Kali Ini Mahathir Tidak Akan Berdalih Lagi


HASSAN KARIM 



ULASAN | Keputusan sebulat suara Majlis Presiden PH untuk memberi mandat kepada Dr Mahathir Mohamad bagi menentukan sendiri tarikh untuk melepaskan jawatan perdana menteri selepas Sidang Kemuncak Kerjasama Ekonomi Asia Pasifik (Apec) pada November ini, ada kesan positif dan kebijaksanaannya.

Secara peribadi, sebagai anggota parlimen PKR yang setia kepada presidennya, saya pada mulanya agak terkilan dengan keputusan itu.

Saya tiada masalah sangat dengan Dr Mahathir melepaskan jawatannya selepas Apec, tetapi jauh di hati saya masih berharap satu tarikh yang pasti. Selepas Apec itu bila? Apa tarikhnya? Bulan apa? Berapa hari bulan?

Persoalan ini tidak dijawab, kekaburan berterusan. Sebab itulah dalam hal undang-undang, apabila kita buat perjanjian soal tarikh mesti ditulis dengan terang, nyata dan tepat. Masa adalah inti pati (time is the essence) dalam apa juga perjanjian, termasuklah perjanjian politik.

Tetapi apa yang positif daripada keputusan mesyuarat Majlis Presiden PH yang berakhir hingga lewat malam semalam?

Pertama, nampaknya PAS dan Umno terus kempunan untuk merosakkan keutuhan kerajaan campuran PH. Dua parti pembangkang itu sangat ingin melihat parti dalam PH bergaduh dan bercakaran sehingga pecah. Kemudian mereka datang menangguk di air keruh dengan idea pembentukan kerajaan pintu belakang.

Mimpi di siang hari PAS dan Umno tak kesampaian dan mereka kini terpaksa menggigit jari. Undi percaya atau undi tak percaya yang kononnya hendak dibawa PAS di sidang Parlimen pada Mac ini dan disokong oleh UMNO sudah tidak relevan lagi. Isu itu sudah antiklimaks sekarang.
Di sinilah kebijaksanaan yang tersembunyi di sebalik keputusan para pemimpin tertinggi PH lewat malam tadi.

Selain itu, tidak boleh dilupakan sikap kepimpinan Presiden PKR Anwar Ibrahim yang tenang dan sabar dalam membantu merumuskan keputusan sebulat suara memberi mandat kepada Dr Mahathir untuk menentukan sendiri tarikh berundur. Sikapnya yang tidak menekan atau mendesak Dr Mahathir dan menunjukkan tingkat kesabaran yang tinggi mencerminkan pekerti seorang pemimpin politik yang berhemah tinggi.

Rakyat kini melihat tingkah laku Mahathir dan Anwar. Pujian dan penghargaan perlu diberi kepada Anwar kerana atas kesabarannya PH terus kukuh dan kerajaan campuran PH dapat diselamatkan.

Bayangkan jika dalam mesyuarat tersebut Anwar membawa sikap dan pendirian yang keras dan enggan bertolak ansur. PH boleh pecah malam tadi juga dan pagi ini kerajaan campuran PH berkubur.

Sekarang pandangan rakyat ke arah Dr Mahathir. Adakah beliau akan berundur selepas sidang Apec? 2023 juga "selepas Apec".
Tetapi rakyat Malaysia bukan bodoh. Saya percaya Dr Mahathir menghargai sikap pimpinan PH terutama Anwar yang sanggup menunggu dan bersabar. Saya percaya Dr Mahathir akan betul-betul berundur selepas sidang itu. Mungkin pada 30 November atau paling lewat 31 Disember 2020.

Mahathir tidak akan berdalih lagi kali ini. Jika beliau terus berdalih, bukan Anwar yang rugi tetapi beliau sendiri. Saya percaya dan terus berharap Dr Mahathir tidak mungkir janji.

Saya adalah salah seorang anggota Parlimen PKR yang patuh pada janji dan arahan parti yang setia berpegang dengan janji PH untuk menyokong Dr Mahathir sebagai perdana menteri jika PH menang pada PRU ke-14.

Sebaik saja diisytihar sebagai anggota parlimen pasir Gudang, pada malam 9 Mei itu, saya ke Petaling Jaya untuk menandatangani surat kepada Yang di-Pertuan Agong untuk menyatakan sokongan kepada Dr Mahathir, anggota parlimen Langkawi, untuk diangkat menjadi perdana menteri.
Sebagai anggota parlimen PH dari PKR, saya telah menunaikan janji saya dan janji parti saya.

Sekarang saya berhak menuntut janji dari Dr Mahathir untuk menyerahkan jawatan kepada Anwar selepas sidang Apec, sebelum berakhirnya 2020 ini.

HASSAN KARIM ialah ahli parlimen Pasir Gudang.




Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://dialograkyat.blogspot.com/2020/02/kali-ini-mahathir-tidak-akan-berdalih.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Perletakan Jawatan Tun Dr Mahathir Catat Rekod Jadi Perdana Menteri Tiga Kali

Perletakan Jawatan Tun Dr Mahathir Catat Rekod Jadi Perdana Menteri Tiga Kali

papar berkaitan - pada 24/2/2020 - jumlah : 374 hits
Bacaan saya ialah Tun Dr Mahathir Mohamad meletakkan jawatan sebagai Perdana Menteri bagi menunjukkan sikap kebertanggungjawaban beliau kepada parti parti komponen Pakatan Harapan Dengan meletakkan jawatan maka Tun Dr Mahathir akan terlepas...
Mahathir Belum Sebut Sepatah Kau Orang Dah Beribu Patah Langkah Terkejar Tuding Sana Sini

Mahathir Belum Sebut Sepatah Kau Orang Dah Beribu Patah Langkah Terkejar Tuding Sana Sini

papar berkaitan - pada 24/2/2020 - jumlah : 258 hits
Ertinya kalau kau orang kalah bukan pasal Mahathir pandai Tapi pasal kau orang yang gelabah Why gelabah Takut hilang kepentingan Atau demi rakyat kahkahkahAda Tak lagi YG desak TUN UNDUR kahkahkahBila lagi otai nak berguling atas jalan Kahk...
Pm Malaysia Mahathir Mohamad Mengundurkan Diri

Pm Malaysia Mahathir Mohamad Mengundurkan Diri

papar berkaitan - pada 24/2/2020 - jumlah : 200 hits
Mahathir menjabat pada Mei 2018 untuk kedua kalinya sebagai perdana menteri Dia telah lama melengkapi panggung politik Malaysia
Dap Amanah Mati Kutu Konco Anwar Bisu Ini Kesan Bila Mahathir Letak Jawatan

Dap Amanah Mati Kutu Konco Anwar Bisu Ini Kesan Bila Mahathir Letak Jawatan

papar berkaitan - pada 24/2/2020 - jumlah : 337 hits
Majlis presiden Pakatan Harapan akan mengadakan mesyuarat tergempar malam ini dengan DAP berikrar untuk mencalonkan Dr Mahathir Mohamad semula untuk terus menjadi perdana menteri Dalam satu kenyataan hari ini selepas mempengerusikan mesyuar...
Mahathir Dilantik Semula Mahathir Letak Jawatan Geng Azmin Bersatu Keluar Ph

Mahathir Dilantik Semula Mahathir Letak Jawatan Geng Azmin Bersatu Keluar Ph

papar berkaitan - pada 24/2/2020 - jumlah : 429 hits
Apabila PM Dr Mahathir letak jawatan maka seluruh kabinet juga hilang jawatan Kini hak YDP Agong memlih Perdana Menteri baharu berdasarkan sokongan majoriti Ahli Parlimen Jika Dr Mahathir ada sokongan majoriti beliau boleh dilantik semula s...
Soal Perlantikan Muhyiddin Telah Dipersetujui Mahathir Sumber Dakwa Muhyiddin Yassin Pm Ke 8

Soal Perlantikan Muhyiddin Telah Dipersetujui Mahathir Sumber Dakwa Muhyiddin Yassin Pm Ke 8

papar berkaitan - pada 24/2/2020 - jumlah : 324 hits
Pengumuman Tun Dr Mahathir Mohamed meletak jawatan sebagai perdana menteri ke 7 menggemparkan banyak pihak Bukan itu sahaja malah beliau turut meletak jawatan sebagai Pengerusi BERSATU nbsp Persoalannya kini ialah siapakah yang bakal menjaw...
Tun Mahathir Letak Jawatan Perdana Menteri Malaysia

Tun Mahathir Letak Jawatan Perdana Menteri Malaysia

papar berkaitan - pada 24/2/2020 - jumlah : 620 hits
Pejabat Perdana Menteri mengesahkan Tun Mahathir Mohamad telah menghantar surat peletakan jawatan sebagai perdana menteri yang telah dihantar kepada Yang di Pertuan Agong pada jam 1 tengahari kata pejabatnya dalam satu kenyataan media Sebel...
Harga Barang Melambung Tolak Kerajaan Tun Mahathir

Harga Barang Melambung Tolak Kerajaan Tun Mahathir

papar berkaitan - pada 24/2/2020 - jumlah : 311 hits
Kerajaan yang dipimpin Perdana Menteri Tun Mahathir biar pun diberi masa hampir dua tahun tetapi tidak mahu melaksanakan reformasi menyeluruh sebagaimana dijanjikan dalam Pilihan Raya Umum ke 14 lalu Hal ini kerana kerajaan yang dipimpinnya...
Sah Mahathir Letak Jawatan Sebagai Perdana Menteri Bersatu Juga Keluar Dari Pakatan Harapan

Sah Mahathir Letak Jawatan Sebagai Perdana Menteri Bersatu Juga Keluar Dari Pakatan Harapan

papar berkaitan - pada 24/2/2020 - jumlah : 451 hits
Ahli Parlimen Langkawi Tun Dr Mahathir Mohamad disahkan telah meletak jawatan sebagai Perdana Menteri dan surat peletakan jawatan itu telah dihantar ke Istana Negara pada jam 1 tengah hari tadi Tun Dr Mahathir bin Mohamad telah menghantar s...
Plan Your Travels Dpm Says After Govt Ends Toll Free Rides During Festivities

Revision Of Mahb Takeover Terms Sets Unhealthy Precedent Says Wan Fayhsal

Richtech Digital Berhad Lancar Prospektus Ipo Pasaran Ace

Life S A Gift Pass It On Why You Should Donate Blood

Kenapa Mp Mp Umno Membisu Takut Kepada Dap

Tawaran Pakej Haji Terbaik Dan Premium Dari Mkm

Anwar I Went Through Hell In Prison But Won T Treat Najib That Way

Wef2025 Misi Anwar Julang Asean Dan Malaysia Di Pentas Global


echo '';
Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 10 Gegar Vaganza 2024 2025 Musim 11 Suku Akhir

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 9 Gegar Vaganza 2024 2025 Musim 11

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Akad Yang Terlindung Slot Samarinda TV3

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 9 Gegar Vaganza 2024 2025 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 8 Gegar Vaganza 2024 2025 Musim 11


Jom Makan Ikan Bakar Di Adrianna Ikan Bakar Sungai Dua Pulau Pinang

Buffet Ramadan 2025 Laman Tradisi Di World Trade Centre Kuala Lumpur

Kembali Bermain Robotika Dengan Arduino

Kurus Tapi Kuat Makan Kenapa Ye

Wanita Berhati Angkasa Buku Motivasi Untuk Wanita Dan Inspirasi Untuk Suri Rumah

Cara Cuci Kerang