Kajian Vaksin Sinovac Sinopharm Halang Gejala Teruk Jangkitan Varian Delta


MALAYSIA KINI

Vaksin keluaran China yang berdasarkan partikel virus tak aktif telah berjaya menghalang jangkitan teruk dan kritikal, ketika penularan Covid-19 melibatkan varian Delta di Guangdong, menurut laporan penyelidik.
Penyelidik juga mendapati dua dos vaksin adalah 69.5 peratus berkesan untuk menghalang gelaja pneumonia.
Kajian itu - yang masih menunggu untuk penilaian rasmi pakar lain - menunjukkan prestasi vaksin tak aktif terhadap varian Delta - yang lebih mudah berjangkit dan dikatakan dapat menghadapi vaksin pada tahap tertentu.
Kajian yang dijalankan Guangdong Provincial Centre for Disease Control and Prevention dimuat naik di laman SSRN pada 5 Ogos lalu.
Kajian itu tidak melihat keberkesanan vaksin dalam menghalang semua gejala Covid-19, seperti lazim dilakukan kajian seumpamanya.
Ia melibatkan 10,813 orang dewasa yang positif ketika penularan varian Delta di Guangdong, bermula 21 Mei hingga 18 Jun, dan dikenal pasti menerusi pengesanan kontak sehingga 23 Jun. Penularan bertumpu di dua jalan di kota itu.
Daripada jumlah yang terlibat, seramai 5,888 orang (54.5 peratus) tidak divaksin, 1,407 (13 peratus) divaksin penuh, manakala bakinya dalam pelbagai peringkat vaksinasi.
Untuk kajian ini, vaksinasi penuh ditakrifkan sebagai mereka yang menjadi kontak rapat kes positif sekurang-kurangnya 14 hari selepas menerima dos kedua.
Di kalangan mereka yang divaksin penuh, 807 orang (57.4 peratus) mendapat satu dos vaksin CoronaVac keluaran Sinovac, 597 (42.4 peratus) menerima vaksin Sinopharm-BBIBP-CorV dan 3 orang (0.2 peratus) mendapat vaksin Sinopharm-WIBP.
Bagi dos kedua mereka, 822 (58.4 peratus) menerima vaksin CoronaVac, 582 (41.4 peratus) menerima Sinopharm-BBIBP-CorV dan tiga (0.2 peratus) menerima Sinopharm-WIBP.
Seramai 85 orang yang tidak divaksin (1.44 peratus) mengalami pneumonia berbanding lima orang yang divaksin penuh (0.36 peratus).
Selain itu, 19 orang (0.32 peratus) yang tidak divaksin mengalami gejala teruk atau kritikal, dan tiada individu yang divaksin penuh mengalami perkara itu.
Para penyelidik tidak mengalanisis keberkesanan setiap vaksin secara berasingan, dan berkata kadar vaksinasi yang sederhana dalam kajian menyebabkan analisis bagi setiap subkumpulan adalah mustahil.
Kata mereka lagi, walaupun cuba mengambil kira semua pemboleh ubah yang diketahui dalam kajian bagi mengira keberkesanan vaksin - seperti umur, kekerapan kontak dengan kes indeks dan pekerjaan - masih ada pemboleh ubah lain yang boleh memberi kesan kepada kesahan analisis. Ini merupakan ciri biasa bagi semua kajian pemerhatian.
"Di sebalik dua batasan ini, kami yakin kajian ini memberikan maklumat berguna berkenaan keberkesanan vaksin dan mencadangkan yang vaksin tak aktif mungkin berkesan terhadap pneumonia Covid-19 dan Covid-19 teruk dan kritikal, yang dikaitkan dengan varian B.1.617.2, jika divaksin penuh," kata mereka, merujuk kepada varian Delta.
Untuk rekod, vaksin Sinovac telah menerima kelulusan bersyarat di Malaysia dan sudah pun digunakan secara meluas, termasuk dalam Program Imunisasi Covid-19 Kebangsaan (Pick).
Vaksin Sinopharm-BBIBP-CorV (juga dikenali sebagai Covilo) juga menerima kelulusan bersyarat, tetapi Sinopharm-WIBP masih belum menerimanya. Kedua-dua vaksin ini tidak digunakan dalam Pick.



Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://dialograkyat.blogspot.com/2021/08/kajian-vaksin-sinovac-sinopharm-halang.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Campuran Sinovac Dan Astrazeneca Tingkat Imuniti Lawan Varian Delta

Campuran Sinovac Dan Astrazeneca Tingkat Imuniti Lawan Varian Delta

papar berkaitan - pada 21/8/2021 - jumlah : 256 hits
Suntikan dos Sinovac kemudian AstraZeneca menawarkan kekebalan yang lebih tinggi daripada 2 dos jenama yang sama The Nation BANGKOK Kajian baharu oleh dari Jabatan Sains Perubatan Thailand menunjukkan gabungan dua dos suntikan Sinovac diiku...
2 Pelitup Muka Lindung 96 Jangkitan Varian Delta

2 Pelitup Muka Lindung 96 Jangkitan Varian Delta

papar berkaitan - pada 24/8/2021 - jumlah : 219 hits
Ketua Pengarah Kesihatan Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah Kuala Lumpur Penggunaan pelindung muka dan dua lapisan pelitup muka boleh memberi 96 peratus perlindungan daripada jangkitan Covid 19 varian Delta Ketua Pengarah Kesihatan Tan Sri Dr ...
Risiko Bell S Palsy Lebih Tinggi Setelah Mendapat Vaksin Sinovac Kajian

Risiko Bell S Palsy Lebih Tinggi Setelah Mendapat Vaksin Sinovac Kajian

papar berkaitan - pada 18/8/2021 - jumlah : 241 hits
Penelitian terbaru merungkaikan risiko Bell s Palsy atau mengalami wajah lumpuh selepas suntikan vaksin Sinovac Simpton jarang terjadi gajala ringan dan secara amnya sembuh secara sendiri Risiko Bell s Palsy sejenis kelumpuhan wajah lebih t...
Arab Saudi Lulus Penggunaan Vaksin Sinovac Sinopharm Untuk Rakyatnya

Arab Saudi Lulus Penggunaan Vaksin Sinovac Sinopharm Untuk Rakyatnya

papar berkaitan - pada 26/8/2021 - jumlah : 315 hits
Arab Saudi Lulus Penggunaan Vaksin Sinovac Sinopharm Untuk Rakyatnya RIYADH Kerajaan Arab Saudi meluluskan penggunaan dua lagi vaksin Covid 19 iaitu Sinovac dan Sinopharm untuk rakyat negara itu lapor akhbar semalam Buat masa ini terdapat e...
Keberkesanan Vaksin Terhadap Delta Semakin Hilang Kajian

Keberkesanan Vaksin Terhadap Delta Semakin Hilang Kajian

papar berkaitan - pada 20/8/2021 - jumlah : 211 hits
Foto AFP hiasan LONDON Kajian kesihatan awam Britain mendapati perlindungan vaksin COVID 19 yang biasa digunakan terhadap varian Delta didakwa menjadi semakin lemah dalam tempoh tiga bulan Kajian juga mendapati mereka yang dijangkiti selepa...
Sinovac Sinopharm Shots Prevent Severe Illness From Delta Variant Study

Sinovac Sinopharm Shots Prevent Severe Illness From Delta Variant Study

papar berkaitan - pada 28/8/2021 - jumlah : 314 hits
China developed vaccines based on inactivated virus particles had succeeded in preventing all cases of severe or critical illness during an outbreak involving the Delta Covid 19 variant in Guangdong researchers reported The researchers also...
Varian Delta Miliki Kandungan Virus 300 Kali Lebih Banyak

Varian Delta Miliki Kandungan Virus 300 Kali Lebih Banyak

papar berkaitan - pada 26/8/2021 - jumlah : 179 hits
Varian Delta miliki kandungan virus 300 kali lebih banyak SEOUL Satu kajian mendapati individu yang dijangkiti varian Delta Covid 19 memiliki kandungan virus 300 kali lebih banyak berbanding varian asal lapor portal berita kelmarin Kajian o...
Menteri Sahkan Serangan Varian Delta Di Brunei

Menteri Sahkan Serangan Varian Delta Di Brunei

papar berkaitan - pada 28/8/2021 - jumlah : 301 hits
Menteri Kesihatan Dr Awang Md Isham Jaafar BERAKAS Hasil ujian genotyping atau sequencing beberapa sampel dari kes kes jangkitan Covid 19 tempatan yang dihantar ke luar negara menunjukkan bahawa kesemua 20 sampel yang dihantar tersebut adal...
Covid 22 Lebih Bahaya Dari Varian Delta Pakar

Covid 22 Lebih Bahaya Dari Varian Delta Pakar

papar berkaitan - pada 26/8/2021 - jumlah : 410 hits
Belum reda varian Delta saintis menjangka ada satu lagi varian baru yang lebih bahaya Covid 22 Lebih Bahaya Dari Varian Delta Pakar Switzerland Beri Amaran SEJAK awal kemunculannya sehingga ke hari ini virus Covid 19 tidak menunjukkan tanda...
Sabah Cops Man Beating Employee In Viral Video Was In 2019

Put Aside Egos And Resolve Rice Crisis Mat Sabu Syed Hussin Told

Bufet Ramadan 2025 Di Le Meridien Petaling Jaya

How A Parent S Affection Shapes A Child S Happiness For Life

Surat Al Isra Ayat 1 Arti Dan Tafsir Ayat Isra Mi Raj

Tarikh Pembayaran Emolumen Bulanan Bagi Tahun 2025

Himpunan Srbr Amaran Kepada Pemuda Pas Bersatu

Dividen Asb 2024 Kadar Bonus Dan Cara Pengiraan


echo '';
4 Tanda Ketagihan Yang Jelas Pada Wajah Seorang Penagih Syabu Ice

Biodata Putra Abdullah Atlet Muay Thai Boxing Malaysia Seangkatan Johan Ghazali Jojo Team Jordan Boy

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 10 Gegar Vaganza 2024 2025 Musim 11 Suku Akhir

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 9 Gegar Vaganza 2024 2025 Musim 11

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Akad Yang Terlindung Slot Samarinda TV3


Naim Garcia Calon Pemain Warisan Baru Perkuat Harimau Malaya

Can We Afford To Dream

Menu Egg Stra Ong Kembali Di Marrybrown

Rumc Your Gateway To A World Class Medical Degree In Malaysia

Surat Al Baqarah Ayat 284 286 Arti Perkata Dan Hukum Tajwid

Arief Ujian Rindu Chord