Kakak Sepupuku Lela Sahabat Penaku


     Pada suatu pagi, aku dan temanku mulakan perjalanan ke kampungku, Bota Kiri. Kami akan ke majlis perkahwinan kakak sepupuku yang bernama Manorlaila atau lebih mesra di panggil Lela. Perjalanan ini mengambil masa selama empat puluh minit. Setibanya di sana kami melihat sudah ramai tetamu yang hadir. Setelah berehat beberapa ketika, aku masuk ke rumah untuk bertemu dengan Kak Lela. 
     Kelihatan Kak Lela sedang menghiasi pelamin. Aku bersalaman dengannya dan menatap wajahnya yang ayu, "lama dah tak jumpa." Ucapku meluahkan rasa rinduku terhadapnya. Kak Lela membalas dengan ungkapan yang sama. Ya, kami memang sudah lama tidak berjumpa yakni semenjak dia berhijrah ke Kota Raya Kuala Lumpur untuk bekerja di sana.
     Dari pemerhatianku, Wajah Kak Lela sekarang agak cengkung, badannya lebih kurus dari dahulu. Mungkin kerana terlalu kuat bekerja, fikirku. Namun begitu, senyumannya tetap manis menawan dan alunan suaranya tetap enak di dengar.. 
     Umurnya sudah dua puluh tujuh tahun, satu usia yang lewat untuk seorang wanita  memasuki gerbang perkahwinan. Sebenarnya Kak Lela sudah bertunang selama dua tahun yakni tempuh pertunangan yang panjang sehingga aku dan saudara mara yang lain tertanya-tanya bilalah mereka ini hendak mendirikan rumah tangga. Pada hari ini berakhir juga penantian kami selama ini. Hari ini hari yang bersejarah buat Kak Lela. Aku sentiasa mendoakan agar beliau sentiasa hidup bahagia..
     Kak Lela bersanding di atas pelamin pada jam tiga petang setelah akad nikah. Ketika dia sedang bersanding, aku terus menatap wajahnya yang ayu sepuas-puasnya kerana selepas ini aku tidak akan boleh berbuat demikian kerana dia sudah menjadi milik orang. Lelaki di sebelahnya yang kini telah sah menjadi suaminya, tiada senyuman yang di pamerkannya. Kulitnya agak kehitaman, berwajah cengkung dan tubuhnya kurus. 
     Majlis berlangsung dengan sangat meriahnya. Aku menjadi orang yang paling sibuk dengan melayani tetamu yang datang. Ramai tetamu yang datang telah memuji pasangan pengantin, entah ikhlas atau sekadar untuk menyedapkan hati tuan rumah.
     Setelah majlis perkahwinan Kak Lela selesai, tibalah masanya untuk aku pulang ke rumah. Sebelum berangkat pulang, aku berbual lagi dengannya, aku berpesan, "Kak jangan lupakan saya ya.." Dia membalas, "InsyaAllah kak tidak akan lupa..". Alangkah beratnya langkahku untuk meninggalkan dia. Bagaikan belum puas bersamanya, bahkan terasa ingin bersamanya untuk selamanya. Namun itu mustahil.
     Dahulu Kak Lela adalah sahabat penaku. Kami sering berutus surat. Dia banyak memberikan nasihat kepadaku. Hubungan kami sangat rapat. Kami selalu bersiar-siar bersama dan aku selalu menemaninya pergi membeli-belah. Namun setelah dia memperolehi kerja di Kota Raya Kuala Lumpur, hubungan kami mula renggang. Surat darinya sudah jarang aku terima namun aku faham keadaan dirinya sekarang sibuk dengan bekerja. Dia ada memberikan nombor telefon dan berharap aku selalu menelefonnya. tetapi oleh kerana aku ini seorang yang 'fobia terhadap telefon' aku sangat jarang menelefonnya. Entah kenapa apabila aku menggunakan telefon, suara aku dan kata-kataku jadi tidak keruan, jantung berdegup kencang.
     Kak Lela telah menggunakan nama samaran 'Syema' untuk setiap tulisan dan kata-kata hikmahnya untukku. Antara kata-kata hikmahnya yang masihku ingat adalah;
      "Lapangkanlah masa untuk belajar dan belajarlah kamu dari pelbagai ilmu pengetahuan demi untuk kejayaan dan kebahagiaan masa depan." *28.09.81 @Syema.
      "Kesalilah sesuatu perkara itu sebelum ianya berlaku. Janganlah dikesali selepas ianya sudah berlaku. Sesungguhnya ia tidak akan memberi apa-apa faedah, malah kerugian dan kekesalan seumur hidupmu.." *05.10.83 @Syema.
     "Kepahitan itu sesungguhnya satu ubat yang paling berkesan dijiwamu kerana kepahitan ini kau akan lebih berhati-hati dalam sesuatu yang akan kau lakukan. Kemanisan itu sesungguhnya akan menjadikan kau lupa akan kepahitan dan kekecewaan yang kau alami. Justeru itu, ingatlah kau di masa menikmati kemanisan kerana sesungguhnya seribu tahun lagi mungkin madu akan menjadi sepahit hempedu dan hempedu pula menjadi semanis madu." *10.04.84 @Syema.
    "Berusahalah demi menanti hari esok. Tanpa usaha tiada esok bagimu. Giatkan usaha pasti esok masih ada. Tapi ketahuilah langit tidak selalu cerah!" *Hidup ibarat roda. *29.11.84 @Syema.
     Masa berlalu, aku hanya mampu membaca tulisan-tulisannya untuk melepaskan rasa rinduku terhadapnya. Beberapa tahun kemudian, aku mendapat berita yang menyedihkan. Kak Lela telah ditemui tidak bernyawa di dalam rumahnya. Innalillahi wa'inailahi rojiun.. Namun apa yang lagi menyedihkan adalah, dia mati kerana di bunuh.. Allahu.. Ini sangat mengejutkan aku. Apa yang telah terjadi sebenarnya? Menurut laporan polis, yang telah tersebar di kalangan keluarga dan saudara mara kami, dia telah dibunuh oleh suaminya sendiri! Kami seluruh keluarga dan saudara mara sangat terkejut dengan berita ini.
     Begini ceritanya, Suami Kak Lela sebenarnya seorang penagih dadah. Dia tidak mempunyai pekerjaan tetap, kalau bekerja pun dia selalu ponteng. Apabila dia tiada wang, dia meminta wang isterinya yakni Kak Lela untuk belanja membeli dadah. Jika isterinya enggan memberikannya wang, dia akan mengamuk dan mengacukan pisau ke isterinya. Mahu tidak mahu Kak Lela terpaksa memberikannya. Begitulah yang selalu terjadi. Namun pada suatu hari Kak Lela benar-benar tiada wang lagi. Suaminya tidak percaya lantas berlakulah apa yang sepatutnya tidak berlaku, dia membunuhnya.. Begitulah menurut laporan polis yang kami terima..
     Kak Lela, sungguh tragis kisah hidupmu. Aku tidak pernah menyangkakan ia akan terjadi Aku menangis mengenangkan nasib hidupmu. Namun apakan daya aku. Semuanya telah terjadi, tiada yang mampu mengubahnya.. Aku hanya mampu mendoakan agar rohmu sentiasa berada di dalam Rahmat Allah SWT. Segala kisah ketika kita bersama akan sentiasa menjadi kenangan dalam hidupku. Senyummu, tawamu sentiasa dalam ingatan. Kak Lela, aku sangat merinduimu terasa ingin kembali ke masa silam untuk bersama dan bermesra lagi denganmu. 
     Rusda B.A. 1990 hingga akhir nanti...


     
Perkongsian ilmu amat digalakkan, semoga bermanafaat buat semua pembaca, untuk teruskan membaca, silalah berkunjung ke teratak hamba. arizwanmerahs. damai tanpa perang


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://arizwanmerahs.blogspot.com/2024/09/kakak-sepupuku-lela-sahabat-penaku.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Himpunan Contoh Pantun Perpisahan Guru Bersara Dan Rakan Sekerja Atau Sahabat

Himpunan Contoh Pantun Perpisahan Guru Bersara Dan Rakan Sekerja Atau Sahabat

papar berkaitan - pada 15/9/2024 - jumlah : 424 hits
Semak contoh pantun perpisahan yang menarik Perpisahan sering kali menyentuh hati terutamanya apabila melibatkan insan yang rapat dengan kita Sama ada seorang guru yang mendidik dengan penuh kasih sayang rakan sekerja yang akan bersara atau...
Bantu Sahabat Langsai Hutang Ah Long Lelaki Buat Personal Loan Rm60 000 Tapi Kawan Buat Dek Tak Bayar Semula

Bantu Sahabat Langsai Hutang Ah Long Lelaki Buat Personal Loan Rm60 000 Tapi Kawan Buat Dek Tak Bayar Semula

papar berkaitan - pada 10/9/2024 - jumlah : 101 hits
Semoga kita menjadikan cerita individu ini tentang pengorbanannya terhadap seorang insan bergelar sahabat sebagai pengajaran Perkongsiannya di Facebook meraih perhatian selepas dia mendedahkan kesilapannya kerana terlalu baik hati dan bersa...
Abbas Bin Ubadah Sahabat Anshar Yang Muhajirin

Abbas Bin Ubadah Sahabat Anshar Yang Muhajirin

papar berkaitan - pada 8/9/2024 - jumlah : 212 hits
Setiap mendengar nama Abbas yang sering teringat di kepala kita adalah paman Rasulullah shallallahu alaihi wasallam Banyak yang tidak tahu ada sahabat Nabi yang juga bernama Abbas Seorang pemuka Anshar yang luar biasa yang berhasil meyakink...
Berjumpa Sahabat Lama Numismatik Di Muzium Negara Kuala Lumpur

Berjumpa Sahabat Lama Numismatik Di Muzium Negara Kuala Lumpur

papar berkaitan - pada 19/9/2024 - jumlah : 250 hits
Pagi tadi tak jadi sarapan dengan Raja Ibrahim Raja Sulaiman terus lajak ke Muzium Negara Sempat juga masuk layan Numismatic Auction 2 2024 di Auditorium Jabatan Muzium Malaysia puas juga mykoleksi dan Mohd Asyraf mencari sebab tak ada petu...
Rumah Panggung Di Sumba Tengah Terbakar Dua Bocah Kakak Adik Tewas

Rumah Panggung Di Sumba Tengah Terbakar Dua Bocah Kakak Adik Tewas

papar berkaitan - pada 30/8/2024 - jumlah : 99 hits
Saat kebakaran terjadi pemilik rumah bersama orang tua kedua korban berangkat ke desa lain untuk mengikuti acara adat Tarik Batu
Sanah Helwah Kakak Sayang

Sanah Helwah Kakak Sayang

papar berkaitan - pada 12/9/2024 - jumlah : 136 hits
Assalamualaikum hai semua Macam biasa Kak Sue nak simpan kenangan kat sini lagi tahun nie Tarikh istimewa untuk kami sekeluarga setiap tahun meraikan satu satunya puteri dalam keluarga kami Sanah Helwah Kakak Sayang Sanah Helwah Kakak Sayan...
Kakak Gagal Dihubungi Ketika Cari Adik Hilang Di Thailand

Kakak Gagal Dihubungi Ketika Cari Adik Hilang Di Thailand

papar berkaitan - pada 12/9/2024 - jumlah : 131 hits
Lelaki 31 tahun menjadi mangsa sindiket penipuan pekerjaan dikendalikan rakannya yang menawarkan kerja bergaji lumayan dalam mata wang AS di Thailand PETALING JAYA Seorang wanita dalam usaha mencari adiknya terkandas di Thailand selepas men...
Tabung Dana Abang Bas Dah Cukup Kakak Dedah Terima Derma Dari Oversea

Tabung Dana Abang Bas Dah Cukup Kakak Dedah Terima Derma Dari Oversea

papar berkaitan - pada 14/9/2024 - jumlah : 126 hits
Pemandu bas atau lebih dikenali sebagai Abang Bas telah didakwa atas dua pertuduhan amang seksual terhadap kanak kanak perempuan sejak bulan April lalu Tertuduh yang berusia 24 tahun itu bagaimanapun mengaku tidak bersalah dan diikat jamin ...
Cops Probe Videos Offering Illegal Entry Into Malaysia

Smart Furniture Storage Tips For Home Renovations

Zaid Warns Against Umno Going Back To Old Election System

Pentingnya Memilih Kawan Yang Betul Untuk Masa Depan Yang Cemerlang

Buaya Mirip Godzilla Dirakam Seorang Peminat Buaya

Nasihat Berguna Untuk Selesa Hari Tua Dengan Wang Kwsp

Semangat Aja Nggak Cukup Ikuti Panduan Ini Buat Hadapi Tim Lebih Kuat Di Ranked Match Mobile Legends

Penang S Mega Transport Plans Where Is The State Going To Find Rm25bn


echo '';
5 Undang Undang Aneh Berkait Bendera Kebangsaan di Seluruh Dunia

Benarkah Kajian Sains Membolehkan Gigi Manusia Tumbuh Selepas Hilang

4 Puncak Tertinggi Negara Dunia Yang Paling Ketot Saiznya

8 Barangan Unik Yang Dinamakan Sempena Nama Manusia

Biodata Mia Ghazali Atlet Muay Thai Adik Beradik Kepada Johan Ghazali Jojo Miki Elias


Pas Sudah Terdesak Sanggup Tuduh Amanah Bahayakan Agama

Kita Tengok Siapa Jadi Gila Di Mahkamah Nanti Kata Akmal

Lelaki Tular Tampar Isteri Ditahan Pagi Tadi

Sibu Boy Tiong Shines Light On City In Visit Malaysia Campaign

Mont Kiara Traffic A Nightmare

Bufet Ramadan 2025 Wtckl Tawar Laman Tradisi Dengan Lebih 300 Hidangan Tahun Ini