 hits
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim dalam satu hantaran di Facebook mengumumkan bahawa Kumpulan Wang Simpanan Pekerja telah mencatat sejarah dengan kadar dividen tertinggi melibatkan jumlah agihan sebanyak RM73 24 bilion Beliau turut m...
Ismail Sabri Sprm Dan Sejarah Berulang

Ismail Sabri Sprm Dan Sejarah Berulang

papar berkaitan - pada 3/3/2025 - jumlah : 246 hits
Macam biasa drama politik Malaysia tak pernah suram Kali ini giliran Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob pula untuk masuk dalam radar SPRM Kononnya siasatan ini sebahagian daripada usaha kerajaan untuk memerangi rasuah Tapi kalau kita kaji balik...
Anfield Salah Catat Sejarah Lagi

Anfield Salah Catat Sejarah Lagi

papar berkaitan - pada 19/2/2025 - jumlah : 128 hits
AgensiSALAH meraikan jaringannya ketika menentang Wolves FOTO ReutersLondon Mohamed Salah menjadi pemain keempat dalam sejarah Liga Perdana Inggeris menjaringkan lebih daripada 100 gol di venue sama selepas meledak jaringan ke 101 di Anfiel...
Pasaran Saham As Dalam Zon Merah Dow Jones 0 4 Nasdaq 0 1 Laporan Korporat Yang Memberangsangkan Tidak Menyelamatkan

Claims Sarawak Seeks Stake In Ambank Mere Speculation Says Abang Jo

High Court Rules It Has Jurisdiction To Hear Lawsuit Against Raghad

Precious Metal Recovery Services Malaysia A Great Investment

Macc Economy Ministry To Set Up Special Task Force

Cadangan Pendekatan Baharu Untuk Menjana Dana Pusat Pembelajaran Islam Madrasah Tahfiz

Come Invest In Malaysia Anwar Tells Thai Conglomerates

Telefon Pintar Acer Kembali Dengan Super Zx Dan Super Zx Pro


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


Aidilfitri Di Kampung Halaman 2025

Hp Elitebook 840 G5 Randomly Disconnecting From Wi Fi

Send Unlimited Emails With 100 Delivery

Hand Gum

Ramp Eyes Us Government As A Customer After Spotting Doge Tweet In Malay

Student Expresses Disappointment Over No Make Up Policy For School S Raya Celebration