Kalau Najib Tak Ke Penjara Rakyat Tuntut Ke Jalanraya


 


Terkini! Najib semakin berani, tidak hadir lagi ke mahkamah tanpa alasan kukuhDecember 7, 2021 Mahkamah Rayuan pagi ini dengan tegas mengingatkan bekas perdana menteri Najib Razak bahawa mahkamah bukan kedai kopi.
Panel hakim yang dipengerusikan Abdul Karim Abdul Jalil, menegur peguam bela Harvinder Singh Sidhu dan seorang penjamin yang hadir pada prosiding hari ini.
Memetik Malaysiakini, panel itu memberi reaksi kepada penjelasan peguam mengenai ketidakhadiran Najib pada prosiding jenayah hari ini kerana didakwa mempunyai kontak rapat dengan individu positif Covid-19.
Harvinder hari ini meminta pendengaran yang dijadualkan hari ini berhubung permohonan Najib untuk mengemukakan bukti baru dalam kes rayuan SRC International Sdn Bhd ditangguhkan.
Apabila penjamin, Faizal Shamsuddin tidak dapat menjawab soalan panel hakim mengenai ketiadaan Najib, Abdul Karim mengingatkannya dan peguam bahawa perlu lebih banyak bukti lagi untuk menyokong ketidakhadiran Najib di mahkamah hari ini.
Hakim menegaskan bahawa sebagai penjamin ia merupakan satu tanggungjawab yang berat kerana dia mesti berusaha untuk sentiasa mengetahui keberadaan tertuduh dan memastikan kehadiran tertuduh di mahkamah.

“Tarikh perbicaraan hari ini telah pun dimaklumkan, dan penjamin telah dimaklumkan.
“Kita boleh membatalkan jaminan (RM2 juta) dan keluarkan waran tangkap atas ketidakhadiran Najib hari ini.
“Anda sendiri (penjamin) tidak tahu Najib tiada di sini. Anda hanya meneka.
“Ini bukan kedai kopi, ini mahkamah, jangan main teka-teka sahaja,” kata Abdul Karim dengan tegas.
Hakim Mahkamah Rayuan juga menegur pasukan peguam kerana hanya seorang penjamin, Faizal, hadir hari ini manakala seorang lagi penjamin, Alias ​​Yahya, masih dalam perjalanan.
Dia mengingatkan Harvinder bahawa lebih banyak bukti konkrit diperlukan berbanding penjelasan lisan bagi menyokong alasan ketidakhadiran Najib.
Bukan sahaja Najib, malah peguam bela utamanya Muhammad Shafee Abdullah dan sebahagian besar pasukan peguam tidak hadir hari ini kerana didakwa mempunyai kontak biasa dan kontak rapat dengan individu positif Covid-19.
“Ini adalah mahkamah. Ia bukan sekadar ‘air liur’ dan bercakap semata-mata. Kita perlukan bukti fakta (dakwaan kontak rapat Najib dengan individu positif Covid-19),” kata Abdul Karim.
Apabila Harvinder cuba memohon pendengaran hari ini dilapangkan ke tarikh lain, Abdul Karim mempersoalkan sama ada ia adalah taktik untuk melapangkan tarikh keputusan yang dijadualkan esok berhubung rayuan Najib dalam kes penyelewengan SRC.
Abdul Karim berkata permohonan untuk mengemukakan bukti baru telah difailkan minggu lepas, iaitu hanya beberapa hari sebelum tarikh keputusan esok dalam rayuan Najib untuk membatalkan sabitan dan hukuman bagi kes SRC.
Hakim juga menegaskan bahawa mahkamah diberi kuasa di bawah Akta Mahkamah Kehakiman untuk mengarahkan sebarang prosiding jenayah dijalankan secara dalam talian.
“Kita berada dalam era teknologi (atas talian) dan terdapat banyak amalan berkaitan,” katanya, sambil menambah peguam kini malah boleh menjalankan prosiding secara zoom tanpa memasuki pejabat firma guaman.
Timbalan Ketua Pendakwa Raya, V Sithambaram, yang mewakili pihak pendakwaan hari ini, bersetuju dengan pendapat panel hakim.
Dia berkata kebenaran menangguhkan prosiding hari ini menimbulkan risiko ia menjadi alasan biasa untuk digunakan tertuduh lain dalam kes yang berbeza.
“Adalah satu trend jika kes ini hari ini dibenarkan ditangguhkan kerana ada yang mengatakan dia mendapat Covid-19.
“Ia akan menyebabkan orang lain menyebut ini sebagai alasan untuk penangguhan,” kata Sithambaram.
Panel itu kemudian menolak permohonan peguam untuk menangguhkan perbicaraan bagi permohonan bukti baru hari ini, dan mengarahkan perbicaraan disambung semula pada pukul 12.30 tengah hari ini melalui zoom.
Abdul Karim juga mengingatkan pasukan pembelaan bahawa tarikh keputusan esok untuk rayuan Najib dalam kes SRC belum dilapangkan dan masih diteruskan, sementara menunggu keputusan permohonan bagi mengemukakan bukti baru.
Mahkamah menetapkan esok bagi membuat keputusan berhubung rayuan Najib untuk membatalkan sabitan hukuman penjara 12 tahun dan denda RM210 juta bagi tujuh pertuduhan yang dikaitkan dengan kes rasuah SRC.


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://wrlr.blogspot.com/2021/12/kalau-najib-tak-ke-penjara-rakyat.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Kenapa Tak Hantar Najib Terus Ke Penjara Hassan Karim

Kenapa Tak Hantar Najib Terus Ke Penjara Hassan Karim

papar berkaitan - pada 8/12/2021 - jumlah : 355 hits
satuberita myBy December 8 2021 Ahli parlimen Pasir Gudang Hassan Abdul Karim Foto MalaysiaKiniAHLI Parlimen Parti Keadilan Rakyat Hassan Abdul Karim mempertikaikan keputusan Mahkamah Rayuan yang menangguhkan hukuman penjara dan denda terha...
Tidak Bolehkah Najib Dimasukkan Ke Penjara Sepanjang Rayuan

Tidak Bolehkah Najib Dimasukkan Ke Penjara Sepanjang Rayuan

papar berkaitan - pada 9/12/2021 - jumlah : 424 hits
Keputusan Mahkamah Rayuan semalam mengekalkan sabitan terhadap bekas Perdana Menteri dan Menteri Kewangan Najib Razak menimbulkan persoalan yang berlanjutan Timbul kritikan rakyat mengapakah Najib tidak segera dihantar ke penjara kerana pek...
Najib Kekal Didapati Bersalah Hukuman Penjara Kekal

Najib Kekal Didapati Bersalah Hukuman Penjara Kekal

papar berkaitan - pada 8/12/2021 - jumlah : 245 hits
AGENDA DAILY Datuk Seri Najib Razak kekal didapati bersalah dalam kes SRC Datuk Seri Najib Razak kekal didapati bersalah bersabit kes pertuduhan penyelewengan dana RM42 juta milik SRC International Sdn Bhd selepas rayuannya ditolak pagi ini...
Najib Razak Menghitung Hari Untuk Digari Dan Dihumban Ke Penjara

Najib Razak Menghitung Hari Untuk Digari Dan Dihumban Ke Penjara

papar berkaitan - pada 9/12/2021 - jumlah : 343 hits
HARI ini hari KEMENANGAN untuk RAKYAT Malaysia Seperti yang kita sedia maklum Mahkamah Rayuan mengekalkan keputusan Mahkamah Tinggi untuk MEMENJARAKAN Najib atas pelbagai tuduhan Proses berikutnya ialah rayuan di Mahkamah Persekutuan Kita b...
Pm10 Rakyat Tak Sabar Najib Jangan Minta Tangguh

Pm10 Rakyat Tak Sabar Najib Jangan Minta Tangguh

papar berkaitan - pada 24/11/2021 - jumlah : 338 hits
GST dan makan semula kangkong kerana harga sayur naik perlu dilaksana semula KUALA LUMPUR Nov 24 The Court of Appeal has rejected an application by Datuk Seri Najib Razak to reschedule the decision date for his conviction and sentencing fro...
Buang Masa Najib Wajar Cabar Diri Sendiri Masuk Penjara

Buang Masa Najib Wajar Cabar Diri Sendiri Masuk Penjara

papar berkaitan - pada 8/12/2021 - jumlah : 364 hits
Buang MASA merayu dah buat sumpah penyokong pun dah tahu Sekarang Masa TUNJUKAN kepada penyokong mental Tak koyak JIWA kental berjuang untuk rakyat sanggup masuk penjara mcm Anwar Lepas seminggu di penjara boleh mohon pengampunan
Mahkamah Rayuan Tangguh Hantar Najib Ke Penjara Bayar Denda

Mahkamah Rayuan Tangguh Hantar Najib Ke Penjara Bayar Denda

papar berkaitan - pada 8/12/2021 - jumlah : 246 hits
Mahkamah Rayuan hari ini membenarkan permohonan bekas Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak bagi menangguhkan pelaksanaan hukuman penjara 12 tahun dan denda RM210 juta Panel tiga Hakim Mahkamah Rayuan diketuai Datuk Abdul Karim Abdul Jalil...
Rakyat Thailand Tolak Halalkan Kasino

Rakyat Thailand Tolak Halalkan Kasino

papar berkaitan - pada 14/12/2021 - jumlah : 231 hits
BANGKOK Lebih 40 peratus rakyat Thailand menolak kasino perjudian dihalalkan mengikut undang undang kerana beranggapan sektor itu hanya menyebabkan masyarakat di negara ini terjebak dengan lebih banyak masalah Berdasarkan kaji selidik yang ...
Polis Siasat Dakwaan Vokalis Skinhead Diserang Dipukul

Khaled In Turin To Inspect Work On Maritime Aircraft

Advice To Senior Citizens

Zahid Says Umno S Partnership In Unity Government Is About Stability Not Submission To Dap

Why Is Helping Others Important Why Should We Be Generous

Elephant Mothers Form Strong Emotional Bonds With Calves

Aplikasi Info Gempa Bumi Dunia

Kru Dan Icon Entertainment Lakar Sejarah Terima 2 Pengiktirafan Dari The Malaysia Book Of Records


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


Proses Blog Recovery Www Siinurul Com

Resepi Ikan Bakar Terpaling Sedap Simple Lazat

Catatan Hujung Minggu 10 11 Mei 2025

Wan Dy Sayang Hanya Mainan Chord

Eur Usd 12 Mei Konflik Ukraine Mungkin Dapat Diselesaikan

Milwaukee Gorilla Wrestling An Old Harley Through The Alabama Thicket