Kajian 20 000 Dokumen Tentukan Hubungan Kedah Pulau Pinang Akan Dibentang


bharian.com.my
Oleh M Hifzuddin Ikhsan
[email protected] 24, 2024 Muhammad Sanusi pada sidang media selepas Mesyuarat Kerajaan Negeri (EXCO) di Wisma Darulaman. NSTP/ WAN NABIL NASIR.
ALOR SETAR : Kerajaan negeri akan membentangkan dapatan hasil kajian pasukan penyelidiknya ke atas 20,000 dokumen di luar negara bagi melihat fakta sebenar hubungan antara Kedah dan Pulau Pinang pada masa lampau.

Menteri Besar, Datuk Seri Muhammad Sanusi Md Nor, berkata pasukan penyelidik membabitkan pakar perundangan dan sejarahwan terbabit sedang meneliti dokumen yang diambil di England, Belanda, Thailand dan Indonesia.

Beliau berkata, kerajaan negeri akan menggunakan dapatan daripada kajian berkenaan bagi menentukan hala tuju baharu dalam hubungan antara dua negeri berkenaan termasuk dalam isu berkaitan tuntutan pajakan dan pampasan bekalan air.

"Pasukan pengkaji sejarah Kedah dan Pulau Pinang sedang mengumpulkan dapatan kajian yang akan diumumkan pada Disember ini selepas mereka beberapa kali keluar negara bagi mengumpulkan kira-kira 20,000 dokumen yang kebanyakannya laporan pentadbiran Negeri-Negeri Selat.

"Saya ada teliti sedikit dokumen yang diambil di British Library dan British National Archive yang menjadi rujukan kajian, semua ini akan dijadikan fakta kepada kerajaan negeri dalam melihat hubungan Kedah dan Pulau Pinang," katanya pada sidang media di Wisma Darul Aman di sini, hari ini.

Tahun lalu, Muhammad Sanusi mengumumkan kerajaan negeri akan meneruskan usaha membetulkan sejarah berkaitan kedudukan Kedah dan Pulau Pinang yang didakwa dipesongkan sejak 200 tahun lalu.

Katanya, eksploitasi ke atas sejarah Kedah yang dilakukan sejak pemerintahan British wajar diperbetul selepas mendakwa pakar sejarah pada era ini menemui fakta baharu hasil pelbagai kajian.

Isu ini timbul apabila pakar sejarah, Prof Datuk Dr Ramlah Adam berkata, sewaan Pulau Pinang terbatal sebaik saja Perjanjian Persekutuan Tanah Melayu (PPTM) 1948 ditandatangani Raja-Raja Melayu dan wakil British, Sir Edward Gent.

Mengulas lanjut, Muhammad Sanusi berkata, kajian itu dibuat bukan semata-mata untuk membolehkan tuntutan dibuat ke atas Pulau Pinang, tetapi bagi menjelaskan bagaimana wujudnya hubungan antara dua negeri berkenaan.

"Laporan pentadbiran Negeri-Negeri Selat itu adalah yang dihantar kepada House of Common dan Straits Settlement Office di London. Jadi kita tunggu dapatan pasukan pengkaji sebelum kerajaan negeri kemukakan fakta ilmiah mengenai kedudukan Kedah dan Pulau Pinang.

"Dalam isu ini, kita tidak pernah diam dan saya sendiri bercakap lama mengenainya, bukan kerana kita hendak duit percuma. Saya mahu jadikan perkara yang kita ungkap sejak ratusan tahun dulu sebagai fakta, sebab itu kita kumpul semua bahan," katanya


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://wak-labu.blogspot.com/2024/07/kajian-20000-dokumen-tentukan-hubungan.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
20000 Dokumen Kedah Vs Pulau Pinang

20000 Dokumen Kedah Vs Pulau Pinang

papar berkaitan - pada 25/7/2024 - jumlah : 165 hits
Kerajaan negeri akan membentangkan dapatan hasil kajian pasukan penyelidiknya ke atas 20 000 dokumen di luar negara bagi melihat fakta sebenar hubungan antara Kedah dan Pulau Pinang pada masa lampau Menteri Besar Datuk Seri Muhammad Sanusi ...
Kumpulan Penjaja Pulau Pinang Kecam Larangan Tukang Masak Warga Asing

Kumpulan Penjaja Pulau Pinang Kecam Larangan Tukang Masak Warga Asing

papar berkaitan - pada 20/7/2024 - jumlah : 184 hits
PERSATUAN Penjaja Pulau Pinang mengecam keputusan Majlis Bandaraya Pulau Pinang berhubung larangan tukang masak warga asing menyediakan makanan tempatan di warung medan selera dan kedai kopi Presidennya Ooi Thean Huat berkata larangan itu s...
Jkdm Pulau Pinang Bongkar Rumah Terbiar Jadi Stor Arak

Jkdm Pulau Pinang Bongkar Rumah Terbiar Jadi Stor Arak

papar berkaitan - pada 19/7/2024 - jumlah : 158 hits
BUTTERWORTH Jabatan Kastam Diraja Malaysia Pulau Pinang membongkar sindiket penyeludupan minuman keras selepas serbuan ke atas sebuah rumah terbiar di kawasan pesisir dekat Jelutong Timur di sini 4 Julai lepas Pengarahnya Roselan Ramli berk...
Feri Pulau Pinang Ttenggelam

Feri Pulau Pinang Ttenggelam

papar berkaitan - pada 24/7/2024 - jumlah : 175 hits
Sebuah feri ikonik Pulau Pinang yang ditempatkan di Pangkalan Sultan Abdul Halim Butterworth di sini dilaporkan tenggelam awal pagi ini Suruhanjaya Pelabuhan Pulau Pinang ketika ini sedang menjalankan usaha untuk menaikkan semula feri berke...
Kerjasama Dengan Ptptn Program Anak Emas Perkasa Pendidikan Tinggi Anak Anak Pulau Pinang

Kerjasama Dengan Ptptn Program Anak Emas Perkasa Pendidikan Tinggi Anak Anak Pulau Pinang

papar berkaitan - pada 30/7/2024 - jumlah : 385 hits
Kerajaan Pulau Pinang dengan kerjasama Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional bakal menganjurkan Majlis Pelancaran Program Anak Emas yang akan berlangsung di MYDIN Bukit Mertajam Pulau Pinang pada 3 Ogos ini Pada tahun ini Program Ana...
Bangunan Pertama Di Pulau Silikon Dijangka Siap Menjelang 2026 Kata Km Pulau Pinang

Bangunan Pertama Di Pulau Silikon Dijangka Siap Menjelang 2026 Kata Km Pulau Pinang

papar berkaitan - pada 31/7/2024 - jumlah : 180 hits
PULAU PINANG menjangkakan bangunan pertama di Pulau Silicon yang dibangunkan dengan kos RM6 bilion akan siap menjelang 2026 dengan kira kira 161 874 hektar tanah akan ditambah secara berperingkat di luar pantai Batu Maung Ketua Menteri Chow...
Gurney Bay Tempat Riadah Terbaru Di Pulau Pinang

Gurney Bay Tempat Riadah Terbaru Di Pulau Pinang

papar berkaitan - pada 17/7/2024 - jumlah : 276 hits
Gurney Bay Tempat Riadah Terbaru Di Pulau Pinang Cuti sekolah baru ni tak plan ke manapun Keluar jalan jalan tempat berdekatan sahaja cuti pun tak apply Lepas waktu kerja baru fikir nak bawa Dzakwan ke mana Dzakwan pun lebih memilih untuk s...
Healing 3d 2n At Pulau Langkawi Kedah Apa Yang Baharu Di Kereta Kabel Langkawi

Healing 3d 2n At Pulau Langkawi Kedah Apa Yang Baharu Di Kereta Kabel Langkawi

papar berkaitan - pada 12/7/2024 - jumlah : 226 hits
Healing 3d 2n At Pulau Langkawi Kedah Apa yang baharu di Kereta Kabel Langkawi Balik dari mangrove tour aku terus cari kereta sewa Bila dah ada kereta panjanglah langkah Berjalan seorang diri lagilah senang nak ke sana ke sini ke sinun Diam...
Sanusi Patut Terima Fakta Sejarah Tentang Pulau Pinang Kata Chow

Sanusi Patut Terima Fakta Sejarah Tentang Pulau Pinang Kata Chow

papar berkaitan - pada 26/7/2024 - jumlah : 252 hits
MENTERI Besar Kedah Muhammed Sanusi Md Nor sepatutnya fokus kepada mentadbir negeri dan menerima fakta sejarah yang negeri berjiran Pulau Pinang adalah merdeka seperti tertakluk dalam Perlembagaan Persekutuan kata Ketua Menteri Pulau Pinang...
Ringgit Slips Against Dollar As Us Rate Cut Hopes Fade

Fire Guts Tour Bus On Mex Highway

Navigating The Night How Moon Powered Navigation Is Revolutionizing Wilderness Survival

Nst Turns 180 The Tun Reaches A Century And Media Council 50 Years In The Making Names Founding Members

Digital Marketing For Business Success

Shila Amzah Diminta Berdamai Elak Aib Industri Terus Tular

Ceo Nvidia Puji Model Ai China Berkelas Dunia

Tng Ewallet Kini Boleh Digunakan Untuk Bayar Gaji Secara Sah


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


Buasir Otak Tv Soalan Matematik Susah Kira Jarak Jalan Be Like

Fomo Colleague

Chicken Pox Dan Cuti Kuarantin

Ming 37 02 Monolith Jam Tangan Dikenali Untuk Mereka Yang Mementingkan Gaya Dan Teknologi

Pertandingan Fotografi Wellcome 2025 Menggambarkan Persimpangan Antara Sains Kesihatan Dan Pengalaman Manusia

Demi Bekalan Akhirat Nabil Ahmad Penuhi Hasrat Ibu Bina Madrasah Bernilai Hampir Rm500 000