Kalau Menang Tak Ambil Gaji Pm Gaji Menteri Turun Banyak Anwar






Pakatan Harapan (PH) akan memperkenalkan polisi berjimat cermat yang ekstrem sekiranya terpilih sebagai kerajaan selepas 19 November ini.





Hal itu diumumkan oleh Pengerusi PH, Datuk Seri Anwar Ibrahim dalam ceramah di majlis pengumuman calon di Taman Kosas, Ampang, malam tadi.





Katanya, sekiranya beliau diangkat sebagai Perdana Menteri (PM) ke 10 maka beliau tidak akan mengambil gaji sebagai PM.





"Saya umumkan, InshaAllah (jika) saya jadi PM saya mula dengan tak usah ambil gaji PM. Elaun parlimen cukup, tak payah ambil gaji PM.





"Menteri jumlahnya akan jauh lebih kecil dan jumlahnya turun banyak.





"Memang betul itu (penjimatan) tidak besar tetapi pemimpin kena jadi contoh. Kalau pemimpin (seperti amalan waktu ini), bila saya jadi Menteri, menantu punya syarikat naik. Jadi kita kena beri contoh itu, ada kemungkinan kita buat perubahan.





"Bukan baju batik atau baju Melayu atau songkok tinggi, serban (yang tentukan kewibawaan), tetapi elaun besar sapu juga. Menteri paling banyak di dunia. Duta khas lagi, penasihat ekonomi lagi.





"Kot nak rasa malu, aku ni bercakap soal berjuang, Allahuakbar, Ketuanan Melayu. Kot la nak rasa malu aku ambil gaji buta. Jawabnya tak ada.





"Jadi jawabnya buang saja," katanya.





Bagi yang dipilih sebagai calon, Anwar berkata, tanggungjawab yang digalas mereka berat dan perlu bekerja kuat untuk menang dan membela rakyat keluar daripada penindasan kezaliman BN - PN.





"Ada yang anggap bila jadi calon semua disediakan, wang ringgit disediakan, ini bukan Umno atau Bersatu. Jadi parti rakyat dari jalanan. Yang tak dapat apa apa.





"Tetapi semangat dan daya juang kita boleh merobah peta politik negara ini.





"Tanggungjawab ini bukan keistimewaan. Tabik hormat kepada pimpinan Cabang dan Ranting yang telah bekerja selama puluhan tahun. Kalau mereka tersinggung mohon maaf kepada mereka. Tarik perhatian mereka. Guna jentera yang ada, kalau tambah boleh tetapi jangan guna jentera luar, nanti tersinggung mereka," katanya.





Anwar juga mengucapkan penghargaan kepada Jabatan Pilihan Raya Pusat (JPRP) yang bertungkus lumus dalam proses pemilihan calon.





Beliau berharap usaha keras JPRP akan membuahkan hasil dengan kemenangan gilang gemilang KEADILAN pada 19 November ini.





"Saya ucap terima kasih kepada pasukan JPRP. Kita lalui banyak pilihan raya, saya nak bagi tahu, persiapan JPRP untuk pilihan raya 2022 adalah terbaik dalam sejarah KEADILAN.





"Sekarang ini nak terjemah kemenangan. Semua trend ke arah itu. Kita boleh. Saya yakin kalau rakyat sedar dan punyai tekad, inshaAllah pada 20 November kita tubuh kerajaan yang menempah satu sejarah baru di Malaysia," katanya lagi.

 



 


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://wrlr.blogspot.com/2022/10/kalau-menang-tak-ambil-gaji-pm-gaji.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Mb Ns Yakin Anwar Menang Di Tambun Kuasai Perak

Mb Ns Yakin Anwar Menang Di Tambun Kuasai Perak

papar berkaitan - pada 24/10/2022 - jumlah : 271 hits
MB NS yakin Anwar menang di Tambun kuasai PerakPosted By on October 24 2022Jasa mantan Ahli Parlimen Port Dickson Datuk Seri Anwar Ibrahim akan dikenang selamanya oleh para pengundi dan akan dibekalkan doa untuk bertarung di medan baharu pa...
3 Tahun Jadi Menteri Bumn Erick Thohir Masih Banyak Pekerjaan Dalam Daftar Tunggu

3 Tahun Jadi Menteri Bumn Erick Thohir Masih Banyak Pekerjaan Dalam Daftar Tunggu

papar berkaitan - pada 24/10/2022 - jumlah : 212 hits
Menteri Badan Usaha Milik Negara Erick Thohir membagikan cuplikan video dalam rangka memperingati tiga tahun dirinya menduduki kursi orang nomor satu di Kementerian BUMN Menurutnya masih banyak pekerjaan masuk dalam daftar tunggu khususnya ...
Ph Tawarkan Kenaikan Gaji Dengan Campurtangan Kerajaan Jika Menang Pru 15

Ph Tawarkan Kenaikan Gaji Dengan Campurtangan Kerajaan Jika Menang Pru 15

papar berkaitan - pada 1/11/2022 - jumlah : 397 hits
Kenaikan gaji menjadi isu yang utama dalam kalangan pekerja di negara ini Menurut Timbalan Presiden KEADILAN Rafizi Ramli kenaikan gaji yang seolah olah tepu sejak dua dekad lalu di Malaysia menyebabkan sektor pekerjaan profesional tidak me...
Pru15 Anwar Janji Kurangkan Gaji Bilangan Kabinet Jika Jadi Pm

Pru15 Anwar Janji Kurangkan Gaji Bilangan Kabinet Jika Jadi Pm

papar berkaitan - pada 21/10/2022 - jumlah : 258 hits
bharian com myOleh Oktober 21 2022 Pengerusi PH Datuk Seri Anwar Ibrahim ketika berucap pada Konvensyen PH di Pusat Konvensyen Ipoh Foto NSTP Danial SaadIPOH Pengerusi Pakatan Harapan Datuk Seri Anwar Ibrahim berjanji perkara pertama yang a...
Anwar Ibrahim Lancar Buku Lagi Netizen Persoal Berapa Banyak Buku Kalau Tak Tunai Janji

Anwar Ibrahim Lancar Buku Lagi Netizen Persoal Berapa Banyak Buku Kalau Tak Tunai Janji

papar berkaitan - pada 3/11/2022 - jumlah : 220 hits
Selepas sebulan tampil dengan buku bertajuk Script For A Better Malaysia Pengerusi Pakatan Harapan Datuk Seri Anwar Ibrahim melancarkan karya penulisan Membangun Negara Madani Memetik laporan Selangorkini buku itu sepatutnya menjadi bahan b...
Loke Beri Gambaran Ph Menang Majoriti Mudah Anwar Pm Ke 10

Loke Beri Gambaran Ph Menang Majoriti Mudah Anwar Pm Ke 10

papar berkaitan - pada 21/10/2022 - jumlah : 249 hits
malaysiakini comDengan gendang perang PRU15 sudah dipalu apakah yang mungkin akan berlaku sebulan dari sekarang apabila berakhirnya hari mengundi pada 19 November Berucap dalam Konvensyen PH di Ipoh malam tadi Setiausaha Agung DAP Anthony L...
Jom Bantu Aishah Bagi Pastikan Anwar Jadi Perdana Menteri

Jom Bantu Aishah Bagi Pastikan Anwar Jadi Perdana Menteri

papar berkaitan - pada 2/11/2022 - jumlah : 232 hits
PERHATIAN PENTINGSemalam saya ternampak calon PH untuk kerusi Bagan Serai Aishah Sheikh Ismail menohon dana dari orang ramai untuk membantunya merampas kerusi Bagan Serai Tersendu hati saya dengan rayuan berkenaan Saya sangat memahami akan ...
Ismail Sabri Kekal Calon Perdana Menteri Jika Bn Menang Pru15 Zahid Hamidi

Ismail Sabri Kekal Calon Perdana Menteri Jika Bn Menang Pru15 Zahid Hamidi

papar berkaitan - pada 17/10/2022 - jumlah : 206 hits
The ReporterFoto Borneo Post OnlineMajlis Kerja Tertinggi UMNO dilaporkan telah mencalonkan Ismail Sabri sebagai poster boy calon perdana menteri pada Pilihan Raya Umum Ke 15 ini Ahli MKT UMNO Razlan Rafii berkata keputusan itu telah dibuat...
Musa Hitam Pilih Anwar Sebagai Perdana Menteri

Musa Hitam Pilih Anwar Sebagai Perdana Menteri

papar berkaitan - pada 19/10/2022 - jumlah : 275 hits
ULASAN PAGIBanner pengakuan ikhas Musa BEKAS Timbalan Perdana Menteri Musa Hitam dengan penuh diplomasi menyetujui kalau Anwar Ibrahim dipilih sebagai perdana menteri berbanding dengan dua calon lain Ismail Sabri Yaakob dan Mahiaddin Yassin...
Buasir Otak Tv Tak Buat Latihan Cikgu Bagi Be Like

Plastik Terbiodegradasi Pilihan Mesra Alam Untuk Masa Depan

Drama Mandul Bukan Pilihan

Navigating The Wild How To Use Natural Landmarks For Direction

Rundingan Perdagangan Amerika Syarikat Jepun Buntu Boj Kekal Berdiam Diri

My Life As A Teacher At Smk Ladang Kerilla

Polis Lari Lintang Pukang Dengar Bunyi Letupan

Memalukan Nak Cabar Siapa Ni Aksi Mesra Pempengaruh Bertudung Dan Penyanyi Undang Kritikan Netizen


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


Ba88 4 May Ba88 Top 8 By Derick

Gobaza88 17 Gobaza88 Top 22 By Deidre

Terima Kasih Untuk 13 Juta Pageviews Blog

Sayuran Berkilat Dan Nampak Segar Bila Di Masak

Jemputan Kahwin

Igp Malaysia Risks Becoming Terror Transit Hub As Is Linked Bangladeshis Recruit Migrant Workers Via Social Media