Kami Sudah Puas Berpasangan Selama 9jam Sampai Muntah Hijau
Lima hari lalu tular di laman media sosial mengenai insiden kejar-mengejar di antara sebuah kenderaan jenis van Hiace dan Mazda CX5 yang didakwa berlaku plaza tol di Ibu Negara
Suasana menjadi semakin tegang apabila berlakunya pergelutan diantara kedua-dua pemandu hingga mengakibatkan kecederaan. Berikutan itu, mereka dipenjara sehari dan didenda maksimum RM1,000 oleh Mahkamah Majistret selepas keduanya mengaku bersalah atas tuduhan bergaduh di tempat awam
Hari ini, sekali lagi wajah mereka tular memenuhi dinding media sosial. Namun yang menarik perhatian adalah artikel yang ditulis oleh salah seorang pemandu terbabit, Mohamad Fazrien Mohd Ziear
Sebagai manusia biasa,kami tidak dapat lari dari setusan emosi yang berpunca dari pelbagai punca.Perasan marah, Benci dan dengan itu selalu Meracuni fikiran kami sebagai rakyat malaysia yang mendukung keamanan sehinggakan kami ini “terlupa” pada kedaulatan undang-undang dan kehilangan seketika luhur peribadi kesopanan dan kesusilaan kami
Apakan daya kami ini sebagai manusia biasa memang sukar untuk lari dari melakukan kesilapan.
Kerana pembelajaran hidup selalunya akan disusuli dengan kesilapan agar kami kenal dan tidak lagi mengulangi kesilapan
Selama kurang lebih 9 jam kami ‘berpasangan’ di dalam tahanan sebaik saja dijatuhi hukuman. Tunggang terbalik dalam lori berEscort selama
35 minit bersesak dengan Tahanan lain sampai aku muntah hijau. Kami terseyum, berbual sesama sendiri, kami sudah “puas” bergaduh sesama sendiri
Kami sedar, undang-undang bukan diciptakan untuk hukuman sebagai tujuan utama. Tetapi tujuan utama undang-undang adalah sebagai medium didikan
Kami sudah puas menerima “sebatan didikan” dari “ibu” kami atas apa yang telah kami lakukan. “ibu” kami tidak lain dan tidak bukan adalah MALAYSIA
Hakikatnya kami sebenarnya adalah anak Malaysia. Yaa. Kami sudah pun terdidik dengan hukuman undang-undang Malaysia yang telah dilaksanakan dengan begitu adil sekali
Ribuan terima kasih saya ucapkan pada kalian semua yang banyak menghulurkan pelbagai jenis bantuan dan sokongan baik dari segi sokongan wang ringgit, meterial dan sokongan emosi sepanjang tempoh siasatan polis. Budi baik kalian pasti akan dibalas Tuhan
Soal siapa salah, siapa menang dan siapa sakit tu biarlah menjadi kenangan dan rekod peribadi kami berdua. Alangkah elok kiranya kita dapat hidup dengan baik bersama-sama…Kenangan 20 september 2019 menjadi memori & kesedaran pada Kami terutamanya Aku. Allah temukan aku dengan Saudara Ng whye hong untuk memberi Pengajaran pada aku
Sumber: Fazrien Yin
Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :
https://informasisantaiku.blogspot.com/2019/09/kami-sudah-puas-berpasangan-selama-9jam.html