Kalau Anak Tu Nampak Pelik Merenung Satu Sudut Menangis Tolong Baca Surah Ini
Apakah Maksud Ummu Shibyan. Ummu bermaksud ibu dan sihbyan bermaksud budak-budak. Dalam kitab dipanggil syaitan daripada jin kafir. Pekerjaanya adalah menganggu budak-budak bawah umur 2 tahun pada waktu maghrib. Pada waktu maghrib dia akan duduk di hujung syiling rumah.
Apa yang perlu dilakukan untuk elak gangguan syaitan?
10 minit sebelum maghrib ibu bapa perlu menutup pintu, tingkap rumah. Ummu shibyan akan masuk melalui pintu dan tingkap, dalam hadis nabi “Ummu Shibyan”, menceritrakan cara berjalannya seperti cicak, kepala kecil dan matanya besar. Dia akan menjelir kearah bayi dan bayi akan menagis tanpa henti.
Apakah punca anak diganggu syaitan?
Anak menangis tanpa henti dan bila kita alihkan pandangan mata dia, atau pusingkan kepalanya, dia tetap menangis dan matanya tetap melihat keatas iaitu tempat yang sama. Dia sebenarnya sedang melihat Ummu Shibyan
Apa yang perlu dilakukan jika anak menangis tanpa henti?
Pesanan buat Ibu Bapa Yang Ada Anak Kecil
Satu kita kena tahu, bebudak kecik ni hijab mereka masih terbuka di mana dorang ni boleh nampak makhluk halus.. Biasanya hijab akan tertutup dengan sendirinya bila anak itu berusia 4 tahun. Kalau tetiba anak tu nampak macam pelik. Merenung satu tempat dalam rumah contohnya atau tetiba menjerit menangis tanpa sebab, jangan panik. Tutup mata anak dan bawak jauh dari tempat tu.
Ambil air, bacakan Al-Fatihah 11x, Ayatul Kursi 11x dan Selawat Nabi 11x. Gunakan air tu untuk ambilkan wudhu kat anak. Peluk anak kuat-kuat lepas tu boleh baca Surah Al-Baqarah. Kalau tak pandai baca, buka la youtube ke. Biar bacaan surah sampai habis, Iblis dan Syaitan ataupun jin yang jahat tidak akan ada di dalam rumah yang dibacakan Surah Al-Baqarah.
Tapi sekali baca, ianya hanya mampu bertahan selama 3-4 hari je pastu kena ulang semula ye. Semoga anak-anak kita terlindung daripada gangguan Iblis dan Syaitan! Syaitan dan Iblis memang suka mengacau bebudak kecik terutamanya bayi sebab mereka benci dengan kelahiran khalifah baru ke dunia.
BACA AYAT KURSI DAN BAGITAHU “WAHAI UMMU SIBYAH, JANGAN GANGU RUMAH AKU, KELUAR DARI RUMAH INI”. DIA AKAN KELUAR.
Fitrah manusia takut dengan benda yang menggerunkan. Walaupun bayi tidak kenal atau tidak tahu apa itu syaitan, tapi syaitan menunjukkan rupanya yang menggerunkan, jadi bayi akan berada dalam keadaan takut.
Kredit: Hamil Dalam 3 Bulan
The post Kalau Anak Tu Nampak Pelik, Merenung Satu Sudut & Menangis Tolong Baca Surah Ini! appeared first on Pa&Ma.
Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :
https://www.majalahpama.my/kalau-anak-tu-nampak-pelik-merenung-satu-sudut-menangis-tolong-baca-surah-ini/