Kalau Bukan Anwar Lagi Yang Pm


 
Suka atau tidak, Anwar Ibrahim sudah berusia 77 tahun. Maka pencarian perdana menteri seterusnya mesti dilakukan. Yang pasti ia bukan Penolong Setiausaha Agung Pas, Mohd Syahir Che Sulaiman.
Secara peribadi saya tidak nampak ada tokoh meyakinkan dari Perikatan Nasional untuk tugas penting ini. Melihat kepada suara muda Umno, membayangkan orang seperti Muhamad Akmal Saleh di peringkat persekutuan serasa geli geleman pula. Padahal saya orang Melaka.
Akan tetapi di pihak Pakatan Harapan, mereka nampaknya memang mempunyai banyak tokoh dan pelapis muda (yang tidak pun muda) untuk menggantikan Anwar Ibrahim. Suka tidak suka, pengundi seperti saya sedar bahawa pemimpin yang segak dan sajak sedia ada untuk menggantikan Anwar hanyalah ada dalam PKR, Amanah dan DAP.
Siapakah contoh pemimpin yang boleh didorong ke tengah menggantikan Anwar Ibrahim?
Pertamanya, saya berpandangan Amirudin Shari boleh dipertimbangkan sebagai calon. Beliau merupakan Ahli Parlimen Gombak, Selangor (2022 – kini) dan juga menteri besar Selangor ke-16. Selain itu beliau pernah jadi exco kerajaan negeri bagi pembangunan belia, sukan, kebudayaan dan keusahawanan.
Menjadi pemimpin nombor satu di Selangor sangat penting kerana ia adalah satu latihan yang bagus. Selangor adalah mini Malaysia. Barangsiapa yang mampu mentadbir Selangor dengan baik, dapat dihujahkan mampu menguruskan negara ini dengan baik juga.
Saya ada nama-nama lain dalam PKR yang saya suka untuk sebutkan, seperti Adam Adli, Kamil Abdul Munim, Aminuddin Harun, Fahmi Ngah, dan ramai lagi. Cuma saya tidak pernah atau belum berpeluang bekerja dengan mereka. Berbanding Amirudin, saya pernah ‘bekerja’ dengan beliau sebagai ketua juri Hadiah Sastera Selangor. Jadi maafkan saya kalau tidak menyebut atau menjejerkan nama lain. Mungkin jika saya berpeluang mengenali tokoh lain, saya boleh membuat penilaian. Lagi pun, apa pentingnya penilaian atau skor markah daripada orang seperti saya?
Di pihak Amanah, saya berpendapat Salahuddin Ayub sangat berkelayakan, namun beliau telah pun arwah. Ketokohan yang ada terlihat pula pada Adly Zahari, timbalan menteri pertahanan di bawah Kabinet Anwar Ibrahim dan sekarang Ahli Parlimen Alor Gajah serta Adun Bukit Katil. Di peringkat parti beliau naib presiden Amanah dan pengerusi PH dan Amanah Melaka.
Beliau juga secara singkat berkhidmat sebagai ketua menteri Melaka dari tahun 2018 hingga 2020. Namun demikian Adly tidak dapat menonjol kerana posisinya yang kecil dalam Kabinet, dan juga sikap beliau yang tersangat menurut arus itu sehingga dipandang lurus.
Prestasi beliau di Melaka meskipun sekejap sebenarnya begitu membanggakan. Jikalau Langkah Sheraton tidak berlaku, dan efeknya menimpa Melaka saya percaya ada banyak yang boleh diceritakan tentang kepimpinan Adly. Beliau juga boleh diterima pelbagai kaum, dan seperti Amirudin, muda dan mudah dihampiri. Mungkin jika saya berpeluang mengenali tokoh lain dalam Amanah, saya akan boleh membuat penilaian lebih saksama. Lagi pun, apa pentingnya penilaian atau skor markah daripada orang seperti saya?
Untuk menamakan seseorang dari DAP tidaklah mudah. Sebab kita tahu jika ada calon PM dari DAP maka Ketua Kaki Kepontengan Parlimen akan meroyan dan menggelupur. Tambahan pula DAP terlihat sebagai ‘parti sepupu Lim Kuan Yew’.
Pun suka atau tidak, DAP sebuah parti dengan disiplin tinggi yang mempunyai sistem rekrut ahli dan pemimpin muda yang berkesan. Sebelum pemimpin mereka dipersembahkan kepada masyarakat, tokoh muda ini akan disuruh bekerja terlebih dahulu dengan orang bawah agar dikenali. Mereka akan membuat kerja-kerja kasar yang menjadi latihan berkesan. Hanya setelah cukup pemugaran barulah mereka didedahkan sebagai calon atau pemimpin.
Terlepas dari kecinaan dan keindiaan yang dihujahkan buat parti ini, DAP juga mempunyai wajah Melayu (mengambil kira yang Melayu takkan hilang di dunia) untuk ditampilkan sebagai PM. Maaflah saya tidak dapat menamakan wanita-wanita Melayu DAP yang berwibawa sebagai nama pengganti Anwar Ibrahim. Malaysia seperti jauh lagi dari hakikat akan menerima seorang perempuan sebagai perdana menteri. Jadi yang nampak menyerlah tentulah Syahredzan Johan, Ahli Parlimen Bangi. Pun, Saudara Syah memerlukan latihan yang lebih. Malah mungkin beliau lebih sesuai sebagai speaker Dewan Rakyat yang berpotensi. Ini memandangkan pengetahuan beliau dalam bidang undang-undang.
Jika Raja-raja Melayu terbuka dan mengizinkan PM dari kalangan Cina dan India, tanpa perlu mempedulikan Ketua Kaki Kepontengan dan Akmal Saleh; memang ada ramai tokoh yang boleh ditolak ke hadapan untuk dijadikan perdana menteri dari DAP. Tapi tak mengapalah, tak perlu saya mencetus kontroversi.
Barangkali jika ada tokoh Melayu DAP yang lain, saya boleh membuat penilaian. Lagi pun, apa pentingnya penilaian atau skor markah daripada orang seperti saya?
Suka atau tidak Anwar Ibrahim sudah berumur. Mungkin betul kata Nazri Aziz, Malaysia terpaksa akur sepenggal lagi dipimpin Anwar Ibrahim dan pasukan Abim. Tetapi selepas itu, jika Pakatan Harapan bernasib baik dan meraih terus sokongan rakyat seperti yang ditunjukkan dengan rekod cemerlang di Pulau Pinang dan Selangor, blok PH perlu menimbangkan pengkaderan ganti Anwar Ibrahim.
Malaysia memerlukan penggantian pemimpin yang berkesan seperti dilakukan Singapura. Politik yang stabil memberikan iklim ekonomi yang stabil. Kita tidak mampu melayan percekcokan politik Melayu yang berlaku pasca 2018 lagi. Sudah-sudahlah, malu dengan kaum lain. Ahli politik Melayu hanya reti berebut kuasa dan bila berkuasa gagal mentadbir dengan semenggah.
Perkelahian politik ekoran Langkah Sheraton pernah meletakkan Malaysia tertinggal. Kita sedang mencungap kembali mengejar, maka harapnya tiada lagi pemimpin bodoh dan kaki sakau diangkat.
Tiada siapa perlu ambil pusing apa yang saya tulis ini. Siapa jadi PM kerja Tuhan. Misalnya siapalah menyangka Mahathir Mohamad akan jadi PM dua kali, dan siapa menjangka Ismail Sabri Yaakob boleh jadi PM. Jangan-jangan nanti yang jadi PM ialah Mohamad Sabu. Janganlah Ketua Kaki Kepontengan Dewan Rakyat yang jadi PM. Kerja jadi PM susah. Kadang mesti lari-lari kecil untuk menjawab soalan di Parlimen.
Lagi pun, apa pentingnya penilaian atau skor markah daripada orang seperti saya? - FMT
Artikel ini adalah pandangan penulis dan tidak semestinya mewakili MMKtT.


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://malaysiansmustknowthetruth.blogspot.com/2025/02/kalau-bukan-anwar-lagi-yang-pm.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Dr M S Century Old Ego Working Overtime To Oust Anwar Says Dap Mp

Dr M S Century Old Ego Working Overtime To Oust Anwar Says Dap Mp

papar berkaitan - pada 23/2/2025 - jumlah : 155 hits
As Dr Mahathir Mohamad approaches his 100th birthday he remains fixated on undermining Prime Minister Anwar Ibrahim relentlessly seeking ways to bring him down said Kepong MP Lim Lip Eng ADSAccording to the DAP lawmaker the root of Mahathir...
Perluas Skop Perdagangan Dengan Negara Benua Afrika Amerika Latin Pm Anwar

Perluas Skop Perdagangan Dengan Negara Benua Afrika Amerika Latin Pm Anwar

papar berkaitan - pada 23/2/2025 - jumlah : 137 hits
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim hadir pada hari kedua Sesi Permukiman Jemaah Menteri Kerajaan MADANI 2025 di Petronas Leadership Centre Bangi pada pada 22 Februari 2025 BANGI 22 Feb Peranan Malaysia sebagai sebuah negara perdaganga...
Who Else Nazri Backs Anwar For Second Term As Pm

Who Else Nazri Backs Anwar For Second Term As Pm

papar berkaitan - pada 23/2/2025 - jumlah : 294 hits
INTERVIEW Having concluded his two year stint as Malaysia s ambassador to the United States Nazri Aziz is now back for good in Kuala Lumpur and has set his sights on developments closer to home ahead of the next 16th general election Specif...
Prestasi Kabinet Anwar Akui Tak Semua Sempurna

Prestasi Kabinet Anwar Akui Tak Semua Sempurna

papar berkaitan - pada 23/2/2025 - jumlah : 156 hits
malaysiakini comDiterbitkan Feb 23 2025 8 15 AMJemaah Menteri menerima baik sebarang teguran serta kritikan berhubung prestasi mereka dan akan mengambil langkah memperbaikinya kata Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim Beliau berkata pad...
Nazri Siapa Lagi Pm Kesebelas Jika Bukan Anwar

Nazri Siapa Lagi Pm Kesebelas Jika Bukan Anwar

papar berkaitan - pada 23/2/2025 - jumlah : 163 hits
malaysiakini comWAWANCARA Setelah menamatkan tempoh dua tahun sebagai Duta Malaysia ke Amerika Syarikat Nazri Aziz kini kembali ke Kuala Lumpur dan memberi tumpuan kepada perkembangan politik tempatan menjelang Pilihan Raya Umum ke 16 Bekas...
Tak Perlu Saya Dah Bagi Mandat Penuh Kepada Fadillah Anwar

Tak Perlu Saya Dah Bagi Mandat Penuh Kepada Fadillah Anwar

papar berkaitan - pada 23/2/2025 - jumlah : 138 hits
bharian com myOleh Februari 22 2025Anwar pada sidang media Permukiman Jemaah Menteri Kerajaan MADANI 2025 di Pusat Kepimpinan Petronas Turut hadir Timbalannya Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi Datuk Seri Fadillah Yusof dan Ketua Setiausaha N...
Tiada Syarat Sokong Pm Untuk Dapat Peruntukan Anwar Beritahu Pn

Tiada Syarat Sokong Pm Untuk Dapat Peruntukan Anwar Beritahu Pn

papar berkaitan - pada 23/2/2025 - jumlah : 231 hits
freemalaysiatoday com 22 Feb 2025 11 45 PMPerdana Menteri Anwar Ibrahim berkata berbincang untuk mendapatkan peruntukan bagi Ahli Parlimen pembangkang bukanlah perkara baharu BANGI Perdana Menteri Anwar Ibrahim menegaskan tidak pernah ada s...
Dr M Anwar Bohong Setiap Kali Buka Mulut

Dr M Anwar Bohong Setiap Kali Buka Mulut

papar berkaitan - pada 22/2/2025 - jumlah : 114 hits
malaysiakini comDiterbitkan Feb 22 2025 12 02 PMDr Mahathir Mohamad mendakwa Perdana Menteri Anwar Ibrahim berbohong apabila menafikan pemimpin luar disekar dari bertemu bekas perdana menteri itu Dia boleh nafi tapi saya nasihat sudah sudah...
No Need To Support Me To Get Allocations Anwar Tells Pn

No Need To Support Me To Get Allocations Anwar Tells Pn

papar berkaitan - pada 23/2/2025 - jumlah : 134 hits
Anwar Ibrahim said discussions on opposition funding are not new as he himself had gone through them when Ismail Sabri Yaakob was the prime minister BANGI Prime Minister Anwar Ibrahim says there has never been any condition for opposition M...
Sin Chew Daily Apologises For Jalur Gemilang Error

Bagaimana Usahawan Wanita Di Malaysia Mencapai Kejayaan

Ww Koleksi Pokok Bunga Orkid

Pro Madani Cytro Gets Ticked Off For Over Eagerly Portraying Pmx As A Forgiving Compassionate Soul

Thai Woman Nabbed At Klia With Rm1 05m Cocaine Stash Hidden In Handicraft Bag

Ron95 Subsidy Khalid Tells Anwar To Take A Page From Najib S Slogan

Insurance With No Medical Exam Simplified Coverage For Peace Of Mind

Loud And Rowdy Stg Tracker Scrambles The Yamaha Xv920r


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


Kembara Ke Wilayah Yunnan Dan Wilayah Jiangsu Di China

Keluarga Dah Sayang Sophia Albarakbah Bakal Kahwin Jejaka Dikenali Sejak Usia 14 Tahun

The Mystery Of The Missing Moon Another Newspaper S Error With The Malaysian Flag

Jalur Gemilang Silap Polis Tahan Ketua Editor Timbalan Ketua Penyunting Sin Chew

Ibu Syed Saddiq Sebak Lihat Perjuangan Anak Harap Golongan Muda Tak Takut Bersuara Demi Kebenaran

Telefon Pintar Acer Kembali Dengan Super Zx Dan Super Zx Pro