Kami Tak Sentuh Langsung Apa Jantina Sebenar Kiyah
Pengarah filem ‘Tafakur’ iaitu Feisal Azizuddin memberitahu dia sudah bersedia menerima kritikan dan kecaman daripada netizen susulan mengangkat isu penyondol, suami curang dan lelaki berpakaian wanita di dalam filem berkenaan.
Artikel Berkaitan: Sasqia Dahuri Nafi Babak Berkemban ‘Pelaris’ Filem Tafakur, Tiada Unsur Tarikan S*ksual
Artikel Berkaitan: Syazani Zikry Nak Popular Sebab Bakat, Bukan Kerana Konten Murahan
Terpulang kepada penonton
Menerusi temu bual bersama OhBulan!, Feisal menyedari apa yang dipaparkan dalam karyanya itu berpotensi menjadi bahan perbualan dan perdebatan di media sosial.
Apa yang saya paparkan dalam filem ini adalah realiti kehidupan hari ini. Sebagai pembikin filem, saya kena jujur dalam berkarya dan naskhah ini lahir dari hati.
Prinsip saya dalam menghasilkan filem adalah, selepas filem ditayangkan, ia sudah menjadi milik penonton. Terpulang kepada penonton untuk membuat penilaian dan saya sudah bersedia dengan kritikan mahu pun kecaman.
Saya akan dengar semua pandangan, termasuk pendapat negatif penonton. Saya akan gunakan semua maklum balas itu untuk penambahbaikan karya akan datang.
Feisal yang ditemui pada sidang media dan tayangan filem Tafakur di Kuala Lumpur, baru-baru ini, turut memberi penjelasan mengenai watak pembantu rumah bernama Kiyah yang dilakonkan oleh Syazani Zikry.
Ujar Feisal, dia tidak mempunyai niat untuk mengangkat golongan Lesbian, Gay, Biseksual dan Transgender (LGBT) seperti didakwa segelintir pihak.
Watak Kiyah itu wujud dalam masyarakat kita hari ini. Cuma kita tidak sentuh langsung apa gender sebenar Kiyah dalam Tafakur. Paparan watak itu tidak bermakna kita menyokong. Kita juga tidak kecam golongan itu.
Walaupun pelik, tetapi kita kena akur Kiyah tetap manusia dan masih ada nilai positif dalam dirinya, iaitu suka membantu orang lain.
Disoal mengenai pemilihan Syazani sebagai watak Kiyah, Feisal secara ringkas menjawab aktor tersebut mempunyai raut wajah yang sangat sesuai untuk membawakan watak tersebut.
Tambah Fiesal lagi, Tafakur mendapat klasifikasi P13 dan suntingan diputuskan Lembaga Penapis Filem (LPF) hanya membabitkan tiga babak kecil.
Sekadar info, filem Tafakur terbitan Feisk Productions dan Stelo Infotainment menampilkan pelakon seperti Luqman Hafidz, Sasqia Dahuri, Syazani Zikry dan Amylia Aidura.
Source link
The post ‘Kami Tak Sentuh Langsung Apa Jantina Sebenar Kiyah’ appeared first on Edisi Viral Plus.
Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :
https://plus.edisiviral.com/kami-tak-sentuh-langsung-apa-jantina-sebenar-kiyah/