Kalau Mahiaddin Pun Buat Salah Apa Masalah


 
Susulan pendakwaan terhadap Wan Saiful Wan Jan dan dua individu lain berkaitan rasuah Jana Wibawa, terdapat kecenderungan daripada Bersatu untuk terus melompat kepada kesimpulan kononnya sasaran sebenar SPRM ialah Mahiaddin Md Yasin.

Dikatakan Mahiaddin disasarkan bertujuan untuk melemahkan Bersatu dan PN, bukan saja untuk menghadapi PRN di enam negeri tidak lama lagi, bahkan bagi mendepani PRU16 akan datang.

Selain ada pemimpin Bersatu yang secara terbuka membuat dakwaan sebegitu, sebuah video daripada individu yang mengaku dirinya sebagai penyelidik bebas kepada Wan Saiful juga turut membuat tuduhan palsu dalam konteks berkaitan terhadap SPRM.

Penyelidik bebas itu menyebut Wan Saiful ditawarkan RM10 juta oleh SPRM sebagai ganjaran jika bekas Ketua Penerangan Bersatu itu sedia memberi keterangan untuk mengenakan Mahiaddin.

Walaupun sudah memohon maaf, penyelidik itu kini sedang ditahan SPRM dan berdepan kemungkinan didakwa kerana mengganggu siasatan.

Kalau ia pun nak membuat tuduhan sedemikian, logiknya daripada mana SPRM nak dapat duit sebanyak RM10 juta itu?

Isunya dalam hal ini, kenapa Bersatu dan PN begitu cepat melompat kepada kesimpulan bahawa Mahiaddin akan didakwa, sedangkan sebagaimana kenyataan terbaru SPRM, siasatan terhadap bekas Perdana Menteri itu masih lagi berjalan?

Apa yang mereka takutkan?

Lagi pun, apa masalahnya jika Presiden Bersatu dan Pengerusi PN itu benar-benar didakwa?

Tidak bolehkah Mahiaddin didakwa di mahkamah jika terbukti ada kesalahan telah diakukannya?

Apakah Mahiaddin seumpama malaikat yang tiada nafsu dan terkecuali daripada melakukan kesalahan?

Berkaitan perkara ini, semua kita, khususnya penyokong Bersatu dan PN, mereka haruslah bersikap terbuka dan berlapang dada terhadap siasatan yang sedang dijalankan oleh SPRM.

Kalau terbukti ketika memegang jawatan Perdana Menteri sebelum ini, beliau terlibat dalam rasuah, salah guna kuasa atau konflik kepentingan, misalnya mengarahkan projek Jana Wibawa diberikan kepada anak menantu atau ahli keluarganya atau Bersatu ada menerima wang daripada kontraktor-kontraktor yang diluluskan projek itu, maka bersedialah menerima apa saja kemungkinan.

Pendakwaan sebegitu bukan merupakan pendakwaan terpilih atau kerana dendam, tetapi disebabkan ada kesalahan telah dilakukan.

Jika tiada kesalahan ditemui atau bukti tidak mencukupi, percayalah SPRM tidak akan mendakwa Mahiaddin dengan sesuka hati di penghujung siasatan nanti.

Sama macam kes Najib Razak sebelum ini, walaupun beliau adalah bekas Perdana Menteri, sama seperti Mahiaddin, malah anak Tun Razak lagi, tetapi disebabkan ada kesalahan telah dilakukannya, itulah sebabnya beliau didakwa, dibicara di mahkamah dan kini sedang menjalani hukuman di Penjara Kajang.

Jadi, mengambil kira bahawa pendakwaan adalah berasaskan ada kesalahan telah dilakukan, tidak harus ada sebarang masalah atau rasa gundah jika Mahiaddin pun didakwa juga di mahkamah selepas ini.

Tiada salah, tiadalah masalah; buat salah, baru timbul masalah. – ShahbudinHusin 23/02/2023.



 



Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://wrlr.blogspot.com/2023/02/kalau-mahiaddin-pun-buat-salah-apa.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Presiden Rusia Vladimir Putin Bongkar Masalah Utama Rusia Dengan Amerika Serikat

Presiden Rusia Vladimir Putin Bongkar Masalah Utama Rusia Dengan Amerika Serikat

papar berkaitan - pada 28/2/2023 - jumlah : 194 hits
MOSKOW Presiden Rusia Vladimir Putin menegaskan Moskow berusaha menciptakan dunia multipolar daripada yang berpusat di sekitar Amerika Serikat Presiden Rusia Vladimir Putin Foto tassDalam wawancara dengan saluran TV Rossiya 1 pada Minggu di...
Aldila Jelita Mantap Gugat Cerai Indra Bekti Masalah Berulang Jadi Alasan

Aldila Jelita Mantap Gugat Cerai Indra Bekti Masalah Berulang Jadi Alasan

papar berkaitan - pada 28/2/2023 - jumlah : 141 hits
Tak lagi sejalan dan masalah yang terus berulang dalam rumah tangga jadi alasa Aldila mantap berbisah dengan Indra Bekti
Pest Control Malaysia Masalah Anai Anai Cara Menghapuskan

Pest Control Malaysia Masalah Anai Anai Cara Menghapuskan

papar berkaitan - pada 28/2/2023 - jumlah : 273 hits
Punca dan Sebab kena ambil Perkhidmatan Pest Control Malaysia Masalah Anai anai Cara Menghapuskan anai anai masuk rumah Pest Control atau Kawalan Pembasmian Serangga merupakan suatu bidang perkhidmatan yang bertanggungjawab mengendalikan se...
Dikatakan Zul Yahya Jalan Seorang Diri Pukul 4 Pagi Sebab Berdepan Masalah Keluarga Isteri Buka Cerita Sebenarnya

Dikatakan Zul Yahya Jalan Seorang Diri Pukul 4 Pagi Sebab Berdepan Masalah Keluarga Isteri Buka Cerita Sebenarnya

papar berkaitan - pada 27/2/2023 - jumlah : 213 hits
nbsp Sebuah video yang tular memperlihatkan pelakon Zul Yahya berjalan seorang diri dengan kelihatan sedang menghadapi masalah dan ia telah menimbulkan simpati daripada netizen di media sosial Isteri Zul iaitu Siti Raihan Mohd Rodzi telah m...
Terhimpit Masalah Ekonomi Seorang Asn Di Asahan Curi Tabung Gas

Terhimpit Masalah Ekonomi Seorang Asn Di Asahan Curi Tabung Gas

papar berkaitan - pada 25/2/2023 - jumlah : 197 hits
ZP seorang aparatur sipil negara di Kabupaten Asahan Sumatera Utara ditangkap polisi lantaran mencuri lima tabung gas Dia ditangkap usai aksinya terekam CCTV
Cadangan Penyelesaian Masalah Komputer Usang Di Jabatan Kerajaan

Cadangan Penyelesaian Masalah Komputer Usang Di Jabatan Kerajaan

papar berkaitan - pada 25/2/2023 - jumlah : 171 hits
Berita sebegini selalu keluar di dada akhbar Ini satu kejayaan pihak berkuasa dalam membanteras kegiatan judi haram dan pusat hiburan tidak berlesen Pusat sebegini banyak menggunakan komputer sebagai bahan perjudian dan hiburan Apabila kes ...
Saya Ada Masalah Keluarga Haha Luah Sebab Kuat Minum Alkohol

Saya Ada Masalah Keluarga Haha Luah Sebab Kuat Minum Alkohol

papar berkaitan - pada 28/2/2023 - jumlah : 175 hits
Apa yang dilihat di televisyen tak semestinya sama dengan apa yang berlaku dalam kehidupan sebenar ARTIKEL BERKAITAN Menerusi program Oh Eun young Report Marriage Hell Haha berkongsi bahawa dia mungkin berada di peringkat awal penyakit keta...
Zul Yahya Didakwa Ada Masalah Keluarga Jalan Sendirian Dari 4 Pagi

Zul Yahya Didakwa Ada Masalah Keluarga Jalan Sendirian Dari 4 Pagi

papar berkaitan - pada 28/2/2023 - jumlah : 192 hits
Baru baru ini tular video dikongsikan seorang pengguna TikTok memaparkan bekas pelakon Zul Yahya didakwa sedang berdepan dengan masalah dan memerlukan bantuan
Video Dah Berjam2 Aku Naik Tangga Ni Apasal La Tak Sampai Sampai Gelagat Oyen Salah Naik Escalator Cuit Hati Ramai

Video Dah Berjam2 Aku Naik Tangga Ni Apasal La Tak Sampai Sampai Gelagat Oyen Salah Naik Escalator Cuit Hati Ramai

papar berkaitan - pada 12/2/2023 - jumlah : 171 hits
Kebanyakan kucing yang memiliki bulu berwarna oren ini sering kali dikaitkan dengan perangai nak4l Kucing yang ramai memangginya dengan nama Si Oyen memang terkenal dengan perangai nak4l dan panjang akal Kucing yang berbulu warna oren ini m...
Inilah Cerita Bagaimana Pak Lah Bantu Selamatkan Nyawa Anwar

Abaikan Jika Tak Minat

Radiant Concord Wins Court Nod To Sue Dbkl Over Shady Malay Reserve Land Deal

India S Blusmart Caught In Gensol Probe Over Alleged Misuse Of Ev Loans

Ai Tools For Monitoring Terrorist Threats

Klang River Water Level Exceeds Danger Level

Landscape House By Maud Caubet A Contemporary Retreat Amid Forest And Ocean

Raising Accountants How Professional Socialisation Can Empower Them


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


Flower Bouquet Delivery Send Fresh Blooms With Style And Ease

User Acquisition And Retention

Daripada Tebang Musang King Lebih Baik Cari Jalan Lain Kosmo 15 04 2025

Drama Pabila Dia Tersenyum

Renew Domain Untuk 2 Tahun

Resipi Kuih Cara Gula Sedap Buat Guna 2 Cawan Tepung Je