Kami Tunggu Mak


Assalamualaikum, hai semua. Sebenarnya entri nie Kak Sue tulis masa Tok Pah masih dalam ICU Hospital Taiping. Kami tunggu Mak. Kali nie datang lagi ujian buat keluarga Kak Sue. Dua ujian paling besar tahun nie buat keluarga Kak Sue. Belum hilang lagi macam-macam 'rasa' sebelum nie datang lagi ujian yang baru.. Allahu! Kadang rasa memang tak kuat dah, tapi Allah uji pada yang mampu. Takan Allah nak seksa atau aniaya kita, melainkan Allah tahu.. Kuat ya Mak, kami tunggu Mak nie..

Kami Tunggu Mak.. Gambar kenangan hari raya 2018 
Kami Tunggu MakHari Selasa lepas Mak demam agak teruk, badan panas dan lemah. Mak memang takut sangat nak jumpa doktor, nak pergi klinik atau hospital. Biasalah orang tua kan, Kak Sue ada juga telefon Mak sebelum tu tanya khabar dan pujuk Mak pergi hospital atau klinik. Kak Sue tak bercakap lama sebab dengar suara Mak pun lemah sangat, Alhamdullilah berkat kami adik beradik pujuk Mak akhirnya petang tu Mak yang minta nak ke hospital..

Kak Sue andaikan bila Mak ke hospital semuanya akan baik macam biasa.. Tetiba dalam pukul tiga pagi Acik, adik Kak Sue telefon nak bagi tau dan tanya pendapat Kak Sue pasal Tok Pah. Rasa macam berhenti degup jantung Kak Sue, pilihan yang kami ada samada Tok Pah ditidurkan atau bahasa lain dikomakan atau risiko tinggi Tok Pah akan pergi selamanya. Kelu lidah.. tak tau nak reaksi macam mana. Lepas letak telefon terus Kak Sue menangis sungguh-sungguh.. Allahu.. kesiannya Mak..

Terus Kak Sue tak boleh nak tidur semalaman, ambik wuduk solat doakan agar Tok Pah tak apa-apa. Nak tunggu siang rasa sangat lama, sebab nak bergerak malam risau Abang Man tak cukup rehat sebab baru balik berniaga. Kalau Kak Sue yang drive, rasanya tak tau lah mampu ke tak sebab Kak Sue pun baru lelap mata tadi dengan emosi macam nie. Nak sampai waktu subuh terlelap sekejap, bangun lagi.. Allah kenapa lama sangat nie. Tak sabar dah rasa hati macam nak terbang peluk Tok Pah Allah aja yang tahu. Mak kuat ya Mak. Pilu rasa hati nie tak terucap dengan kata-kata..

Kenangan terakhir dengan Mak di Menara Condong Teluk IntanSampai di wad, Kak Sue memang tak dapat nak tahan sedih dan airmata. Nampak Tok Pah berselirat dengar tiub dan wayar.. Allahu kesiannya Mak. Semua adik-beradik Kak Sue ada, Kak Sue peluk.. tenangkan depa walaupun hati sendiri macam nak pecah. Tak sanggupnya Ya Allah nak tengok Mak sakit macam nie. Abang Man bagi izin Kak Sue jaga dan tinggal di Taiping sampai Tok Pah sihat. Terima kasih Abang.. semoga Allah beri rahmat pada Abang.. Kak Sue terpisah dengan suami dan anak-anak buat sementara demi Mak yang tersayang. Kak Sue redha.. janji Mak depan mata Kak Sue setiap hari..

Esoknya Tok Pah dpindahkan ke ICU, bermula lah rutin kami adik beradik menjaga Mak. Masa kami lebih banyak kat Hospital Taiping dari kat rumah. Tak pernah sehari pun kami tak datang ziarah Tok Pah. Dari mula waktu melawat sebelah tengahari sampai lah ke petang, kami anak-anak setia tunggu Mak. Sampai dah kenal guard dan sesetengah jururawat dan doktor kat sana. Hari-hari ulang alik ke surau, hari-hari sedekahkan Mak Yasin, hari-hari buat solat hajat supaya Tok Pah sembuh tanpa jemu. Hari-hari ramai saudara dan kawan,-kawan Tok Pah, kawan-kawan kami anak beranak datang ziarah. Jauh dan dekat semua datang ziarah dan doakan Tok Pah..

Al Fatihah Untuk Mak Tersayang
Tapi.. akhirnya, setelah penat Tok Pah kuat melawan sakit.. Allah jemput Tok Pah pagi Jumaat, hari yang mulia. Lagak tenang dan menahan airmata tak mampu Kak Sue sorok lagi. Ditambahkan lagi Kak Sue tinggalkan Tok Pah dijaga Ateh malam tu balik ke Rawang.. terkilannya Ya Allah.. Kak Sue menangis semahu-mahunya.. rupanya macam nie lah rasa kehilangan syurga kita.. sakitnya tak terperi. Syukur pada Allah, kami adik beradik dapat mandikan, kafankan dan kebumikan Mak dengan baik bantuan dari keluarga rapat juga orang yang lebih arif. Semuanya mudah dan selesai macam semua kami anak-anak Mak nak.. Alhamdullilah..

Pergilah Mak dengan tenang.. Kami anak-anak redha.. rehat lah. Kita akan berjumpa lagi satu hari nanti. Kami sentiasa akan ingat dan doakan Mak. Semoga Mak sentiasa dalam rahmat Allah, diluaskan dan diterangkan kubur Mak. Kami sayang Mak dunia dan akhirat.. Al Fatihah.. Terima kasih pada yang selalu ada, semoga Allah merahmati kamu semua.. aamiin ya rabb..






Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://www.shuhaidakabdy.com/2019/01/kami-tunggu-mak.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Surat Sakit Mak Mungkin Jadi Alas Kaki Menteri Kpm Jpn Ppd

Surat Sakit Mak Mungkin Jadi Alas Kaki Menteri Kpm Jpn Ppd

papar berkaitan - pada 4/1/2019 - jumlah : 537 hits
KUALA LUMPUR 4 Jan Sekarang baru tempuhi satu perjalanan bot Hilux dan dua penerbangan lagi menyusul untuk sampai ke Kedah Mungkin esok malam baru sampai Kodiang Hanya mampu meratapi batu nisan waktu itu Remuk hati seorang anak apabila tunt...
Mak Bapak Bagi Lah Duit Kecik Kat Anak Jangan Bagi Rm5 Sekeping

Mak Bapak Bagi Lah Duit Kecik Kat Anak Jangan Bagi Rm5 Sekeping

papar berkaitan - pada 4/1/2019 - jumlah : 565 hits
Aku sebagai ex abang kantin nak pesan kat mak bapak bagi lah duit kecik kat anak anak jangan biasa bagi duit 5 ringgit sekeping dengan 10 ringgit Bebudak ni tak suka tak ambil baki udah satu hal nanti Lepastu bila budak tak amik baki orang ...
Gul I Telur Ik N Masakan Mak Mertua

Gul I Telur Ik N Masakan Mak Mertua

papar berkaitan - pada 3/1/2019 - jumlah : 330 hits
K li ini k mi ingin berkongsi deng n tu n pu n semu resepi y ng j r ng j r ng kit ket hui Gul i Telur Ik n Masakan Mak Mertua
Di Tuduh Mencuri Telefon Bimbit Mak Nyah Mati Terjun Mpv

Di Tuduh Mencuri Telefon Bimbit Mak Nyah Mati Terjun Mpv

papar berkaitan - pada 3/1/2019 - jumlah : 294 hits
KLANG Seorang lelaki dipercayai mak nyah mati selepas nekad terjun daripada sebuah kenderaan pelbagai guna yang sedang bergerak akibat dituduh mencuri telefon bimbit bakal pelanggannya di tepi jalan di Bukit Tinggi di sini pagi semalam Maya...
Mak Ke Kakak Tu Kongsi Gambar Bersama Ratu Hati Wajah Ibu Eyka Farhana Jadi Perhatian Peminat

Mak Ke Kakak Tu Kongsi Gambar Bersama Ratu Hati Wajah Ibu Eyka Farhana Jadi Perhatian Peminat

papar berkaitan - pada 5/1/2019 - jumlah : 506 hits
Wan Atiqa Farhana binti Wan Sarmizi atau lebih mesra digelar Eyka Farhana merupakan antara artis muda terkenal yang mana bakatnya sudah digilap sejak berusia 16 tahun lagi Mempunyai wajah yang menawan dan pernah dikatakan seiras dengan pela...
Anak Selalu Melalak Bila Bangun Pagi Mak Ayah Nak Pergi Kerja Pun Lambat Ini Tip Mudah Anak Bangun Awal

Anak Selalu Melalak Bila Bangun Pagi Mak Ayah Nak Pergi Kerja Pun Lambat Ini Tip Mudah Anak Bangun Awal

papar berkaitan - pada 6/1/2019 - jumlah : 746 hits
Alahai biasalah budak budak Memang susah nak bangun pagi Diorang dah biasa dari bayi lagi kita bangun pagi senyap senyap takut bising nanti anak terbangun Masa hantar kat pengasuh pun anak masih tidur lagi ANAK LIAT NAK BANGUN PAGI Memang m...
Menu Serba Serbi Mak Kau Hijau Nasi Lemak Air Dan Laksa Pun Hijau Semasa Birthday Rayyan

Menu Serba Serbi Mak Kau Hijau Nasi Lemak Air Dan Laksa Pun Hijau Semasa Birthday Rayyan

papar berkaitan - pada 10/1/2019 - jumlah : 689 hits
MENU SERBA SERBI MAK KAU HIJAU NASI LEMAK AIR DAN LAKSA PUN HIJAU SEMASA BIRTHDAY RAYYAN Taraaa menu rare tema birthday Rayyan aritu Tema mereka adalah tema birthday ASKAR so semua menu hari tu bertema warna hijau Kuih donut nasi lemak laks...
Perlis 2 Wanita Kakitangan Badan Berkanun Disyaki Seleweng Rm600 000

Beyond The Table Why Baccarat S Simplicity Appeals To Modern Players

Only Suspicious Concertgoers Will Face Urine Tests Industry Players Told

Rutin Setiap Enam Bulan Sekali

The Dangers Of Neglecting Hypertension In Malaysia The Silent Killer Among Us

Important Update For Your Account

Building Strong Support Network

Resipi Ayam Kicap Bercili Sedap Mudah Masak


echo '';
Biodata Usahawan Inspirasi Siapa Ezwan Zain Owner Kueh Cafe

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 8 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 7 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Antara Dua Syurga Slot Lestary TV3

Resepi Makaroni Cheese Goreng Paling Mudah dan Cepat


Family Camping Journey Kami Repeat Camping Kali Ke 2 Di Owl Eagle Drening Try Tapak Rtt

Tips Bagaimana Menerangkan Tentang Allah Kepada Anak

Sotong Masak Hitam Pedas Resepi Simple Sedap Dan Cepat O

How Tortilla Wraps Are Bringing Low Calorie Meals To Life

Liverpool Kecundang

Adun Pkr Lapor Polis Terhadap Pentadbir Facebook Najib