Kalau Nak Saman Boleh Tapi Saya Percaya Pada Takdir Kisah Ini Dikongsi Untuk Beri Peringatan Buat Semua



"KALAU NAK SAMAN BOLEH.... TAPI SAYA PERCAYA PADA TAKDIR.." - Kisah Ini Dikongsi Untuk Beri Peringatan Buat Semua...  & bukannya menghentam mana mana pihak. Nama hospital tidak akan didedahkan sama sekali). 

. agar setiap wanita bersedia berdepan pelbagai kebarangkalian ketika di labour room nanti. Nama hospital tidak akan didedahkan sama sekali bertujuan menjaga nama baik
Ibu mana yang tak sedih bila anak dari kantung rahimnya disahkan meninggal disebabkan kecuaian orang lain.....
Buat ibu ibu lain, tolonglah ambil tahu apa yang ibu ibu akan lalui masa dalam labour room nanti.....
Walaupun Muhammad anak kedua saya... tapi rasa pedih hati ini sakit sekali.... Allah...
"KALAU NAK SAMAN BOLEH.... TAPI SAYA PERCAYA PADA TAKDIR.." - Kisah Ini Dikongsi Untuk Beri Peringatan Buat Semua... 

Pada 22 Disember 2016 saya pecah air ketuban.. iaitu salah satu tanda kelahiran anak saya & dan saya tahu dalam masa 24 jam ini saya perlu melahirkannya.
.
.
So saya dan suami pun bersiap untuk ke hospital. Excited suami saya masa tu.... dia siapkan makanan untuk saya supaya cukup tenaga masa nak lahirkan anak kami nanti.
.
.
Kami ke hospital dengan happynya. Tak sabar nak bagi adik untuk Rizqi Mukhriz...
.
.
Selang 5 minit kemudian..... episod sedih ini bermula......
.
.
Allahurabbi.... saya harap kisah ini tidak terjadi kepada sesiapa...
.
.
Masuk saja bahagian labour room saya dimarah doctor.
.
.
"Kenapa awak datang hospital... awak tak turun tanda lagi kan!" - doctor. Sambil saya diketawakan....
.
.
Saya beritahu doktor saya dah rasa ada air keluar dari kemaluan saya... tapi ia sedikit dan saya dapat rasa itu air ketuban.
.
.
Ketika tu saya sakit sangat... contraction menyerang setiap 20 minit... tapi doctor disitu tak endahkan saya malah biarkan tanpa buat CTG walhal lagi beberapa minit lagi insyaALLAH saya dah boleh lahirkan anak.
.
.
Saya diminta bermalam di bilik menunggu. Bayangkan... ketika itu saya sepatutnya sudah masuk labour room.. tapi saya dibiarkan disitu. Saya patuh cakap doctor juga sebab saya percaya mereka lagi arif dalam semua ni.
.
.
Pada keesokan harinya... 23 Disember.... sebelum subuh saya perasan ada cecair bewarna hijau keluar dari kemaluan saya, Allah.... anak saya dah membuang ka ni?
.
.
Lepas saya beritahu kepada doctor, saya cepat cepat dibawa ke labour room... Kali ini sakitnya lain sekali.... Saya menjerit disitu meminta doctor lakukan sesuatu sebab sakitnya lain macam...
.
.
Saya ingatkan nurse disitu faham saya dan cakap baik baik menenangkan saya seperti nurse yang sambut anak pertama saya dulu... rupanya lain...
.
.
"'Mana ada orang beranak tak sakit puan!"
.
.
Ya Allah... kejamnya mereka ini... hati saya bertambah sedih & down ketika tiada siapa yang memahami keadaan saya ketika itu.
.
.
"HEI!!! kenapa biar ibu ni macam ni... dia dah nampak pucat dah ni.... Siapa yang uruskan ibu ini??! "
.
.
Tiba tiba muncul doctor Yusrina yang sangat baik, memarahi semua doctor dan nurse disitu kerana membiarkan saya.
.
.
Doctor Yusrina memberi arahan kepada nurse lain dan datang kepada saya mengusap dahi & rambut & menenangkan saya.....
.
.
"sabar ya puan... saya faham puan... puan istighfar ya... saya ada di sebelah puan.... saya datang nak tolong puan"
.
.
Dalam keadaan terlalu lemah... seperti nyawa ditarik... saya pegang tudung doctor Yusrina dan mohon dia selamatkan anak saya.....
.
.
Walaupun doctor Yusrina tak bertugas pun masa tu tapi dia nak sangat tolong saya.. Allah.. baiknya malaikat bertopeng manusia ini..
.
.
Walaupun mata saya hanya mampu pejam ketika itu tapi saya dapat rasa doctor yang datang seperti malaikat itu datang menyelamatkan saya dan keadaan.
.
.
Ketika itu dah 8cm... nurse minta saya teran & ketika itulah saya rasa 3 pergerakan terakhir Muhammad dalam rahim saya...
.
.
Selepas melahirkan Muhammad... Muhammad tak dapat bernafas selama 1 minit dan doctor bawa pergi anak mummy....
.
.
Ketika itu.... saya dalam keadaan tak sedar....
Anak mummy dibawa ke NICU kerana oksigen tidak sampai ke otak dan kerap berdepan sawan.
.
.
Selepas sedar doctor pula sahkan saya mengalami 90% kerosakan pada rahim.
.
.
Ya ALLAH ujian apakah ini.. semalam ketika ini... kami gembira sekali menanti Muhammad... tak sangka hari ini Muhammad terpaksa dimasukkan ke NICU.
.
.
Pada 25/12/2016, ketika saya melawat Muhammad saya dapat rasakan yang Muhammad terlalu sakit.
.
.
Saya usap ubun ubun Muhammad.... saya berdoa... dan berzikir dan berpesan kepada anak saya ini,....
.
.
"Andai anak mummy MUHAMMAD siksa di dunia ni sayang...pergi la sayang.... ibu redha....."
.
.
Berulang kali juga saya memohon agar ALLAH sembuhkan anak saya dan panjangkan usianya......
.
.
Pada jam 9 malam.... seorang nurse memanggil saya ke NICU.
.
.
Bertambah lemah diri saya yang sedia lemah... saya dapat rasa sesuatu terjadi kepada Muhammad.... namun saya cuba untuk kuat....
.
.
Luluh jantung saya...
.
.
Muhammad dah kembali kepada ALLAH.......Anak mummy.... jantung mummy.... anak yang bermain dan bersama mummy sepanjang 9 bulan...... kini anak mummy dah pergi......
.
.
Saya tenung wajah anak saya...... saya cium dan bau sedalamnya bau anak saya.... saya sentuh jarinyanya... saya kucup pipinya berulang kali... saya usap ubun ubunnya.... saya dakapnya erat.... Allahuakhbar... cukup sempurna anak mummy ni.....
.
.
Demi Allah sekuat manapun saya... saya memang tak mampu menahan sebak... saya menangis disitu dan cium anak saya berulang kali....
.
.
Mummy tak sempat pun beri setitik susu mummy pada Muhammad... kalaulah sempat mesti Muhammad lagi sihat kan sayang...
.
.
Mummy takkan lupa anak mummy yang comel ni... mummy sayang Muhammad.
.
.
Sayu perkarangan rumah kami.... lebih sayu lagi hati setiap keluarga kami.....
.
.
Abangnya Rizqi seolah olah faham apa yang terjadi membuatkan semua sebak...
.
.
"Adik abang Muhammad ni pakai kain putih ni nak pegi syurga ke Muhammad... ala... macam mana nak abang nak main main dengan adik abang ni? Takpelah.... adik pegi syurga ye...."
.
.
Berlinangan air mata kami.....
.
.
Penantian 9 bulan diakhiri dengan ujian ini...
.
.
Selesai proses pengkebumian... ramai sedara yang minta kami saman pihak hospital.
.
.
Walaupun ketika itu luluh hati saya kerana kehilangan anak disebabkan layanan seorang doctor dan beberapa nurse yang ambil lewa kesakitan saya... namun saya bersyukur ALLAH beri fikiran yang baik untuk saya ketika itu.
.
.
Saya jelaskan kepada semua yang minta saya menuntut keadilan bahawa.... doktor adalah malaikat bertopeng manusia yang datang menyelamatkan kita. Ya.. walaupun ada yang tidak baik.. yang sengaja berlaku 'kejam' dengan kita... namun ramai yang terlalu baik buat saya & kita semua...
.
.
Disebabkan itu walaupun saya rasa sedih dengan kejadian ni sebab melibatkan anak saya sendiri... tapi saya perlu akur mereka juga manusia sama seperti kita.
.
.
Doa saya agar tidak ada lagi doctor & nurse seperti itu.
.
.
Takdir & ketentuan itu milik ALLAH.... semua ini hak & milikNYA... siapa kita nak terus salahkan orang lain. Saya redha.
.
.
Kalau saya fikirkan semua ini, Muhammad tetap tak akan kembali lagi. Dia dah pun sampai kepada syurga yang abadi,
.
.
Pesan saya kepada anda, tolonglah pelajari ilmu kehamilan... kalau anda tahu itu adalah air ketuban, tahu prosedur melahirkan anak... dan tahu jelaskannya nescara doctor akan lebih faham.
.
🔴 Pesan saya buat #doctor & #nurse :
Tolonglah doctor... tolonglah nurse... ketika kami sakit kami tak tahu apa yang patut kami lakukan. Kami serahkan segalanya kepada ALLAH dan rawatan kalian..... tapi saya mohon janganlah downkan & sindir kami sehingga kami rasa terlalu terabai ketika kami perlukan bantuan.
.
.
Tolonglah doctor... tolonglah nurse.... cakaplah baik baik dengan kami. Sesungguhnya ilmu kami tidak setanding kalian... kami benar benar hormati ilmu & kehebatan yang ada pada kalian. Tolonglah hormati kami juga.
.
🔴 Pesan saya buat #semua :
Biarpun adakalanya kita berdepan semua ini disebabkan orang lain dan terasa sakit itu pedih sekali... tapi janganlah lupa apa yang terjadi ini disebabkan ketentuan yang Maha Esa.
Saya percaya... ALLAH jemput Muhammad mungkin disebabkan ALLAH taknak Muhammad berdepan kesakitan yang lebih teruk jika dia ada bersama kami ketika ini.
Damailah dikau di sana anak syurgaku. Mummy sayang anak mummy. Mummy tak putus doa untuk Muhammad. Mummy tak putus melawat anak mummy. Mummy rindu sangat bau syurga anak mummy ni....... bermain mainlah dikau di sana anakku Muhammad.........
COPYRIGHT@Nazira Nazir buat 9bulan10hari saja. Tak dibenarkan copy paste!
-----------------------------------------------------------------
Allah.... dalam banyak banyak kes yang saya handle... ni adalah luahan hati seorang ibu yang terlalu kuat walaupun dia lemah.
.
.
Noor Azieyani Haeruddin hubungi saya (penulis buku 9bulan10hari - Nazira Nazir) dan maklumkan dia ingin semua pasangan alert dan tak berdepan ujian sepertinya.
.
.
Aziey benar benar ingin kita percaya pada ketentuan ALLAH namun dalam masa yang sama anda tahu sekurang kurangnya sedikit ilmu kehamilan agar tidak gelabah ketika di labour room nanti.
.
.
Buat adik Aziey... ketahuilah Muhammad sedang tunggu mummy dia tu untuk bawa masuk syurga. Kak Zira doakan yang baik baik untuk Aziey & family =)
.
.
Semoga Aziey & kita semua didekati dengan doctor2 & nurse2 yang baik insyaALLAH....
.
.
Muhammad..... bermain mainlah dikau di dalam syurga.......... AlFatihah.....



Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://beritaomg.blogspot.com/2017/06/kalau-nak-saman-boleh-tapi-saya-percaya.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Fizo Omar Nak Saman

Fizo Omar Nak Saman

papar berkaitan - pada 2/4/2020 - jumlah : 410 hits
PELAKON Fizo Omar tidak akan teragak agak untuk mengambil tindakan undang undang kepada mereka yang menuduh dirinya meminta bantuan daripada pihak kerajaan Fizo berkata tuduhan yang dilemparkan itu adalah satu fitnah besar hingga mencemarka...
Dr Zulkefly Nak Tunjuk Hebat Selangor Pun Tak Boleh Kawal

Dr Zulkefly Nak Tunjuk Hebat Selangor Pun Tak Boleh Kawal

papar berkaitan - pada 25/3/2020 - jumlah : 299 hits
Kehebatan Dr Zulkefly memang tak dapat disangkal kehebatan dalam menangani covid 19 Semenjak dia mengetuai misi khas tangani Covid 19 di Selangor Dia telah berjaya mencipta rekod dari 92 kes pada tarikh 14 mac dia start operasi terus mencan...
Kalau Boleh Hidup Makan Ikan Kering Jangan Cemburu Orang Yang Nak Makan Daging

Kalau Boleh Hidup Makan Ikan Kering Jangan Cemburu Orang Yang Nak Makan Daging

papar berkaitan - pada 1/4/2020 - jumlah : 475 hits
Masih hangat diperkatakan isu artis meminta dana khusus untuk penggiat seni sepanjang tempoh Perintah Kawalan Pergerakan dijalankan nampaknya perkara itu menjadi semakin panas apabila ianya mencetuskan perbalahan antara netizen dan segelint...
Tak Kisah Bawa Kancil Man Raja Lawak Nak Jual Kereta Bantu Orang Susah

Tak Kisah Bawa Kancil Man Raja Lawak Nak Jual Kereta Bantu Orang Susah

papar berkaitan - pada 2/4/2020 - jumlah : 514 hits
Sejak semalam nama Man Raja lawak seakan meniti di bibir netizen Malaysia Sikap baik hatinya dalam memberi bantuan kepada golongan kurang berkemampuan dalam menghadapi Perintah kawalan Pergerakan ketika ini amat dipuji Mana tidaknya dia san...
Cuti Sekolah Nak Keluar Pun Tak Boleh Ajar Anak Tentang Covid 19 Cuci Tangan Selalu

Cuti Sekolah Nak Keluar Pun Tak Boleh Ajar Anak Tentang Covid 19 Cuci Tangan Selalu

papar berkaitan - pada 21/3/2020 - jumlah : 371 hits
Pada musim cuti sekolah negara kita bergelut dengan penularan COVID 19 Situasi ini sememangnya memberi kesan kepada emosi anak anak kerana mereka menjangkakan untuk bergembira dan keluar bercuti bersama keluarga Sebagai ibu ayah yang bertan...
Farhad Massoud Video Semua Free Nak Lawan Netflix

Farhad Massoud Video Semua Free Nak Lawan Netflix

papar berkaitan - pada 21/3/2020 - jumlah : 264 hits
Video Semua Free Nak Lawan Netflix Fox Corporation telah membeli syarikat mamat ni dengan nilai USD 440 juta pada 17 Mac 2020 Perkenalan Founder dan CEO kepada TubiTv Farhad Massoud TubiTv ini merupakan servis video streaming seperti N
Video Polis Nak Halau Tapi Ini Yang Berlaku

Video Polis Nak Halau Tapi Ini Yang Berlaku

papar berkaitan - pada 30/3/2020 - jumlah : 661 hits
Polis nak halau balik rumah rupa rupanya takde rumah Menurut pengirim mulanya salah seorang Polis peronda menyoal seseorang yang berbaju hijau Asalnya nak marahlahkan sebab kelihatan macam melepak Namun apabila individu berkenaan yang beker...
5 Lagi Mitos Covid 19 Yang Kita Tidak Boleh Percaya 4 Paling Mengarut

5 Lagi Mitos Covid 19 Yang Kita Tidak Boleh Percaya 4 Paling Mengarut

papar berkaitan - pada 30/3/2020 - jumlah : 306 hits
Oleh Ahmad FaridFakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor Untuk mendapatkan lebih banyak info tentang coronavirus di Malaysia sila dapatkannya di sini Gelombang kedua penularan wabak COVID 19
Pas Mocks Madani Gov T After Pmx Loosely Faulted Rushed Flawed Trials Of High Profile Cases Post 2018 Ge

Ismail Sabri Ajak Pemimpin Asean Berucap Dalam Bahasa Melayu Di Sidang Kemuncak 2024 Di Malaysia

Arsenal Selesa Tewaskan Crystal Palace Kali Kedua

Sah Kes Najib Razak Cacat

Icac Found No Case Rahman Dahlan Defends Musa S Appointment

Slot Qris Explained The Key To Faster And Safer Gaming Transactions

Tenure Of Sabah Sarawak S Top Judge Extended Says Source

Rahsia Kawal Gula Dalam Darah Supaya Tak Melompat Lompat Lagi


echo '';
Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 5 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

10 Filem Drama Seram Melayu Berhantu Terbaru 2024 2025 Mesti Tonton

One In A Million 2024 Senarai Peserta Juri Format Pemarkahan Hadiah Dan Segala Info Saksikan Live Di TV3 Malaysia Dan Tonton Calpis Soda OIAM

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Cinta Bukan Milik Kita Slot Samarinda TV3

6 Tapak Buangan Produk Manusia Yang Bersaiz Gergasi


Zahid S Loyalty Pledge Strengthening Anwar S Unity Or Weighing It Down For Ge16

Tidur Di Masjid Istimewa Pas Menjelas Kehidupan Saranan

178 House A Contemporary Architectural Marvel In Jalisco Mexico

18 Indonesian Cops Held For Alleged Extortion Of Malaysians At Concert

Jkr To Repair Four Sinkholes On Lojing Gua Musang Road

Umno Ns Harap Bahagi Kerusi Dun Sama Rata Untuk Pru