Kalau Anak Banyak Tanya Dia Sebenarnya Budak Pandai Layankan Je


Bila anak dah mula bercakap, semua benda dia nak tahu. Bertanya itu ini, sampai tak larat kita nak menjawab. Bila anak banyak bertanya ni bagus, itu tandanya dia sedang mencapai perkembangan otak yang ligat berfikir.
Artikel Menarik: [Sembang Dengan Nanna, Siap Ketawa! Ramai Puji Gelagat Comel Bunga Elhaq]

Memang normal fasa ini dia akan banyak bertanya kerana sikap ingin tahu memang sangat tinggi. Jangan pula kita marah sebab itu akan merencatkan keinginan dia untuk bercakap dan berfikir. Lagi banyak tanya, lagi bagus. Biarlah berbuih mulut kita nak menjawab. Kebanyakan pendapat dari pakar perkembangan anak, ibu ayah jangan sekali-kali herdik atau sekat anak yang suka bertanya. Nanti bila mereka ‘sentap’ terus tak nak tanya apa-apa soalan. Anda juga yang risau.

Okay, ini antara beberapa cara bijak yang ibu ayah boleh buat bila berhadapan dengan anak yang suka bertanya soalan sama berulang-ulang kali. Ini pun boleh elak kita daripada rasa macam nak marah bila kena jawab soalan yang sama.
Tapi ingat jangan sekali-kali jawab “tak tahu” atau “entah” pada soalan anak anda atau buat acuh tak acuh sebab malas nak layan anak yang suka bertanya. Buruk kesannya pada perkembangan anak tau!
Tanya balik soalan yang sama Memang tabiat budak kecil suka tanya soalan sama berulang kali. Jangan marah. Biar je dia tanya banyak kali soalan yang sama lepas tu cuba tanya balik soalan itu padanya. Anda akan terkejut sebab dia boleh bagi jawapan yang betul. Kesimpulannya, anak sengaja tanya soalan yang sama pada ibu ayah mungkin sebab kali pertama soal, dia rasa anda tak beri perhatian padanya. Jadinya dia tanya banyak kali untuk dapatkan sepenuh perhatian walaupun dia sendiri tahu jawapannya.

 
Tumpukan perhatian pada anak Bila anak anda mula bertanya soalan, sebaiknya hentikan seketika aktiviti yang dilakukan sebelum itu. Pandang muka anak dan tepat pada matanya serta fokus mendengar soalannya. Reaksi mengangguk-anggukkan kepala yang anda tunjukkan sebagai tanda cuba memahami soalan yang ditanya akan menggembirakan hati anak.
Artikel Menarik: [“Ada Yang Anggap Lisa Berubah Kerana Suami, Saya Cuma Restu.” – Datuk Yusry]
Soalan dijawab dengan soalan kembali Bila anak anda tanya soalan, anda boleh berikan jawapan dalam bentuk soalan kembali supaya dia boleh berfikir.
Contohnya kalau dia tanya, “Mama, kenapa kita kena gosok gigi?”.
Anda boleh jawab, “Rafid rasa kalau tak gosok gigi, mulut kita busuk tak?”.
Tentu dia akan terfikir kenapa pula mulut busuk dan anda boleh terangkan tentang mulut yang ada bakteria dan kotoran makanan yang dimakan. Kalau tak dibersihkan akan berbau busuk dan gigi rosak. Sekurang-kurangnya sesi pertanyaan tersebut ada memberikan ilmu baru kepada anak. Interaksi dua hala ini memberikan peluang kepada otak anak untuk berfikir.

Bila anak anda mula bertanya soalan, sebaiknya hentikan seketika aktiviti yang dilakukan sebelum itu. Pandang muka anak dan tepat pada matanya serta fokus mendengar soalannya. Reaksi mengangguk-anggukkan kepala yang anda tunjukkan sebagai tanda cuba memahami soalan yang ditanya akan menggembirakan hati anak.
Tahulah si kecil yang ibu atau ayah tak jemu melayan setiap soalannya. Sepatutnya anda kena berbangga sebab anak sudah semakin bijak berfikir dan sentiasa ingin tahu banyak perkara yang berlaku di sekelilingnya.
Keep calm and smile Untuk mengelakkan rasa serabut anak tanya banyak soalan, anda kena tetapkan dalam hati supaya sentiasa dalam mode bertenang dan banyakkan senyum supaya ikhlas dan bersedia untuk menjawab setiap soalan anak walaupun untuk kali yang ke-180!
Artikel Menarik: [Minta Air Panas, Sekali Pakej Bersihkan Botol. Tindakan Barista Ini Dipuji Ramai!]
Berusaha beri jawapan terbaik Janganlah disebabkan tak tahu jawapan atau malas nak huraikan panjang lebar, maka anda jawab “tak tahu” atau “entahlah mama pun tak tau”, sekurang-kurangnya kalau tak tahu jawapan yang betul, anda boleh cakap “nanti mama cari jawapan kat internet ya.” Barulah anak lebih bersemangat nak jadi kritis dan berfikir untuk tanya ibu ayah soalan lagi. Kalau asyik jawab tak tahu, anak pun beranggapan ibu ayah tak tahu banyak perkara dan akhirnya dia pun jadi malas nak tanya.
Ingatlah, fasa anak suka tanya soalan tak akan selamanya berlaku. Makin dia membesar makin kurang soalan yang ditanya. Nanti anda pula yang asyik tanya kepada anak dan rindu nak jawab soalan anak!

Untuk lebih banyak info terkini jom sertai Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents) atau channel Telegram Pa&Ma (https://t.me/majalahpama)
The post Kalau Anak Banyak Tanya, Dia Sebenarnya Budak Pandai. Layankan Je! appeared first on Pa&Ma.


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://www.majalahpama.my/kalau-anak-banyak-tanya-dia-sebenarnya-budak-pandai-layankan-je/

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Peminat Terhibur Lihat Telatah Anak Bongsu Shuib Sepahtu Nenek Syok Nyanyi Ayash Pandai Pula Bergendang

Peminat Terhibur Lihat Telatah Anak Bongsu Shuib Sepahtu Nenek Syok Nyanyi Ayash Pandai Pula Bergendang

papar berkaitan - pada 27/8/2022 - jumlah : 209 hits
Anak bongsu kepada pasangan selebriti Shuib Sepahtu dan ar wah Siti Sarah Raisuddin iaitu Ayash Affan kini sudah berusia setahun Jika lihat pada perkongsian Shuib mahupun ibunya Salamiah Jalani Ayash seorang yang suka tersenyum apabila diag...
Dulu Enggan Jawab Bila Wartawan Tanya La Ni Dia Cerita Kah Kah Tak Boleh Gelak Banyak Nanti Ostajah Marah

Dulu Enggan Jawab Bila Wartawan Tanya La Ni Dia Cerita Kah Kah Tak Boleh Gelak Banyak Nanti Ostajah Marah

papar berkaitan - pada 3/9/2022 - jumlah : 216 hits
MOHD SHAH RIMTiada angin dan ribut RUU 355 kembali didendangkan jika dulu Tuan Ibrahim enggan jawab soalan wartawan mengenai RUU 355 sekarang wartawan tak tanya Tuan Ibrahim cerita
Tak Boleh Pakai Jarum Kiri Kanan Mira Filzah Banyak Belajar Pasal Anak Waktu Travel

Tak Boleh Pakai Jarum Kiri Kanan Mira Filzah Banyak Belajar Pasal Anak Waktu Travel

papar berkaitan - pada 1/9/2022 - jumlah : 249 hits
Travel buat pertama kali dengan anak sememangnya banyak yang kita pelajari Pelakon cantik Mira Filzah juga tidak ketinggalan untuk merasai pengalaman travel dalam perjalanan yang jauh buat pertama kali dengan anak Menerusi Insta Storynya Mi...
Terkini Ya Allah Anak Aku Budak 5 Tahun M4ut Jtuh Dari Tlngkat 9 Fiat Sri Sabah

Terkini Ya Allah Anak Aku Budak 5 Tahun M4ut Jtuh Dari Tlngkat 9 Fiat Sri Sabah

papar berkaitan - pada 27/8/2022 - jumlah : 189 hits
KUALA LUMPUR Seorang kanak kanak perempuan berusia lima tahun mninggaI dunia selepas dipercayai terjtuh dari balkoni dapur di tingkat sembilan flat perumahan Sri Sabah dekat sini hari ini
Berapa Banyak Sebenarnya Rm1 Bilion Jika Diukur Dengan Saiz Wang Tunai Rm100

Berapa Banyak Sebenarnya Rm1 Bilion Jika Diukur Dengan Saiz Wang Tunai Rm100

papar berkaitan - pada 25/8/2022 - jumlah : 315 hits
Sebanyak RM2 28 bilion dana 1Malaysia Development Berhad didakwa diseleweng oleh Datuk Seri Najib Tun Razak ketika pendapatan purata isi rumah di negara ini setakat tahun lalu merudum 10 3 peratus akibat pandemik Covid 19 Selepas dua hari d...
Beli Fire Blanket Duplicate Kunci Rumah Banyak Banyak Latih Anak Isteri Cegah Kebakaran

Beli Fire Blanket Duplicate Kunci Rumah Banyak Banyak Latih Anak Isteri Cegah Kebakaran

papar berkaitan - pada 5/9/2022 - jumlah : 251 hits
Bila terjadinya kebakaran pasti meruntun jiwa mangsa sebab kebakaran ni bukan saja memusnahkan harta tapi boleh mengancam nyawa Melihat kepada Statistik Kebakaran 2019 yang disediakan oleh Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan kebakar...
Banyak Perkara Yang Kita Boleh Belajar Dari Anak Anak Termasuk Mudah Memaafkan Melupakan

Banyak Perkara Yang Kita Boleh Belajar Dari Anak Anak Termasuk Mudah Memaafkan Melupakan

papar berkaitan - pada 7/9/2022 - jumlah : 194 hits
Kanak kanak ibarat kain putih bersih dan suci Begitu jugalah perwatakan dan sifat dalam diri mereka Banyak perkara yang kita sebagai orang dewasa boleh pelajari dari anak anak kecil Banyak perkara yang saya jealous dengan anak anak kecil ni...
Nak Ummi Daddy Jawapan Anak Shakilla Bila Ditanya Mahu Apa Di Syurga Bikin Seb4k

Nak Ummi Daddy Jawapan Anak Shakilla Bila Ditanya Mahu Apa Di Syurga Bikin Seb4k

papar berkaitan - pada 25/8/2022 - jumlah : 182 hits
Kita biasa dengar bahawa anak anak kecil bila berbicara setiap apa yang dituturkan adalah lahir dari hatinya yang suci dan penuh keikhlasan Ini membuatkan kadang kadang kita sebagai ibu ayah tersentuh hati dengan setiap jawapan yang diberik...
Murah Rezeki Baru Timang Cahaya Mata Kelapan Isteri Hamil Lagi Harry Khalifah Tak Anggap Ramai Anak Satu Beban

Murah Rezeki Baru Timang Cahaya Mata Kelapan Isteri Hamil Lagi Harry Khalifah Tak Anggap Ramai Anak Satu Beban

papar berkaitan - pada 25/8/2022 - jumlah : 221 hits
BARU sahaja menyambut kelahiran cahaya mata kelapan pada Januari lalu penyanyi dan komposer Harry Khalifah sekali lagi berkongsi khabar gembira isterinya kini sedang hamil anak kesembilan Bersyukur dengan rezeki yang dikurniakan Harry atau ...
Sin Chew Daily Apologises For Jalur Gemilang Error

Bagaimana Usahawan Wanita Di Malaysia Mencapai Kejayaan

Pro Madani Cytro Gets Ticked Off For Over Eagerly Portraying Pmx As A Forgiving Compassionate Soul

Insurance With No Medical Exam Simplified Coverage For Peace Of Mind

Thai Woman Nabbed At Klia With Rm1 05m Cocaine Stash Hidden In Handicraft Bag

Ron95 Subsidy Khalid Tells Anwar To Take A Page From Najib S Slogan

Perlis Cuti Peristiwa Sempena Sambutan Jubli Perak

Precious Metal Recovery Services Malaysia A Great Investment


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


Kembara Ke Wilayah Yunnan Dan Wilayah Jiangsu Di China

Keluarga Dah Sayang Sophia Albarakbah Bakal Kahwin Jejaka Dikenali Sejak Usia 14 Tahun

The Mystery Of The Missing Moon Another Newspaper S Error With The Malaysian Flag

Jalur Gemilang Silap Polis Tahan Ketua Editor Timbalan Ketua Penyunting Sin Chew

Ibu Syed Saddiq Sebak Lihat Perjuangan Anak Harap Golongan Muda Tak Takut Bersuara Demi Kebenaran

Telefon Pintar Acer Kembali Dengan Super Zx Dan Super Zx Pro