Kalau Pasangan Anda Ada 7 Tanda Ini Sahlah Dia Dah Bersedia Nak Kahwin
Kalau Pasangan Anda Ada 7 Tanda Ini, Sahlah Dia Dah Bersedia Nak Kahwin. Sebelum anda benar-benar yakin sama ada anda sudah bersedia untuk berkahwin atau tidak, perhatikan tujuh tanda-tanda ini. Jika anda mempunyai tanda-tanda ini, maknanya anda dan pasangan sudah bersedia untuk berkahwin.
Hari-hari yang dilalui setelah berumah tangga bukanlah satu perihal yang mudah. Namun jika anda dan pasangan dapat melaluinya dengan penuh kerjasama, pasti akan menjadikan lebih mudah.
1. Boleh terima kisah silam pasangan
Setiap orang ada kisah silam tersendiri. Jika anda mahupun pasangan sudah boleh menerima kisah silam masing-masing, maknanya anda berdua sudah bersedia untuk menjalinkan hubungan yang lebih serius.
2. Yakin untuk hidup bersama pasangan
Sikap hormat-menghormati antara suami isteri amat penting dalam mengekalkan keharmonian rumah tangga. Apabila anda yakin untuk berkongsi pelbagai perkara dengan pasangan malah boleh menerima perbezaan masing-masing itu tandanya anda sudah bersedia dan yakin untuk hidup bersama dengannya.
3. Minat baca & share perihal perkahwinan
Kalau sebelum ini, mungkin anda langsung tak kisah apa sahaja tentang perihal kahwin. Tapi kalau tiba-tiba anda berminat nak membaca tentang proses nak kahwin, share tentang tip kahwin dengan pasangan atau mungkin rajin tengok video-video kahwin, itu tandanya anda dah bersedia untuk berkahwin. Secara tidak langsung, ia memberi aura buat anda dan pasangan rasa teruja untuk melangsungkan perkahwinan seperti mereka.
4. Bersungguh-sungguh mendoakan tentang jodoh
Orang yang sudah bersedia untuk berumah tangga pastinya akan mendoa secara bersungguh-sungguh tentang jodohnya dengan pasangan. Malah dalam doa anda itu, anda mengharapkan agar hubungan anda dengan pasangan dipermudahkan dan disatukan dengan segera.
5. Mula simpan duit untuk kahwin
Kalau belum bersedia nak berkahwin, selalunya memang sukar untuk anda membuat simpanan bulanan khusus untuk kahwin. Tapi kalau tiba-tiba anda sudah memasang niat untuk mengasingkan duit bulanan khusus untuk tabung kahwin, sah la anda dah bersedia.
6. Sudah memikirkan tentang masa
Cuba tengok perkara apa yang anda dan pasangan bualkan saat berjumpa? Kalau masing-masing sering membincangkan tentang perihal masa depan seperti perancangan untuk bertunang, tarikh kahwin, nak jumpa orang tua pasangan, tentang rumah baharu dan lain-lain, maknanya anda berdua sudah bersedia untuk disatukan.
7. Berani bercakap soal kahwin
Biasanya ramai yang akan gugup nak memulakan cerita perihal kahwin dengan ibu bapa. Ini kerana bercakap tentang kahwin dengan ibu bapa memerlukan anda bersedia untuk mendengar apa jua respons yang bakal orang tua anda katakan. Pastikan anda sudah bersedia dengan sumber kewangan yang mencukupi berserta lain-lain perkara penting sebelum bergelar suami atau isteri agar ibu bapa merestui niat murni anda itu.
Tundukkan Pandangan Anda Untuk Elak Zina
Menundukkan pandangan amatlah penting kerana memandang merupakan jalan pertama kepada berlakunya kemungkaran lain seperti zina. Pandangan yang dibolehkan jika secara tidak sengaja terpandang, maka itu tidak mengapa.
Menjaga Pandangan
Namun jangan pula pandangan itu diteruskan untuk sekian lama. Apabila sedar dan teringat, teruslah menundukkan pandangan.
Inilah pesanan Rasulullah shallallahu ‘alaihi wasallam kepada Ali bin Abi Thalib radhiallahu ‘anh: Wahai Ali, janganlah kamu ikuti pandangan yang pertama dengan pandangan berikutnya, kerana yang pertama untukmu dan yang kedua bukan lagi untukmu. [Shahih Sunan al-Tirmizi, no: 2701/2777]
Jabir bin Abdullah radhiallahu ‘anh berkata: Aku bertanya kepada Rasulullah shallallahu ‘alaihi wasallam mengenai penglihatan yang tidak disengajakan (terhadap sesuatu yang dilarang). Maka baginda memerintahkanku supaya memalingkan penglihatanku. [Shahih Muslim, no: 4018/2159]
Nasihat Kepada Pasangan Yang Sudah Bertunang
Pertunangan hanyalah sekadar janji untuk bernikah pada tarikh yang dipersetujui dan bukanlah tiket yang menghalalkan sesuatu yang haram serta ditegah agama seperti berdua-duaan, berpegangan tangan, berbual-bual melalui telefon, menyimpan gambar pasangan dan menjadikan gambar tersebut sebagai wallpaper di komputer, tablet dan telefon. Pertunangan juga tidak mengizinkan pasangan saling memandang di antara satu lain.
Jika berjumpa untuk sesuatu urusan penting, perjumpaan mesti ditemani oleh mahram dan tidak boleh berpandangan di antara satu sama lain. Jika terpandang, hendaklah segera menundukkan pandangan atau mengalihkan wajah. Pengecualian hanyalah pada saat saling berkenalan, di mana dianjurkan untuk masing-masing melihat wajah pasangan yang dia sedang berkenalan itu, sekadar yang perlu.
Ini berdasarkan hadis Rasulullah shallallahu ‘alaihi wasallam:
“Apabila salah seorang dari kalian melamar wanita, maka selagi dia boleh melihat apa yang dapat mendorongnya untuk menikahinya, maka lakukanlah ia.” [Shahih Sunan Abu Daud, no:1783/2082]
Nasihat Kepada Suami Dan Isteri
Secara umumnya hendaklah menundukkan pandangan kecuali di antara suami dan isteri. Apabila sudah bernikah, suami hendaklah kerap memandang wajah isteri dan isteri hendaklah kerap memandang wajah suami.Kekerapan ini bukan sekadar pada tahun-tahun awal perkahwinan, tetapi memanjang sehingga ke akhir hayat.
Apabila bercakap, pandanglah muka pasangan. Apabila menegur, pandanglah muka pasangan. Apabila mononton TV, sekali sekala pandanglah muka pasangan. Bahkan apabila kebosanan, pandanglah muka pasangan.
Adapun selain wajah pasangan masing-masing, maka hendaklah tetap menundukkan pandangan. Ada sebahagian orang yang menganggap dirinya selamat daripada fitnah memandang jika dia sudah berkahwin. Apa yang benar ialah sebaliknya, fitnah memandang adalah lebih besar sesudah berkahwin.
Ini kerana pandangan akan menyebabkan dirinya tertarik kepada seseorang lain sehingga mula merasa bosan terhadap pasangan sendiri. Ini berlanjutan sehingga tidak lagi melakukan hubungan seks dengan pasangan, sebaliknya melakukan onani (masturbation) semata-mata dengan gambar di majalah.
Sumber: Pesona Pengantin
The post Kalau Pasangan Anda Ada 7 Tanda Ini, Sahlah Dia Dah Bersedia Nak Kahwin appeared first on .
Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :
https://www.apakes.com/kalau-pasangan-anda-ada-7-tanda-ini-sahlah-dia-dah-bersedia-nak-kahwin/