Kamarudin Tony Fernandes Lepaskan Jawatan Berikutan Siasatan Rasuah Airbus


Pengerusi Eksekutif AirAsia Group Bhd (AAGB) Datuk Kamarudin Meranun dan Ketua Pegawai Eksekutif Tan Sri Tony Fernandes, akan melepaskan jawatan eksekutif mereka dalam kumpulan, berkuat kuasa serta merta, berikutan siasatan rasuah Airbus.

Syarikat penerbangan itu dalam makluman kepada Bursa Malaysia berkata pelepasan itu akan berjalan untuk tempoh dua bulan atau satu tempoh lain yang dianggap sesuai.

Berikutan keadaan ekonomi semasa yang dihadapi oleh industri syarikat penerbangan, sebuah Jawatankuasa Lembaga Pengarah Bukan Eksekutif yang ditubuhkan oleh Lembaga Pengarah AAGB telah memutuskan untuk mengekalkan mereka sebagai penasihat kepada syarikat dalam tempoh dua bulan tersebut.

Jawatankuasa ini dianggotai oleh ahli bukan eksekutif lembaga pengarah syarikat penerbangan itu.

"Berdasarkan kepada cadangan jawatankuasa berkenaan, Tharumalingam Kanagalingam telah dilantik sebagai pemangku interim Ketua Pegawai Eksekutif AAGB," katanya.

Kamarudin dan Tony Fernandes akan dilantik semula sebagai ahli lembaga pengarah bukan bebas bukan eksekutif AAGB.

AAGB dan AirAsia X Bhd menjunam dalam perdagangan aktif selepas laporan mengenai siasatan rasuah itu timbul.

Pada 5 petang, AirAsia Group susut 15 sen atau 10.49 peratus kepada RM1.28 dengan 57.67 juta saham bertukar tangan, manakala AirAsia X merosot satu sen atau 7.69 peratus kepada 12 sen dengan 32.97 juta saham diniagakan.

Suruhanjaya Sekuriti Malaysia (SC) semalam berkata ia akan meneliti kenyataan fakta dalam kes Regina menentang Airbus SE yang mendedahkan beberapa dakwaan terhadap AirAsia Group Bhd dan AirAsia X Bhd.


AirAsia menerusi kenyataannya pada Sabtu lepas, menafikan dakwaan rasuah terhadapnya dan berkata ia tidak pernah terlibat dalam mana-mana siasatan Serious Fraud Office United Kingdom (SFO) mengenai Airbus atau diberikan sebarang peluang untuk menyediakan sebarang maklumat atau penjelasan kepada SFO.

AirAsia berkata demikian merujuk artikel bertajuk “AirAsia directors/staff got RM240 mil bribe from Airbus, court docs say” di laman web focusmalaysia.my serta artikel-artikel lain yang tersiar di media berkaitan Persetujuan Pendakwaan Tertunda yang dicapai oleh Airbus SE dan SFO pada 31 Jan, 2020.

Artikel berkenaan mendakwa perjanjian tertentu oleh AirAsia untuk menempah pesawat Airbus adalah dikaitkan secara tidak wajar dengan penajaan oleh Airbus untuk sebuah pasukan sukan yang dimiliki bersama oleh eksekutif AirAsia.

“AirAsia secara tegasnya menolak dan menafikan sebarang dan semua dakwaan salah laku ini,” menurut syarikat penerbangan kos rendah itu.

Sementara itu, Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) juga telah memulakan siasatan terhadap dakwaan ke atas kedua-dua syarikat itu dengan menghubungi pihak berkuasa di United Kingdom.

-- BERNAMA

Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://azmy-kelanajaya.blogspot.com/2020/02/kamarudin-tony-fernandes-lepaskan.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
18 Lelaki Direman Bantu Siasatan Kes Tembak Anggota Pga

18 Lelaki Direman Bantu Siasatan Kes Tembak Anggota Pga

papar berkaitan - pada 25/11/2020 - jumlah : 199 hits
LAPAN belas lelaki termasuk rakyat Thailand direman antara empat ke tujuh hari bagi membantu siasatan serangan ke atas anggota Pasukan Gerakan Am di Padang Besar semalam Perintah reman itu dikeluarkan Pendaftar Mahkamah Kangar Monica Joseph...
Kes Baru Covid 19 Siasatan Dijalankan Sama Ada Berlaku Pelanggaran Peraturan Pengurusan Selamat

Kes Baru Covid 19 Siasatan Dijalankan Sama Ada Berlaku Pelanggaran Peraturan Pengurusan Selamat

papar berkaitan - pada 27/11/2020 - jumlah : 220 hits
SINGAPURA Singapura pada Khamis melaporkan satu jangkitan tempatan COVID 19 sekali gus mengakhiri tempoh 15 hari berturut turut tanpa kes jangkitan dalam masyarakat Kes itu merupakan antara lima jangkitan baru setakat tengah hari Khamis 26
Jangan Ada Pendakwaan Siasatan Terpilih Seperti Ph Kalau Pn Tidak Mahu Ditolak Rakyat Kata Nazri

Jangan Ada Pendakwaan Siasatan Terpilih Seperti Ph Kalau Pn Tidak Mahu Ditolak Rakyat Kata Nazri

papar berkaitan - pada 30/11/2020 - jumlah : 232 hits
Nazri berkata jika pihak berkuasa diberi kebebsan penuh dalam melakukan siasatan tidak mustahil kerajaan PN akan dihukum pada PRU15
Hamzah Arah Siasatan Menyeluruh Kenal Pasti Penyeludup Tembak Anggota Pga

Hamzah Arah Siasatan Menyeluruh Kenal Pasti Penyeludup Tembak Anggota Pga

papar berkaitan - pada 24/11/2020 - jumlah : 178 hits
Datuk Seri Hamzah Zainuddin PUTRAJAYA Polis Diraja Malaysia diarahkan menjalankan siasatan menyeluruh bagi mengenal pasti kumpulan penjenayah yang melakukan serangan ke atas pasukan keselamatan Malaysia di Sempadan Thailand Malaysia yang me...
3 Individu Dikesan Sprm Bantu Siasatan

3 Individu Dikesan Sprm Bantu Siasatan

papar berkaitan - pada 24/11/2020 - jumlah : 132 hits
Oleh MAISARAH SHEIKH RAHIM PUTRAJAYA Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia sedang mengesan tiga individu bagi membantu siasatan kes rasuah berkaitan jenayah menjual cap keluar masuk dokumen warga asing Lelaki pertama Clement Chen Wei Chien...
Tumpuan Awani 7 45 Pertemuan Dengan Pegawai Kanan Kerajaan Skandal Rasuah Minyak

Tumpuan Awani 7 45 Pertemuan Dengan Pegawai Kanan Kerajaan Skandal Rasuah Minyak

papar berkaitan - pada 11/12/2020 - jumlah : 282 hits
Menteri Besar Perak adakan pertemuan dengan Pegawai Kanan jabatan kerajaan Apa yang dibincangkan Lima individu termasuk pegawai kanan kerajaan direman Perinciaannya dalam AWANI 7 45 dan astroawani com SUBSCRIBE now Astro Awani https www you...
Pegawai Jabatan Imigresen Malaysia Hadapi 17 Tuduhan Terima Rasuah Lebih Dari Rm20 000

Pegawai Jabatan Imigresen Malaysia Hadapi 17 Tuduhan Terima Rasuah Lebih Dari Rm20 000

papar berkaitan - pada 11/12/2020 - jumlah : 328 hits
KUALA LUMPUR Seorang pegawai Jabatan Imigresen Malaysia dihadapkan ke Mahkamah Sesyen di sini hari ini atas 17 pertuduhan menerima suapan berjumlah RM21 500 daripada seorang wanita bagi melepaskan warga asing yang melakukan kesalahan imigre...
Pihak Pendakwaan Dalam Kes Rasuah Rosmah Tutup Kes Selepas Sebulan Sedia Penghujahan

Pihak Pendakwaan Dalam Kes Rasuah Rosmah Tutup Kes Selepas Sebulan Sedia Penghujahan

papar berkaitan - pada 11/12/2020 - jumlah : 157 hits
KUALA LUMPUD Pihak pendakwaan dalam kes rasuah Datin Seri Rosmah Mansor menutup kesnya terhadap isteri bekas Perdana Menteri itu hari ini Pendakwa Raya ad hoc Datuk Seri Gopal Sri Ram memberitahu Hakim Mahkamah Tinggi Tuan Mohamed Zaini Maz...
Isu Ajaran Sesat Siasatan Perlu Dilakukan Dengan Teliti Dan Bukti Dikumpulkan Dengan Adil Dan Telus Kata Mufti

Isu Ajaran Sesat Siasatan Perlu Dilakukan Dengan Teliti Dan Bukti Dikumpulkan Dengan Adil Dan Telus Kata Mufti

papar berkaitan - pada 3/12/2020 - jumlah : 209 hits
SINGAPURA Kita tidak mahu menjadi masyarakat yang mudah melontarkan tuduhan mahupun menghukum tanpa sebab yang kukuh Kita juga tidak mahu Mufti atau Jawatankuasa Fatwa atau badan rasmi seperti Muis yang mudah sahaja melabelkan seseorang ata...
Lirik Campak Bintang Faizal Tahir M Nasir

Backstabbing Drama In The Opposition Pas Sabotaging Bersatu By Attacking Chinese Vernacular Schools

Pas Anggap Terlalu Awal Bincang Pertukaran Mb Perlis

Umno Explores Every Means Possible To Free Najib

Calon Bersatu Prk Kkb Tunggang Isu Kematian Teoh Beng Hock

100 Cawangan Kfc Tutup Dan Akur Kuasa Boikot

Perasaan Bila Orang Namakan Kucing Mereka Dgn Nama Anda

Bonus R 5000 Jogue Ca A T Queis Onlin



Biodata Dan Latar Belakang Adam Shamil Personaliti TikTok Terkenal

5 Negara Yang Memilih Untuk Tidak Menggunakan Matawang Sendiri

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Aku Bukan Ustazah Slot Akasia TV3

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Bercakap Dengan Jun Slot DramaVaganza Astro Ria

5 Amalan Muslim Yang Sering Dijadikan Bahan Lawak di Malaysia


Belajar Menerima Keluarga Pasangan Anda

Plaza Premium Group Expands Flight Club Dining Brand At Kuala Lumpur International Airport Terminal 1

Lumira Eka Heights Seremban Perumahan Gaya Hidup Moden

Siapa Nak Tahu Asal Usul Selfie

Lumira Di Eka Heights Kehidupan Bermakna Yang Dinantikan

Kes Denggi Meningkat