Kalau Ada Makmal Komputer Lebih Bagus Kalau Tiada Saya Tetap Bersyukur Marlianaliah Murid Pedalaman Sabah


MARLIANALIAH masih bersyukur dapat bersekolah di SK Magandai. - Foto Astro AWAN "Kalau ada makmal komputer lebih bagus, kalau tiada saya tetap bersyukur" - Murid pedalaman Sabah

"Saya syukur kalau ada makmal komputer tetapi kalau tiada saya tetap bersyukur dapat bersekolah di sini,". D emikian luahan hati Marlianaliah Jaunai seorang kanak-kanak berusia 12 tahun yang bersekolah di salah sebuah sekolah pedalaman Sabah iaitu Sekolah Kebangsaan (SK) Magandai, Kota Marudu.

Anak muda ini juga mendambakan suasana pengajaran dan pembelajaran seperti rakan-rakan lain di bandar. Kondusif dan dipenuhi dengan segala kemudahan yang ada.

Ini kerana SK Magandai yang terletak kira-kira 57 kilometer dari Tandek, Kota Marudu itu cukup daif dari aspek infrastruktur.

"Saya suka sekolah di sini, guru semua baik-baik. Tetapi saya harap sekolah di sini jadi macam di bandar... diubah la sikit-sikit jadi cantik," rayu Marlianaliah.

Ini merupakan jalan masuk ke SK Magandai, Kota Marudu.

Selain itu, dengan infrastruktur yang daif dan tidak memuaskan, pengurusan dan para pendidik di sekolah itu turut berdepan dengan kekangan.

Penerapan pembelajaran dan pengajaran secara dalam talian (online) yang digariskan Kementerian Pendidikan (KPM) sebagai prosedur operasi standard (SOP) keselamatan COVID-19 sukar untuk dilaksanakan sepenuhnya.

Kaedah Konvensional
Bagi Guru Besar SK Magandai, Jairun Maiba, segala SOP keselamatan COVID-19 seperti penjarakan fizikal, memakai cecair pembasmi kuman dan mencuci tangan diamalkan di sekolah itu kecuali pembelajaran secara dalam talian.

Kata Jairun, semua lembaran kerja dan sesi pembelajaran dan pengajaran dibuat secara konvensional ekoran ketiadaan jaringan internet yang stabil.


"Kami masih bergantung kepada kaedah konvensional seperti lembaran-lembaran kerja untuk para murid memandangkan kita mengalami masalah jaringan internet di sini.

"Kalau mahu memuat naik bahan secara dalam talian itu, kita terpaksa membawa murid-murid ini keluar dari sekolah dan kita akan berdepan dengan kekangan jajaran jalan raya pula. Justeru, kami warga kerja termasuk pendidik akan melakukan yang terbaik kepada para murid," katanya ketika ditemui Astro AWANI baru-baru ini.

Keselamatan warga sekolah
Menceritakan lanjut, Penolong Kanan 1 SK Magandai, Mikat Umpiliu berkata, terdapat juga segelintir guru yang akan pergi ke pekan berhampiran semata-mata mahu memuatnaik bahan pengajaran.

Kata Mikat, para guru itu juga akan berdepan kesukaran jajaran jalan raya dan terpaksa menempuh anak sungai serta jalan tanah merah berlumpur.


Salah sebuah bangunan kelas murid-murid di SK Magandai.

"Kalau ada bahan mengajar dalam bentuk online, kami terpaksa ke pekan untuk memuat naik bahan-bahan itu. Dalam perjalanan keluar ke pekan terutama pada waktu hujan, kenderaan yang dinaiki para guru tidak boleh melintasi sungai kerana risiko bahaya.

"Kalau jalan terputus, atau kenderaan tersekat akibat lumpur, orang-orang kampung akan bergotong-royong menyusun setiap kayu di kawasan yang dipenuhi lumpur bagi memudahkan kereta melalui jalan itu," katanya.

Sehubungan itu, nasib yang menghimpit 107 murid di sekolah itu wajar diberi perhatian pihak berwajib dalam memastikan anak-anak di pedalaman Sabah tidak terpinggir dari segi kemajuan pendidikan.



Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://sabahup2date.blogspot.com/2020/09/kalau-ada-makmal-komputer-lebih-bagus.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Prn Sabah Prk Tuntut Lebih Banyak Kerusi

Prn Sabah Prk Tuntut Lebih Banyak Kerusi

papar berkaitan - pada 6/9/2020 - jumlah : 394 hits
KOTA KINABALU 6 SEPT Presiden PKR Anwar Ibrahim berkata dia akan bertemu dengan Presiden Warisan Shafie Apdal hari ini untuk membincangkan pengagihan kerusi bagi pilihan raya negeri Sabah Ketika berucap di Majlis Pelancaran Jentera Pilihanr...
Malaysia Airlines Tambah Lebih Banyak Penerbangan Ke Sabah Pada Bulan September

Malaysia Airlines Tambah Lebih Banyak Penerbangan Ke Sabah Pada Bulan September

papar berkaitan - pada 27/8/2020 - jumlah : 495 hits
Malaysia Airlines tambah kekerapan penerbangan dari Kuala Lumpur ke tiga destinasi di Sabah bulan depan Kekerapan penerbangan ke Sabah ditambah Ketua Pegawai Eksekutif Malaysia Aviation Group Kapten Izham Ismail berkata jumlah kekerapan pen...
Prn Sabah Bn Dan Pn Tiada Bezanya Malah Mungkin Lebih Teruk

Prn Sabah Bn Dan Pn Tiada Bezanya Malah Mungkin Lebih Teruk

papar berkaitan - pada 6/9/2020 - jumlah : 357 hits
Seminggu dua ini menteri dan timbalan menteri kerajaan tebuk atap PN berulang alik ke Sabah untuk berkempen atas nama program rasmi kerajaan Berapa banyak wang rakyat hangus begitu sahaja digunakan untuk berkempen di Sabah Setiap hari akan ...
Lebih 400 Polis Digerakkan Ke Prn Sabah

Lebih 400 Polis Digerakkan Ke Prn Sabah

papar berkaitan - pada 11/9/2020 - jumlah : 379 hits
IPOH Lebih 400 anggota polis daripada pelbagai jabatan di Bukit Aman akan digerakkan ke Pilihan Raya Negeri Sabah Ketua Polis Negara Tan Sri Abdul Hamid Bador berkata anggota sudah bersiap siaga dan prosedur operasi standard juga sudah dib
Prn Sabah Keadilan Mahu Bertanding 14 Kerusi Tawar Calon Berwibawa

Prn Sabah Keadilan Mahu Bertanding 14 Kerusi Tawar Calon Berwibawa

papar berkaitan - pada 9/9/2020 - jumlah : 340 hits
Parti Keadilan Rakyat ingin meletakkan calon di 14 kerusi DUN Sabah dalam Pilihan Raya Negeri pada 26 September ini Ketua Penerangan Majlis Pimpinan Negeri KEADILAN Sabah Simsudin Sidek berkata walaupun parti pernah bertanding jumlah kerusi...
Prn Sabah Bekas Adun Umno Masuk Ppbm Boleh Guna Logo Bn Kata Annuar

Prn Sabah Bekas Adun Umno Masuk Ppbm Boleh Guna Logo Bn Kata Annuar

papar berkaitan - pada 10/9/2020 - jumlah : 380 hits
Ahli Dewan Undangan Negeri Umno yang menyertai PPBM selepas pilihan raya umum lalu dibenar bertanding menggunakan logo Barisan Nasional pada Pilihan Raya Negeri Sabah 26 September ini Setiausaha Agung BN Annuar Musa berkata persetujuan itu ...
Bn Bersatu Sabah Dan Warisan Plus Umum Calon Esok

Bn Bersatu Sabah Dan Warisan Plus Umum Calon Esok

papar berkaitan - pada 10/9/2020 - jumlah : 397 hits
SHAH ALAM Teka teki siapa bakal menjadi calon akan terjawab apabila Barisan Nasional bersama Parti Pribumi Bersatu Malaysia dan Parti Warisan Sabah Plus mengumumkan senarai calon mereka bagi Pilihan Raya Negeri Sabah esok Pengumuman bagi ca...
Prn Sabah Pkr Berkeras Guna Lambang Sendiri

Prn Sabah Pkr Berkeras Guna Lambang Sendiri

papar berkaitan - pada 10/9/2020 - jumlah : 434 hits
PKR Sabah tetap akan menggunakan logo sendiri pada pilihan raya negeri akan datang walaupun DAP mengumumkan bahawa parti itu akan bertanding menggunakan logo Warisan PKR tetap akan gunakan logo PKR kata Ketua Penerangan PKR Sabah Simsudin S...
Zon Merah Kini Meningkat Kepada Tiga Termasuk Kota Setar Di Kedah Dan Tawau Di Sabah

Zon Merah Kini Meningkat Kepada Tiga Termasuk Kota Setar Di Kedah Dan Tawau Di Sabah

papar berkaitan - pada 9/9/2020 - jumlah : 462 hits
Kementerian Kesihatan Malaysia memaklumkan bahawa terdapat sebanyak 24 kes baharu Covid 19 yang dicatatkan pada hari ini dengan 18 kes tempatan dan 6 kes import Susulan daripada itu zon merah telah meningkat kepada tiga iaitu yang terbaharu...
Lelaki Tular Tampar Isteri Ditahan Pagi Tadi

Lirik Lagu Kenangan Amzar Sabri

Drama Teratak Kasih Salina

Sibu Boy Tiong Shines Light On City In Visit Malaysia Campaign

Bufet Ramadan 2025 Wtckl Tawar Laman Tradisi Dengan Lebih 300 Hidangan Tahun Ini

Senarai Cawangan Bank Simpanan Nasional Di Negeri Kelantan

Mont Kiara Traffic A Nightmare

Akhirnya Zaskia Sungkar Tunjukkan Wajah Humaira Ke Publik Tebak Mirip Siapa


echo '';
Senarai Lagu Tugasan Konsert Akhir Gegar Vaganza 2024 2025 Musim 11 Minggu 12

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 11 Gegar Vaganza 2024 2025 Musim 11 Separuh Akhir

5 Undang Undang Aneh Berkait Bendera Kebangsaan di Seluruh Dunia

Benarkah Kajian Sains Membolehkan Gigi Manusia Tumbuh Selepas Hilang

4 Puncak Tertinggi Negara Dunia Yang Paling Ketot Saiznya


Resep Thailand Milk Bun Viral Sajian Berbuka Puasa Yang Bikin Ketagihan

Masak Ayam Berlado Cili Merah Kesukaan Anak Anakku

Kes Buang Bayi Wanita Berusia 29 Tahun Direman

Doorgift Kenduri Dapat Numee Gardenia

Iftar 2025 Dengan Buffet Murah Iftar Citarasa Nusantara Fbi Bayu Event Hall Jb

Hajiji S Strategic Moves Reshape Sabah S Politics In 2024 A Year Of Political And Infrastructure Transformation