Kajian Profesor Memang Semestinya Betul Ke


Ada ejen syarikat jualan langsung promote tuala wanita yang guna teknologi bio-velocity (BV). Mungkin baik untuk kesihatan katanya. Lalu dia petik kajian profesor dari Rusia
Bila saya baca artikel tu (https://www.scirp.org/journal/paperinformation.aspx…) , ada beberapa isu yang membuat saya sangat tidak yakin dengan apa yang ejen tersebut simpulkan tentang tuala wanita itu


1. Kajian untuk 'membuktikan' kesan produk kepada fungsi dan kesihatan badan mestilah kajian yang mantap dari segi rekabentuk kajian, pengutipan data dan analisis data
2. Rekabentuk eksperimental yang digunakan adalah satu rekabentuk yang baik. Ada 4 kumpulan eksperimental: (a) peserta diberitahu dengan benar mereka menggunakan bahan BV, dan (b) peserta diberitahu mereka menggunakan placebo (bahan biasa). Dua lagi kumpulan diberithu maklumat salah tentang rawatan yang diberikan. Pengukuran dibuat sebelum dan selepas rawatan yang berlangsung 30 minit
3. Alangkah lebih baik jika ada kumpulan kawalan yang tidak berikan apa-apa rawatan. Kumpulan kawalan adalah antara ciri penting sesebuah eksperimen
4. Dalam artikel berkenaan, tiada maklumat tentang peserta kajian kecuali julat umur mereka. Berapa ramai yang lelaki dan perempuan? Persamaan ciri-ciri responden dalam 4 kumpulan tidak diberikan. Sejauhmana kita boleh percaya bahawa kesemua 4 kumpulan tersebut 'sama' dari segi individu di dalamnya
5. Tajuk artikel menyebut 'Process of Sleep'. Protokol eksperimental yang ditulis tidak menjelaskan peserta dibiarkan tidur atau tidak. Dalam masa 30 minit, peserta dibiarkan 'rest' sahaja. Berapa ramai yang tidur? Berapa ramai yang tidur-tidur ayam? Perbezaan antara rehat dan tidur adalah perbezaan yang sangat ketara. Kegagalan melaporkan hal ini boleh menjejaskan kesahan hasil kajian
6. Ukuran keberkesanan yang digunakan agak pelik. Adakah eksperimen ini berkiblatkan ekologi? Kajian tidur? Bio-energy? Keberkenan produk BV diuji dengan (1) crownoscopy (2) tekanan darah, (3) ujian tahan nafas, dan (4) Luscher-Color-Diagnostic
7. Carian di Web of Science menunjukkan hanya ada 1 artikel yang menggunakan Luscher-Color-Diagnostic dan 0 (ya, kosong) artikel yang menggunakan crownscopy. Justeru, saya ragu dengan kesahihan apa yang diukur ini
8. Perkaitan ukuran-ukuran ini dengan proses tidur tidak dinyatakan
9. Analisis statistik yang digunakan ialah ujian t. Jenis ujian t yang digunakan tidak dinyatakan. Saya andaikan pengkaji menggunakan ujian t untuk melihat perbezaan skor 'sebelum dan selepas' secara berasingan bagi setiap kumpulan. Malangnya, satu nilai t pun tidak kelihatan dalam artikel ini. Nilai min dan sisihan piawai atau ralat piawai bagi setiap ukuran pun tidak diberi. Yang ada hanyalah nilai berkenaan perubahan (changes)
10. Jika itu tidak cukup pelik, pengkaji melaporkan keputusan seperti "Group 1 is statistically significantly different from Group 4 and Group 2 by this parameter (P < 0.01)." Ujian apa yang digunakan untuk membandingkan kumpulan-kumpulan yang lebih daripada 2 ni? Jika ujian t yang digunakan, maka ia adalah ujian yang tidak sesuai. Saya tak boleh terima keputusan statistik sebegini (tiada nama ujian, tiada statistik ujian...tiba-tiba ada nilai p sahaja) walaupun penulisnya berstatus professor
11. Pembentangan keputusan eksperimen ini agak mencabar untuk difahami. Maklumatnya tidak cukup. Saya tertarik denan ayat ini: "...after relaxation the values of Mental fatigue, Mental tension, Anxiety, Emotional stress, Total deviation are decreasing in all cases." Maksudnya, tanpa rawatan BV pun, skor akan menurun. Jadi, di mana sebenarnya bukti BV berkesan
12. Kajian tersebut diterbitkan dalam Open Journal of Ecology. Kaitan kajian yang dilaporkan dengan ekologi tidak begitu jelas. Kalau sekadar sebagai penerbitan, ia ok. Tapi kalau nak digunakan sebagai bukti saintifik dalam aktiviti pemasaran, saya kurang yakin. Ibarat mencari bukti keberkesanan modul kaunseling dalam jurnal kimia. Apa kaitannya? Kena tunjukkan dengan jelas
13. Open Journal of Ecology dimasukkan dalam senarai "Potential, possible, or probable predatory scholarly open-access publishers https://archive.fo/6EByy Seorang pakar ekologi, Daniel Hocking meletakkan status 'predatory' ke atas jurnal ini https://danieljhocking.wordpress.com/links/oa-journals/. Maksudnya, pembaca perlu berhati-hati dengan artikel yang diterbitkan dalam jurnal tersebut. Mungkin ada unsur bayar-untuk-terbit; kesahihan dan mutu artikel dalam jurnal perlu dinilai secara kritikal lebih daripada jurnal yang muktabar
14. Penulis kedua artikel itu menggunakan afiliasi BAE (Bio-Active Energy) yang memasarkan pelbagai produk pengguna. Pernyataan 'conflict of interest' perlu disertakan. Jurnal muktabar sudah tentu mengambil kira kepentingan komersil penulis dalam penerbitan ini
15. Dalam ruangan 'acknowledgement', staf syarikat Hai-O Enterprise Bhd diberi kredit. Ini juga satu bentuk konflik kepentingan. Jika Hai-O menaja kajian ini, peer review yang lebih ketat perlu diamalkan
Banyak lagi yang boleh dipertikaikan tentang artikel ini. Tapi, bila framework yang digunakannya kurang jelas, teorinya juga kurang jelas, maka artikel seperti ini sememangnya tidak wajar dijadikan sandaran bukti aktiviti pemasaran
Saya tahu ada bekas pelajar psikologi UIA yang bergiat aktif dalam Hai-O. Saya harap mereka mampu melihat kegiatan pemasaran serta claims tentang produk Hai-O dengan lebih kritikal. Jangan sia-siakan ilmu Research Methodology dan Statistics yang dah dipelajari dulu
Sebagai penutup, saya nak beri punchline untuk posting ni. Ingat lagi ejen yang saya sebut di awal tadi? Dia mempromosikan tuala wanita. Tapi eksperimen yang dia petik adalah tentang tilam
Rasa nak tutup muka dengan selimut dengar hujah macam ni


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://pakalang.blogspot.com/2020/05/kajian-profesor-memang-semestinya-betul.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Kata Hati Selalunya Betul

Kata Hati Selalunya Betul

papar berkaitan - pada 17/5/2020 - jumlah : 1257 hits
Assalamualaikum dan Selamat Sejahtera Tiada jalan singkat untuk kita sampai ke sesuatu destinasi yang sememangnya jauh Perjalanan tetap melibatkan langkah demi langkah dan tingkat demi tingkat Kita akan bermula semuanya dari bawah dan baru ...
Masak Rendang Tok Asli Perak Kena Betul Betul Kering Baru Menjadi Resipi Legend Hari Raya

Masak Rendang Tok Asli Perak Kena Betul Betul Kering Baru Menjadi Resipi Legend Hari Raya

papar berkaitan - pada 19/5/2020 - jumlah : 481 hits
Bila bercakap tentang rendang tok pasti kita teringat akan keenakan rendang tok asli Perak Rasanya yang cukup dan berempah dimakan bersama lemang atau ketupat memang membangkitkan selera Tak cukup hanya makan sekali pasti setiap yang merasa...
Teknik Membuat Cover Letter Resume Yang Betul

Teknik Membuat Cover Letter Resume Yang Betul

papar berkaitan - pada 17/5/2020 - jumlah : 394 hits
Ramai dikalangan kita yang Tahu Format Menulis Cover Letter Resume Tetapi ramai lagi yang tidak tahu Format Menulis Cover Letter Resume Dengan Betul Ramai tidak tahu bagaimana cara menulis cover letter resume dengan baik kadang kala menulis...
Pertimbangkan Betul Betul

Pertimbangkan Betul Betul

papar berkaitan - pada 16/5/2020 - jumlah : 395 hits
Assalammualaikum wbtPERTIMBANGKAN BETUL BETULBanyak perkara perlu dan mesti dipertimbangkan betul betul Bersedekah itu sangat bagus Tidak menjadi miskin andai bersedekah Bersedekahlah kalau mahu memperkembangkan harta namun begitu andai hat...
Lama Betul Bagi Muka Tak Boleh Tahan Masuk Ig Kami Komen Good Good Pula Almy Nadia Sekat Netizen Biadab

Lama Betul Bagi Muka Tak Boleh Tahan Masuk Ig Kami Komen Good Good Pula Almy Nadia Sekat Netizen Biadab

papar berkaitan - pada 16/5/2020 - jumlah : 487 hits
Almy Nadia sekat netizen yang tulis komen tidak beradab di Instagram miliknya SERING menerima kecaman dan komen negatif daripada netizen di laman sosial pelakon Datin Almy Nadia menegur sikap tidak beradab segelintir individu tersebut Mener...
Bila Makan Bini Kat Sebelah Pun Tak Nampak Chef Ini Ajar Cara Memasak Steak Dengan Cara Yang Betul Dan Ber Juicy

Bila Makan Bini Kat Sebelah Pun Tak Nampak Chef Ini Ajar Cara Memasak Steak Dengan Cara Yang Betul Dan Ber Juicy

papar berkaitan - pada 16/5/2020 - jumlah : 361 hits
Sedap memang sedap kalau nak makan di kedai pasti harga hingga ratusan ringgit Kalau korang peminat steak tetapi ada masalah untuk memasak korang jangan risau sebab SK ingin berkongsi resepi rahsia seorang tukang masak yang agak terkenal di...
Raya Ni Perempuan Je Buat Semua Kerja Lelaki Pemalas Betul Ke

Raya Ni Perempuan Je Buat Semua Kerja Lelaki Pemalas Betul Ke

papar berkaitan - pada 19/5/2020 - jumlah : 861 hits
Walaupun tahun ini Aidilfitri disambut dalam tempoh Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat namun ianya tetap tidak menghalang setiap individu bernostalgia mengenai keseronokan raya tahun sebelumnya Antara yang diingati adalah kemeriahan kelu...
Betul Ke Duit Peruntukan Ypc Syed Saddiq Hilang

Betul Ke Duit Peruntukan Ypc Syed Saddiq Hilang

papar berkaitan - pada 19/5/2020 - jumlah : 588 hits
Konon hilang duit RM250 000 di rumah Saddiq Tapi dengar cerita daripada geng Armada sendiri duit yang hilang tu duit Youth Power Club yang Saddiq dah ambil dahulu konon nak buat program YPC tapi nak dilencongkan ke tempat lain Mungkin nak b...
Takyah Cari Memang Tak Ada Tangan Pemuda Cina Kagum Rider Gigih Cari Rezeki

Takyah Cari Memang Tak Ada Tangan Pemuda Cina Kagum Rider Gigih Cari Rezeki

papar berkaitan - pada 4/5/2020 - jumlah : 519 hits
May 3 2020 Satu kisah telah tular mengenai kegigihan seorang pemuda Orang Kurang Upaya yang bekerja sebagai penghantar makanan Kisah ini dikongsi seorang pemuda di laman Facebook mengenai seorang penghantar makanan GrabFood yang menghantar ...
Marriott Bonvoy Hotels Resorts Perkenal The Malaysian Kitchen Sajian Warisan Turun Temurun

Intellectual Property Protecting Ideas

Resipi Taufu Fa Homemade Sangat Sedap Dimakan Sejuk

Di Mana Nak Beli Minyak Tanah Untuk Pelita Raya

Anta Permana Datuk Seri Siti Nurhaliza Dalam Playlist King Charles Iii

4 Golongan Manusia Haram Disentuh Api Neraka

Laut Tanpa Warna Nasib Nemo Bila Terumbu Karang Hilang

Funny18 Web Pgslot Pgslot Top 6 By Mickey Funny18 Funny18 Asia 19 25


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


How Motion Controls Are Revolutionizing Fitness And Sports Gaming

Mee Kari

Mb Kelantan Diberitahu Dari Layan Fitnah Podcast Baik Selesai Isu Tanah

Panduan Lengkap Solat Sunat Tarawih

Support System Bukan Dari Sudut Duit Tapi Dari Sudut Motivasi Inspirasi

Anugerah Kesenian Boh Cameronian Ke 20 Sambutan Masa Lalu Insipirasi Masa Depan