Kalori Durian Khasiat Keburukan Jika Makan Berlebihan


Kalori Durian, Khasiat & Keburukan Jika Makan Berlebihan
Bagi peminat durian, musim durian adalah antara waktu yang ditunggu-tunggu setiap tahun. 
Durian, adalah salah satu buah tempatan yang mempunyai peminatnya tersendiri. Aromanya sahaja sudah cukup membuat ramai orang teruja!
Namun, tahukah anda bahawa di sebalik keenakan buah ini, terdapat fakta menarik mengenai kalori durian dan khasiat durian yang perlu anda tahu sebelum ‘melantak’ tanpa had?
Jom baca lebih lanjut di bawah. 
Berapa Kalori Durian? Ramai anggap durian adalah buah yang mempunyai khasiat seperti buah-buahan yang lain. Namun, hakikatnya, 1 ulas durian boleh menyamai kalori satu mangkuk nasi kecil. Kandungan gulanya juga bukan sedikit!
Contohnya:
1 ulas Musang King ≈ 59 kcal ≈ 2 sudu teh gula 1 ulas Kradum (Thailand) ≈ 74 kcal ≈ 2.5 sudu teh gula 1 ulas durian kampung ≈ 29 kcal ≈ 1 sudu teh gula Kalau makan 4–5 ulas durian premium, jumlah kalori dan gula yang masuk ke dalam badan boleh menyamai sepinggan nasi putih bersama air manis!
Inilah sebabnya anda perlu berhati-hati dalam pengambilan durian,  terutamanya jika sedang mengawal berat badan atau mengamalkan diet rendah kalori. 
Namun, jangan risau, durian tetap boleh dinikmati dalam jumlah sederhana tanpa rasa bersalah!
Jadi, berapa ulas durian yang selamat? Untuk individu dewasa yang sihat:
2–3 ulas sehari sudah mencukupi Pilih jenis yang kurang manis seperti D24 atau durian kampung Elakkan gabungkan dengan makanan berat, minuman manis atau kuih-muih Untuk individu yang ada diabetes, darah tinggi atau masalah buah pinggang:
1 ulas sudah mencukupi (bergantung kepada kawalan kesihatan masing-masing).  BACA JUGA: Port Makan Durian Segamat, Johor 2025 – Lokasi & Harga
Khasiat Buah Durian untuk Kesihatan DURIAN yang dikenali sebagai “raja buah” dalam kalangan masyarakat Asia Tenggara, bukan sahaja digemari kerana rasanya yang unik dan aromanya yang kuat, malah turut menyimpan pelbagai manfaat kesihatan yang jarang diperkatakan. 
1. Mengandungi Pelbagai Nutrien
Buah ini mengandungi pelbagai nutrien penting seperti vitamin C, vitamin B-kompleks (B1, B2, B6 dan folat), kalium, magnesium, mangan serta serat makanan yang tinggi. 
2. Sumber Tenaga Semulajadi
Kandungan kalori dalam 100 gram isi durian dianggarkan sekitar 150 hingga 185 kalori, menjadikannya sumber tenaga semula jadi yang sesuai untuk keperluan harian.
3. Melancarkan Sistem Penghadaman
Durian juga dapat membantu melancarkan sistem penghadaman. Kandungan seratnya yang tinggi membantu meningkatkan pergerakan usus sekali gus mencegah sembelit dan memperbaiki kesihatan usus secara keseluruhan. 
Vitamin B1 (tiamin) dalam durian juga merangsang pengeluaran asid hidroklorik dalam perut yang penting untuk pencernaan makanan yang lebih cekap.
4. Menyumbang Kesihatan Jantung
Selain itu, buah durian turut menyumbang kepada kesihatan jantung. Kandungan kalium yang tinggi membantu mengawal tekanan darah manakala lemak tak tepu serta sebatian antioksidan seperti flavonoid dan polifenol membantu menurunkan paras kolesterol jahat (LDL) dalam darah. 
Komponen ini turut bertindak sebagai agen anti-radang dan dapat mengurangkan risiko pembentukan plak di arteri sekaligus mengurangkan risiko penyakit jantung.
5. Memperbaiki Hormon
Dari segi kesihatan mental dan kestabilan emosi, durian mengandungi sejenis asid amino yang dikenali sebagai triptofan. 
Triptofan berfungsi sebagai prekursor kepada serotonin dan melatonin – hormon yang memainkan peranan penting dalam mengawal mood, mengurangkan tekanan dan memperbaiki kualiti tidur. 
Oleh itu, pengambilan durian dalam jumlah yang sederhana boleh memberikan kesan positif terhadap kesihatan emosi dan tidur.
6. Antioksidan Tinggi
Buah durian juga dikenali mempunyai sifat antioksidan yang tinggi. Vitamin C, karotenoid dan sebatian bioaktif lain dalam durian berpotensi membantu meneutralkan radikal bebas dalam badan. 
Radikal bebas yang berlebihan boleh merosakkan sel dan menyumbang kepada pembentukan pelbagai penyakit kronik termasuk kanser. 
Kajian makmal menunjukkan bahawa sebatian sulfur dalam durian berupaya menghalangi percambahan sel kanser tertent sekaligus membuka ruang kepada penyelidikan lanjut dalam bidang perubatan dan pemakanan.
Keburukan Buah Durian Berikut adalah keburukan buah durian yang perlu anda tahu, terutamanya jika diambil secara berlebihan atau oleh individu tertentu:
1. Tinggi Kalori dan Gula
Durian mengandungi kalori dan gula yang tinggi. Pengambilan berlebihan boleh menyebabkan peningkatan berat badan serta meningkatkan risiko obesiti dan diabetes terutamanya bagi mereka yang sudah menghidap penyakit kencing manis.
2. Bahaya untuk Pesakit Buah Pinggang
Pesakit buah pinggang kronik tidak digalakkan makan durian walaupun hanya satu ulas kerana kandungan kalium yang tinggi boleh menyebabkan peningkatan kalium dalam darah, mengganggu fungsi jantung dan berpotensi membawa maut.
3. Menyebabkan Ketidakselesaan Perut
Durian membebaskan gas dan alkohol semasa dihadam, yang boleh menyebabkan kembung, perut berangin, keradangan perut, dan rasa tidak selesa, terutama jika diambil berlebihan.
4. Meningkatkan Suhu Badan
Proses metabolik semasa penghadaman durian boleh menyebabkan badan terasa panas, walaupun tidak menyebabkan demam secara langsung. Keadaan ini boleh menyebabkan ketidakselesaan bagi sesetengah individu.
5. Kesan Sampingan Lain
Sesetengah individu mungkin mengalami jantung berdebar, sakit kepala, pening, dan rasa panas selepas makan durian secara berlebihan.
6. Tidak Sesuai untuk Wanita Mengandung dengan Diabetes Gestasi
Wanita hamil yang menghidap diabetes gestasi digalakkan mengelak durian kerana kandungan gulanya yang tinggi boleh membahayakan kesihatan mereka dan bayi.
7. Risiko kepada Pesakit Jantung
Pengambilan durian secara berlebihan boleh meningkatkan risiko gangguan jantung, terutama jika seseorang itu sudah mempunyai masalah jantung atau tekanan darah tinggi.
Walaupun durian mempunyai pelbagai manfaat kesihatan, pengambilannya perlulah berpada-pada. 
Jika diambil secara sederhana dan berhemah, durian mampu menyumbang kepada gaya hidup sihat serta memperkayakan diet harian rakyat Malaysia.
Info Menarik Tentang Durian Yang Anda Patut Tahu 1. Durian Ada Lebih 30 Spesies — Tapi Hanya Beberapa Yang Boleh Dimakan
Walaupun kita biasa dengan jenis seperti Musang King, D24, Udang Merah, sebenarnya ada lebih 30 spesies durian, tetapi hanya sekitar 9 jenis yang boleh dimakan. Selebihnya digunakan untuk tujuan kajian, hiasan atau ditanam di hutan.
2. Durian Sudah Wujud Sejak Zaman Purba
Durian telah direkodkan dalam manuskrip kuno sejak abad ke-15, malah disebut dalam catatan pengembara seperti Niccolò de’ Conti dan Ibnu Battuta yang menjelajah ke Asia Tenggara. Di negara seperti Malaysia dan Indonesia, durian telah menjadi sebahagian daripada budaya turun-temurun.
3. Durian Hanya Berbunga Sekali atau Dua Kali Setahun
Ini menjadikan durian sebagai buah bermusim yang sukar diramal. Ada tahun melimpah ruah, ada tahun sukar dicari. Musim durian utama biasanya antara Jun hingga Ogos dan Disember hingga Januari, bergantung kepada lokasi dan iklim.
4.  Durian Dilarang Di Banyak Tempat Umum
Disebabkan aromanya yang kuat dan ‘tajam’, durian dilarang dibawa masuk ke hotel, lif, pengangkutan awam (terutama di Singapura dan Thailand), dan juga dalam pesawat. Ia disenaraikan sebagai buah yang “berbahaya bau” di tempat tertentu.
5. Durian Tidak Digalakkan Dimakan Dengan Alkohol
Gabungan durian dan alkohol dikatakan boleh menyebabkan gangguan metabolisme. Ini kerana durian mengandungi sulfur semula jadi yang boleh menghalang enzim untuk memecahkan alkohol dalam hati. Ada kes yang melaporkan sesak nafas dan pening melampau akibat gabungan ini.
6. Durian Mengandungi Senyawa Sulfur Yang Unik
Senyawa sulfur inilah yang menjadikan bau durian sangat ‘kuat’. Namun, bahan ini juga mempunyai ciri-ciri antioksidan dan antikanser, menjadikannya buah eksotik yang bukan sekadar sedap tetapi juga bernilai dalam kajian perubatan.
7.  Durian Meningkatkan Fungsi Otak Secara Semula Jadi
Kandungan vitamin B6 (pyridoxine) dalam durian menyokong penghasilan neurotransmitter dalam otak, membantu fokus dan daya ingatan. Ia juga bagus untuk pelajar atau mereka yang bekerja dalam bidang yang memerlukan daya tumpuan tinggi.
8. Durian Juga Digunakan Dalam Penyelidikan Tenaga
Penyelidik di Malaysia pernah mengkaji kulit durian sebagai sumber tenaga bio dan bahan aktif untuk supercapacitor (penyimpan tenaga elektrik). Ini menunjukkan bahawa buah ini berpotensi besar dalam sains moden.
9. Durian Mempunyai Nilai Eksport Yang Tinggi
Malaysia, Thailand dan Indonesia adalah antara pengeksport durian terbesar ke China, Korea Selatan, dan negara-negara Asia Timur. Durian premium seperti Musang King boleh mencecah harga ratusan ringgit sekilogram, terutama di luar negara.
Sumber: 
Public Health Malaysia Jabatan Pertanian Malaysia

Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://ecentral.my/kalori-durian/?utm_source=rss&utm_medium=rss&utm_campaign=kalori-durian

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Makan Naseeb Capati Durian Udang Merah

Makan Naseeb Capati Durian Udang Merah

papar berkaitan - pada 2/7/2025 - jumlah : 155 hits
Assalamualaikum WBTDAH meriah kembali nampaknya orang makan durian sana sini Sk perasan awalnya kemunculan gerai Durian 19 Sana sini durian 19 sejak dua bulan lepas rasanya Tak minat sangat nak makan masa tu dan memang nampak boleh dibilang...
Petua Ketika Makan Durian Elak Panas Badan Kembung

Petua Ketika Makan Durian Elak Panas Badan Kembung

papar berkaitan - pada 11/7/2025 - jumlah : 168 hits
Musim durian dah tiba Memang menggoda bau dia tapi ramai yang mengadu rasa panas badan perut kembung malah ada yang pening lepas makan Jadi jom amalkan beberapa petua orang lama yang masih relevan sampai hari ni 1 Minum Air Dalam Kulit Duri...
Port Makan Durian Segamat Johor 2025 Lokasi Harga

Port Makan Durian Segamat Johor 2025 Lokasi Harga

papar berkaitan - pada 7/7/2025 - jumlah : 261 hits
Port Makan Durian Segamat Johor 2025 Lokasi Harga Musim durian kembali lagi Bagi peminat durian inilah masa yang ditunggu tunggu Segamat Johor sangat terkenal sebagai salah satu port durian di Malaysia yang cukup popular Jadi jika anda seda...
Makan Malam Di Richiamo Coffee Pajam Nilai

Makan Malam Di Richiamo Coffee Pajam Nilai

papar berkaitan - pada 7/7/2025 - jumlah : 202 hits
Dalam perjalanan balik Seremban dari Kuala Lumpur ambil mak kami singgah makan malam di Richiamo Coffee Pajam Nilai Tak ada idea nak makan kat mana Sinilah kami singgah makan malam Waktu dah hampir jam 9 00 masa tu Ada masa 1 jam lagi sebel...
Jarang Nak Makan Mee Goreng Tapi Bila Makan Nikmatnya

Jarang Nak Makan Mee Goreng Tapi Bila Makan Nikmatnya

papar berkaitan - pada 9/7/2025 - jumlah : 206 hits
Assalamualaikum dan salam sejahtera Bukan selalu pun makan mee goreng Selalunya roti nasi lemak atau kuih muih jadi pilihan sarapan CCL Pagi tadi turun makan di Cafe Menu pagi ni ada mee goreng Lama dah tak makan mee goreng sebenarnya tapi ...
Covid 19 Dan Pkp Belum Berakhir Rindunya Makan Masakan Kampung Bersama Keluarga

Covid 19 Dan Pkp Belum Berakhir Rindunya Makan Masakan Kampung Bersama Keluarga

papar berkaitan - pada 7/7/2025 - jumlah : 191 hits
0011 Menu masakan kampungBelek belek koleksi gambar lama saya tertarik pula dengan satu gambar menu masakan kampung ini Gambar ini saya rakam sewaktu makan tengahari di rumah ibu satu waktu dahulu Pasti ramai yang rindukan suasana makan ber...
Dah Mula Belajar Baca Doa Makan Keith Foo Sedia Peluk Islam Sebelum Kahwini Riena Diana

Dah Mula Belajar Baca Doa Makan Keith Foo Sedia Peluk Islam Sebelum Kahwini Riena Diana

papar berkaitan - pada 7/7/2025 - jumlah : 145 hits
Pelakon Keith Foo memberi bayangan akan memeluk agama Islam pada tahun depan sebelum melangsungkan perkahwinan bersama kekasihnya aktres popular Riena Diana Menurut Keith atau nama sebenarnya Foo Chuan Chin 42 dia sudah lama tertarik untuk ...
Mengidam Makan Manis Tanda Hamil Anak Perempuan Betul Ke

Mengidam Makan Manis Tanda Hamil Anak Perempuan Betul Ke

papar berkaitan - pada 4/7/2025 - jumlah : 133 hits
Kata orang mengidam makanan manis ketika hamil mengandung anak perempuan Sementara mengidam makanan masam ini bermakna bakal dapat bayi lelaki Betul ke Mengidam adalah salah satu tanda tanda awal kehamilan Ada ibu hamil yang mengidam semasa...
Video Lakonan Kenapa Dato Makan Rasuah

Video Lakonan Kenapa Dato Makan Rasuah

papar berkaitan - pada 6/7/2025 - jumlah : 140 hits
The views expressed are those of the writer and do not necessarily reflect those of MMKtTBy at
Pelajar Lelaki Tumbuk Guru Kerana Berang Ditegur Ponteng Kelas

The Lantis Feat Musikal Keluarga Cemara Seperti Cemara Chord

2 More Bersatu Members Arrested After Anti Anwar Rally

Time For Malaysians To Get Used To Gov T Loans Come Down Can Also Mean National Debt Goes Up

Is It Worth The Trouble To Train Taxi Drivers

Edysport Sesalku Chord

The Ultimate Guide To Facelift In Malaysia Everything You Need To Know

Rahsia Lembut Gebu Resipi Tosei Idli Homemade Bersama Chutney Kelapa Beraroma


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


Puisi Dan Pertumbuhan Diri

5 Pelajaran Berharga Dari Kekalahan Timnas Indonesia U 23 Atas Vietnam Di Final Aff U 23 2025

Meh Nak Sembang Sikit

Bunga Kemboja Merah Cantik Menawan

Kadang Kadang Rasa Sakit Itu Datang Tanpa Amaran

Ramalan Untuk Eur Usd Pada 29 Julai 2025