Kami Tidak Beritahu Faedah Dilupus Kata Bnm Susulan Kekeliruan


Nicholas ChungBank Negara Malaysia berkata, bank perlu mematuhi Akta Sewa Beli 1967 dan mendapatkan persetujuan daripada pelanggan. PETALING JAYA: Bank Negara Malaysia (BNM) menegaskan bahawa tidak ada perubahan dalam dasar moratorium 6 bulan ke atas pembayaran balik pinjaman sewa beli dan pembiayaan berkadat tetap Islam, susulan tercetusnya kekeliruan dalam kalangan orang awam berhubung pengumuman yang dibuatnya semalam.

Timbalan gabenor BNM Jesicca Chew Cheng Lian berkata, individu tidak perlu memohon moratorium, tetapi bank perlu mematuhi Akta Sewa Beli 1967 dan mendapatkan persetujuan daripada pelanggan.

Beliau berkata, bank akan menghubungi pelanggan mereka bagi memberi panduan tentang langkah yang perlu diambil.

“Kami telah jelaskan kepada bank bahawa mereka perlu memberi sejauh mungkin kemudahan kepada peminjam untuk menyempurnakan proses itu,” katanya dalam taklimat telesidang kepada media hari ini.
Jesicca Chew Cheng LianPengarah Dasar Kewangan Pruden BNM Cindy Siah Hooi Hoon berkata, bank pusat itu tidak pernah memberitahu bahawa faedah akan dilupuskan, selain menambah ia sebaliknya telah menjelaskan bahawa faedah akan terus terakru.

Siah berkata, BNM juga menyebut bahawa kadar faedah tambahan yang mungkin dikenakan oleh sesetengah bank tidak boleh melebihi kadar yang ditetapkan dalam kontrak jual beli asal.

Chew menyedari tentang kekeliruan yang timbul berhubung kadar faedah dengan berkata, beberapa pihak yang bercakap mengenai isu itu menimbulkan tanggapan berbeza tentang bagaimana ia akan berjalan.

“Kami menyesali perkara itu dan berharap telah membantu membetulkan keadaan dan menjelaskan (kekeliruan),” katanya.

Beliau berkata, FAQ yang dikeluarkan oleh BNM sebelum ini menjelaskan kesan moratorium ke atas pinjaman yang berbeza hanyalah ilustrasi dan tidak mewakili semua bank.

“Sebaik sahaja bank mengeluarkan (FAQ mereka sendiri), kami fikir langkah mengeluarkan (ilustrasi) kami akan mengurangkan kekeliruan. Jadi itu yang kami buat,” katanya.



Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://dialograkyat.blogspot.com/2020/05/kami-tidak-beritahu-faedah-dilupus-kata.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Wujud Kekeliruan Dalam Kenyataan Bnm Tentang Moratorium Menteri

Wujud Kekeliruan Dalam Kenyataan Bnm Tentang Moratorium Menteri

papar berkaitan - pada 1/5/2020 - jumlah : 938 hits
Menteri Kewangan Senator Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz bercakap pada sidang media selepas Majlis Pelancaran Sistem Geran Khas Prihatin di Lembaga Hasil Dalam Negeri Malaysia Cawangan Bangi Selangor foto HAZROL ZAINAL BANGI Terd...
Bnm Jelas Kekeliruan Berhubung Moratorium

Bnm Jelas Kekeliruan Berhubung Moratorium

papar berkaitan - pada 1/5/2020 - jumlah : 355 hits
Bank Negara Malaysia berasa kesal atas sebarang kekeliruan yang timbul daripada salah faham yang sedikit sebanyak mungkin disebabkan oleh ilustrasi pengiraan yang ditunjukkan dalam versi awal soalan lazimnya yang menggunakan beberapa andaia...
Moratorium 6 Bulan Pinjaman Kenderaan Sebenarnya Masih Dikenakan Faedah Peminjam Perlu Beritahu Pihak Bank

Moratorium 6 Bulan Pinjaman Kenderaan Sebenarnya Masih Dikenakan Faedah Peminjam Perlu Beritahu Pihak Bank

papar berkaitan - pada 1/5/2020 - jumlah : 424 hits
Bagi mereka yang mengambil pilihan moratorium 6 bulan untuk pinjaman sewabeli kenderaan mereka informasi terkini mendapati mereka sebenarnya akan dikenakan faedah untuk tempoh enam bulan tanpa pembayaran itu Menurut laporan RinggitPlus com ...
Dia Kata 3 Bulan Rasa Macam 300 Tahun Remaja Bunuh Diri Sebab Tak Tahan Kena Duduk Rumah Waktu Lockdown

Dia Kata 3 Bulan Rasa Macam 300 Tahun Remaja Bunuh Diri Sebab Tak Tahan Kena Duduk Rumah Waktu Lockdown

papar berkaitan - pada 23/4/2020 - jumlah : 549 hits
Seorang gadis ditemui mati di rumahnya dekat Sale beberapa hari selepas UK mengumumkan rakyatnya perlu duduk di rumah disebabkan pandemik Covid 19 Menurut Beth Palmer 17 bunuh diri dipercayai akibat tidak tahan kerana perlu mengurungkan dir...
Pelajar Boleh Balik Kampung Tak Lama Lagi Kata Pm

Pelajar Boleh Balik Kampung Tak Lama Lagi Kata Pm

papar berkaitan - pada 24/4/2020 - jumlah : 555 hits
PUTRAJAYA Muhyiddin Yassin mengumumkan pelajar yang berada di kampus sejak perintah kawalan pergerakan dikuatkuasakan pada 18 Mac lalu akan dibenarkan pulang ke kampung dalam masa terdekat Perdana menteri berkata kerajaan memutuskan untuk m...
Gaslighting With Education Quota System

Quick Beef And Pork Dog Food Recipe

Dari Mana Sebutan Adidas Terhasil

Pasar Saloma Di Padang Mpaj Pandan Indah

Irfan Harris Tak Dapat Menahan Sebak Lihat Kakak Amira Othman Selamat Bergelar Isteri Fattah Amin Adik Paling Manja

Jangan Cetuskan Drama Tidak Perlu Anzalna Berharap Amira Othman Tidak Dibandingkan Dengan Sesiapa

Mayat Bayi Ditemukan Di Pesisir Sungai Air Kala Gerik

Dapat Beli Adidas Slyn Sandal Pujaan Hatiku


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


Drama Puteri Kelas Atas

Mungkin Orang Anggap Aku Sekadar Mengarang Cerita

Breaking News After A 33 Year Hiatus Lancia Returns To Wrc With New Toy Ypsilon Rally2 Hf Integrale

10 Momen Perjalanan Cinta Tasya Farasya Dan Ahmad Assegaf Dari Awal Hingga Kabar Gugatan Cerai

Sambal Udang Petai Telur Dadar Ekspress

7 Places To Take A Beach Getaway During Hurricane Season