Kajian Sains Tentang Kelebihan Bersuci Buatkan Kita Teruja Nak Tahu



Kajian Sains tentang kelebihan Bersuci buatkan kita teruja nak tahu | Setiap perkara yang digariskan oleh Allah SWT kepada kita mempunyai banyak kelebihan atau hikmah-hikmah tertentu untuk hamba-hambaNya. Maka makin ramailah ahli-ahli sainstis teruja lalu terbuka hatinya untuk bersama dalam Islam dek kerana, setiap kelebihan dalam penemuan yang dikaji sudah di sebut oleh Allah SWT dalam Al-Quran. - Digital Dakwah


PENGERTIAN BERSUCI
Kelebihan Bersuci dari pandangan sains1. Bersuci daripada Hadas Kecil - Pengertian
Apabila kita berkumur, kita dapat membersihkan mulut dan penjagaan gigi dan gusi akan lebih sihat. Memasukkan air ke rongga hidung seperti vaksin kerana dapat menghilangkan penyakit resdung dan selsema

Muka, tangan, dan kaki adalah tempat yang sensitif untuk terkena penyakit kulit. Jika kerap basuh maka bakteria itu tidak dapat membiak dengan sempurna. Pada bahagian pergelangan tangan adalah habitat kesukaan bakteria terutamanya di celahan kuku kerana tempat itu paling kotor. Tangan digunakan untuk memegang misalnya. Daripada itu, mereka turut menumpang pada pergelangan tangan kita

Kulit merupakan organ terbesar pada tubuh badan kita dan merupakan organ yang paling kering. Kulit perlu sentiasa lembab. Dengan mengambil whudu’ seperti basuh muka, basuh tangan, basuh sedikit di bahagian kepala, dan kaki dapat memberi sedikit kelembapan kerana bahagian lain sudah tertutup oleh pakaian. 
Apabila kulit kering, ia akan menjadi kusam dan tidak bermaya. Semasa ini hama kecil akan datang dan menyebarkan penyakit kepada kulit kita dan apabila kita berwudhu’ maka kulit kita kembali segar
Secara amnya, apabila kita dalam keadaan tertekan atau mengantuk, kita akan basuh muka. Ini kerana ia dapat memberi ketenangan dan kesegaran semasa kita membasuh muka. Dalam soal wudhu’ ia dapat memberikan ketenangan dan kesegaran berpanjangan

Kita berjalan menggunakan kaki, dengan kaki kita akan berpijak pada tempat yang tidak ketahui kebersihannya. Dengan kerap membasuh kaki dalam berwudhu’ dapat membersihkan kaki dari sebarang kekotaran


2. Bersuci daripada Hadas Besar - Pengertian
a) Jika kita membuang air kecil kita hanya diwajibkan membasuh pada bahagian kemaluan kita tetapi jika kita  mengeluarkan air mani kita diwajibkan mandi keseluruhan tubuh badan kita. Ini kerana :
Air kencing merupakan sisa-sisa daripada pemakanan seharian kita. Manakala air mani adalah materi yang terhasil dalam tubuh badan kita. Jika selalu melakukan persetubuhan maka kita akan berasa letih dan tidak berdaya

Sabda Rasulullah;“Sesungguhnya air mani itu adalah cahaya matamu dan tulang sumsummu”

Mandi dapat meningkatkan kesegaran dan membuang segala peluh dan daki yang terhasil semasa air mani itu keluar. Air mani kaum Adam ini tidak sama dengan air mani kaum Hawa. Ini kerana air mani kaum Adam mengandungi sperma. Air mani adalah bertujuan untuk menghalang sperma daripada bahaya. 
Selepas keluarnya air mani tersebut maka badan lelaki akan dipenuhi oleh bahan kimia
Bahan kimia tersebut sebenarnya adalah bertujuan untuk menghalang sperma daripada rosak oleh persekitaran luar. Sebenarnya ketika kita mengeluarkan air mani tersebut satu badan mengeluarkan bahan kimia tersebut melalui liang roma. Apabila terlalu lama, bahan kimia itu akan bertukar kepada habitat yang sesuai untuk virus dan baktiria. Jadi badan kita pada masa itu terdedah kepada pelbagai penyakit. Apabila kita mandi dan meratakan keseluruhan air pada anggota tubuh badan kita, bahan kimia tersebut akan dibawa oleh arus air semasa kita mandi

Hal ini terbukti apabila pada Zaman Gelap di Eropah, sejenis penyakit daripada hama  dan kutu daripada tikus telah tersebar dan berjangkit antara satu sama lain masyarakat Kristian dan Yahudi tetapi umat Islam sihat dan bebas segala penyakit tersebut

Kajian Sains tentang kelebihan Bersuci buatkan kita teruja nak tahu
Air mani perempuan juga merupakan perkara yang sama
b) Bagi perempuan pada satu masa mereka akan didatangi haid. Haid merupakan sejenis bahan buangan (ovum yang telah tamat tempoh dan pecah kerana tiada persenyawaan berlaku antara sperma) yang dibuang oleh ovari. Konsep haid ini adalah sama dengan konsep keluarnya air mani

Semasa sedang dalam haid badan perempuan tersebut dipenuhi kekotoran hasil daripada darah haid itu
Dalam keadaan haid, perempuan mudah tertekan dan terlalu sensitif. Ini kerana semasa pecahnya ovum tersebut ‘ hormone progesterone’ semakin meningkat. Semasa hormon ini meningkat ia telah menyempitkan fikiran dan minda pada ketika itu

Apabila kita mandi ia akan menyegarkan badan, menyegarkan minda dan membangkitkan semangat yang hilang semasa dalam keadaan haid

Semasa kita mandi urat yang tersimpul akan terlerai dan perjalan darah akan kembali normal
Semasa dalam keadaan haid juga badan akan mengeluarkan bau-bauan yang kurang menyenangkan
Apabila kita mandi, bau tersebut akan hilang

c) Darah nifas juga sama dengan haid tetapi bezanya darah nifas adalah hasil daripada melahirkan anak
Semasa mengandung darah nifas ini adalah makanan kepada anak dalam kandungan. Ketika ini ia tidak dicemari oleh bakteria kerana ia dipertahankan oleh pelbagai antibodi

Selepas melahirkan anak pelbagai bakteria akan berkumpul dan membiak. Ia akan melebarkan kawasannya hingga keseluruhan badan kita.  Dalam keadaan nifas bada kita sangat letih hasil lahirnya anak itu walaupun mandi banyak kali. Tetapi dengan mandi wajib selepas keringnya darah itu badan akan segar dan nyaman serta ceria
pos: Kajian Sains tentang kelebihan Bersuci buatkan kita teruja nak tahuDigital Dakwah

*********** update ***********


Hikmah Bersuci pandangan Islam1. Bersuci daripada Hadas Besar

Untuk melakukan amal ibadat kepada Allah, diri kita harusnya bersuci dengan cara mandi wajib. Mandi wajib mestilah meratakan air keseluruhan badan. Antara faktor diwajibkan mandi wajib ialah:I.          Terkeluar air maniII.        HaidIII.     NifasIV.     Melakukan persetubuhan (Jima’)Antara hikmahnya ialah;a)      Manusia itu mempunyai dua nafsu iaitu nafsu hewani dan nafsu malaki . Ketika seseorang itu sedang melakukan persetubuhan (jima’), jiwa yang berkaitan berkaitan dengan alam malaikat tersiksa dalam badan yang najis, menanggung sakit kerana berjunub. Jika kita mensucikannya dengan mandi keseluruhan anggota badan tiada satu pun yang tertinggal maka jiwa kembali menjadi tenang dan hilang apa yang dibenci oleh manusia
 b)      Selepas kita selesai mandi, badan kita akan terasa segar dan dapat menghilangkan kemalasan semangat dalam melakukan ibadah pada Allah. Semangat ini dapat menimbulkan keikhlasan di dalam hati sehingga dapat melakukan amal ibadat kepada Allah
 c)      Apabila kita tidur, maka roh kita akan naik ke alam yang tinggi dan akan menyaksikan keagungan dan kehebatan rahsia penciptaan Allah Taala. Jika kita tidur dalam keadaan berhadath besar, maka rohnya tidak dapat melihat semua itu kerana suci merupakan pembebasan diri agar rohnya boleh naik dan bergabung dengan alam malaikat yang suci
 d)     Perempuan yang mandi selepas haid, dapat membangkitkan rasa semangat dan persediaan yang baik untuk mengandung yang diinginkan setiap waktu jika telah beristeri. Jika masih belum bersuami, mandi wahib dapat membangkitkan semangat dan menghilangkan kemalasan
 Firman Allah Taala,  …dan mereka bertanya kepadamu (Wahai Muhammad), mengenai (hukum) haid. katakanlah: “Darah haid itu satu benda yang (menjijikkan dan) mendatangkan mudarat”. oleh sebab itu hendaklah kamu menjauhkan diri dari perempuan (jangan bersetubuh dengan isteri kamu) dalam masa datang darah haid itu, dan janganlah kamu hampiri mereka (untuk bersetubuh) sebelum mereka suci. kemudian apabila mereka sudah bersuci maka datangilah mereka menurut jalan yang diperintahkan oleh Allah kepada kamu. Sesungguhnya Allah mengasihi orang-orang yang banyak bertaubat, dan mengasihi orang-orang yang sentiasa mensucikan diri.                                                                                             (Surah al-Baqarah : 2 :222) e)      Bagi perempuan yang habis waktu nifasnya, mandinya berfungsi sebagai menghilangkan bau badan yang kurang menyenangkan dan dapat mengembalikan tenaga yang telah hilang semasa mengandung, bersalin, dan dalam keadan nifas (pantang)
 f)       Sebagai fitrah manusia yang akan sentiasa perlu dibersihkan daripada kecil lagi iaitu ketika dilahirkan oleh ibu kerana ketika itu badan bayi tersebut dalam kekotoran akibat lumuran darah dan air ketuban ibu g)      Perintah mandi hadath merupakan satu penyucian batin daripada perasaan dengki, menipu, sombong, prasangka buruk atau perihal atau perbuatan yang menyebabkan dosa. Maka perintah untuk mandi hadath adalah untuk menyucikan perkara tersebut, kerana hadath itu sendiri tidak menghilangkan ibadah dan pengabdian diri pada Allah secara keseluruhannya. Bukannkah melaksanakan puasa dan zakat diperbolehkan meskipun dalam keadaan berhadath? Begitu pula berhadath tidak menghilangkan keimanan pada Allah Taala yang merupakan asas utama kepada segala ibadah. Ini kerana hadath bukanlah perkara yang maksiat dan bukannya penyebab dosa. Jadi dengan bersuci, perihal yang menyebabkan  sifat mazmumah[4]  yang ada pada diri kita akan terhapus

 2. Besuci daripada Hadas Kecil. Bersuci daripada hadath kecil satu perbuatan mebolehkan kita melakukan ibadah khusus seperti solat dan tawaf. Berwudhu mempunyai susunan yang wajib yang kita patuhi iaitu;I.         Niat,II.       Membasuh keseluruhan muka,III.     Membasuh kedua-dua belah tangan hingga ke siku,IV.     Membasuh sedikit bahagian di kepala,V.       Membasuh kedua-dua kaki hingga ke buku lali, VI.    TertibAntara hikmahnya ialah;a)      Pergelangan tangan adalah anggota yang pertama sekali dibasuh ketika wudhu’ . Walaupun ianya satu perkara sunnah tetapi ia da hikmah. Tangan adalah anggota yang paling sering digunakan untuk menyentuh segala jenis sesuatu, seperti bersalaman, makan dan memegang barang. Ketika ini dapat menggugurkan dosa-dosa kita melalui celah-celah jari
 b)      Membersihkan mulut dengan berkumur-kumur  dapat menghilangkan bau-bauan yang busuk dalam mulut kita. Bukan itu sahaja, dengan berkumur ketika berwudhu’ dapat memelihara lidah daripada melakukan perkara yang terkutuk seperti mengumpat, memfitnah, menipu dan mengadu domba. Ia juga memelihara lisan supaya menyebut perkataan yang baik seperti berzikir
c)      Membasuh keseluruhan muka dapat memelihara pancaindera daripada melakukan perkara maksiat dan menganjurkan perkara-perkara yang soleh; Mata:Melihat sesuatu hingga naik syahwatnya atau melihat aurat dan melihat perkara sehingga melalaikan seperti menonton televisyen. Ia juga dapat meningkatkan ketaqwaan dengan melihat kebesaran Allah Taala seperti melihat bukti kebesaran Allah Taala seperti melihat bukit-bakau dan laut yang terbentang meluas.  Hidung:Menghidu sesuatu hingga menaikkan syahwat seperti menghidu wangi-wangian daripada wanita
 Mulut:Hikmahnya seperti berkumur-kumur. Dalam hal ini menunjukkan bahawa mulut perlu dicuci dua kali kerana dosa banyak keluar daripada mulut
 Rasulullah bersabda: Sesungguhnya ada dua anggota menyebabkan umatku masuk neraka iaitu lisan dan kemaluan.                                                                                                                                                             .                                                                      (Hadith Riwayat Bukhari dan Muslim)
Dengan membersihkan muka ini, setiap daripada air yang mengalir dapat mengikis dosa yang dihasilkan melalui pancaindera kita

d)     Tangan merupakan anggota yang penting dalam tubuh badan kita. Dalam kehidupan seharian kita penggunaan tangan paling kerap digunakan. Apabila kita membasuh tangan hingga ke siku dosa yang kita lakukan akan gugur apabila kita meratakan air tersebut. Ia juga dapat menghindari daripada maksiat tangan seperti mencuri dan meraba anggota atau perkara yang haram. Ia juga menggalakkan kita melakukan amalan soleh seperti menderma
e)      Membasuh sedikit bahagian di kepala dapat menyegarkan minda dan mudah menerima kebaikan, dapat membezakan antara yang halal dan haram dan mudah menerima ilmu. Ia juga dapat menghapuskan dosa seperti memikirkan perkara yang negatif seperti berkhayal. Dosa akan mengalir keluar dari atas kepala hingga ke belakang telinga
 f)       Memasukkan sedikit air dan menghembuskan dapat mengeluarkan syaitan yang terdapat pada bahagian kepala kita
 g)      Menyapu air pada bahagian telinga dapat menhindari daripada mendengar perkara yang mendatangkan maksiat seperti mendengar orang sedang mengumpat dan dapat menguatkan telinga untuk mendengar perkara yang meningkatkan keimanan seperti mendengar orang membaca al-Quran
 h)      Membasuh kaki hingga ke buku lali dapat mengeluarkan dosa daripada bawah kuku kaki kita. Ia dapat menghindarkan kita daripada kaki kita melangkah ke tempat maksiat seperti disko, kelab malam, pusat pelacuran, dan wild party. Membasuh kaki dapat meringankan kaki pergi ke jalan yang telah ditetapkan Allah Taala seperti masjid atau tempat yang penuh dengan amalan-amalan yang soleh
 Pelbagai hikmah yang telah diberikan oleh Allah S.W.T  supaya hamva-Nya berada dalam keadaan bersuci dan bersih dalam melakukan ibadat terhadap-Nya
 Sabda Rasulullah S.A.W, “Diriwayatkan daripada Ibnu Abbas bahawa Rasulullah S.A.W bersabda,Disyariatkan beristinjak supaya menggauli bidadari syurga,Mencuci tangan agar boleh mengambil makanan daripada meja makan syurga, Berkumur-kumur agar dapat berkata-kata dengan Tuhan sekalian alam, Membersihkan hidung agar dapat menhidi bau-bauan syurga, Mencuci muka agar boleh melihat wajah Allah (mengikut pada amalannya), Mencuci kedua-dua tangan hingga ke siku dapat gelang dari syurga, Mengusap kepala memperolehi mahkota, dan Mencuci kedua-dua kaki dapat berjalan-jalan di syurga. ”

Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://digitaldakwah.blogspot.com/2018/04/kajian-sains-tentang-kelebihan-bersuci.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Nak Anak Faham Tentang Solat Bukan Bila Dia Umur 1 Tahun 2 Tahun Tapi Sejak Dalam Alam Rahim Lagi

Nak Anak Faham Tentang Solat Bukan Bila Dia Umur 1 Tahun 2 Tahun Tapi Sejak Dalam Alam Rahim Lagi

papar berkaitan - pada 8/8/2020 - jumlah : 420 hits
Didik anak faham tentang solat sejak dalam kandungan boleh membantu ibu untuk beribadah dengan tenang Pada permulaanya mungkin bayi akan merenggek tapi bila mereka mula membesar mereka akan faham dan mudah melakukan ibadah Masa mengandung a...
Anak Teruja Makan Roti Bakar Berinti Butttermilk Ni Cara Mudah Nak Sediakan

Anak Teruja Makan Roti Bakar Berinti Butttermilk Ni Cara Mudah Nak Sediakan

papar berkaitan - pada 26/8/2020 - jumlah : 362 hits
Masalah anak tidak mahu makan nasi selalu merisaukan ibu dan ayah Biarpun punya sumber karbohidrat yang lain seperti roti dan mi nasi dianggap paling mengenyangkan bagi sesetengah kita Tak apalah anak kurang gemar makan nasi kita gantikan d...
Nak Air Boba Sedap Jom Singgah Gerai Ibu Ila Di Kampung Delek Kanan Klang

Nak Air Boba Sedap Jom Singgah Gerai Ibu Ila Di Kampung Delek Kanan Klang

papar berkaitan - pada 13/8/2020 - jumlah : 907 hits
Peminat pelbagai minuman boba yang sedap boleh cuba minuman tersebut di Gerai Ibu Ila Kampung Delek Kanan Klang Cita rasanya bagai minuman boba yang mahal Namun harganya sangat berpatutan Selain boba ada juga dijual minuman lai chi kang dan...
Pemimpin Jangan Over Komen Akar Umbi Berguling Nak Ketawa

Pemimpin Jangan Over Komen Akar Umbi Berguling Nak Ketawa

papar berkaitan - pada 14/8/2020 - jumlah : 453 hits
Tun makin menjadikan musuh nya tak keruan Nanti aku cuba karang ayat power ayat hiburan untuk mereka rasa tidak terancam untuk mereka tidor lena Cuba aku nak ingatkan supaya kemaraan dan perjuangan Tun ini disekat cubalah sekat jangan biark...
Nak Cuba Bisnes Sandwic Telur Ikut Resipi Ni

Nak Cuba Bisnes Sandwic Telur Ikut Resipi Ni

papar berkaitan - pada 13/8/2020 - jumlah : 346 hits
Sandwic telur adalah sandwic asas dalam pembikinan sandwic sebelum korang mula buat sandwic lain yang lebih memerlukan kepakaran Pengusaha sandwic ini kongsikan cara membuat sandwic telur sesuai untuk korang yang ingin buat bisnes sandwic S...
Sekarang Dap Baru Nak Mengaku Ada Bayaran Untuk Projek

Sekarang Dap Baru Nak Mengaku Ada Bayaran Untuk Projek

papar berkaitan - pada 13/8/2020 - jumlah : 266 hits
NAJIB RAZAK Sekarang DAP baru nak mengaku ada bayaran untuk projek Kenapa dulu asyik kata tiada satu sen pernah dibayar Tiga Jalan itu adalah antara komponen projek terowong bernilai RM6 34b Ini seperti projek bina rumah Perlu bayar juga un...
Nak Balas Dendam Ke Penduduk Tak Puas Garaj Kereta Depan Rumah Pun Kena Roboh

Nak Balas Dendam Ke Penduduk Tak Puas Garaj Kereta Depan Rumah Pun Kena Roboh

papar berkaitan - pada 13/8/2020 - jumlah : 394 hits
Selepas daripada isu video viral daripada Asri Janggut kini MBSA semakin giat menjalankan operasi dengan mengambil tindakan segera meroboh dan menyita premis tidak berlesen sekitar Sungai Buloh Turut terkesan ialah beberapa gerai peniaga ke...
Isteri Tak Suka Masak Saya Penat Nak Tegur Suami Buntu Isteri Goyang Kaki Memanjang

Isteri Tak Suka Masak Saya Penat Nak Tegur Suami Buntu Isteri Goyang Kaki Memanjang

papar berkaitan - pada 11/8/2020 - jumlah : 334 hits
Saya dan isteri dah berkahwin selama enam tahun dan dikurniakan tiga orang anak Saya bekerja dan isteri pula suri rumah Isteri saya jenis tak suka memasak kurang makan dan jenis makan je apa apa makanan ringan atau makanan segera Kerja kerj...
Ratusan Warga Asing Ditangkap Guna Ic Palsu Untuk Kerja Di Malaysia

Blogger Pinned Article Featured Post Display Issue

Kumpulan Sunway Healthcare Tandatangan Mou Bersama Syneos Health

Inflationary Spike Mothers Fume At School Canteen Dishing Out Pathetic Noodles Portion At Rm3 Plate

Pressure Mounts On Anwar For Real Reforms While Many Show Concerns

Patutlah Viral Ayam Gepuk Top Global

Ismail Seru Pm Terus Angkat Cadangan Jadikan Bm Bahasa Kedua Asean

Solat Hajat Perdana Spm Stpm Smk Gelang Patah


echo '';
10 Filem Drama Seram Melayu Berhantu Terbaru 2024 2025 Mesti Tonton

One In A Million 2024 Senarai Peserta Juri Format Pemarkahan Hadiah Dan Segala Info Saksikan Live Di TV3 Malaysia Dan Tonton Calpis Soda OIAM

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Cinta Bukan Milik Kita Slot Samarinda TV3

6 Tapak Buangan Produk Manusia Yang Bersaiz Gergasi

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 5 Gegar Vaganza 2024 Musim 11


Adikwaniey Feat Ella Queen Cinto Mainey Chord

Road Tested Saint Unbreakable Coretec Armored Motorcycle Jeans

The New 2025 Honda Prelude

Sarapan Bubur Nasi Berlauk Kak Sab

Wall Oh Shame

Bila Walaun Otak Terbalik