Kalau Bau Bvsuk Orang Tak Suka Sama Juga Kalau Berperangai Bvruk Shalma Eliana
Penyanyi baharu Shalma Eliana akui perkara paling penting bagi seorang wanita adalah menjaga tingkah laku.
Menurut Shalma yang lebih mesra disapa Yana ini, dia menyampaikan mesej tersebut menerusi single terbaharunya berjudul Aroma.
“Aroma dalam lagu ini boleh membawa banyak maksud. Ia mungkin bermaksud, hubungan atau harga diri. Tapi bagi saya ia bermaksud tingkah laku seseorang.
View this post on Instagram I prioritise comfort 👌🏻 #puma
A post shared by YANA (@shalmaeliana) on Sep 7, 2020 at 3:22am PDT
“Dalam bait lirik ada berkata tentang ‘Jaga Aroma’, ianya boleh disifatkan sebagai jaga tingkah laku.
“Kalau bau bvsuk tidak menyenangkan orang, begitu juga dengan orang yang berperangai buruk,” katanya menjelaskan maksud di sebalik judul lagu berkenaan.
Mengulas mengenai single ketiganya, Yana memberitahu lagu ini agak berbeza dan menampilkan sisi matangnya.
“Lagu-lagu saya sebelum ini membawa mesej ringan seiring dengan umur saya ketika itu yang masih belasan tahun.
“Tapi kali ini menerusi Aroma saya cuba menampilkan sisi matang saya. Lagu yang sedikit sebanyak ada kaitan dengan kisah hidup saya. Bukan sahaja sarat dengan perasaan marah dan sedih malah penuh dengan aura kekuatan diri.
View this post on Instagram Ok guys soalan, what does ‘Jaga aroma’ mean to you? Be creative go⚡️🤘🏻 #aromayana
A post shared by YANA (@shalmaeliana) on Oct 19, 2020 at 11:08pm PDT
“Bagi saya lagu ini meraikan wanita yang mempunyai jati diri yang kuat. Wanita yang tidak membiarkan maruah dirinya terus dipijak dan tahu apa yang terbaik untuk dirinya sendiri.
“Lagu ini membawa mesej, sayangi dan hargailah diri sendiri kerana hubungan yang paling penting dalam hidup kita adalah hubungan dengan diri sendiri,” jelasnya.
Dalam pada itu, Yana juga berharap agar Aroma juga dapat disukai dan diterima pendengar.
“Yang paling penting buat saya ialah pendengar boleh ‘relate’ dengan lagu ini. Saya ada ramai kawan yang menghadapi situasi yang sama.
“Buat sesiapa di luar sana yang pernah menghadapi situasi yang sama, saya harap dengan lagu ini anda tidak lagi berasa keseorangan.
“Semestinya saya berharap, semua orang akan sukakan lagu ini sama seperti saya,” ujarnya.
Aroma yang merupakan lagu ciptaan Mas Dewangga dan Firdaus Rahmat ini mengisahkan tentang pasangan bercinta yang diuji dengan kecurangan oleh pihak lelaki yang merasakan bahawa kekasihnya tidak akan berubah hatinya walau apa jua yang dilakukannya.
View this post on Instagram Siapa lagi team lupa charge phone? 🙋🏻♀️ Phone Yana memang selalu habis battery, so the Garmin Venu SQ is perfect because I can still listen to my music right from my watch with the music storage and download function (Connected to Spotify)! I can even connect my wireless earphones to it 🥳 Check it out at the @garminmalaysia roadshow at IOI City Mall Putrajaya (in front of HomePro) from now until 4th October! #GarminMalaysia #BeatYesterdayMY #Garminity #garminvenusq
A post shared by YANA (@shalmaeliana) on Sep 30, 2020 at 2:36am PDT
Namun selembut mana pun hati wanita, hatinya pasti akan jadi keras apabila cinta dan dirinya tidak dihargai. Bila diri dicur4ngi, hati makin tawar, aroma cinta pun semakin pudar.
Lagu terbitan Universal Music Malaysia ini boleh didapati di platform digital seperti Spotify, Apple Music, YouTube Music, JOOX, iTunes, KKBox dan juga Deezer sejak 23 Oktober lalu.
Video muzik rasmi Aroma boleh dilayari di saluran YouTube Shalma Eliana VEVO bermula 9 semalam (24 Oktober 2020).
Terdahulu, Yana sebelum ini diberi peluang mempamerkan bakatnya di arena antarabangsa apabila terpilih untuk berkolaborasi dengan artis-artis wanita dari seluruh Asia Tenggara dalam menghasilkan lagu ‘Heal’, sebuah projek khas kelolaan Star Music, anak syarikat konglomerat media ABS-CBN yang berpusat di Filipina.
View this post on Instagram Tenang 🍃
A post shared by YANA (@shalmaeliana) on Oct 12, 2020 at 9:45pm PDT
Lagu ‘Heal’ yang baharu saja dilancarkan pada September lalu merupakan projek yang pertama seumpamanya di rantau ini, bertujuan menyampaikan rasa cinta dan memacu penyatuan warga rantau ini dalam menghadapi suasana tidak ketentuan dan waktu mencabar akib4t pandemik Cov1d-19.
Yana memulakan kerjaya seninya dengan single debut berjudul Janji Terindah pada tahun 2018 dan namanya semakin meningkat naik apabila muncul dengan single keduanya bertajuk Mahukah Kamu pada tahun 2019.
Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!
Jom Like Page Kami Juga Di Facebook Sinar Viral Kini
Sumber: Gempak
via Sinar Viral NetworkBaju Kurung Edisi 2016 ni terlajak laris.
Baju Kanak-Kanak Harga Murah
Jubah raya cantik dan murah !!
Green Hijab memang Ohsem memang cair.
Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :
http://kotakkopek.blogspot.com/2020/10/kalau-bau-bvsuk-orang-tak-suka-sama.html