Kaitan Antara Black Magik Dan Illuminati


Mengapa orang belajar dan mengamalkan ilmu sihir atau black magic? Sudah tentu ada banyak jawapannya. Antaranya ialah kerana mahukan kemahsyuran, kekuasaan, kemewahan, kekuatan, kekebalan, kecantikan dan seumpamanya.


Proses pembelajaran dan pengamalan ilmu sihir ini jangan disangka sudah tiada, malah ia semakin berleluasa dan digemari ramai pun.

Dulu pernah ada pengakuan dari seorang bekas pengamal ilmu sihir, dan antara ceritanya, dia mengatakan kebanyakan yang difilemkan dalam movie Harry Potter, tentang proses pembelajaran, perjalanan alam itu lebih kurang sama dengan apa yang betul-betul ada.

Filem itu juga sebenarnya diolah dari alam realiti juga, cuma diputar belit dan diolah agar manusia melihat ada sihir baik dan ada sihir yang jahat. Alam sihir juga ada pentadbirannya sendiri, ada perjumpaan tahunan, dan tidak ketinggalan ada usaha-usaha memata-matai rumah orang awam. Mereka datang mengintai ke rumah kita tanpa kita sedari.

Mesir sudah dikenali umum sebagai tempat bermulanya segala ilmu sihir yang ada di muka bumi ini. Dan pengaruh sihir semakin popular dan tersebar luas sejak zaman Firaun lagi.

Dan sebagaimana semua telah maklum, ahli-ahli sihir di zaman Firaun Merneptah, telah dikalahkan oleh Nabi Musa a.s dengan mukjizatnya.

Ada kalangan Yahudi dulu mengatakan bahawa mereka belajar ilmu sihir dari Nabi Sulaiman a.s. Sedangkan Allah SWT berfirman dengan jelas dalam AlQuran bahawa Nabi Sulaiman tidak mengajarkan ilmu sihir kepada mereka.

"Dan mereka mengikuti apa yang dibaca oleh syaitan-syaitan pada masa kerajaan Sulaiman (dan mereka mengatakan bahawa Sulaiman itu mengerjakan sihir), padahal Sulaiman tidak kafir (tidak mengerjakan sihir), hanya syaitan-syaitan lah yang kafir (mengerjakan sihir). Mereka mengajarkan sihir kepada manusia dan apa yang diturunkan kepada dua orang malaikat di negeri Babil iaitu Harut dan Marut, sedang keduanya tidak mengajarkan (sesuatu) kepada seorang pun sebelum mengatakan: “Sesungguhnya kami hanya ujian (bagimu), sebab itu janganlah kamu kafir”. Maka mereka mempelajari dari kedua malaikat itu apa yang dengan sihir itu, mereka dapat menceraikan antara seorang (suami) dengan isterinya. Dan mereka itu (ahli sihir) tidak memberi mudharat dengan sihirnya kepada seorang pun, kecuali dengan izin Allah. Dan mereka mempelajari sesuatu yang tidak memberi mudharat kepadanya dan tidak memberi manfaat. Demi, sesungguhnya mereka telah meyakini bahawa barangsiapa yang menukarnya (kitab Allah) dengan sihir itu, tiadalah baginya keuntungan di akhirat, dan amat jahatlah perbuatan mereka menjual dirinya dengan sihir, kalau mereka mengetahui." Surah Al-Baqarah : Ayat 102

Itulah antara sejarah berkembangnya penggunaan ilmu sihir, setelah asalnya ilmu itu jatuh ke tangan manusia-manusia yang tidak bertanggung-jawab.

Sebab itu lah kita lihat sekarang ini banyak lagi sihir yang mengganggu ketenteraman rumahtangga hingga menyebabkan pergaduhan yang besar dan bercerai berai.

Dan syaitan yang mahir dalam urusan mengganggu ketenteraman rumahtangga dan menyebabkan perselisihan antara suami dan isteri bergelar Dasim.

Ilmu sihir tidak akan berpisah dengan satu pertubuhan sulit yang amat besar iaitu Illuminati.

Illuminati dalam bahasa Arab ialah “An-Nuraniyyin” yang bermaksud “Pemegang Cahaya”. Illuminati memberi erti sebuah pemerintahan Iblis (Lucifer) sebagai pemerintah tunggal dunia, yang ditubuhkan di Jerman pada 1hb May 1776M.

Dan ia merupakan pertubuhan Mistik Occult yang giat memperalatkan apa sahaja cara untuk menghancurkan semua kerajaan dan agama untuk melahirkan pemerintahan dunia baru yang digelar ‘The New World Order – NWO‘.

Pengaruh sihir oleh Illuminati bukan sahaja bergerak di dunia nyata, tetapi juga diselit-selitkan dalam filem-filem Hollywood yang memaparkan tentang pemujaan dan simbol-simbol mereka (sila lihat bagaimana pengaruh Illuminati meresap ke dalam filem-filem Hollywood).

Kabbalah

Encarta Encyclopedia (2005) menyebut bahawa istilah Kabbalah berasal dari bahasa Ibrani yang memiliki pengertian luas sebagai ilmu kebatinan Yahudi atau Judaism dalam bentuk dan rupa yang amat beragam dan hanya dimengerti oleh sedikit orang.

Berbagai ensiklopedia dan kamus mendefinisikannya sebagai suatu cabang mistik agama Yahudi dan hanya difahami sedikit orang. Menurut definisi ini, Kabbalah mempelajari erti tersembunyi dari Taurat dan naskhah agama Yahudi.

Tetapi, ketika kita mengkaji masalah ini lebih dekat, kita menemukan berbagai faktanya adalah sesuatu yang sama sekali berbeza.

Fakta-fakta ini membawa kita kepada kesimpulan bahawa Kabbalah adalah suatu sistem yang berakar kepada penyembahan dan pemujaan berhala; bahawa ia ada sebelum Taurat, dan menjadi tersebar luas bersama agama Yahudi setelah Taurat diturunkan.

Fakta yang menarik tentang Kabbalah ini dijelaskan oleh sumber yang sama menariknya. Murat Ozgen, seorang Freemason Turki, menulis sebagai berikut ini di dalam bukunya, Masonluk Nedir ver Nasildir? (Apa dan Seperti Apa Freemasonry sebenarnya?).

“Kita tidak mengetahui dengan jelas dari mana Kabbalah datang atau bagaimana ia berkembang. Ia adalah nama umum untuk sebuah falsafah yang unik, berbentuk metafisik, esoterik, dan mistik, yang terutama berhubungan dengan agama Yahudi.

Ia diterima sebagai ilmu kebatinan Yahudi, tetapi sebahagian elemen yang dikandungnya menunjukkan bahawa ia terbentuk jauh lebih dahulu dari Taurat.”

Ahli sejarah Prancis, Gougenot des Mousseaux, menjelaskan bahawa Kabbalah memang jauh lebih tua daripada agama Yahudi.

Ahli sejarah Yahudi, Theodore Reinach, mengatakan bahawa Kabbalah merupakan "suatu racun teramat halus yang menyusupi dan memenuhi nadi agama Yahudi."

Solomon Reinach mendefinisikan Kabbalah sebagai "salah satu penyimpangan fikiran manusia yang terburuk."

Alasan Reinach menyatakan Kabbalah sebagai "salah satu penyimpangan pemikiran manusia yang terburuk" kerana doktrinnya sebahagian besar berhubungan dengan ilmu sihir. Selama ribuan tahun, Kabbalah telah menjadi salah satu batu penemuan bagi setiap jenis upacara sihir.

Para rabbi yang mempelajari Kabbalah dipercayai memiliki kekuatan ghaib yang besar. Juga, banyak non-Yahudi yang telah terpengaruh dengan Kabbalah, dan cuba mempraktikkan ilmu sihir dengan menggunakan doktrin-doktrinnya.

Kecenderungan esoterik yang terjadi di Eropah selama akhir Abad Pertengahan, khususnya sebagaimana yang dipraktikkan oleh para ahli alkimia, sangat banyak berakar dari Kabbalah.

Hal ini sungguh aneh, jika kita memandang Yahudi sebagai sebuah agama Monoteistik, yang diawali dengan turunnya Taurat kepada Musa a.s.

Kenyataannya, di dalam agama ini ada sebentuk sistem yang disebut Kabbalah, yang mengadoptasi praktik-praktik dasar sihir yang dilarang oleh agama.

Hal ini memperkuat apa yang telah disebutkan sebelumnya dan menunjukkan bahawa Kabbalah sebenarnya merupakan elemen yang menyusup ke dalam agama Yahudi dari luar.

Jika menyebut tentang ilmu sihir, kita mesti kembali kepada sejarah permulaannya dulu. Perkara pertama yang ditulis oleh manusia dahulu pada batu-batu dan sebagainya adalah mengenai SIHIR. Dan adalah dipercayai bahawa para tukang sihir zaman firaun dululah yang membentuk pemujaan dan sihir yang digelar sebagai Kabbalah.

Dan menurut sejarahwan barat, Kabbalah merupakan kepercayaan inti dari kelompok mistik tertua dunia yang dikenal dengan sebutan Brotherhood of the snake (Kelompok persaudaraan ular). Pemerintahan Raja Namrud di Babylon dan Firaun di Mesir berkait rapat dengan kelompok ini.

Di dalam ordo Kabbalah terbahagi kepada 3 pula iaitu ordo hijau, ordo kuning dan ordo putih.

Ordo yang paling misteri adalah ordo putih, dan ianya lebih bertumpu kepada misi politik dan kekuasaan. Ordo putih itu jugalah yang membuat kesimpulan bahawa matlamat akhir Kabbalis adalah untuk membentuk 'satu pemerintahan dunia' (E Pluribus Unum – Unity of the world) dan 'tata dunia baru' (Novus Ordo Seclorum – New World Order).

Kemudian, Ordo Kabbalah ini muncul dalam pelbagai bentuk seperti ordo Sion (Order of Sion), Freemason hingga ke Illuminati.

Para pengkaji juga menemui bahawa pencetus perang salib adalah dari konspirasi Ordo Sion, yang waktu itu masih merupakan Ordo Kabbalah iaitu oleh Peter Si Petapa dan Paus Urbanus II yang pidatonya membakar semangat umat Kristian untuk mengakhiri perdamaian antara umat Kristian dan umat Islam.

Sedikit penerangan mengenai Sihir dalam kitab Muqaddimah – Ibnu Khaldun

Ilmu sihir dan tilik adalah suatu ilmu tentang persediaan-persediaan jiwa manusia untuk mempengaruhi alam kebendaan sama ada tanpa bantuan atau dengan bantuan dari langit.

Yang pertama ialah sihir dan yang kedua ialah tilik.

Oleh kerana ilmu-ilmu ini ditolak di sisi syariat kerana mengandungi bahaya dan kerana di antara syarat-syaratnya ialah menghadap selain dari Allah, seperti bintang dan sebagainya, maka kitab-kitabnya telah lenyap di kalangan manusia kecuali yang terdapat di dalam kitab-kitab bangsa-bangsa purba termasuk yang wujud sebelum Nabi Musa a.s seperti bangsa Qibti dan Kaldani.

Penduduk Babylon dari golongan Rabbani dan Kaldani, begitu juga kaum Qibti di Mesir dan lain-lain kaum, ada mempunyai karangan-karangan dan butir-butir mengenai sihir.

Kemudian di Timur, lahir pula Jabir bin Haiyan, seorang ahli sihir teragung dalam agama ini (Islam). Ia telah menatap buku-buku mengenainya dan telah menghasilkan amalan 'Simia', iaitu cabang ilmu sihir yang boleh menukarkan jasmani kepada suatu bentuk lain, dan amalan ini dapat dilakukan dengan kekuatan jiwa bukan dengan perbuatan makmal.

Hakikat sihir bergantung kepada jiwa manusia yang walaupun tunggal pada jenisnya tetapi berbeza dari segi keistimewaan-keistimewaannya. Setiap jiwa itu mempunyai satu keistimewaan tertentu yang tidak terdaapt pada jiwa lain.

Jiwa-jiwa yang mempunyai kuasa sihir ada 3 martabat

Martabat yang pertama ialah yang dapat mempengaruhi melalui kemahuan semata-mata tanpa bantuan. Inilah yang dinamakan sihir golongan ahli falsafah.

Martabat kedua ialah yang dapat mempengaruhi dengan bantuan dari mizaj, bintang-bintang, elemen-elemaen alam atau angka-angka bilangan, ini mereka namakan tilik iaitu yang lebih lemah martabatnya dari yang pertama.

Martabat ketiga adalah yang dapat mempengaruhi perasaan yang berkhayal dan bertindak ke atasnya dengan melemparkan kepadanya berjenis-jenis khayalan dan gambaran yang mahu diberikan kemudian membawanya kembali kepada alam nyata, seperti membuat mereka seolah-olah ternampak taman-taman bunga, sungai-sungai dan pohon-pohon sedangkan benda-benda ini tidak ada di depan mereka.

Di kalangan ahli falsafah ini dinamakan sebagai khayalan/halusinasi.

Knights Templar

Knights Templar (Pahlawan-pahlawan Templar) ditubuhkan pada tahun 1118, iaitu 20 tahun selepas tentera salib merampas Jerusalem, dengan nama Order of the Poor Knights of Christ and of the Temple of Solomon (Ordo Pahlawan Miskin Pembela Kristus dan Kuil Sulaiman).

Akan tetapi pada kenyataannya Knights Templar hidup bergelumang dengan kekayaan dan kekuasaan yang dikutip dari penziarah-penziarah dari Eropah ke Palestin.

Pengasasnya ialah 2 orang pahlawan Perancis iaitu Hugh de Payens dan Godfrey de St. Omer, yang kemudiannya dari 9 orang pahlawan, mereka terus mengembangkan fahaman mereka.

Mereka inilah juga yang dikatakan memperkenalkan sistem cek dan kredit, yang kini banyak digunakan di bank-bank.

Raja Yerusalem begitu percaya kepada kesembilan pahlawan tersebut, sehingga mereka diberi markas yang berada di sayap kiri istana.

Ternyata kamar-kamar pahlawan tersebut berada tepat di atas kuil sulaiman (Solomon Temple) atau yang biasa disebut Haikal Sulaiman. Dari sinilah nama Knights Templar muncul.

Dari kamar-kamar itulah semua menjadi jelas bahawa motif knights Templars tersebut adalah untuk memburu harta karun di kuil Sulaiman dan juga untuk dapat terus menjaga sebuah rahsia yang selama berabad-abad terus dijaganya.

Knights Templar telah dipengaruhi oleh suatu rahsia yang ditemui di Jerusalem, yang menjadikan mereka keluar dari agama kristian dan mula mengamalkan upacara-upacara pemujaan dan sihir.

Dan rahsia itu telah banyak dibuktikan oleh pengkaji-pengkaji yang ianya ada kaitan dengan Kabbalah.

Adalah tidak mustahil bahawa para Templar itu telah menemui risalah-risalah Sihir dari kuil Sulaiman dan mengamalkannya demi untuk mendapatkan kuasa dan kegemilangan. Dan ada juga yang mengatakan bahawa Knights Templars mempelajari Kabbalah dari para rabbi di Jerusalem.

Dan pernah terjadi pemutusan hubungan 'bapa' dan 'anak' antara Ordo Sion dengan Ordo Templar yang dikenali dengan peristiwa 'Penebangan Pohon Elm' dan masing-masing berjalan dengan Grand Masternya masing-masing, akan tetapi tetap berada dalam satu agenda.

Dan banyak dibuktikan bahawa mereka masih tetap bekerjasama sebagai satu rangkaian misionaris Kabbalah.

Setelah pemutusan hubungan itu, nama Ordo Sion berubah menjadi Biarawan Sion (Priory of Sion).

Kekuatan politik Knights Templars ini mula menyusahkan raja-raja Eropah dan akhirnya, pada tahun 1307, Raja Prancis Philip le Bel memutuskan untuk menangkap anggota-anggota ordo ini. Sebahagiannya berjaya melarikan diri tetapi kebanyakan mereka berjaya ditangkap.

Paus Clement V juga bergabung dalam pembersihan ini dan setelah tempoh siasatan yang panjang dan pengadilan, ramai anggota Templars mengakui keyakinan 'bid’ah' mereka, bahawa mereka menolak iman Kristian dan menghina Yesus dalam misi mereka.

Akhirnya, para pemimpin Templar, yang digelar 'Imam Besar (Grand Master)', mula dari yang terpenting dari mereka, Jacques de Molay, dihukum mati pada tahun 1314 atas perintah Gereja dan Raja.

Kebanyakan mereka dimasukkan ke dalam penjara dan ordo tersebut tumpas dan secara rasmi menghilang.

Sebahagian Templar melarikan diri ke Scotland, Portugal dan negara-negara Eropah. Dipilihnya Scotland sebagai tempat pelarian adalah kerana negara ini tidak mengakui kekuasaan Gereja Katolik.

Para Templar menanggalkan baju kebesaran mereka dan mula bercampur dengan para tukang batu Scotland.

Di Scotland, para tukang batu dan buruh ini disebut Mason dan dari nama inilah akhirnya berubah nama Knights Templar bergabung dengan Mason, menjadi Freemason.

Ada pendapat mengatakan sebahagian Knights Templar sendiri telah mengaku bahawa mereka mengamalkan aktiviti homoseksual, dan bahawa mereka menyembah suatu agama misteri yang dikenali sebagai Baphomet.

Aleister Crowley

Dan jika bercakap tentang sihir, nama Aleister Crowley juga tidak boleh diabaikan.

Aleister Crowley (Edward Alexander Crowley lahir 12 Oktober 1875 – meninggal 1 Desember 1947 pada umur 72 tahun) adalah seorang penulis, hedonis, revolusionis seksual dari Britain, dan seorang okultis.

Di sepanjang perjalanan hidupnya, dia banyak memberikan pengaruh bagi perkembangan okultisme modern di Britain. Dia dilahirkan di 30 Clarendon Square di Royal Leamington Spa, Warwickshire. Ayahnya, Edward Crowley, memiliki perusahaan brewery dan ibunya, Emily Bertha Bishop, adalah keturunan dari Devon dan Somerset.

Pada Disember 1896, Crowley mula mendalami okultisme dan mistisisme. Dia kemudian menerbitkan buku puisinya yang pertama berjudul Aceldama.

Pada tahun 1898, Crowley bergabung dengan kelompok okultisme Order of the Golden Dawn.

Di dalam kelompok tersebut dia mendapat banyak pengaruh dari MacGregor Mathers yang adalah pemimpin dari kelompok okultisme tersebut.

Kelompok okultisme ini banyak memberikan pengajaran tentang ilmu magik yang berasal dari Kabbala dan Resicrucianism.

Pada tahun 1912 Crowley bergabung dengan kelompok okultisme pimpinan Karl Kellner iaitu Ordo Templi Orientis (OTO).

Kelompok ini menekankan pada kekuatan magik seksual yang selama ini dicari-cari oleh Crowley.

Pada tahun 1916 ketika dia tinggal di New Hampshire, Amerika Syarikat, dia mengangkat dirinya sebagai penyihir terkemuka.

Di dalam upacara pengangkatan dirinya tersebut, dia membaptis seekor kodok yang diberi nama Yesus Kristus dan kemudian menyalibkannya. Kecanduannya terhadap heroin telah membuat dia mengalami jangkitan pernafasan dan pada tahun 1947 dan meninggal dunia dalam usia 72 tahun.

Pelbagai tulisan telah dia buat seperti Magick, The Book of the Law dan The Equinox.

Kabbalah hari ini

Penggunaan istilah Kabbalah masih digunakan hingga ke hari ini. Cuma sekarang mereka berselindung di bawah organisasi yang bekerja di atas dasar kemanusiaan dan menjalankan kerja-kerja amal.

Tetapi agenda mereka yang begitu merapu masih diteruskan dan anda boleh baca sedikit info berkenaan mereka pada link 
http://www.kabbalah.com/01.php

Walaupun mereka tidak menyatakan secara terang-terangan mereka mahu menjauhkan manusia dari Tuhan, tetapi konsep kebebasan diri yang mereka war-warkan itu sudah cukup untuk kita gunakan akal kita dengan bijaksana.

Dan pendapat-pendapat mereka berkenaan Tuhan juga jauh terpesong dari ajaran agama lebih-lebih lagi ajaran agama Islam. Mereka membuat kesimpulan yang bermacam-macam tentang keadaan Tuhan, na'uzubillah.

Ramai artis Hollywood yang menganut fahaman Kabbalah ini. Ada Yahudi yang menerima ajaran ini dan tidak kurang juga yang menolak dan mengatakannya sesat.

Ilmu sihir semakin popular

Oleh kerana itulah hari ini kita dapat lihat sihir semakin menjadi popular dan diminati ramai. Sebagai contohnya kita saksikanlah di dalam kebanyakan filem Hollywood, kumpulan-kumpulan ilmu kebatinan (yang menggunakan perantaraan jin) dan sebagainya.

Dan sihir telah sebahagian besarnya dipromosikan oleh Illuminati dengan mempengaruhi secara halus minda manusia dari zaman kanak-kanak lagi.

Kita saksikan sendiri konco-konco Illuminati yang asalnya dari Knights Templar, yang kemudiannya bergabung dengan Mason (tukang-tukang batu scotland) menjadi Freemason, mempunyai hubungan yang sangat kuat dengan Kabbalah dan ilmu hitam.

Jika zaman dahulu, kebanyakan ahli sihir akan dibenci dan ditangkap serta dibakar hidup-hidup, tetapi kini ahli-ahli sihir kebanyakannya menjadi manusia popular yang diminati ramai dan sihir semakin digemari juga.

Tidakkah keadaan ini sudah menjadi terbalik dan bukan yang sepatutnya?

Wallahu a'lam.

BACA INI JUGA: Rahsia Besar 1hb Mei Dan Kaitannya Dengan Yahudi5 Kitab Sihir Yang Pernah Wujud Di Dunia
sumber: (1)



Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://www.sentiasapanas.com/2013/09/kaitan-antara-black-magik-dan-illuminati.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Imam Berjubah Antara 8 Mat Rempit Ditahan

Imam Berjubah Antara 8 Mat Rempit Ditahan

papar berkaitan - pada 10/4/2022 - jumlah : 219 hits
FMT ReportersPETALING JAYA Seorang imam di sebuah masjid di Rantau Panjang Klang menunggang motosikal dalam keadaan berbahaya ditahan dalam Operasi Khas Samseng Jalanan awal pagi tadi Menurut Timbalan Pengarah Jabatan Siasatan dan Penguatku...
Perbezaan Antara Baru Dengan Baharu

Perbezaan Antara Baru Dengan Baharu

papar berkaitan - pada 8/4/2022 - jumlah : 161 hits
Memartabatkan Bahasa Melayu Bil 5 2022 BMKPM Munsyi Md Rasul bin Haron Baru ialah kata bantu manakala baharu ialah kata adjektif Baru kalau diterjemahkan ke bahasa Inggeris membawa maksud just manakala baharu pula membawa maksud new Dalam e...
Roti John Charcoal Bomboloni Angin Antara Ragam Ramadan 2022 Yang Menjadi Bualan Netizen

Roti John Charcoal Bomboloni Angin Antara Ragam Ramadan 2022 Yang Menjadi Bualan Netizen

papar berkaitan - pada 11/4/2022 - jumlah : 275 hits
Di tahun 2022 banyak kejadian yang ditularkan netizen dan mendapat perhatian ramai di media sosial Antaranya keadaan di bazar ramadan yang dikatakan banyak makanan yang naik harga tapi hasil tidak seperti yang diharapkan ada roti john charc...
Sungai Itu Banyak Buaya Jkr Miri Kata Faktor Keselamatan Antara Punca Kos Projek Bina Jeti Rm50 000

Sungai Itu Banyak Buaya Jkr Miri Kata Faktor Keselamatan Antara Punca Kos Projek Bina Jeti Rm50 000

papar berkaitan - pada 11/4/2022 - jumlah : 265 hits
Susulan projek pembinaan jeti kayu bernilai RM50 000 di bawah seliaan Jabatan Kerja Raya Miri dipertikaikan netizen jabatan berkenaan tampil memberi penjelasannya JKR Miri berkata kos RM50 000 tersebut antaranya termasuk kos logistik selain...
Peguam Antara Neraka Dan Syurga

Peguam Antara Neraka Dan Syurga

papar berkaitan - pada 22/4/2022 - jumlah : 185 hits
1 Bulan pertama saya berkhidmat dengan Jabatan Peguam Negara saya diarahkan untuk menghadiri kursus Timbalan Pendakwa Raya Bagi yang tak tahu TPR ni peguam Kerajaan yang kendalikan kes jenayah Peguam swasta tidak buat pendakwaan kes jenayah...
Gugurnya Siti Sarah Antara Korban Covid

Gugurnya Siti Sarah Antara Korban Covid

papar berkaitan - pada 16/4/2022 - jumlah : 148 hits
Dua hari lepas menerima perkhabaran seorang kawan di media sosial Nur sharena atau lebih mesra di panggil cipis yang kembali kerahmatullah akibat jangkitan covid Bagi seorang pesakit kronik sememangnya jangkitan covid menjadi mimpi ngeri It...
40 Penonton Filem Black Widow Menonton Melalui Medium Cetak Rompak

40 Penonton Filem Black Widow Menonton Melalui Medium Cetak Rompak

papar berkaitan - pada 26/4/2022 - jumlah : 238 hits
Cetak rompak nampaknya memberi kesan besar terhadap filem Black Widow Filem Black Widow antara filem MCU yang terkesan dengan pandemik yang sekaligus memaksa studio Disney untuk menunda filem tersebut beberapa kali dari Mei 2020 ke Julai 20...
Minit Mesyuarat Pas Black Ops Team Perang Saraf Umno

Minit Mesyuarat Pas Black Ops Team Perang Saraf Umno

papar berkaitan - pada 21/4/2022 - jumlah : 281 hits
Kononnya minit mesyuarat PAS telah bocor dan minit ini mendedahkan bahawa ada konspirasi sulit PAS untuk menjatuhkan Umno Ini cara biasa team perang saraf menjalankan Black Ops semenjak tahun 1987 lagi apabila Team A lawan Team B
Black 14

Black 14

papar berkaitan - pada 15/4/2022 - jumlah : 152 hits
BLACK 14Tarikh 14 April 1999 iaitu 23 tahun yang lalu saya dihumban ke penjara jauh dari keluarga dan sahabat seperjuangan Titik gelap ini mengajar saya betapa kebebasan dan keadilan akan sentiasa melatari perjuangan dan juga peringatan aga...
Petua Kesihatan Untuk Orang Yang Sudah Berusia

Kawal Alergik Bila Alahan

Indah Delvia Tacilak Di Nan Rami Chord

Raih Gigi Putih Alami Dengan 7 Bahan Sederhana Ini

7 Tanda Kerusakan Otak Yang Kerap Dianggap Remeh

5 Rahasia Mata Sehat Yang Direkomendasikan Pakar Mata

Presiden Pas Kupas Isu Syria Balah Mazhab Gangguan Seksual Um

Do Our Infamous Bali Bombers Deserve A Second Chance At Life


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Curang Tanpa Niat Slot Megadrama Astro Ria

5 Insiden Jalan Sesak Yang Berlaku Lebih 24 Jam Durasinya

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 6 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 5 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

10 Filem Drama Seram Melayu Berhantu Terbaru 2024 2025 Mesti Tonton


What To Expect From A Consultation With A Premier Data Analytics Company

Isteri Nekad Bakar Suami Kaki Judi

Kelantan Pengedar Dadah Menyamar Jadi Pegawai Risik Tentera

Seronoknya Kalau Ada Kebun Durian Sendiri

Rajab Keutamaan Amalan Tanggal Berapa 2025

Masya Allah Ribuan Tentera As Masuk Islam Ini Kunci Hamas