Kaitan Jaundis Dengan Kelahiran Melalui Bantuan Vakum


Sekiranya ibu sedang bimbang keadaan baby kuning yang berpanjangan (prlonged jaundice), pertama sekali ibu-ibu harus tahu fakta tentang kekuningan pada bayi. 
Menurut Pakar Perundingan Kanak-kanak, Hospital Universiti Kebangsaan Malaysia (HUKM), Prof. Madya Dr. Zulkifli Ismail 70% bayi baru lahir akan mengalami jaundice . Anak Syu ketiga-tiganya pun mengalami prolonged jaundice, dan mereka betul-betul sembuh dan clear hanya selepas 40 - 45 hari

Kredit foto : Mingguan Wanita

Apa Itu Baby Demam Kuning Ataupun Jaundice?Jaundis adalah kehadiran warna pada bawah kulit dan bahagian mata putih bayi baru lahir yang disebabkan oleh jumlah bilirubin yang tinggi dalam darah bayi tersebut. Bilirubin merupakan sejenis pigmen berwana kuning hasil akibat berlakunya pemecahan sel darah merah bayi sebaik dilahirkan. Pigmen ini akan terkumpul di hati kemudian dineutralkan sebelum disingkirkanan melalui najis dan air kencing


Bagaimana jaundis berlaku?Ia berlaku apabila darah dalam tubuh bayi menjadi rosak atau pecah selepas kelahiran, lalu ia diuraikan di dalam hati. Proses penguraian ini perlu untuk memecahkan komponen darah menjadi lebih kecil untuk dibuang melalui urin dan najis. Hasil sampingan penguraian inilah yang akan menghasilkan bilirubin

Penyebab Penyakit Kuning Pada BayiJika doktor mengesyaki bayi mempunyai penyakit kuning, dia akan memeriksa tahap bilirubin dalam badan bayi melalui ujian darah. Dari lama WebMD menggariskan beberapa punca utama penyakit kuning pada bayi:Bayi pramatang kerana hati bayi belum berkembang sepenuhnya.Kerosakan sel darah disebabkan oleh lebam yang berlaku semasa proses kelahiran (vakum/forsep)Kemungkinan berlaku pengumpulan darah beku di kepala bayi Antibodi ibu yang menyerang sel darah merah bayi. Kekurangan G6PD Jangkitan sistem air kencing atau darah Penyakit kuning pada bayi yang mengambil masa lebih dari 2 minggu untuk pulih mungkin tanda jangkitan, masalah saluran hempedu, atau tanda penyakit yang menyerang metabolisma 
Neonatal jaundiceNeonatal jaundice adalah jaundis yang berlaku dalam masa sebulan selepas bayi lahir. (Jaundis yang berlaku pada usia kanak-kanak (> 1 bulan), dewasa atau orang tua adalah tidak normal. Ianya merupakan gejala kepada satu penyakit hati atau dalam bahasa medis nya, ia merupakan suatu prognosis terhadap penyakit lain yang mengganggu fungsi hepar

Kredit : Mingguan Wanita

Jenis-jenis jaundis pada bayi baru lahirFisiologi jaundisMenurut American Pregnancy Association (APA), bayi baru lahir akan mengalami penyakit kuning jenis ini dalam minggu pertama. Penyakit kuning pada bayi ini disebabkan oleh peningkatan tahap bilirubin dalam tubuh bayi.Patologi jaundisKetidak serasian kumpulan darah antara ibu dan anak. (Bila ibu mempunyai Rhesus negative atau kumpulan darah ‘O’).Defisiensi G6PD pada bayi. Kekurangan enzim ini menyebabkan sel-sel darah merah tidak stabil apabila terdedah pada bahan-bahan tertentu. Walau bagaimanapun, tidak lebih daripada 5% bayi mengalami masalah ini. Sekarang semua bayi akan diperiksa status G6PD nya sejurus selepas lahir.Prolonged jaundiceJaundis berpanjangan adalah keadaan kekuningan berlanjutan sehingga melebihi 14 hari bagi bayi yang cukup bulan dan 21 hari bagi bayi yang lahir pramatang.
Prolonged Jaundice. Apakah Penyebabnya?Prolonged jaundice boleh berlaku disebabkan oleh:
Masalah penyusuan susu ibu berikutan bayi pramatangDemam kuning pra-matang disebabkan oleh hati bayi yang masih belum terbentuk sepenuhnya mengambil masa yang lebih lama untuk memproses jumlah bilirubin yang terhasil.Bilirubin yang tinggi lambat reda apabila bayi tidak mendapat susu yang mencukupi. Bayi yang kurang susu akan melambatkan sistem pencernaannya. Bilirubin dalam perut akan diserap kembali ke dalam aliran darah kerana tidak berjaya disingkirkan. Jangan kelirukan penyakit kuning akibat susu ibu yang tidak mencukupi dengan penyakit kuning susu ibu kerana ia adalah berbeza.
Jaundis Susu Ibu (Breastmilk jaundice)Demam kuning susu ibu hanya berlaku dalam 1% – 2% kes ibu yang menyusu. Demam kuning susu ibu disebabkan bahan yang terhasil dalam susu ibu yang menghalang penyingkiran bilirubin melalui usus. Ia bermula pada hari ke 4 hingga hari ke 7 dan menghilang selepas 3 hingga 10 minggu. Pihak doktor akan menentukan sekiranya ini berlaku, biasanya sekiranya demam kuning berterusan melebihi 7 hari. Ibu boleh kembali menyusukan bayi selepas bayi sembuh daripada demam kuning.Jaundis yang berpanjangan ini tidak berbahaya pada bayi selagi ibu tidak mengambil ubat-ubatan dan jamu tradisional
Penyekatan aliran hempedu daripada hati ke usus yang akhirnya menyebabkan najis yang pucat dan air kencing yang pekat. Bagaimanapun, kes ini jarang terjadi.
Gangguan hormon tiroid. Kes ini sangat jarang, satu daripada 4000 kelahiran. Melalui program saringan kebangsaan, semua bayi yang lahir akan dilakukan pemeriksaan saringan menggunakan darah tali pusat.
Kaitan jaundis dengan kelahiran melalui bantuan vakum Jaundis merujuk kepada kehadiran warna kuning di bahagian kulit terutama di bahagian putih mata disebabkan terlalu banyak pengumpulan bilirubin di dalam badan. Warna kekuningan ini dapat dilihat dengan lebih jelas pada bahagian muka, perut dan kaki apabila kulit bayi ditekan lembut dengan menggunakan hujung jari



Bagaimana kelahiran dengan bantuan vakum boleh menyebabkan jaundisKelahiran bayi melalui kaedah vakum juga mempunyai risiko tersendiri. Kesan suction dari vakum boleh menyebabkan lebam-lebam (darah pecah) pada bahagian yang terlibat. Kesan lebam ini menyebabkan banyak sel darah merah rosak dan perlu diganti semula. 
Apabila banyak sel darah yang rosak, maka hati akan berkerja lebih keras dan secara tidak langsung akan meningkatkan paras bilirubin dalam badan bayi

Faktor-faktor lain yang menyebabkan jaundis1 -Bayi tidak diberikan susu ibu sepenuhnya. Atau masalah-masalah penyusuan yang lain seperti bayi tidak pandai menghisap, puting susu tenggelam, pembedahan Caesarean, penggunaan ubat penahan sakit dan bayi yang tidak matang dengan daya hisapan yang lemah

2 -Kelahiran pramatang atau tidak cukup bulan kerana hati tidak cukup matang untuk memproses bilirubin dengan cepat

3 -Sel darah merah bayi mempunyai tempoh hayat yang lebih pendek dan pecah dengan cepat. Biasa berlaku bagi bayi yang mengalami G6PD. 
4 -Ketidaksesuaian antara darah ibu dan bayi

5 -Ibu yang diabetik
6 -Penggunaan oxytocin ketika proses kelahiran

7 -Bayi lelaki Asia mempunyai peratusan demam kuning yang lebih tinggi berbanding bayi perempuan. 
Apa yang ibu bapa perlu tahu pasal jaundis?Setiap bayi mempunyai tahap kuning berbeza dan akan mula dikesan pada hari kedua atau ketiga selepas kelahiran. Ia mula kelihatan dari kepala dan turun ke kaki. Jaundis akan kelihatan pada bahagian muka, diikuti dada, perut dan kaki

Penting ibu bapa untuk tahu tanda-tanda bahaya jaundis-Kekuningan dikesan dalam masa 24 jam selepas bayi dilahirkan.
-Bayi yang kekurangan enzim G6PD.
-Bayi sentiasa menangis dengan gerak-geri anggota yang tidak normal.
-Najis bayi berwarna pucat.
-Bayi kurang aktif dan enggan menyusu.
-Kuning bayi yang melebihi 14 hari umurnya

Petua merawat jaundis tradisional. Adakah ia berkesan?Selain rawatan hospital melalui fototerapi, terdapat pelbagai petua tradisional yang sering diamalkan ibu bapa walaupun belum pun terbukti keberkesanannya. Sebaiknya ibu bapa jangan terus melakukannya tanpa mendapatkan pandangan daripada pakar terlebih dulu. 
Jemur bayi di bawah matahariIbu bapa harus memastikan melakukannya dalam waktu dibenarkan iaitu dari jam 8.30 pagi sehingga 9.30 pagi selama 10 hingga 15 minit saja. Sekiranya bayi didedahkan terlalu lama, dikhuatiri akan menyebabkan masalah lain seperti kerosakan retina dan strok haba. 
Minum susu kambingMemberi bayi minum susu kambing boleh memberi kesan kepada bayi, terutamanya susu segar yang belum tentu tahap kesterilan nya. Ini mendedahkan bayi kepada risiko keracunan dan cirit-birit. Lagipun sehingga ke hari ni, tiada sebarang kajian menyatakan susu kambing mampu mengurangkan tahap bilirubin pada bayi. 
Kesan jamu dan haliaBanyak makan jamu yang tidak diketahui kandungan bahan kimia akan menyebabkan pengurangan enzim yang membantu dalam penyingkiran bilirubin apabila bayi disusukan. Begitu juga dengan halia yang boleh menyebabkan bilirubin meningkat. Sebaiknya diambil dalam kadar sederhana atau berhenti saja pengambilannya buat sementara

Memberi air glukos pada bayiRamai mencadangkan supaya diberi air glukos kepada bayi bagi mengurangkan masalah demam kuning. Sebenarnya petua ini amat merbahaya kerana air glukos boleh menyebabkan perut kembung dan bilirubin tidak dapat dikeluarkan melalui najis

Perkara yang perlu diberi perhatian-Susukan bayi sekerap mungkin,atau setiap tiga jam sekali atau lapan hingga 12 kali sehari. Semakin banyak bayi menyusu semakin kerap berlaku pergerakan usus dan menyebabkan bilirubin dapat dikeluarkan daripada tubuh menerusi najis dengan lebih efisyen.  
-Jangan rasa gembira apabila melihat bayi tidur dengan lena selepas dilahirkan. Kejutkan bayi bila bayi tidur terlalu lama atau melebihi 2 jam supaya boleh disusukan

-Biarpun bayi yang mengalami demam kunig perlu dipastikan sentiasa terhidrat (cukup air) namun jangan sesekali memberikan air masak/kosong pada bayi

Jaundis kerana susu ibuOleh kerana terdapat juga jaundis yang disebabkan susu ibu, maka pemakanan ibu semasa hamil juga amat penting bagi memastikan kualiti susu yang baik. Penghasilan susu ibu adalah bermula sejak usia bayi 5 bulan dalam kandungan. 
Antara amalan-amalan yang boleh diamalakan oleh ibu-ibu semasa hamil bagi mengelakkan jaundis adalah:-Ibu mengamalkan madu (tanpa air) 3 sudu atau meminum air madu 5 sudu (Tiada masalah bagi mereka yang mengalami masalah kencing manis, malahan itu adalah terapi bagi masalah kencing manis)-Mengamalkan minum susu kambing (diperah segar) 2 cawan sehari, pagi semasa sarapan, malam sebelum tidur.-Mengamalkan meminum pati delima paling kurang 500ml sehari.-Banyakkan memakan kurma dan buah tin-Menelan minyak zaitun bermula usia kandungan 5 bulan ke atas.
Banyak lagi sebenarnya ikhtiar yang boleh dilakukan. Jangan berputus asa, ingat selalu janji Allah bahawa setiap penyakit ada penyembuhnya

Moga bermanfaat ^_^

Rujukan : WebMD, Baby Center, Mingguan Wanita

Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://www.annursyuhadah.com/2015/05/kaitan-jaundis-dengan-kelahiran-melalui.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Kemnaker Serahkan Bantuan Blk Komunitas Tahun 2021 Kepada 11 Ponpes Di Ponorogo

Kemnaker Serahkan Bantuan Blk Komunitas Tahun 2021 Kepada 11 Ponpes Di Ponorogo

papar berkaitan - pada 21/2/2022 - jumlah : 176 hits
Sekjen Anwar dalam sambutannya menyatakan pemberian bantuan gedung workshop BLK Komunitas ini di antara wujud keberpihakan pemerintah kepada lembaga lembaga keagamaan
Senarai Lokasi Kiosk Bantuan Mysejahtera

Senarai Lokasi Kiosk Bantuan Mysejahtera

papar berkaitan - pada 20/2/2022 - jumlah : 392 hits
SENARAI LOKASI KIOSK BANTUAN MYSEJAHTERA Terkini kiosk Bantuan MySejahtera akan dibuka pada setiap hujung minggu nanti Kepada pengguna aplikasi MySejahtera yang mempunyai masalah atau pertanyaan terhadap aplikasi ini anda boleh melawat kios...
Semak Status Bantuan Kehilangan Pendapatan

Semak Status Bantuan Kehilangan Pendapatan

papar berkaitan - pada 19/2/2022 - jumlah : 175 hits
Semakan status dan pembayaran Bantuan Kehilangan Pendapatan boleh dilakukan mulai 26 Oktober 2021 menurut maklumat rasmi pihak Lembaga Hasil Dalam Negeri melalui ciapan twitter pagi tadi Semakan status BKP boleh dibuat di Portal Rasmi BKP m...
Cara Tebus Claim Bantuan Persekolahan Baitulmal Maiwp 2022

Cara Tebus Claim Bantuan Persekolahan Baitulmal Maiwp 2022

papar berkaitan - pada 22/2/2022 - jumlah : 386 hits
CARA TEBUS CLAIM BANTUAN PERSEKOLAHAN BAITULMAL MAIWP 2022 Kepada Pemohonan yang membuat permohonan Bantuan Am Persekolahan Baitulmal Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan kini anda boleh membuat semakan dan juga menebus kelengkapan sekola...
Zakat Pungut Bila Minta Bantuan Depa Koner Kiri Kanan

Zakat Pungut Bila Minta Bantuan Depa Koner Kiri Kanan

papar berkaitan - pada 24/2/2022 - jumlah : 167 hits
She blackmailed her lover for USD10 million dollar house in London and the money comes from the rakyat Sila perhatikan ayat 18 hingga 23 US 1 billion sama dengan RM4 18 Billion Jadi RM4 18 billion telah terbang melayang keluar dari negara k...
Hiburan Macam Tak Ada Iman Burukkan Pusat Zakat Demi Duit Guru Ini Tegur Sikap Orang Susah Minta Bantuan

Hiburan Macam Tak Ada Iman Burukkan Pusat Zakat Demi Duit Guru Ini Tegur Sikap Orang Susah Minta Bantuan

papar berkaitan - pada 27/2/2022 - jumlah : 281 hits
Tular di media sosial baru baru ini apabila seorang wanita mendakwa dia dan ibunya yang kini lumpuh ada membuat permintaan bantuan daripada pusat zakat dan Jabatan Kebajikan Masyarakat namun dinafikan Berikutan video tersebut pihak JKM dan ...
Bri Peduli Salurkan Bantuan Tanggap Bencana Gempa Di Pasaman Barat

Bri Peduli Salurkan Bantuan Tanggap Bencana Gempa Di Pasaman Barat

papar berkaitan - pada 26/2/2022 - jumlah : 175 hits
BRI Peduli Salurkan Bantuan Tanggap Bencana Gempa di Pasaman Barat BRI bergerak cepat memberikan bantuan tanggap darurat Peduli Bencana Gempa Pasaman Barat dengan memberikan bantuan berupa pembagian ratusan paket makanan cepat saji kepada w...
Bantuan Banjir Penerima Sudah Diberi Pilihan Ambil Tunai Ikut Janji Temu Atau Eft Ke Akaun Bank

Bantuan Banjir Penerima Sudah Diberi Pilihan Ambil Tunai Ikut Janji Temu Atau Eft Ke Akaun Bank

papar berkaitan - pada 25/2/2022 - jumlah : 132 hits
Kesesakan yang timbul di pusat pemberian Bantuan Selangor Bangkit akibat banjir besar Disember tahun lalu di Pejabat Daerah dan Tanah Klang semalam tidak berlaku sekiranya penerima datang mengikut temu janji Menteri Besar Selangor Datuk Ser...
Bantuan Khas Rm700 Penjawat Awam 2022

Bantuan Khas Rm700 Penjawat Awam 2022

papar berkaitan - pada 19/2/2022 - jumlah : 233 hits
Bantuan Khas Kewangan Tahun 2022 dibayar kepada pegawai Perkhidmatan Awam Persekutuan Gred 561 dan ke bawah dengan syarat bahawa pegawai masih berkhidmat pada 25 Januari 2022 Turut layak diberi kepada pegawai Perkhidmatan Awam Kumpulan Peng...
Let S Not Return To The Old Ways Of Tight Media Control

Air Terjun Tujuh Puteri Bukit Sri Permata

Bank Islam Berwajah Baru Melalui Aplikasi Dan Web

Company Director Scammed Of Over Rm1mil By Inspector Harun

O G Firm Right To Dismiss Worker For Refusing Covid 19 Jab Says Industrial Court

How To Survive Thanksgiving Travel

Kyrkoherden Och Draken En F Rh Xande Saga Om Mod Och V Nskap Fr N Antika Spanien

Dayang Nurfaizah Mencintai Cinta Chord


echo '';
Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 1 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dhia Kasyrani Slot Akasia TV3

Biodata Terkini Reshmonu Peserta Gegar Vaganza 2024 Musim 11 GV11 Penyanyi Lagu Hey Waley

Gegar Vaganza 2024 GV 11 Hadiah Tiket Peserta Juri Format Pemarkahan Dan Segala Info Tonton Live Di Astro Ria Dan Sooka

6 Janji Donald Trump Kalau Dia Naik Jadi Presiden Semula


The American Society Of Cinematographers Over And Above The Frame Casin

Hoya Pro1 Uv Filter

Orang Tua Sekarang Membunuh Anaknya Secara Halus

Apabila Wanita Tertinggi Dan Paling Pendek Bertemu

Seorang Sahaja Zul Ariffin Tersasul Doa Minta 4 Isteri

Isu Artis Mangsa Buli Syafiq Yusof Gesa Produksi Main Peranan Perlu Wujudkan Suasana Friendly