Kajian Membuktikan Ganja Boleh Membunuh Sel Kanser


SEORANG penghidap kanser otak dan paru-paru berumur 80an mengambil minyak ganja setelah doktor mengesahkan dia boleh hidup hanya beberapa minggu.
Dia disahkan bebas daripada kedua-dua kanser tersebut dalam tempoh sembilan bulan. Hari ini setelah lebih tiga tahun mengambil minyak ganja, dia hidup sihat serta menjalani aktiviti harian seperti orang lain.
Ikuti kisahnya berjudul Culture Exclusive: Cannabis Cures Cancer - The Stan Rutner di Youtube.
Kajian makmal pada 2008 dalam laporan The Journal Of Clinical Investigation mendapati sejenis cannabinoid iaitu tetrahydrocannabinol (THC) berupaya menyembuhkan kanser otak.
Golongan saintis yang menjalankan penyelidikan itumembuat kesimpulan, dengan menggunakan proses biokimia yang serupa THC berupaya menyembuhkan pelbagai jenis kanser lain.
Kajian lain mendapati cannabinoid mampu berfungsi menggunakan pelbagai mekanisme termasuk merencatkan pertumbuhan sel kanser, menyebabkan kematian sel kanser dan menghalang metastasis (perpindahan sel kanser ke organ lain).
Undang-undang dua puluh negeri di Amerika Syarikat membenarkan penduduknya menggunakan ganja untuk tujuan perubatan.
Golongan aktivis dan badan bukan kerajaan merupakan penggerak utama dalam berkempen di mana akhirnya mereka menjalankan pungutan suara.
Pungutan suara yang ditangani oleh sebilangan penduduk sesuatu negeri kemudiannya di hantar kepada pihak berkuasa untuk diteliti. Usaha yang dilakukan mengambil masa yang panjang dan terpaksa menempuh pelbagai rintangan.    
Kawal penggunaan
Mungkin apabila tiba masa sesuai, negara kita juga membenarkan orang awam menggunakan ganja untuk tujuan perubatan. Sebelum kebenaran dilaksanakan, sudah tentu kajian terperinci perlu dijalankan. 
Antara lain yang utama ialah mengeluarkan lesen kepada pengeluar (penanam) dan pengedar/peruncit. Pengguna perlu mendapatkan kad yang mengandungi butir-butir kebenaran daripada pihak berkuasa contohnya doktor perubatan tanpa prejudis.
Sebagaimana dilaksanakan di negeri-negeri Amerika Syarikat yang membenarkan penggunaan ganja untuk tujuan perubatan, setiap penduduk boleh memiliki misalnya sebatang pokok dan beberapa gram ganja kering pada satu-satu masa.
Maksudnya jika seseorang didapati memiliki pokok atau ganja kering lebih daripada kuantiti yang dibenarkan maka ia boleh didakwa pihak berkuasa. Pastikan terdapat klaus yang membenarkan penghidap menggunakan produk ganja seperti minyak ganja atau krim.
Berikut ialah rumusan utama berkaitan bancian bersifat tinjauan yang dijalankan mantan Presiden American Herbalists Guild (AHG), Aviva Romm, berkaitan penggunaan ganja oleh golongan responden tinjauan yang bertaraf herbalis profesional berdaftar dengan AHG.
Untuk pengetahuan pembaca, penulis ialah satu-satunya herbalis Malaysia yang menerima pengiktirafan sebagai herbalis profesional oleh AHG dan berdaftar dengannya.
Namun penulis sendiri tidak terlibat langsung dengan tinjauan tersebut.
Tinjauan berjudul AHG Professional Member Survey: Medicinal Use of Cannabis itu menunjukkan ganja (Cannabis Sativa) digunakan hampir separuh responden untuk tujuan perubatan.
Pada masa sama 55 peratus responden tidak pernah menawarkan penggunaan ganja kepada klien untuk tujuan perubatan.
Sebahagian besar responden tidak menawarkan penggunaan ganja dengan alasan ia adalah bahan diharamkan oleh undang-undang.
Lebih kurang 80 peratus responden menyatakan mereka akan menawarkan penggunaan ganja jika penggunaannya tidak dikekang undang-undang.
Tinjauan tersebut mendapati golongan responden menggunakan ganja secara menyendiri tanpa digabungkan dengan herba lain dalam sebahagian besar rawatan.
Kaedah utama penggunaan ganja untuk tujuan perubatan oleh responden ialah menyedut asap, menyedut wap dan dimakan/minum.
Penulis sendiri tidak pernah menggunakan ganja untuk tujuan perubatan sama ada untuk kegunaan sendiri atau menawarkannya kepada klien.
Namun penulis mengetahui minum rebusan daun ganja adalah antara kaedah utama yang dapat dijadikan penawar untuk redakan  penyakit tertentu.
Pengambilan tincture iaitu sediaan herba yang disediakan dengan merendam herba dalam arak contohnya Vodka adalah amalan yang paling kurang dicadangkan oleh responden tinjauan.
Untuk pengetahuan pembaca, tincture halal boleh disediakan dengan merendam herba dalam cuka atau gliserin berasal daripada pemprosesan minyak sawit.
Tincture terutama tincture arak dikatakan adalah sediaan herba yang paling mujarab dibandingkan dengan sediaan jenis lain seperti rebusan dan sediaan jenis teh (herba direndam dengan air panas selama beberapa minit) atau serbuk herba kering. Tincture cuka dan gliserin juga sebenarnya berguna sebagai bahan rawatan walaupun kuasanya kurang sedikit berbanding tincture arak

Kegunaan terapeutik
Apakah jenis penyakit yang boleh dirawat oleh ganja seperti yang telah diamalkan oleh responden bancian berbentuk tinjauan yang dijalankan oleh Aviva Romm?
Laporan tinjauan beliau menunjukkan responden paling kerap mencadangkan penggunaan ganja terhadap penyakit seperti kanser, glaucoma, keresahan (kerisauan), kurang/hilang selera makan, rasa sakit dan insomnia.
Sebanyak 56.4 peratus responden menganggap ganja menyebabkan ketagihan, manakala 74.9 peratus menganggap ia selamat digunakan golongan dewasa. Bagi 78.4 peratus responden percaya ia tidak selamat digunakan oleh kanak-kanak. Tiga perempat responden percaya ganja tidak selamat digunakan oleh ibu mengandung.
Data tinjauan tersebut juga menunjukkan responden menggunakan ganja untuk merawat Amyotrophic lateral sclerosis (ALS), penyakit Alzheimer, anorexia, attention deficit hyperactivity disorder, atritis, sindrom Asperger, sakit pinggang, gangguan bipolar, body dismorphic disorder, penyakit Crohn, ketagihan dadah, asma, tidak datang haid, endometriosis, sawan (epilepsi), masalah ereksi, fibromyalgia, glaucoma dan sakit kepala.
Beberapa penyakit seperti bronkitis, diabetes dan hepatitis C juga boleh dirawat menggunakan ganja. Namun data tinjauan menunjukkan tiada seorang pun responden yang menggunanya untuk tujuan tersebut.
Pangkalan data Natural Standard memaparkan bukti sains berdasarkan kategori jelas, baik dan tidak jelas terhadap manfaat ganja untuk tujuan perubatan. Manfaat yang disenaraikan oleh Natural Standard hanya adalah sedikit berbanding dengan pelbagai kegunaan yang digunakan dalam tinjauan AHG.  
Sebahagian herbalis mengamalkan penggunaan sesuatu herba secara empiris iaitu berdasarkan keputusan daripada pengamalan yang tidak semestinya didahului oleh penemuan sains.
Menurut mantan pengarah Perubatan Tradisional dan Komplementari (T&CM) dalam sebuah bengkel penerangan beberapa tahun dahulu, hanya pengamal perubatan alternatif yang berdaftar dengan T&CM dibenarkan menggunakan herba yang dikategorikan sebagai bahan narkotik. Untuk keterangan lanjut sila ajukan soalan anda kepada pegawai T&CM.- sinarharian

Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://jerukan2.blogspot.com/2015/07/kajian-membuktikan-ganja-boleh-membunuh_54.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Hisap Vape Boleh Rosakkan Jantung Anda Bukti Dari Kajian Terkini

Hisap Vape Boleh Rosakkan Jantung Anda Bukti Dari Kajian Terkini

papar berkaitan - pada 28/11/2018 - jumlah : 538 hits
Selepas digembar gemburkan bahawa hisap Vape tak merbahaya untuk digantikan dari hisap rokok biasa ramai orang yang beralih arah untuk jadi penagih Vape pulak Apa yang best dengan hisap Vape sebelum ini adalah kurangnya maklumat terhadap ke...
Doa Jika Rindu Seseorang Dalam Islam Yang Boleh Kita Amalkan

Doa Jika Rindu Seseorang Dalam Islam Yang Boleh Kita Amalkan

papar berkaitan - pada 23/11/2018 - jumlah : 625 hits
Doa Jika Rindu Seseorang Dalam Islam Yang Boleh Kita Amalkan Setiap manusia pasti pernah merasakan rindu Perasaan ini muncul tatkala kita berada di posisi yang jauh dari orang tersayang Entah itu istri suami orang tua saudara teman atau kek...
Perkara Yang Boleh Mempengaruhi Kesuburan Anda

Perkara Yang Boleh Mempengaruhi Kesuburan Anda

papar berkaitan - pada 23/11/2018 - jumlah : 331 hits
Oleh Nurul Nazrah Artikel ini merupakan perkongsian dari portal HelloDoktor Mengandung dan melahirkan anak adalah perkara semula jadi yang berlaku pada wanita Namun untuk hamil tidak semudah yang anda fikirkan terutama buat sesetengah wanit...
5 Selebriti Paling Bergaya Berfesyen Dan Boleh Dijadikan Inspirasi

5 Selebriti Paling Bergaya Berfesyen Dan Boleh Dijadikan Inspirasi

papar berkaitan - pada 23/11/2018 - jumlah : 670 hits
FESYEN itu mempunyai ruang maksud yang cukup luas dan ia mungkin berbeza beza pada setiap individu Atas dasar itu juga kita dapat lihat pelbagai gaya yang ditampilkan mengikut cita rasa masing masing dan adakalanya ia agak keterlaluan atau ...
Anda Kelak Boleh Membela Pokemon Eevee Melalui Tamagotchi Baru

Anda Kelak Boleh Membela Pokemon Eevee Melalui Tamagotchi Baru

papar berkaitan - pada 23/11/2018 - jumlah : 299 hits
Seperti desas desus sebelum ini hari ini pihak Pokemon dan Tamagotchi telah pun mengumumkan kerjasama dan bakal memasarkan Tamagotchi edisi Pokemon pada awal 2019 kelak Melalui Tamagotchi baru ini para pemilik boleh membela watak Eevee Wata...
Malaysia Tak Boleh Kata Tolak Icerd Anwar

Malaysia Tak Boleh Kata Tolak Icerd Anwar

papar berkaitan - pada 23/11/2018 - jumlah : 446 hits
Oleh Ifwan Tun TuahDATUK Seri Anwar Ibrahim berucap pada majlis kesyukuran kemenangan beliau sebagai Ahli Parlimen Port Dickson di Kampung Pachitan malam ini Foto Iqmal Haqim RosmanPORT DICKSON Datuk Seri Anwar Ibrahim menjelaskan kerajaan ...
Letak Bayi Depan Tv Boleh Menyebabkan Bayi Susah Tidur 4 Perkara Lagi Yang Wajib Ibu Bapa Tahu

Letak Bayi Depan Tv Boleh Menyebabkan Bayi Susah Tidur 4 Perkara Lagi Yang Wajib Ibu Bapa Tahu

papar berkaitan - pada 23/11/2018 - jumlah : 553 hits
Pernah tak ada hari anak anda susah sangat nak tidur Kadang kadang sampai 3 4 pagi dan menggangu waktu tidur anda Sebagai ibu bapa kita harus periksa rutin harian anak anak supaya tidak menggangu waktu tidurnya Ada beberapa perkara yang mun...
Siti Mastura Pays Rm830k Pending Appeal In Dap Leaders Defamation Case

Technology For Startup Growth

Mengapa Sholat Sebaiknya Dilakukan Di Awal Waktu

Beli Emas Harga Kilang Dengan Orodesign

All The Android Updates Coming To The Samsung Galaxy S25 Series And More

Ringgit Strengthens After Bnm Maintains Opr At 3

Skills Of Nursing A Guide To Success In The Healthcare Field

Sarawak Enforces New Anti Rabies Vaccination Order


echo '';
Biodata Putra Abdullah Atlet Muay Thai Boxing Malaysia Seangkatan Johan Ghazali Jojo Team Jordan Boy

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 10 Gegar Vaganza 2024 2025 Musim 11 Suku Akhir

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 9 Gegar Vaganza 2024 2025 Musim 11

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Akad Yang Terlindung Slot Samarinda TV3

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 9 Gegar Vaganza 2024 2025 Musim 11


Makan Malam Di Dapur Tomyam Kempas Indah

Resipi Nasi Jagung Sedap Ikut Cara Masak Kenduri

Januari 23 2025

Program Sentuhan Kasih Rakyat 2025 Bantuan Rm300 Untuk Golongan Miskin Sabah

Eur Usd 22 Januari Kenaikan Harga Masih Berusaha Mengambil Alih Kawalan

Sultan Pahang Ingatkan Semua Ahli Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri Pahang Peka Masalah Rakyat