Kalau Pergi Ke Mana Mana Pun Pasti Berdua Empat Beradik Sekelip Mata Jadi Yatim Piatu Undang Pilu


“Kalau Pergi Ke Mana-Mana Pun Pasti Berdua…”- Empat Beradik Sekelip Mata Jadi Yatim Piatu Undang Pilu!
Perpisahan abadi dengan insan tersayang adalah sesuatu yang perit untuk diterima. Apatah lagi andai ujian kehilangan ini dirasai oleh anak-anak kecil yang kehilangan ibu dan ayah yang selama ini menjadi tempat bergantung harap.
Membayangkan nasib anak-anak yang ditinggalkan, nyata mengundang sedih dan pilu dihati orang sekeliling. Berat mata memandang, berat lagi bahu yang memikulnya.
Begitu juga halnya bagi adik Muhammad Amirul Ikhwan Ridzuan, 17, Muhammad Alif Irfan, 15; Nurin Alya Iwanie, 12 dan Muhammad Ridz Danial, 5 telah menjadi yatim piatu sekelip mata apabila ibu dan ayah mereka terlibat dengan kemalangan jalan.

“Dalam sekelip mata, kami empat beradik jadi yatim piatu tetapi sebagai abang, saya perlu kuat demi adik-adik dan takkan berpisah dengan mereka,” kata Muhammad Amirul Ikhwan Ridzuan, 17 selaku abang sulung.
Memetik berita Harian Metro, difahamkan Muhammad Amirul Ikhwan adalah anak sulung pasangan suami isteri, Ridzuan Salleh @ Ramli, 42, dan Rosmawati Ismail, 39, yang maut selepas motosikal berkuasa tinggi Benelli TNT dinaiki melanggar belakang trak tentera di Kilometer 87, Lebuhraya Utara Selatan, arah selatan di Gurun, semalam.
Ridzuan yang melecur dan mengalami kecederaan di badan meninggal dunia di tempat kejadian manakala Rosmawati meninggal dunia ketika mendapatkan rawatan di Hospital Sultan Abdul Halim (HSAH), di sini semalam.
Menurut Muhammad Amirul, ketika kejadian ibu bapanya dipercayai dalam perjalanan dari rumah mereka di Taman Permai Utama, Jeniang di Gurun menuju ke HSAH untuk menziarahi nenek mereka yang sakit.
Katanya, dia yang ketika itu berada di tempat tuisyen di Guar Chempedak, terkejut apabila dimaklumkan rakannya yang ibu bapanya terbabit dalam kemalangan dan meninggal dunia.

“Awalnya saya dapat tahu cuma abah meninggal manakala ibu pula dimasukkan ke Unit Kecemasan HSAH dan tak lama kemudian dapat berita ibu pula meninggal.
“Memang terkejut tapi saya kena kuat demi adik-adik apatah lagi saya akan menduduki peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) tahun ini,” katanya ketika ditemui di Jabatan Forensik.
Tunai Amanat Ibu
Muhammad Amirul berkata dia akan menjaga adik-adiknya, Muhammad Alif Irfan, 15; Nurin Alya Iwanie, 12 dan Muhammad Ridz Danial, 5, malah tidak akan berpisah walau apa yang terjadi.
Muhammad Amirul Ikhwan yang juga pelajar Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Seri Enggang, Batu 5, Sik berkata, dia akan sentiasa ingat amanat ibunya supaya menjaga adik-adik dengan baik dan sentiasa menjaga solat lima waktu.
 
“Semalam, sebelum kejadian abah sibuk mengemas rumah sebab dia nak buat kolam depan rumah tapi tak sempat siap, mungkin itu petanda dia akan pergi buat selama-lamanya.
“Abah dengan ibu memang tak pernah berpisah. Kalau pergi ke mana-mana pun pasti mereka akan pergi berdua dan mati pun bersama,” katanya.
Muhammad Amirul Ikhwan berkata, setakat ini adik bongsunya paling terasa sedih di atas pemergian ibu bapa mereka kerana dia paling rapat dengan bapanya.
Ridzuan anggota tentera bertugas di Kem Hobart, Jeniang manakala Rosmawati berniaga secara dalam talian.
Jenazah dijangka dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Masjid Kampung Segantang Garam di Merbok petang ini sebaik selesai bedah siasat dia Jabatan Forensik HSAH.
Sementara itu, Ketua Polis Daerah Kuala Muda, Asisten Komisioner Zaidy Che Hassan berkata, siasatan masih diteruskan setakat ini dan kes disiasat mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan (APJ) 1987.
Beliau berkata, siasatan awal mendapati kejadian jam 2.20 petang semalam berlaku apabila motosikal dinaiki suami isteri itu yang dari arah Alor Setar menghala ke arah Butterworth melanggar belakang trak tentera.
“Impak perlanggaran yang kuat itu menyebabkan motosikal yang ditunggangi pasangan terbabit terbakar di tengah laluan jalan,” katanya.

The post “Kalau Pergi Ke Mana-Mana Pun Pasti Berdua…”- Empat Beradik Sekelip Mata Jadi Yatim Piatu, Undang Pilu! appeared first on Pa&Ma.


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://www.majalahpama.my/kalau-pergi-ke-mana-mana-pun-pasti-berdua-empat-beradik-sekelip-mata-jadi-yatim-piatu-undang-pilu/

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Hiburan Tak Terlintas Saya Akan Jadi Anak Yatim Piatu Sekelip Mata Anak Sulung Mangsa Kemalangan Maut 6 Sekeluarga

Hiburan Tak Terlintas Saya Akan Jadi Anak Yatim Piatu Sekelip Mata Anak Sulung Mangsa Kemalangan Maut 6 Sekeluarga

papar berkaitan - pada 3/9/2023 - jumlah : 181 hits
Melalui sesi temubual bersama pihak Abdur Rahman Amir Ruddin berkata dirinya baru saja bersua muka dengan ibu bapa dan adik adik sebelum mereka bertolak untuk menghantar ibu mengajar di Sekolah Agama Kemedak Segamat Untuk info Abdur Rahman ...
Takziah Hilang 6 Ahli Keluarga Sekelip Mata

Takziah Hilang 6 Ahli Keluarga Sekelip Mata

papar berkaitan - pada 4/9/2023 - jumlah : 186 hits
Raut wajah seorang Bilal di sini begitu sugul sekali Beliau kehilangan 6 ahli keluarga serentak Ayahnya yang juga seorang imam dan ibunya seorang guru agama pergi bersama 4 adik beradik lain yang juga bijak pandai dalam ilmu al Quran sement...
Syurga Tempat Mu Tragedi Budak 8 Tahun Meninggal Ketika Ambil Wuduk Undang Pilu

Syurga Tempat Mu Tragedi Budak 8 Tahun Meninggal Ketika Ambil Wuduk Undang Pilu

papar berkaitan - pada 22/9/2023 - jumlah : 269 hits
Ajal maut adalah rahsia Allah tidak akan ditunda ataupun dipercepatkan walau sedetik Apa yang pasti ia akan berlaku kepada setiap makhluk yang hidup Bahkan bagaimana situasi pengakhiran hidup kita ini juga menjadi suatu rahsia dan tanda tan...
Sekelip Mata Aku Tinggalkan Kau Dah Berkurap Dah Muka

Sekelip Mata Aku Tinggalkan Kau Dah Berkurap Dah Muka

papar berkaitan - pada 20/9/2023 - jumlah : 240 hits
Jangan lupe tekan iklan2 yg ada dalam blog ini Cukup lah hanya sekali Terima kasih Please Click the advertisment Once is enough Thank You AIK BACA JE KOMEN LA SIKIT sumber youtube
Usai Cek Cctv Lokasi Penusukan Mata Siswi Sd Di Gresik Polisi Video Kejadian Sudah Tidak Ada

Usai Cek Cctv Lokasi Penusukan Mata Siswi Sd Di Gresik Polisi Video Kejadian Sudah Tidak Ada

papar berkaitan - pada 19/9/2023 - jumlah : 161 hits
Polisi juga memastikan CCTV itu dalam keadaan berfungsi dengan baik Sehingga hilangnya rekaman akan didalami
Siswi Sd Buta Akibat Colok Mata Masih Enggan Sekolah Pemkab Gresik Beri Pendampingan Dan Trauma Healing

Siswi Sd Buta Akibat Colok Mata Masih Enggan Sekolah Pemkab Gresik Beri Pendampingan Dan Trauma Healing

papar berkaitan - pada 20/9/2023 - jumlah : 162 hits
Penanganan medis terhadap korban juga dilanjutkan dan akan didukung secara penuh termasuk biayanya
Menguak Misteri Pelaku Penusukan Mata Siswi Sd Di Gresik Hingga Menyebabkan Kebutaan

Menguak Misteri Pelaku Penusukan Mata Siswi Sd Di Gresik Hingga Menyebabkan Kebutaan

papar berkaitan - pada 19/9/2023 - jumlah : 257 hits
Kejadian itu juga membuat korban hingga belum banyak cerita perihal pelaku dan kejadian yang dialami
China S President To Host Official Dinner For Anwar

Drama One Cent Thief 2 Lakonan Syafiq Kyle Azira Shafinaz

I Bought A Toy Like Vape Online Mp Tells Dewan Chamber

Unlocking Savings Expert Tips For Finding Discounted Cigarettes In Australia

Kips Bay Decorator Show House Dallas 2024 An Exquisite Showcase Of Design

India Secebis Kenangan Di India Random Photos

Anwar Slams Hypocritical Criticism Over His Response To Najib S Apology

A Sucker Punch For Rm1 000 What S The Value Of Dignity In Malaysia


echo '';
Biodata Terkini Penyanyi Illa Sabry Peserta Gegar Vaganza 2024 Musim 11 GV11

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Senyawa iQIYI Malaysia

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Project Projek Exit Astro Originals

Pelajari Asal Usul Nama Makhluk Seram Kisah Fiksyen Barat Yang Terkenal

10 Fakta Filem Kahar Kapla High Council Yang Ramai Tak Tahu Prekuel Drama Project Projek High Council


Realiti Bila Ada Anak Kecil

Love Please Don T Let Me Go Angelina Jordan

Konsep Wadiah Pengertian Hukum Dan Rukun Dalam Perspektif Syariah

Sayonara Iza Arina

Build A Strong Team For A Startups

Simple Menu Untuk Dinner