Kaitan Takwa Dan Puasa Enam




Oleh Mohd Ajib Ismail
ANTARA amalan sunat yang dituntut dilakukan dalam Syawal adalah melaksanakan ibadah puasa sunat enam hari pada bulan itu. Tuntutan itu sabit daripada amalan Nabi SAW berdasarkan hadis mengenai kelebihan berpuasa enam hari pada Syawal iaitu bersamaan pahalanya dengan berpuasa sepanjang tahun.
Di dalam sebuah hadis riwayat Muslim daripada Abu Ayub al-Ansari RA, Rasulullah SAW bersabda bermaksud: “Barangsiapa yang berpuasa pada Ramadan kemudian diikuti dengan enam hari ketika Syawal, ia bersamaan dengan berpuasa sepanjang tahun.” (Riwayat Muslim, No.1164).
Puasa sunat enam hari pada Syawal adalah sebahagian daripada puasa sunat sepanjang tahun yang disarankan dalam Islam selain puasa wajib sebulan ketika Ramadan. Tujuan terpenting ibadah puasa dilaksanakan adalah bagi mencapai ketakwaan di sisi Allah SWT.
Takwa bermaksud takut kepada Tuhan yang mulia, beramal dengan kitab yang diturunkan, reda dengan sedikit dan bersiap sedia untuk hari kesudahan. Takwa menjadikan seseorang melakukan amar makruf dan nahi mungkar, di samping taqarrub atau hampir kepada Allah dengan melakukan amalan sunat. Kepentingan takwa jelas apabila dinyatakan bahawa manusia yang paling mulia di sisi Allah ialah yang paling bertakwa.
Di antara cara untuk mendapatkan sifat takwa ialah dengan memperbaiki ibadah seperti solat, tadabbur al-Quran, berkumpul dengan orang soleh, menuntut ilmu, tadabbur melihat alam semesta, melaksanakan perintah Allah secara konsisten, menghayati hikmah di sebalik perintah Allah, muhasabah diri, menjauhi lingkungan yang negatif, tidak terpedaya dengan dunia, menjauhi hawa nafsu, bersyukur, memperbanyakkan zikir, dan mengamalkan sunnah Rasulullah.
Ibadah puasa mendidik kita melaksanakan kepatuhan dan ketaatan kepada Allah walaupun tanpa diketahui oleh orang lain. Justeru ganjaran bagi orang berpuasa ditentukan secara khusus oleh Allah kerana mereka yang mempunyai keimanan yang kental saja mampu melaksanakannya, sebaliknya amat sukar bagi mereka yang goyah dan mudah mengikut hawa nafsu.
Di dalam sebuah hadis riwayat Abu Hurairah, Rasulullah bersabda: “Setiap amalan anak Adam, pahalanya akan digandakan sepuluh kali ganda sehinggalah tujuh ratus kali ganda. Allah berkata: Kecuali puasa. Sesungguhnya ia milik Aku. Akulah yang akan membahagi-bahagikan ganjaran pahalanya. (Sahih Muslim, hadis no.1952).
Berkaitan maksud hadis tersebut, Imam al-Munawi berkata: “Orang yang berpuasa, Aku (Allah) memberinya balasan pahala yang banyak. Aku yang menguruskan balasan pahala itu tanpa diwakilkan kepada malaikat yang paling dekat atau makhluk-makhluk lain kerana puasa itu rahsia antara-Ku dengan hamba-Ku. Ini kerana apabila ditahan dirinya daripada nafsu syahwat maka ia diberi pahala dengan pengawasan Allah SWT.” (Faidh al-Qadir: 4/250)
Cabaran paling utama dalam kehidupan seharian manusia adalah melakukan kawalan kendiri walaupun tanpa sebarang peraturan dan undang-undang yang dapat dilihat. Di dalam Islam, pengawasan ini disebut sebagai amalan muraqabah.
Muraqabah bermaksud pengawasan dan pemantauan kendiri dengan keyakinan yang ada pada diri seseorang bahawa Allah sentiasa mengawasi, melihat, mendengar dan mengetahui setiap perbuatan yang dilakukan.
Orang yang menyedari bahawa Allah sedang mengawasi tingkah lakunya sudah tentu akan menjaga setiap tindakan dan perilaku pada setiap masa atau di mana-mana sahaja berada. Muraqabah dapat membentuk mental dan keperibadian seseorang sehingga menjadi manusia yang jujur.
Sepanjang melaksanakan ibadah puasa, kita juga berusaha mengelakkan diri daripada sifat keji seperti menipu dan bercakap perkara yang tidak baik.
Syawal kali ini disambut dengan sedikit kelainan susulan kita masih berada dalam tempoh Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB). Fasa kelonggaran bersyarat ini menuntut warga masyarakat mengamalkan norma baharu dengan disiplin dan kawalan kendiri yang tinggi dalam mematuhi garis panduan sudah ditetapkan oleh pihak kerajaan bagi mendepani wabak Covid-19.
Kejayaan semua pihak memerangi wabak ini yang memasuki fasa baru amat bergantung kepada disiplin diri yang tinggi walaupun tiada lagi peraturan ketat yang mengikat.
Justeru, hikmah ibadah puasa diharap dapat menguatkan kita menjadi Muslim yang mempunyai sifat muraqabah dan kawalan kendiri yang tinggi dalam segenap aspek kehidupan.
Penulis adalah Pengarah Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (JAWI)




Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://mykmu.net/2020/06/03/kaitan-takwa-dan-puasa-enam/?utm_source=rss&utm_medium=rss&utm_campaign=kaitan-takwa-dan-puasa-enam

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Bolehkah Niat Puasa Enam Dan Puasa Ganti Secara Serentak

Bolehkah Niat Puasa Enam Dan Puasa Ganti Secara Serentak

papar berkaitan - pada 29/5/2020 - jumlah : 395 hits
Assalamualaikum semua Salam hari Jumaat penuh keberkatan semoga kita semua sihat sihat dan sentiasa dimurahkan rezeki Harini mama dah mula bekerja walaupun sebenarnya mama bercuti Takpelah nanti mama cancel cuti tu Korang dah mula puasa ena...
Puasa Enam Hari Di Bulan Syawal

Puasa Enam Hari Di Bulan Syawal

papar berkaitan - pada 25/5/2020 - jumlah : 816 hits
Puasa Enam Hari Di Bulan Syawal Ketika artikel ini ditulis hari raya aidilfitri dah masuk hari ke 2 Bagaimana raya anda Masih ceria gembira beraya ke Jangan lupa patuhi SOP yang digariskan oleh kerajaan kerana negara masih belum bersih dari...
Lodho Ikan Emas Pilihan Menu Berbuka Puasa Khas Ponorogo

Lodho Ikan Emas Pilihan Menu Berbuka Puasa Khas Ponorogo

papar berkaitan - pada 22/5/2020 - jumlah : 411 hits
Pengembangan resep ayam lodho itu lah yang dikembangkan oleh Teso Unggara warga Desa Betri Kecamatan Siman Kabupaten Ponorogo
Niat Puasa Syawal Tata Cara Waktu Dan Keutamaannya

Niat Puasa Syawal Tata Cara Waktu Dan Keutamaannya

papar berkaitan - pada 25/5/2020 - jumlah : 451 hits
Puasa Syawal adalah ibadah sunnah yang istimewa setelah idul fitri Bagaimana niat puasa syawal dan tata caranya serta apa saja keutamaan dan manfaatnya Berikut ini pembahasannya Pengertian dan Hukum Puasa syawal adalah puasa enam hari di bu...
Selamat Hari Raya Puasa 2020 Maaf Zahir Batin

Selamat Hari Raya Puasa 2020 Maaf Zahir Batin

papar berkaitan - pada 25/5/2020 - jumlah : 498 hits
Sambutan raya puasa tahun ni cukup berbeza dengan tahun tahun sebelumnya kerana wabak Covid 19 yang melanda seluruh dunia Memandangkan kita di Malaysia masih lagi dalam perintah kawalan pergerakan bersyarat maka setiap peraturan yang diarah...
Kisah Pilu Kakek Cari Makanan Di Tumpukan Sampah Untuk Buka Puasa

Kisah Pilu Kakek Cari Makanan Di Tumpukan Sampah Untuk Buka Puasa

papar berkaitan - pada 25/5/2020 - jumlah : 378 hits
Bulan Ramadhan adalah bulan yang paling dinanti nanti oleh umat muslim di seluruh dunia Di bulan suci ini umat muslim menjalani ibadah puasa setiap hari selama Ramadhan Meskipun suasana Ramadhan tahun ini sedikit berbeda daripada tahun tahu...
Plesetkan Doa Buka Puasa Jadi Open Bo Psk 3 Cewek Abg Ini Diciduk Polisi

Plesetkan Doa Buka Puasa Jadi Open Bo Psk 3 Cewek Abg Ini Diciduk Polisi

papar berkaitan - pada 21/5/2020 - jumlah : 553 hits
Diduga Plesetkan Doa Buka Puasa tiga remaja putri Diamankan di Polrestabes Makassar Mereka diamankan karena diduga melakukan penistaan agama dengan memplesetkan doa buka puasa Dilansir dari Suara com gadis Is ditangkap di rumahnya di Jalan ...
Johor Sedia Mulakan Sesi Persekolahan Bagi Pelajar Tingkatan Lima Dan Enam

Johor Sedia Mulakan Sesi Persekolahan Bagi Pelajar Tingkatan Lima Dan Enam

papar berkaitan - pada 4/6/2020 - jumlah : 259 hits
JOHOR BAHRU 4 Jun Johor bersedia untuk memulakan sesi persekolahan bagi pelajar tingkatan lima dan enam mengikut garis panduan yang ditetapkan bersama oleh Kementerian Kesihatan dan Majlis Keselamatan Negara Pengerusi Jawatankuasa Pendidika...
Will Malaysia Ever Learn From The French Gritting Political Will To Nail Corrupters

Amaran Hujan Berterusan Di Sarawak Sabah Labuan Hingga 22 Dis

Kim Seri Nafi Melarikan Diri Ke Jepun Sedia Beri Kerjasama Kepada Pihak Berkuasa Tentang Kes Penipuan Pakej Pelancongan

Giliran Abang Viva Pula Bersuara Dedah Chat Antara Isteri Dengan Lelaki Lain Akui Ada Bukti Video

Two Crows Coming Home From Guantanamo

Abu Dzar Al Ghifari Zuhudnya Seperti Nabi Isa

Hidden Junk Fees Must Be Disclosed F T C Rule Says

Masak Lemak Kacang Buncis Dan Udang


echo '';
10 Filem Drama Seram Melayu Berhantu Terbaru 2024 2025 Mesti Tonton

One In A Million 2024 Senarai Peserta Juri Format Pemarkahan Hadiah Dan Segala Info Saksikan Live Di TV3 Malaysia Dan Tonton Calpis Soda OIAM

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Cinta Bukan Milik Kita Slot Samarinda TV3

6 Tapak Buangan Produk Manusia Yang Bersaiz Gergasi

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 5 Gegar Vaganza 2024 Musim 11


Forex Trading Basic Training Program Edukasi Gratis Tpfx Pontianak Untuk Gen Z

Panduan Lengkap Optimisasi Pencarian Suara Untuk Bisnis Anda Di 2025

Pontianak Entrepreneur Inspirasi Dan Peluang Memulai Bisnis Untuk Generasi Z

Kelantan Pelanggan Hotel Lari Akibat Tebing Sungai Runtuh

Hadiah Birthday 2024 Handbag David Jones Dari Kaklong Aya

Axa Xl Lantik Jon Tellekamp Sebagai Pegawai Utama Penilaian Risiko