Kalau Rm40 Bolehlah Saya Dah Tunggu Lama Sampai Bila Pemandu Teksi Nak Amalkan Sikap Memilih Pelanggan


The Reporter


Hasrat lelaki ini untuk menggunakan perkhidmatan teksi terbantut apabila rata-rata pemandu teksi yang dihampirinya di Terminal Bersepadu Selatan (TBS) menolak untuk menghantarnya ke destinasi atas alasan terlalu dekat. 
Selain itu, mereka juga mengatakan mereka sudah menunggu lama dan tidak berbaloi menghantar penumpang ke destinasi jarak dekat. Lebih teruk lagi, ada yang tidak mahu menggunakan meter dan sewenang-wenangnya mengenakan caj RM40. 
Situasi seperti ini bukan kali pertama berlaku, pernah ditegur dan diviralkan di media sosial mengenai sikap segelintir pemandu teksi ini. Malangnya, mereka seperti tiada inisiatif untuk melakukan perubahan ke arah menyediakan perkhidmatan yang lebih baik. 
Apabila muncul perkhidmatan Grab, mulalah mereka mendakwa Grab menjejaskan periuk nasi mereka. Sedangkan rata-rata pengguna yang beralih ke Grab lebih berpuas hati dengan perkhidmatan itu yang dikatakan jauh lebih baik dari teksi. 
SAYA pulang dari Manila, Filipina, dua bulan lepas. Daripada KLIA, saya menaiki ERL dan berhenti di stesen Terminal Bersepadu Selatan (TBS). Di situ beratur teksi dekat 20 buah menunggu penumpang berhampiran stesen ERL

Apabila saya berjalan melewati mereka, salah seorang pemandu bertanya, "Adik nak ke mana?". Saya memberitahu saya mahu pergi ke Bandar Sri Permaisuri

"Dekat sangatlah dik," jawabnya ringkas

Beliau tidak mahu menerima saya sebagai penumpang, mungkin kerana jarak dari BTS ke situ hanya 15 min. Saya cuba bertanya kepada pemandu teksi seterusnya. Namun, semuanya menolak

Salah seorang abang tu berkata, "Kalau ke Puchong atau Kepong, bolehlah.". Nampaknya beliau sedang menunggu 'lubuk emas' seterusnya

Dalam kepala saya pada waktu itu, bolehkah pemandu teksi memilih-milih penumpang? Dulu tak boleh, sekarang sudah boleh? 
Pakcik di sebelah hujung, bersetuju mengambil saya sebagai penumpang sambil bertanya, "Berapa adik boleh bayar?". Saya jawab, "Pakcik, kita bayar ikut meter lah."
Tetapi pakcik itu tidak setuju. Dia kata dia sudah menunggu lama. "Kalau RM40, bolehlah", pakcik itu cuba tawar menawar

Dalam hati saya berkata, "Dah tolak semua penumpang, macam mana tak tunggu lama? Takkan nak tunggu ' lubuk emas' baru nak hantar penumpang? Punyalah banyak teksi menunggu di sini."
Saya membalas tawaran tersebut, "RM15 bolehlah pakcik.". Pakcik itu menggeleng-geleng kepala, tanda tidak mahu. Sekali lagi alasan yang sama, lama sudah menunggu dan tidak berbaloi katanya

Kelihatan sekumpulan pembawa teksi Melayu sedang berborak-borak menunggu pelanggan di atas kerusi sambil menghisap rokok dan berbual kosong di hujung jalan. Semuanya tidak mahu menggunakan meter. Saya tanya kesemuanya, namun jawapan sama. Semua tidak mahu hantar kerana terlalu dekat. Rantaian teksi sebegini sangat panjang. Bagi saya, ia satu pembaziran masa. Lenguh juga saya berjalan ke jalan besar

Akhirnya, saya ternampak seorang pemandu teksi Cina. Saya beritahu destinasi saya, tanpa banyak soal, beliau membuka meter dan saya pun masuk ke dalam teksi tersebut dan pulang. Mujur telefon bimbit saya habis bateri. Jika tidak sudah lama saya call Grab

Sumber: Shahrizal Azwan Bin Samsudin

October 23, 2018 at 03:18AM

Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://atmknews.blogspot.com/2018/10/kalau-rm40-bolehlah-saya-dah-tunggu.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Kalau Nak Jimat Naiklah Grab Adibah Noor Kongsi Pengalaman Disindir Pemandu Teksi

Kalau Nak Jimat Naiklah Grab Adibah Noor Kongsi Pengalaman Disindir Pemandu Teksi

papar berkaitan - pada 23/10/2018 - jumlah : 441 hits
Penghibur negara Adibah Noor berkongsikan pengalamannya menaiki teksi susulan dari laporan yang mana pemandu teksi mengatakan kencing hancing kepada Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad Penyanyi itu berkata beliau telah disindir sinis ol...
Sikap Atau Punca Pada Pemandu Teksi Itu Sendiri

Sikap Atau Punca Pada Pemandu Teksi Itu Sendiri

papar berkaitan - pada 22/10/2018 - jumlah : 481 hits
Dah banyak kali aku berdepan dengan situasi pemandu teksi bodoh sombong di KL terutamanya Kali ini panas lagi di Johor pagi tadi Aku ke pusat teksi minta hantar jauh destinasi 20km Katanya RM25 Aku minta kurang dia kata tak jadi pun tak ape...
Nak Dapat Sehari Rm10 Pun Susah Luahan Pemandu Teksi

Nak Dapat Sehari Rm10 Pun Susah Luahan Pemandu Teksi

papar berkaitan - pada 25/10/2018 - jumlah : 309 hits
Memang patut la diaorang marah apa sahaja yang perlu dibayar untuk halal membawa teksi dah dilunaskan tapi pulangannya tidak berbaloi LANGKAWI 23 Okt Hanya RM10 itu jumlah yang diperolehi seorang pemandu teksi Senapi Mustapa 71 selepas lebi...
Sebab Azmin Kesal Pemandu Teksi Bersikap Kasar Terhadap Dr M

Sebab Azmin Kesal Pemandu Teksi Bersikap Kasar Terhadap Dr M

papar berkaitan - pada 22/10/2018 - jumlah : 428 hits
KUALA LUMPUR 21 Okt Menteri Hal Ehwal Ekonomi Datuk Seri Mohamed Azmin Ali melahirkan kekesalan dengan insiden pemandu teksi bertindak biadab terhadap Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad semasa sesi Pertemuan Bersama Pemandu pemandu Tek...
Mengejutkan Orang Kanan Tun Dr Mahathir Dedah Pemandu Teksi Buat Kecoh Orang Upahan Umno

Mengejutkan Orang Kanan Tun Dr Mahathir Dedah Pemandu Teksi Buat Kecoh Orang Upahan Umno

papar berkaitan - pada 22/10/2018 - jumlah : 384 hits
Mengejutkan Orang Kanan Tun Dr Mahathir Dedah Pemandu Teksi Buat Kecoh Orang Upahan Umno
Wajarkah Mahathir Letak Jawatan Kerana Pemandu Teksi

Wajarkah Mahathir Letak Jawatan Kerana Pemandu Teksi

papar berkaitan - pada 22/10/2018 - jumlah : 717 hits
Jika ditanya adakah anda berpuashati dengan servis teksi pada hari ini Kami rasakan jawapan tidak lebih tinggi daripada bersetuju Dengan charge yang dikenakan tinggi daripada GRAB dan menggunakan alasan sukar untuk beralih kepada GRAB adala...
Kerajaan Akan Kekalkan Grab Nafi Tak Dengar Suara Pemandu Teksi

Kerajaan Akan Kekalkan Grab Nafi Tak Dengar Suara Pemandu Teksi

papar berkaitan - pada 22/10/2018 - jumlah : 359 hits
Suara Tanpa SempadanKUALA LUMPUR Sekalipun pemandu teksi menyuarakan ketidakpuasan terhadap perkhidmatan e haling khususnya Grab kerajaan Pakatan Harapan nampaknya berkeras untuk mengekalkannya Menteri Pengangkitan Anthony Loke Siew Foke be...
Jagung Rebus Ala Pasar Malam

Manusia Pengkhianat Bongkar Datuk Dalang Kartel Pakistan Di Klia

A Trip In Time The Cichlid Hunters Of Caquet Practical Fishkeeping

Jika Semua Peniaga Burger Tepi Jalan Bergabung Saiznya Jauh Lebih Besar Dari Mcdonald

Bufet Ramadan 2025 Tradisi Warisan Di Four Points By Sheraton Puchong

The Right Types Of Bets For Beginners On Slot Deposit Qris Sites

Lirik Lagu Aku Penat Alita Nidya

Wan Fayhsal Soundly Defeated In Race For Machang Bersatu Chief S Post


echo '';
10 Drama Melayu Terbaru Astro Yang Best 2025 Mesti Tonton Juga Tersedia Online

10 Filem Melayu Malaysia Terbaru Best 2024 2025 Mesti Tonton

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Teratak Kasih Salina Rindu Kasih Musim 3 Slot Samarinda TV3

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dia Imamku Slot Megadrama Astro Ria

Siti Saleha Kahwin Ini Biodata Suami Barunya Joshua Fitton


Isu Budak Meninggal Akibat Tercekik Gummy

Buffet Ramadan 2025 Holiday Inn Express Suites Johor Bahru

Jawatan Kogong Di Bahagian Marketing

Who Else Nazri Backs Anwar For Second Term As Pm

Term Limit Culture Emerging With Veteran Dap Trio S Exit Says Analyst

Siti Kasim Schools Living Under Coconut Shell Muslim Preachers I Owe It To Kafir Britain For Who I M Today