Kalaulah Mohamed Rahmat Jadi Menteri Komunikasi Dan Digital Ketika Ini




Isu sedang panas dan menggelegak dalam iklim politik negara menjelang pengundian PRN 12 Ogos depan tidak lain ialah berkaitan Menteri Besar Kedah, Sanusi Mohd Nor yang ucapannya didapati menghina dan memperlekeh kebijaksanaan Sultan Selangor dalam melantik Menteri Besar negeri tersebut.
Walaupun nama Sultan Selangor tidak disebut secara terang oleh Sanusi dalam ucapannya itu, tetapi adalah jelas beliau bermaksudkan Sultan Selangor tidak bijaksana dalam melantik Amiruddin Shari yang dilabelnya sebagai “cokia” atau tiada kualiti serta membandingkannya dengan Sultan Kedah.
Daripada ucapan Sanusi itu, macam-macam isu boleh dikembangkan bukan saja untuk memberi pukulan kepada Sanusi, tetapi juga untuk melumpuhkan Pas dan PN – antaranya berkaitan kebiadapan, keceluparan, tidak hormat Raja, melanggar pagar kesopanan dan kesusilaan dalam Rukun Negara, melaga-lagakan antara Sultan dan macam-macam lagi.
Tinjauan daripada pelbagai lapisan rakyat juga boleh dilakukan berkaitan ucapan Sanusi itu.
Kalau diumpamakan seperti lauk, isu Sanusi ketika ini adalah hidangan paling enak untuk dimakan dan senang-senang boleh membuatkan seseorang itu bertambah nasi dua tiga pinggan dibuatnya.
Tetapi, apakah PH/BN sebagai kerajaan yang bakal berhadapan dengan PN dan Pas dalam PRN enam negeri serta bercita-cita untuk menawan Kedah, benar-benar telah memanfaatkan isu berkaitan Sanusi itu?
Kenapa media kerajaan, khususnya TV tidak memainkan isu itu dengan seluas-luasnya?
Dalam hal ini, saya segera teringat kepada Allahyarham Mohamed Rahmat atau Tok Mat yang ketika memegang jawatan Menteri Penerangan, beliau didapati cukup cekap dan bijak memanfaatkan isu untuk kepentingan kerajaan, terutama ketika pilihan raya.
Bagi saya, dalam banyak-banyak Menteri Penerangan, beliau adalah yang paling cemerlang dari segi kecekapan mempromosi kerajaan, melindungi dan mendindingi Perdana Menteri serta melakukan serangan kepada pihak lawan.

Saya bukan saja berkawan baik dengan Tok Mat dan selalu berjumpanya untuk berbual-bual berkenaan isu politik, malah beliau juga hadir ke majlis perkahwinan saya.
Sesiapa yang kenal baik dengannya, pasti sukar untuk menafikan kebaikan hatinya dan perwatakannya yang mudah mesra serta boleh bergaul dengan sesiapa saja.
Alfatihah (dibaca) untuk Tok Mat.
Kita tentu ingat ketika PRU 1990 di mana isu tengkolok Kadazan yang dipakai oleh Tengku Razaleigh Hamzah telah diulang beribu kali dan berhari-hari melalui TV dengan pelbagai ulasan dan reaksi pelbagai pihak diutarakan mengenainya.
Walaupun ketika itu, Semangat 46 yang mengetuai blok pembangkang dilihat berpeluang cerah menjatuhkan BN yang dipimpin oleh Tun Mahathir Mohamad, tetapi tengkolok Kadazan yang dikaitkan dengan Kristian telah menjadikan segala-segalanya jadi terbalik di saat-saat akhir.
Isu berkenaan sangat berkesan dalam memenangkan BN kerana Tok Mat ketika itu begitu pandai menjadikannya sebagai modal serangan dan mengulang-ulang gambar dan video Ku Li memakai tengkolok Kadazan itu dalam siaran TV sehinggalah ke hari pengundian.
Hari ini ketika isu Sanusi sedang panas dan kalaulah Tok Mat masih hidup serta beliau memegang jawatan Menteri Komunikasi dan Digital, pasti terduduk Menteri Besar Kedah itu, Pas dan PN dibuatnya.
Pasti kita akan melihat isu itu akan dimain dan dikembangkan dalam pelbagai sudut, sambil segala macam orang memberi komen berkenaan dengannya dan di waktu yang sama, video ucapan Sanusi yang celupar dan biadap itu pula diulang-ulangnya beratus kali dalam sehari.
Hakikatnya, itulah kaedah atau teknik komunikasi media yang paling berkesan sekali untuk mempengaruhi pemikiran rakyat.
Sayang sekali, Menteri Komunikasi dan Digital sekarang, Fahmi Fadzil langsung tiada keupayaan sebegitu.
Sebab itu, isu Sanusi hanya sekadar jadi berita biasa dalam TV milik kerajaan.
Sudahlah di media sosial kita agak ketinggalan, melaui saluran TV elektronik yang siarannya sampai ke setiap rumah pun tidak dipergunakan sepenuhnya.
Seorang rakan yang pernah bertugas di syarikat media berkata, kalau Fahmi ada 10 peratus saja pun ciri seperti Tok Mat, ia sudah memadai sebagai permulaan untuk beliau tahu bagaimana untuk memanfaatkan isu Sanusi dalam suasana menjelang PRN tidak lama lagi. – ShahbudinHusin 15/07/2023.




Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://wrlr.blogspot.com/2023/07/kalaulah-mohamed-rahmat-jadi-menteri.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Menteri Komunikasi Dan Digital Saran Muhyiddin Cermin Diri Dulu

Menteri Komunikasi Dan Digital Saran Muhyiddin Cermin Diri Dulu

papar berkaitan - pada 13/7/2023 - jumlah : 151 hits
Samuel ChuaPUTRAJAYA Jurucakap utama kerajaan Fahmi Fadzil membidas Muhyiddin Yassin kerana mendakwa pentadbiran Anwar Ibrahim tidak boleh diharap kerana kata kata bekas perdana menteri itu sendiri meragukan Pengerusi Perikatan Nasional itu...
Meninggal Ketika Dirawat Kes Dea Maisarah Sedang Disiasat Menteri Kesihatan

Meninggal Ketika Dirawat Kes Dea Maisarah Sedang Disiasat Menteri Kesihatan

papar berkaitan - pada 15/7/2023 - jumlah : 396 hits
Kejadian seorang kanak kanak perempuan Dea Maisarah Bada yang meninggal dunia ketika mendapatkan rawatan di Hospital Tengku Ampuan Rahimah Klang Selangor sedang dalam siasatan pihak berkuasa Menerusi satu kenyataan Menteri Kesihatan Dr Zali...
Navigating The Digital Sphere Exploring Conservative Discussion Boards And Forums

Navigating The Digital Sphere Exploring Conservative Discussion Boards And Forums

papar berkaitan - pada 8/7/2023 - jumlah : 179 hits
The internet is an excellent method for people to exchange ideas and interact with other people who have similar preferences Conservative forums discussion boards and groups have risen as online forums where people with conservative beliefs...
Memasuki Era Digital Bisnis Pemasaran Dan Periklanan Harus Kaya Inovasi

Memasuki Era Digital Bisnis Pemasaran Dan Periklanan Harus Kaya Inovasi

papar berkaitan - pada 4/7/2023 - jumlah : 132 hits
Dalam rangka perkembangan ekonomi digital Asosiasi perdagangan pemasaran MMA Global Indonesia mendorong inovasi baru dalam pemasaran dan periklanan Inovasi tersebut harus menyesuaikan dengan tren perilaku konsumen terkini demi menghasilkan ...
Sitism Album Ke 20 Dato Sri Siti Nurhaliza Terus Trending Di Platform Digital

Sitism Album Ke 20 Dato Sri Siti Nurhaliza Terus Trending Di Platform Digital

papar berkaitan - pada 5/7/2023 - jumlah : 209 hits
Ini namanya penghibur sentiasa ada idea dan juga konsep baharu setiap kali nak hasilkan album tambah dalam dunia digital yang makin ramai orang dengar online sahaja Namun ia tidak memutuskan semangat penyanyi no 1 negara ini untuk tampil de...
Pempengaruh Kecergasan Maut Leher Patah Dihempap Besi 180 Kg Ketika Bersenam

Pempengaruh Kecergasan Maut Leher Patah Dihempap Besi 180 Kg Ketika Bersenam

papar berkaitan - pada 22/7/2023 - jumlah : 264 hits
Jakarta Pempengaruh dan jurulatih kecergasan warga Indonesia meninggal dunia akibat patah leher ketika cuba mengangkat piring angkat berat atau barbel Channel News Asia melaporkan kejadian berlaku ketika Justyn Vicky 33 sedang melakukan rut...
Temp Mail Ensuring Privacy And Security In The Age Of Digital Communication

Temp Mail Ensuring Privacy And Security In The Age Of Digital Communication

papar berkaitan - pada 10/7/2023 - jumlah : 321 hits
In the digital age where online communication registration and other kinds of online communication are a part of our daily lives It s no surprise that unwanted email as well as spam messages can pose an issue Whether you re signing up for t...
Istiwa Adzam Semak Arah Kiblat Ketika Matahari Tepat Atas Kaabah

Istiwa Adzam Semak Arah Kiblat Ketika Matahari Tepat Atas Kaabah

papar berkaitan - pada 16/7/2023 - jumlah : 253 hits
Pada zaman dulu ahli falak syarie menggunakan rubu mujjayab sejenis alat pengukur tradisional yang berfungsi secara manual Namun seiring peredaran masa alat ukuran lebih canggih iaitu teodolit yang lebih mudah dan tepat digunakan kerana ber...
Sah Kes Najib Razak Cacat

Rahsia Kawal Gula Dalam Darah Supaya Tak Melompat Lompat Lagi

Tremendous Nadi Collaboration

Kebaikan Rawatan Rendaman Kaki Bersama Garam Bukit Dan Ais Batu

Salam Dalam Salat Jenazah Sekali Atau Dua Kali

10 Praktik Keberlanjutan Yang Wajib Diterapkan Di Tahun 2025

Takwim Cuti Persekolahan Tahun 2025 2026

Melawat Ke Sand Dunes Di Tottori Jepun


echo '';
5 Insiden Jalan Sesak Yang Berlaku Lebih 24 Jam Durasinya

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 6 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 5 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

10 Filem Drama Seram Melayu Berhantu Terbaru 2024 2025 Mesti Tonton

One In A Million 2024 Senarai Peserta Juri Format Pemarkahan Hadiah Dan Segala Info Saksikan Live Di TV3 Malaysia Dan Tonton Calpis Soda OIAM


The Skill Hexagon The Power Of Multifaceted Abilities

Skill Up Steam Curator

Dua Sahabat Makan Ikan Mentah Minum Air Laut Sepanjang Hanyut

Godox Perkenalkan Lampu Led Knowled Ms60r Bi Yang Sangat Fleksibel

Adi Putra Alami Jangkitan Kuman Di Paru Paru Kini Dalam Keadaan Baik

Jangan Risau Gadis M Sia Bimbang Bf Terlalu Akrab Dengan Sepupu Perempuannya