Kalau Pru 15 Sekarang 52 Pn 30 Ph Bebas 18



Sebahagian daripada bendera parti politik yang ada di Malaysia
PH kalah jika PRU dalam masa terdekat - Emir Research


KUALA LUMPUR: Tahap kepuasan rakyat terhadap kerajaan Pakatan Harapan (PH) pada awal tahun ini, merosot menyebabkan usaha mengubah tampuk pentadbiran negara dilakukan.Hasil penyelidikan dijalankan badan pemikir bebas, Emir Research, mendapati kemerosotan sebanyak 15 peratus direkodkan.Skor 0.45 terhadap kerajaan PH direkodkan atau purata seimbang berdasarkan Indeks Kepuasan Terhadap Kerajaan (GSI), berbanding skor 0.53 yang ditunjukkan dalam hasil kajian pada Disember lalu.GSI dinilai berdasar skala 0 hingga 1.Kepuasan minimum bermula dengan 0 sehingga 0.2, di bawah kepuasan minimum (0.2 sehingga 0.4), kepuasan purata (0.4 sehingga 0.6), melebihi kepuasan purata (0.6 sehingga 0.8) manakala kepuasan maksimum antara 0.8 sehingga 1.Hasil kajian untuk suku pertama 2020 itu dijalankan bermula 15 Januari hingga 24 Februari membabitkan 2,002 responden yang ditemui mewakili semua rakyat termasuk di Sabah, Sarawak serta Wilayah Persekutuan.Dalam pada itu, kajian sama menunjukkan momentum untuk Barisan Nasional (BN) dan PAS yang membentuk gabungan Muafakat Nasional untuk menang dalam Pilihan Raya Umum (PRU) Ke-15 tinggi jika ia diadakan tidak lama lagi.Berdasarkan hasil penyelidikan itu, mendapati 52 peratus responden memilih Muafakat Nasional berbanding Pakatan Harapan (PH) iaitu 30 peratus dan calon bebas, 18 peratus.Peratusan sokongan kepada Muafakat Nasional dilihat meningkat 14 peratus berbanding hasil kajian terdahulu."Terdapat kenaikan satu peratus (18 peratus) di kalangan rakyat yang akan memilih Bebas berbanding 17 peratus dalam tinjauan awal - menandakan keinginan untuk kuasa ketiga mentadbir Malaysia masih relevan."Undian untuk PH merosot hingga 30 peratus - penurunan ketara 11 peratus dari 41 peratus yang mereka peroleh dalam tinjauan sebelumnya," menurut hasil kajian itu.Kajian itu bagaimanapun tidak menunjukkan sama ada kewujudan Perikatan Nasional (PN), hasil kerjasama gabungan parti dalam BN, Muafakat Nasional, PAS dan Parti Pribumi Bersatu Malaysia (BERSATU) akan menghasilkan peratusan sokongan lebih tinggi atau sebaliknya.(BH)

Hibur Hibur Sikit

Mari Mengundi + Lirik Lagu (09 May 2018)Mari Mengundi Pilihanraya Pertama Tanah Melayu 1955

Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://www.ibnuhasyim.com/2020/06/kalau-pru-15-sekarang-52-pn-maufakat.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Siapa Suka Pru 15 Diadakan Sekarang

Siapa Suka Pru 15 Diadakan Sekarang

papar berkaitan - pada 6/6/2020 - jumlah : 338 hits
HAMDAN TAHANampaknya dua tiga hari ini berlegar cerita presiden umno dan bekas Presiden umno duduk berbincang santai topiknya PRU ke 15 termasuk kenyataan itu di buat oleh Dato Seri Zahid Hamidi 1 Bagi saya Umno memang cukup bersedia dan su...
Sekarang Bukan Masa Untuk Pru Dr Mahathir

Sekarang Bukan Masa Untuk Pru Dr Mahathir

papar berkaitan - pada 6/6/2020 - jumlah : 469 hits
Yusmizal Dolah Alingyusmizal hmetro com myDR Mahathir pada sidang media di Yayasan Kepimpinan Perdana hari ini FOTO Yusmizal Dolah AlingBEKAS Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad berkata sekarang bukanlah masanya untuk mengadakan Pilihan...
Syafie Afdal Harus Sedar Keadaannya Kini Di Sabah Bila Musa Aman Bebas

Syafie Afdal Harus Sedar Keadaannya Kini Di Sabah Bila Musa Aman Bebas

papar berkaitan - pada 15/6/2020 - jumlah : 340 hits
FRIENDS OF MASZLEEKalau lama sangat ambil masa PH ni kacau momentum Dua moves yang sedang galak berlaku sekarang UMNO tengah cari jalan untuk ugut Bersatu terutama sekali Muhyiddin untuk gugurkan kes kes jerung UMNO terutama sekali Najib da...
Dua Adun Upko Tinggalkan Parti Jadi Wakil Rakyat Bebas

Dua Adun Upko Tinggalkan Parti Jadi Wakil Rakyat Bebas

papar berkaitan - pada 15/6/2020 - jumlah : 331 hits
Astro Awani Jun 15 2020 12 35 08 Durasi 40 saatTindakan kedua dua mereka meninggalkan parti UPKO adalah disebabkan hilang kepercayaan kepada pucuk pimpinan parti Foto Astro AWANIPENAMPANG Dua Ahli Dewan Undangan Negeri Pertubuhan Kinabalu P...
Hulu Selangor Bebas Kes Aktif Covid 19 Kini Zon Hijau Mb

Hulu Selangor Bebas Kes Aktif Covid 19 Kini Zon Hijau Mb

papar berkaitan - pada 16/6/2020 - jumlah : 547 hits
SHAH ALAM 15 JUN Hulu Selangor mencatatkan sifar kes aktif Covid 19 hari ini sekali gus bersatus zon hijau pertama di negeri ini kata Dato Menteri Besar Alhamdulillah daerah Hulu Selangor menjadi zon hijau dan tiada zon merah di Selangor ka...
Gede Pasek Nazaruddin Koruptor Paling Sakti Bebas

Gede Pasek Nazaruddin Koruptor Paling Sakti Bebas

papar berkaitan - pada 16/6/2020 - jumlah : 278 hits
Momen bebasnya Nazaruddin itu membuatnya kembali mengingat soal tudingan tudingan yang kerap dilontarkan Nazaruddin terhadap aktor aktor yang diduga terlibat
Pakar Sahkan Abah Bebas Kanser Sihat Untuk Galas Jawatan Perdana Menteri Malaysia

Pakar Sahkan Abah Bebas Kanser Sihat Untuk Galas Jawatan Perdana Menteri Malaysia

papar berkaitan - pada 16/6/2020 - jumlah : 405 hits
Keadaan wabak pandemik Covid 19 di negara kita pada saat ini dilihat semakin terkawal dan sekarang kita perlu teruskan kehidupan dan biasakan diri dengan norma baharu Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin juga nampaknya akan terus diuji ...
Mantan Bendum Demokrat Nazaruddin Bebas Dari Penjara

Mantan Bendum Demokrat Nazaruddin Bebas Dari Penjara

papar berkaitan - pada 16/6/2020 - jumlah : 269 hits
Nazaruddin dijerat dalam kasus suap pembangunan wisma atlet untuk SEA Games ke 26
Selangor Bebas Zon Merah Hanya 11 Kes Aktif Covid 19

Selangor Bebas Zon Merah Hanya 11 Kes Aktif Covid 19

papar berkaitan - pada 15/6/2020 - jumlah : 443 hits
SHAH ALAM 14 JUN Selangor akhirnya bebas dari zon merah Covid 19 setelah hampir 23 hari berada dalam zon itu sejak 22 Mei lalu demikian mengikut data Pasukan Petugas Pencegahan Covid 19 Selangor Perkembangan positif itu berlaku disebabkan k...
Bila Perut Tak Tenang

Pengasas Azmy Burger Azmy Bin Sanusi Meninggal Dunia

Kelantan Bapa Tiri Didakwa Tiga Pertuduhan Amang Seksual

Anna Jobling Kena Seret 3 Kali Buat Stunt Sendiri Dalam Sukma

Simple Yummy Beef Meatball Recipe

Malaysia Ready To Join Un Force In Gaza Says Anwar

Cotton Candy Dreams A 1977 Harley Shovelhead Chopper From Wales

Donald Trump Mendarat Di Malaysia Lawatan Rasmi Menandakan Hubungan Diplomatik Yang Kuat


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


Insurans Hayat Vs Medical Card Perlu Ambil Dua Dua Ke

Pengalaman Menggunakan Telefon Awam Pada Zaman Remaja

Rahsia Kucing Yang Kita Tak Pernah Diberitahu

Fam Sambut Kehadiran Presiden Persekutuan Bolasepak Antarabangsa

Operasi Penyelamatan Kapal Kabel Mackay Bennett Dalam Misi Mengembalikan Mayat Titanic

Hilang Tiba Tiba Trump Dijangka Tinggalkan Malaysia Esok Pagi