Kalau Lakukan Kesilapan Sama Dua Kali Kekasih Alya Iman
Kekasih kepada pelakon Alya Iman, Ridhwan Rosli akui tidak memandang kepada kisah silam teman wanitanya itu.
Menurut Ridhwan, dia dan Alya telah mengenali antara satu sama lain dengan baik sejak mula bercinta sekitar Jun lalu.
“Kita semua ada masa silam, saya sendiri pun memiliki dua cahaya mata, kalau Alya mahu memandang pada kisah silam saya, mungkin ramai lagi pilihan di luar sana yang dia boleh pilih.
“Paling penting, kami mengenali antara satu sama lain dengan baik, pada mulanya saya mengenali dia atas dasar kerja, dan dia merupakan kawan rapat adik saya.
“Jadi, dari situ proses perkenalan kami berdua menjadi cepat. Alhamdulillah, begitulah kami mengenali hati budi masing-masing sejak beberapa bulan sebelum ini,” katanya kepada Gempak.
Tambah Ridhwan, kontr0versi yang melanda Alya sebelum ini hanyalah satu kesilapan dan terkandung hikmah disebaliknya.
“Bagi saya, perkara yang dah berlaku semua ada hikmahnya, sebagai manusia biasa, kita pasti tak terlepas dari melakukan kesilapan.
“Tetapi kalau kita lakukan kesilapan yang sama dua kali, yang pasti silapnya itu kita lah yang bermasalah.
“Saya percaya, semua kata-kata netizen terhadap Alya sebelum ini adalah berdasarkan persepsi, dan persepsi pula adalah satu perkara yang kita susah untuk kawal.
“Apapun, kalau kita yakin dengan apa yang dibuat itu betul, dan kita jalani kehidupan dengan cara yang betul, Insya-Allah, semua benda akan lebih diberkati dan diredhai oleh Allah SWT,” katanya lagi.
Terdahulu, Alya mend@kwa dirinya sudah mengikat tali pertunangan dengan seorang ahli perniagaan berstatus suami orang.
Kontr0versi semakin panas apabila isteri kepada ahli perniagaan itu tampil memberi kenyataan.
Namun, Alya kini telah meninggalkan kisah silamnya itu dan meneruskan kehidupan dengan pengganti baru.
Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!
Jom Like Page Kami Juga Di Facebook Sinar Viral Press
Sumber: Gempak
via Sinar Viral NetworkBaju Kurung Edisi 2016 ni terlajak laris.
Baju Kanak-Kanak Harga Murah
Jubah raya cantik dan murah !!
Green Hijab memang Ohsem memang cair.
Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :
http://kotakkopek.blogspot.com/2020/09/kalau-lakukan-kesilapan-sama-dua-kali.html