Kampung Budaya Orang Silat Kota Damansara Matra Ruang Baharu Pesilat Muda


Kampung Budaya Orang Silat, Kota Damansara - Matra Ruang Baharu Pesilat Muda ; Bila bercerita tentang seni mempertahankan diri, pastinya kakak menjunjung tinggi seni warisan orang Melayu yang masih utuh dimartabatkan sehingga hari ini bagi memastikan golongan muda mengambil ibrah dalam setiap perjuangan orang lama. Silat yang berasal dari Tanah Melayu tersebar luas dan kini dijadikan amalan beladiri di segenap pelosok dunia.

Selepas merdeka (1957), terdapat ratusan aliran Perguruan Silat di Malaysia. Pemerintah di Malaysia telah mengarahkan pengamal silat mengadakan persatuan silat dan didaftarkan atas tujuan membina, menyusun dan mengurus silat dengan lebih baik. Saranan tersebut disambut baik, maka beberapa kumpulan silat telah didaftarkan. Di sinilah bermulanya keberadaan pelbagai nama aliran penguruan silat kerana setiap pendaftar mestilah mempunyai nama kumpulan masing-masing.

SEJARAH SILAT DI MALAYSIA
Pada tahun 1978, Kementerian Kebudayaan, Belia dan Sukan Malaysia ketika itu berusaha untuk mengadakan satu badan atau gabungan peringkat negara yang boleh membangunkan silat secara lebih berkesan, maka wujudlah Majlis Seni Silat Malaysia (1980). Kemudiannya, majlis tersebut ditukar kepada nama baru iaitu Persekutuan Silat Kebangsaan Malaysia atau PESAKA Malaysia, dan lulus pendaftarannya pada 1986. PESAKA Malaysia telah dianggotai oleh empat anggota bertaraf badan pendiri PESAKA Malaysia iaitu Seni Gayung Fatani Malaysia, Silat Seni Gayong Malaysia, Silat Lincah Malaysia dan Silat Cekak Malaysia. Lain-lain perguruan silat menjadi anggota PESAKA Negeri yang diwujudkan di setiap negeri di Malaysia. Hal ini bermakna seluruh silat telah bersatu di bawah PESAKA Malaysia
Sumber : Silat Di Malaysia
Bagi merancakkan lagi aktiviti kebudayaan dan kesenian disamping membuka peluang untuk mendekati golongan muda mendalami serta mencintai seni mempertahankan diri, Pertubuhan Silat Seni Jati Warisan telah menganjur Program Kampung Budaya Orang Silat dengan kerjasama Jabatan Kesenian dan Kebudayaan Negara (JKKN) Selangor baru-baru ini di Kota Damansara


KAMPUNG BUDAYA ORANG SILAT
Turut melibatkan empat pertubuhan yang bertapak di sekitar Seksyen 7, Kota Damansara - Program yang bertujuan membuka ruang untuk masyarakat setempat mengenali dengan lebih dekat tentang seni mempertahankan diri ini telah dirasmikan oleh Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kota Damansara, YB Tuan Muhammad Izuan bin Ahmad Kasim


Bagi memenuhi agenda program, para jemputan turut diajar teori dan praktikal Senaman Melayu yang biasa diamalkan oleh orang-orang lama untuk mengawal pernafasan, melegakan tekanan, melegakan otot dan sendi dibawah naungan Prof. Dr. Azlan Ghanie yang pernah memperkenalkan Senaman Tua (ST) di majalah PENDEKAR dan majalah SEN! BELADIRI pada tahun 1997. Sehingga ke hari ini, PESENAM (Persatuan Pengamal Senaman Melayu Malaysia) adalah jentera yang dipertanggungjawabkan oleh Prof. Dr. Azlan Ghanie untuk menggerakkan, membangunkan dan menyebarluaskan ilmu warisan Melayu ini kepada seluruh rakyat Malaysia dan antarabangsa.

Senaman Tua adalah sebahagian dari Silat Melayu Keris Lok 9 yang dikaji dan dibangunkan pengasasnya, Prof. Dr. Azlan Ghanie daripada warisan keluarganya. Kini, ia diajar kepada umum berasingan dari silat sebagai pemangkin kecergasan dan kesihatan.

Empat persatuan yang turut menghantar wakil untuk membuat demonstrasi seni dihadapan tetamu yang hadir ialah :Pertubuhan Silat Seni Jati Warisan SelangorPertubuhan Seni Silat Terlak EmpatPertubuhan Silat Seni Tapak LimaPersatuan Seni Silat Burung Rajawali
Turut menjadi perhatian semasa program berlangsung adalah pameran senjata tradisional seperti keris, parang, pedang, tekpi dan kerambit yang sangat sinonim digunakan sebagai alatan mempertahankan diri dalam seni persilatan. Para hadirin juga berpeluang belajar cara-cara melipat tanjak dan penggayaan busana tradisi pendekar Melayu dari Man Tanjak

Setiap lipatan, potongan sudah pastinya menyampaikan maksud tertentu yang perlu dijaga agar tidak berlebihan dan masih mengekalkan ciri-ciri klasik pendekar Melayu asli


Satu ilmu yang sangat mahal dan tidak ramai anak muda sedar betapa pentingnya mempelajari sekaligus mengangkat tinggi budaya seni Melayu

Tak tumbuh tak melata,Akar kayu selalu dicari,Pencak silat budaya kita,Amalkan selalu pertahankan diri

Tanah Melayu tanah pusaka,Megah berdiri disinggahsana,Adat dijunjung nama dijaga,Tidak Melayu hilang di dunia

Nur Aiman diapit dua orang hebat dalam dunia Seni Persilatan Melayu iaitu Prof. Dr. Azlan Ghanie dan Mejar (B) Hasrul Roslan.
Sebagai salah seorang ibu kepada seorang pesilat, ya. Kakak menyokong penuh usaha Kampung Budaya Orang Silat bagi memartabatkan budaya Melayu yang hampir pupus dek telan teknologi dan berharap usaha ini tidak disia-siakan. Mana tahu kalau program sebegini boleh dijadikan acara tahunan di Kota Damansara dengan sokongan penuh dari pihak berwajib tempatan, ADUN dan seiring membangunkan infrastruktur untuk mengaktifkan lagi aktiviti persilatan. 
InsyaAllah




Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://www.atiehilmi.com/2023/10/kampung-budaya-orang-silat-kota.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Foto Bri Peduli Jadikan Kampung Bali Percontohan Jaga Ekosistem Lingkungan Di Tengah Kota Jakarta

Foto Bri Peduli Jadikan Kampung Bali Percontohan Jaga Ekosistem Lingkungan Di Tengah Kota Jakarta

papar berkaitan - pada 6/10/2023 - jumlah : 169 hits
BRI mendukung kelestarian lingkungan Kampung Bali Jakarta Pusat dengan berbagai program dan aktivitas untuk mendorong kesadaran warga menjaga lingkungan
Tutup Pekan Budaya Tarakan Wali Kota Ingatkan Momentum Persatuan

Tutup Pekan Budaya Tarakan Wali Kota Ingatkan Momentum Persatuan

papar berkaitan - pada 8/10/2023 - jumlah : 124 hits
Penutupan Pekan Budaya Tarakan ditandai dengan pemukulan gong oleh Wali Kota Tarakan Khairul didampingi Wakil Wali Kota Tarakan Effendhi Djuprianto
Singgah Makan Lemang Di Kedai Makan Kamariah Di Kampung Kendong Lama Kota Negeri Sembilan

Singgah Makan Lemang Di Kedai Makan Kamariah Di Kampung Kendong Lama Kota Negeri Sembilan

papar berkaitan - pada 8/10/2023 - jumlah : 321 hits
lemang di bakar panas panasKedai Makan KamariahAku dari Senawang nak ke Melaka malas nak naik highway dah hadap jalan jem aku pilih nak santai santai ikut jalan lama Masa aku di Jalan Seremban Tampin terpandang la kedai makan kamariah ni Di...
Tak Buat Kerja Tuhan Munafik Hunter Perjuangan Baharu Caprice

Tak Buat Kerja Tuhan Munafik Hunter Perjuangan Baharu Caprice

papar berkaitan - pada 24/9/2023 - jumlah : 223 hits
TIDAK gentar dengan ugutan apatah lagi kecaman dalam misi membantu golongan teraniaya penyanyi rap juga aktivis kemanusiaan Carprice berpegang prinsip berani kerana benar
Penceritaan Digital Modachi Beri Nafas Baharu Kepada Pemilik Perniagaan Dan Syarikat Korporat

Penceritaan Digital Modachi Beri Nafas Baharu Kepada Pemilik Perniagaan Dan Syarikat Korporat

papar berkaitan - pada 1/10/2023 - jumlah : 432 hits
PENCERITAAN DIGITAL MODACHI BERI NAFAS BAHARU KEPADA PEMILIK PERNIAGAAN DAN SYARIKAT KORPORAT Assalammualaikum semua Ruby tertarik ingin berkongsi satu perkhidmatan yang membantu ramai usahawan dan syarikat secara diam diam Umum mengetahui ...
Memang Sempoi Cawangan Baharu Hameediyah Di Bukit Bintang Sajikan Nasi Kandar Terbaik Sama Rasa Macam Di Penang

Memang Sempoi Cawangan Baharu Hameediyah Di Bukit Bintang Sajikan Nasi Kandar Terbaik Sama Rasa Macam Di Penang

papar berkaitan - pada 6/10/2023 - jumlah : 268 hits
Semua orang suka makan Dengan makanan sebenarnya ia dapat menyatukan pelbagai lapisan masyarakat dan juga bangsa Makanan jalanan paling ramai peminat terutamanya nasi kandar Semua orang takkan menolak kalau dihulurkan sepingga nasi kandar k...
Dakwaan Kementerian Pendidikan Malaysia Akan Mewujudkan Satu Yuran Khas Baharu Sebanyak Rm30 Adalah Tidak Benar

Dakwaan Kementerian Pendidikan Malaysia Akan Mewujudkan Satu Yuran Khas Baharu Sebanyak Rm30 Adalah Tidak Benar

papar berkaitan - pada 20/9/2023 - jumlah : 416 hits
SEBENARNYA Menurut kenyataan Kementerian Pendidikan Malaysia Tangkap layar ini adalah PALSU KPM tidak pernah mengeluarkan apa apa kenyataan media sosial seperti ini Orang ramai dinasihatkan untuk tidak menyebarkan at
Teroka Potensi Baharu Dalam Industri Sultan T Ganu

Teroka Potensi Baharu Dalam Industri Sultan T Ganu

papar berkaitan - pada 3/10/2023 - jumlah : 181 hits
Promosi keunikan tujuh pulau di TerengganuKUALA TERENGGANU Keunikan tujuh pulau peranginan utama di negeri ini berpotensi untuk dipasarkan ke peringkat global Pulau berkenaan ialah Pulau Perhentian Besar Pulau Perhentian Kecil Pulau Redang ...
Banyuwangi Film Festival Kembali Digelar Hadirkan Karya Sineas Muda

Banyuwangi Film Festival Kembali Digelar Hadirkan Karya Sineas Muda

papar berkaitan - pada 10/10/2023 - jumlah : 276 hits
Para sineas muda Banyuwangi terus mengembangkan kreativitasnya melalui ajang Banyuwangi Film Festival
Addressing Flaws In Mrt3 S Strategy

Yoursay Will Anything Come Out Of Ayer Keroh Accident Probe

Makan Tengah Hari Di Jeti Nelayan Kesang

Comment On Nasihat Untuk Mereka Yang Ingin Berkunjung Ke Sungai Kedondong Batang Kali Selangor By Zul

Merry Christmas And Happy New Year

Hiking Gunung Bubu Gerik

We Didn T Force Staff To Attend Xmas Do Says Ministry

Mengalahkan Kami Yang Non Muslim Marion Caunter Dikritik Netizen Gara Gara Sambut Perayaan Krismas


echo '';
Kenapa Sambutan Krismas Disebut Sebagai Hari Natal

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Wanita Milik Kaiden Slot Akasia TV3

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Curang Tanpa Niat Slot Megadrama Astro Ria

5 Insiden Jalan Sesak Yang Berlaku Lebih 24 Jam Durasinya

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 6 Gegar Vaganza 2024 Musim 11


Top Attractions In Port Dickson Why Weekday Travel Is Your Best Bet

Empat Cara Mengawal Kemarahan

Jihad Membela Fitnah Pas

Lembaga Kursus Untuk Profesional Guna Meningkatkan Teknik Komunikasi

Kaya Homemade Sukatan Untuk Stok Seminggu

Surah Adh Dhuha