Kalsium Tak Cukup Punca Kaki Kejang Waktu Hamil Ini Penjelasanya


Susu atau produk tenusu memberikan nutrisi kepada ibu dan kandungan. Susu kaya dengan kalsium untuk gigi dan tulang. Ibu hamil yang kurang mengambil makanan atau minuman yang mempunyai kalsium akan berisiko tinggi untuk kehilangan kalsium dari tulang. Sendi ibu akan berasa sakit, gigi tak kuat kerana kalsium si ibu ditarik oleh bayi dalam kandungan.

“Kak, kaki saya selalu ‘cramp’ lah malam-malam. Ada kaitan ke saya tak minum susu?” Tanya adik M.
Ibu muda di depan saya ini adalah salah seorang penghuni rumah Raudhatus Sakinah, iaitu rumah perlindungan untuk remaja perempuan dengan pelbagai masalah sosial. Usianya baru 14 tahun. Masih keanak-anakan saya lihat, tetapi sudah melalui alam kehamilan yang penuh mencabar.

“Susu semasa mengandung ni perlu ambil untuk memastikan pengambilan kalsium mencukupi. Kalsium bukan sahaja penting, malah adalah kritikal untuk ibu mengandung, kerana kalsium diperlukan untuk bayi membina tulang dan gigi yang kuat.”
“Kalsium juga berfungsi untuk memastikan bayi dapat membentuk jantung, saraf dan otot yang sihat disamping memastikan bayi memastikan ritma jantung yang normal dan proses pembekuan darah berlaku dengan baik.” Terang saya.
“Sekiranya kalsium ibu ambil tidak mencukupi, kalsium akan diambil daripada tulang dan gigi ibu yang boleh membawa kepada osteoporosis dan osteopenia kepada ibu di kemudian hari.”
“Tapi saya tak suka minum susu. Nak muntah rasanya bila minum susu.” Balasnya lagi.
“Cuba angkat tangan, siapa yang tak suka minum susu?” Tanya saya.
Separuh daripada 20 orang pelatih mengangkat tangan mereka. Ramai juga yang tak minum susu.

“Sebenarnya,susu adalah antara sumber kalsium paling mudah didapati dari diet harian. Selain daripada itu, ikan bilis, keju, sayur seperti brokoli, pak choi juga kaya dengan kalsium. Cumanya jumlah kandungan kalsiumnya agak rendah untuk cukupkan jumlah kalsium sehari. Kena ambil dalam jumlah yang banyak baru cukup. Contohnya secawan sayur pak choy hanya memberikan 74mg kalsium. Jika mahu ambil daripada sayur saja mestilah tidak mencukupi keperluan harian kalsium ibu.”
” Ibu mengandung perlukan 1000mg kalsium sehari. Jika ibu di bawah usia 19 tahun, perlukan 1300mg kalsium sehari.”
“Sebagai contoh, segelas susu atau lebih kurang tiga sudu besar susu tepung akan memberikan antara 200-300mg kalsium untuk satu hidangan. Maka, ibu perlu ambil antara 2-3gelas sehari atau lebih untuk mencukupkan keperluan kalsium 1000mg sehari. Jika diambil susu yang tinggi kandungan kalsium yang boleh beri sehingga 500mg kalsium untuk satu hidangan, dua hidangan sehari sudah mencukupi.”
” Selain itu, 100g ikan bilis memberikan 500mg kalsium juga. Jika tidak mahu ambil susu sehingga tiga gelas sehari, mungkin boleh masukkan 100g ikan bilis sehari ke dalam diet harian untuk cukupkan keperluan kalsium 1000mg sehari. Tapi… Boleh ke hari-hari nak makan ikan bilis sahaja?”
Para pelatih ketawa.
” Maka, saranan untuk mempelbagaikan pilihan makanan harian yang kaya dengan kalsium adalah penting diikuti untuk mencukupkan keperluan kalsium harian. Bukan sahaja daripada susu, malah ikan tertentu, sayur juga kaya dengan kalsium.”
“Tetapi… Jika susu pun tak minum, sayur tinggi kalsium pun tak ambil, ikan pun kurang, terpaksa juga ambil suplemen kalsium setiap hari.” Jelas saya lagi.
“Kak, orang kata susu soya boleh minum. Ada kalsium juga. Betul ke?” Tanya Adik M.
“Susu dan produk soya antara makanan yang tinggi kalsium. Biarpun tidak setinggi kandungan susu, tapi boleh diambil untuk mencukupkan keperluan kalsium. Sebagai contoh, susu soya boleh mempunyai antara 80 ke 500mg kalsium. Bergantung kepada jenis susu yang telah difortifikasikan. Ataupun ditambah kandungan kalsium ke dalamnya. Boleh makan juga tauhu, tofu, fucuk dan sebagainya sebagai penambah kalsium dan juga sumber protein.” Cerita saya lagi.
” Tau fufah pun boleh kan kak? Sedapnya…” Tanya sahabat adik M.
” Boleh. Tanpa air gulanya. Makan banyak-banyak kena kencing manis pula nanti.” Balas saya.
” Alaaaaaah…Itu yang sedap.” Kata mereka beramai-ramai.
” Nak sedap ke nak sakit. Pilih? Allah bagi pilihan untuk kita buat. Ingat, apa kita makan, anak pun akan dapat. Tetapi jika makan tidak cukup zat, anak tetap akan ambil zat dari ibu. Ibu akan kurang zat. Kasihan ibu kan. Itu antara hikmah kenapa Allah, suruh taat dan hormat ibu yang banyak berkorban untuk kita.”
“Semasa saya mengandungkan anak dahulu, saya rasa sebak setiap masa. Bila rasa sakit, letih, teringat pada mak saya.” “Macam ni lah Ummi kandungkan aku dahulu. Susah payah bawa diri, semua untuk aku.” “
” Saya mula jadi anak yang taat pada Ummi saya, lebih ambil berat dan hargai ummi saya. Sebab saya tahu, saya balas macamana pun takkan mampu balas semua jasa Ummi saya. Selagi ada mak, berbaktilah. Jika ada rasa dendam, marah pada mak, buanglah. Andai ada salah dia, maafkanlah. Kerana, semua tu takkan dapat balas semua kesakitan dan pengorbanan dia untuk bawa kita ke dunia.” Saya akhiri sesi petang itu dengan sedikit nasihat.
Para pelatih tunduk. Ada rasa sebak dalam hati saya juga apabila memikirkan hebatnya pengorbanan seorang ibu.
” Dan Kami perintahkan kepada manusia (berbuat baik) kepada dua orang ibu-bapanya; ibunya telah mengandungnya dalam keadaan lemah yang bertambah-tambah, dan menyusukannya dalam dua tahun. Bersyukurlah kepadaKu dan kepada dua orang ibu bapakmu, hanya kepada-Kulah kembalimu.” (Surah Luqman:14)
Sumber: Facebook Ruqqayah Muhd
(Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti or event dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents)
The post Kalsium Tak Cukup Punca Kaki Kejang Waktu Hamil? Ini Penjelasanya appeared first on Pa&Ma.


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://www.majalahpama.my/kalsium-tak-cukup-punca-kaki-kejang-waktu-hamil-ini-penjelasanya/

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Ibu Hamil Keliru Nak Cucuk Vaksin Waktu Bila Dr Izzar Kongsi Masa Sesuai Perlu Cucuk Vaksin

Ibu Hamil Keliru Nak Cucuk Vaksin Waktu Bila Dr Izzar Kongsi Masa Sesuai Perlu Cucuk Vaksin

papar berkaitan - pada 26/6/2021 - jumlah : 273 hits
Pengumuman pemberian vaksin yang dibolehkan kepada ibu hamil pastinya memberi kelegaan kepada semua ibu hamil Dengan adanya vaksin pastinya lebih perlindungan buat ibu ibu hamil Namun pastinya ada ibu yang keliru sambil menunggu bila waktu ...
Rupanya Tak Cukup Tidur Je Punyalah Mengamuk Menangis Anak Tak Pandai Cakap Ibu Ayah Kena Pandai Cari Punca

Rupanya Tak Cukup Tidur Je Punyalah Mengamuk Menangis Anak Tak Pandai Cakap Ibu Ayah Kena Pandai Cari Punca

papar berkaitan - pada 1/7/2021 - jumlah : 304 hits
Sebagai Ibu bapa kadang kadang kita buntu kenapa anak suka mengamuk Sakit ke dia Lapar ke Doktor Taufiq Razif terangkan kenapa anak suka mengamuk Mungkin lima perkara ini ibu bapa perlu periksa kalau anak mengamuk Patutlah Solahuddin Ni Suk...
Hiburan Alhamdulillah Kaki Bayi Panjang Youtuber Maryam You Narae Umum Hamil Anak Perempuan

Hiburan Alhamdulillah Kaki Bayi Panjang Youtuber Maryam You Narae Umum Hamil Anak Perempuan

papar berkaitan - pada 30/6/2021 - jumlah : 245 hits
Selebriti media sosial dan juga Youtuber terkenal dari Korea Selatan Maryam You Narae atau lebih dikenali sebagai Maryam dalam kalangan peminat ada mengumumkan perkhabaran gembira mengenai kehamilannya baru baru ii Khabarnya dia bakal melah...
Anak Kita Pun Tahu Penat Sesekali Biarlah Anak Buat Apa Dia Suka Biar Dia Ada Waktu Sendiri

Anak Kita Pun Tahu Penat Sesekali Biarlah Anak Buat Apa Dia Suka Biar Dia Ada Waktu Sendiri

papar berkaitan - pada 8/7/2021 - jumlah : 293 hits
Sama macam kita yang kepenatan di rumah anak pun ada waktunya dia penat dan buntu Walau dari luar kita nampak anak bertenaga dan aktif namun dia juga sama seperti kita mindanya tetap kepenatan Menurut perkongsian En Mohd Fhais Salim sesekal...
Menilik Kerajinan Parutan Tradisional Gunungkidul Awet Tak Lekang Waktu

Menilik Kerajinan Parutan Tradisional Gunungkidul Awet Tak Lekang Waktu

papar berkaitan - pada 10/7/2021 - jumlah : 130 hits
Meski teknologi kian maju dengan mesin pemarut kelapa blender dan lain sebagainya Namun parutan tradisional berbahan dasar kayu ini masih menjadi primadona bagi beberapa wanita Para ibu ibu di Desa Kedung Poh Lor Nglipar Wonosari Gunung Kid...
Fokus Bantu Rakyat Bukan Waktu Yang Sesuai Nak Berpolitik Tun M

Fokus Bantu Rakyat Bukan Waktu Yang Sesuai Nak Berpolitik Tun M

papar berkaitan - pada 10/7/2021 - jumlah : 201 hits
DR Mahathir Mohamad FOTO arkib NSTP Ini bukan masa sesuai untuk politik Tun M Bekas Perdana Menteri Tun Mahathir Mohamad telah memberi nasihat kepada pemimpin pemimpin dan ahli ahli politik supaya lebih fokus membantu kebajikan rakyat bukan...
Waktu Terbaik Untuk Berolahraga

Waktu Terbaik Untuk Berolahraga

papar berkaitan - pada 7/7/2021 - jumlah : 574 hits
Waktu Terbaik Untuk Berolahraga atau bersukan Adakah waktu tengahari digalakkan bersukan Atau ada waktu lain yang dibenarkan Ya tentunya ada waktu yang sesuai untuk kita bersukan untuk kebaikan tubuh badan kita Contohnya waktu pagi petang d...
Jadual La Liga Sepanyol 2021 2022 Waktu Malaysia

Jadual La Liga Sepanyol 2021 2022 Waktu Malaysia

papar berkaitan - pada 6/7/2021 - jumlah : 353 hits
Jadual La Liga Sepanyol 2021 2022 Waktu Malaysia BILAKAH tarikh perlawanan La Liga Sepanyol musim 2021 bakal membuka tirai Perhatian buat anda peminat setia bolasepak La Liga Sepanyol yang ingin ketahui jadual siaran langsung La Liga Sepany...
Apa Kuasa Myeg Ke Atas Worldcoin

Major Projects Will Make Sarawak An Asian Economic Force Says Premier

Petua Kesihatan Untuk Orang Yang Sudah Berusia

Derma Jihad Untuk Siti Mastura Cubaan Normalisasi Fitnah Pas Patut Ajar Ahli Parti Dan Pimpinan Pas Jaga Bab Fitnah Ini

Police Arrest Two Over Fight Between Football Fans At Lrt Station

Kural Vista A Luxurious Waterfront Villa By Saota On Palm Jumeirah Dubai

5 Waktu Nabi Larang Ke Rumah Orang Ustaz Kazim Elias

Kawal Alergik Bila Alahan


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Curang Tanpa Niat Slot Megadrama Astro Ria

5 Insiden Jalan Sesak Yang Berlaku Lebih 24 Jam Durasinya

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 6 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 5 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

10 Filem Drama Seram Melayu Berhantu Terbaru 2024 2025 Mesti Tonton


Silent Night All Is Calm But A Genocide Is Taking Place Now

Resepi Ayam Cili Padi Bersantan Pedas Lemak Padu Gila

Tutup Pintu Belakang Buang Pintu Depan

Menyusuri Pesona Water Front Kuching Tempat Wisata Yang Wajib Dikunjungi

Pendapatan Kas Negara Tanpa Pajak Dalam Sistem Ekonomi Islam Kaffah

Djakarta Warehouse Project Festival Musik Elektronik Terbesar Di Asia Tenggara