Kalau Keadaan Terus Macam Ni Memang Boleh Mati Keluh Peniaga


“Kami kerja hanya untuk cari makan dan bukan hidup mewah.
“Cukup dapat bayar bil air, elektrik dan sewa rumah tapi ketiadaan pelanggan ketika ini memang sangat memeritkan,” luah seorang pembantu di sebuah butik tudung di Busana@Menara MARA.
Menurut Khairul Anuar Sarip, 48, lanjutan Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) di Kuala Lumpur, Selangor dan Putrajaya sehingga 9 November depan benar-benar membuatkan peniaga ‘mati kutu’.
Jelasnya, rata-rata peniaga di situ bergantung kepada kehadiran pelanggan yang kebanyakannya bekerja di Bangunan MARA serta pejabat yang berhampiran.
“Boleh dikatakan sekarang semua orang hanya bekerja dari rumah jadi siapa yang mahu datang membeli? Memang lah sektor ekonomi dibenarkan beroperasi ketika PKPB tapi pergerakan orang ramai pula terhad untuk ke sini.
“Semalam hanya seorang pelanggan masuk ke butik tapi tak beli apa-apa. Hari ini pun cuma seorang. Macam mana majikan saya dan juga semua peniaga di sini mahu meneruskan kelangsungan operasi? Kami pula sebagai pekerja terpaksa pasrah dengan apa jua situasi yang bakal berlaku selepas ini,” katanya ketika ditemui MalaysiaGazette.
Sementara itu, seorang peniaga makanan, Nur Alana Fitra Halim, 26, berkata, jumlah pelanggan memang sangat berkurangan ketika ini berbanding tempoh Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan (PKPP).
BF0738AC-E637-4F4F-9EC8-1ED3C7A0735F-767×1024
Nur Alana Fitrah Halim
“Perniagaan memang terjejas teruk kerana ketiadaan pengunjung di Jalan Tuanku Abdul Rahman (TAR) sehingga kan saya kehilangan pendapatan harian kira-kira 80 peratus. Peniaga-peniaga kecil di tepi jalan seperti kami memang merasai kesannya secara langsung tapi apa boleh buat ini sahaja cara untuk cari rezeki.
“Kita pun tidak tahu bila wabak Covid-19 bakal reda ditambah pula dengan peningkatan kes positif kebelakangan ini yang amat membimbangkan walaupun kebanyakannya di negeri Sabah dan di dalam penjara. Tapi memang harap sangat lah keadaan dapat pulih seperti sedia kala jadi semua dapat menjalani kehidupan seperti sebelum ini,” ujarnya.
Manakala bagi peniaga apam balik, Ramli Kadir, 54, berkata, ramai rakan-rakannya tidak membuka gerai selepas PKPB diumumkan 14 Oktober lalu kerana tidak dapat menanggung kerugian berterusan.
Tambah Ramli, dia pula tidak punya pilihan lain kerana perniagaan yang diusahakan itu merupakan punca rezeki untuk menanggung isteri dan empat anak.
B0B4E4DA-D10A-4703-B46D-C4CF6EB33415-767×1024
Ramli Kadir
“Ramai yang tidak keluar berniaga, kalau tidak memang ada di kawasan sekitar sini. Mereka cakap meniaga pun buat penat sahaja, tak balik modal. Tapi saya terpaksa buka kerana memang bergantung pendapatan dengan berniaga.
“Mohon juga lah pada kerajaan supaya jenguk kami peniaga kecil-kecilan di sini. Jika ada bantuan lagi bagus,” katanya yang sudah lebih 20 tahun mencari rezeki sebagai peniaga.
Dalam pada itu, seorang pemilik kedai beg dan aksesori di Jalan TAR, Alvin Kang, 60, berkata, situasi yang dihadapi para peniaga ketika ini sama seperti awal bulan Mei lalu apabila mereka mula beroperasi semula selepas dua bulan menutup kedai berikutan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).
“Keadaan sama macam selepas MCO (PKP). Tiada langsung pelanggan datang, nak dapat seorang dua yang masuk ke kedai pun sangat susah.
“Pusat beli-belah pun kurang orang apatah lagi kami yang berniaga di sini. Orang mahu keluar tapi banyak kekangan kerana ada anak kecil, jauh dari Kuala Lumpur dan tidak boleh rentas daerah.
“Kalau keadaan begini berterusan memang boleh ‘mati’,” katanya lagi.
Semalam, Menteri Kanan (Keselamatan) Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob mengumumkan tempoh PKPB dilanjutkan selama 14 hari lagi sehingga 9 November depan di Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Putrajaya dan Selangor. MG
Mekanisme Caj TNB Diteliti… Keluh Kesah, Rungutan Rakyat Didengar

The post Kalau keadaan terus macam ni memang boleh ‘mati’, keluh peniaga appeared first on MYKMU.NET.


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://mykmu.net/2020/10/28/kalau-keadaan-terus-macam-ni-memang-boleh-mati-keluh-peniaga/

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Satu Adunan Boleh Bakar Atau Kukus Resipi Kek Pisang Ringkas Ni Memang Superb

Satu Adunan Boleh Bakar Atau Kukus Resipi Kek Pisang Ringkas Ni Memang Superb

papar berkaitan - pada 1/11/2020 - jumlah : 533 hits
Hujung minggu pastinya masa untuk mencuba pelbagai resipi buat anak anak dan suami Bosan dengan kek coklat apa kata kita cuba sediakan kek pisang pula untuk anak anak Menariknya kek pisang ini boleh dikukus atau pun dibakar menggunakan resi...
Macam Mana Aku Boleh Start Dengan Young Living

Macam Mana Aku Boleh Start Dengan Young Living

papar berkaitan - pada 19/10/2020 - jumlah : 1011 hits
Hi korang Assalammualaikum Harini aku tergerak hati nak share pasal Young Living journey aku Sekarang aku perasan memang tengah trend gila pasal Young Living kan Aku pulak dah lama beli set PSK YL masa 2018 lagi Masa tu macam entah just fol...
3 Keadaan Darurat Politik Boleh Berlaku

3 Keadaan Darurat Politik Boleh Berlaku

papar berkaitan - pada 24/10/2020 - jumlah : 481 hits
Kuala Lumpur Pelaksanaan darurat politik di negara ini memberi kuasa kepada Yang di Pertuan Agong Al Sultan Abdullah Ri ayatuddin Al Mustaffa Billah Shah untuk meneruskan jentera pentadbiran kerajaan Baginda akan mendapatkan nasihat daripad...
Dari Vape Berhenti Terus Hisap Boleh Tak

Dari Vape Berhenti Terus Hisap Boleh Tak

papar berkaitan - pada 21/10/2020 - jumlah : 405 hits
Orbit Sense TF Berhenti hisap vape bolehkah Salam semua apa khabar Tengah layan flavor apa tu Dah bacakan tajuk kat atas tu Senang nak paham betul tak Direct to the point Okla jawapannya sebenarnya BOLEH Ikut pemerhatian dan pengalaman aku ...
Memang Tak Percaya Luar Nampak Setinggan Transformasi Deko Dalam Kemas Macam Apartment Mewah

Memang Tak Percaya Luar Nampak Setinggan Transformasi Deko Dalam Kemas Macam Apartment Mewah

papar berkaitan - pada 17/10/2020 - jumlah : 526 hits
Tidak dinafikan sekali pandang dari bahagian luar kediaman ini kelihatan sangat biasa Namun siapa sangka rumah yang luarnya berdinding papan tetapi dekorasi dalamannya sangat 8216 superb 8217 Perkongsian menarik foto dikongsi penyewa rumah ...
Wanna Ali Kalau Boleh Nak Kawin Terus

Wanna Ali Kalau Boleh Nak Kawin Terus

papar berkaitan - pada 20/10/2020 - jumlah : 691 hits
TIADA istilah pilih kasih atau jalan pintas sebaliknya pelakon Wanna Ali perlu berusaha keras untuk menempatkan dirinya dalam dunia lakonan Biarpun ibunya adalah seorang penerbit filem terkenal iaitu Datuk Ayu Puteh itu bukan tiket mudah un...
Bau Pokok Ni Memang Dibenci Nyamuk Letak Kat Rumah Boleh Selesaikan Kehadiran Aedes

Bau Pokok Ni Memang Dibenci Nyamuk Letak Kat Rumah Boleh Selesaikan Kehadiran Aedes

papar berkaitan - pada 24/10/2020 - jumlah : 331 hits
Masalah nyamuk memang selalu kita hadapi lagi menakutkan kalau ada banyak nyamuk Aedes sekitar rumah Bimbang kena demam denggi Bila ada masalah nyamuk kita akan gunakan penyembur nyamuk saja walaupun ramai juga yang tidak sukakan baunya Lag...
Resepi Daging Masak Rempah Masak Macam Ni Memang Sedap

Resepi Daging Masak Rempah Masak Macam Ni Memang Sedap

papar berkaitan - pada 29/10/2020 - jumlah : 613 hits
Resepi Daging Masak Rempah Masak Macam Ni Memang SedapMasakan ini amat sedap bila dimakan dengan apa saja jenis nasi
Pkpb Sabah Aktiviti Ekonomi Dibenar Beroperasi Namun Peniaga Terus Tutup Premis Ekoran Tidak Mahu Ambil Risiko

Pkpb Sabah Aktiviti Ekonomi Dibenar Beroperasi Namun Peniaga Terus Tutup Premis Ekoran Tidak Mahu Ambil Risiko

papar berkaitan - pada 19/10/2020 - jumlah : 427 hits
KOTA KINABALU Para peniaga tidak bersedia mengambil risiko untuk membuka premis perniagaan bagi mengelak jangkitan COVID 19 selepas kerajaan pusat mengumumkan pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat di seluruh Sabah tetapi membena...
Alat Pengehad Kelajuan Mula Berkuat Kuasa 1 Oktober 2025 Loke

Ketua Bersatu Pahang Dikatakan Mahu Sertai Pas

Sarang Warga Asing Kampung Madura Diserbu Pati Beranak Pinak Dicekup

Kontroversi Hutang Intan Najuwa Giliran Rizman Ruzaini Pula Bersuara Saya Tak Tahu Menahu Pasal Tu

Pekasam Puyu

Visit Malaysia 2026 To Make Malaysia A Destination The World Remembers Says Tourism Minister

Are Detractors Claiming 300 Litre Mth Budi95 Ain T Enough Going On Trans Continental Expeditions

Pahang Bersatu Chief Denies Plans To Join Pas


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


Sedapnya Paru Goreng Kunyit

Apakah Hukum Membaca Surah Al Sajdah Dalam Solat Subuh Setiap Jumaat

Xiaomi 17 17 Pro 17 Pro Max Dilancarkan Secara Rasmi

Cara Mohonan Mykasih 2025 Syarat Kelayakan Kadar Bantuan

Cekodok Pisang Rangup Di Luar Dan Tanda Kematian

Top Reasons Online Casino Malaysia Has Become A Preferred Choice For Gamblers